You are on page 1of 9

Bahagian A

(20 MARKAH)
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah

1. ___________ berdua ditugaskan untuk menyapu lantai bilik


darjah pada hari Isnin, kata Dira dan Lilian.
A. Mereka
B. Kamu
C. Kami
D. Saya
Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah

2. Mak Cik Milah sedang menghiris bawang. __________ hendak


menggoreng sayur.
A. Engkau
B. Awak
C. Saya
D. Dia
Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah

3. Air di dalam ______ itu masih panas kerana dijerang sebentar


tadi.
A. Periuk
B. Sudu
C. Cerek
D. Baldi

4. Ayah mempunyai ______ membaiki motorsikal yang rosak.


A. Kebolehan
B. Kepintaran
C. Kepakaran
D. Kecekapan

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah

5. Kamal memasuki pertandingan _________ peringkat daerah


Gombak.
A. Ninja
B. Judo
C. Taekwondo
D. Silat

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6. ___________, sakitnya perutku, sudah beberapa hari aku tidak


makan! keluh si monyet.
A. Aduhai
B. Amboi
C. Aduh
D. Cis

7. _____________, nama saya Syahmi, selamat berkenalan rakanrakan!


A. Oh
B. Cis
C. Hai
D. Amboi

8. Kami membeli beberapa __________ mata kail untuk memancing


di sungai belakang rumah atuk.
A. Butir
B. Biji
C. Bentuk
D. Ketul

9. ____________, sudah lama kita tidak berjumpa! kata Nina


kepada Fahmie.
A. Eh
B. Oh
C. Nah
D. Wah

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah

10. Rahim sedang mencuci kereta _________ abangnya


menyiram pokok bunga.
A. Atau
B. Manakala
C. Tetapi
D. Walaupun
Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah

11. Sharmala leka memerhati lembu datuknya ___________


rumput.
A. Meragut
B. Makanan
C. Memakai
D. Memakanan

12.Penyerang Motul FC ____________ bola ke dalam gol


pasukan India.
A. Memukul
B. Menolak
C. Membaling
D. Menendang

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah

13.Murid-murid bergotong royong ___________ pokok bunga di


kawasan sekolah.
A. Menanam
B. Menanami
C. Ditanam
D. Ketanaman

14.Kami melawat Cikgu Ali di hospital kerana beliau sakit


____________.
A. Tenat
B. Keras
C. Penat
D. Sesak

15. Samad __________ tentang kehilangan wangnya kepada


Cikgu Juliana.
A. Menulis
B. Menyatakan
C. Mencatatkan
D. Melaporkan

16. Adik membantu ibu ___________ kain di ampaian.


A. Menjemur
B. Sidai
C. Mengantung
D. Meletak.

Soalan 17 hingga 20 berdasarkan kad jemputan di bawah.

Ahli Jawatankuasa Hari Keluarga


Penduduk Taman Pinggiran
68100 Selangor
Dengan segala hormatnya mempersilakan semua penduduk Taman
Pinggiran ke majlis Hari Keluarga Penduduk Taman Pinggiran.Butiran majlis
adalah seperti berikut :
Tarikh

: 15 Mei 2016

Hari

: Ahad

Masa

: 9 pagi hingga 2 petang

Tempat

: Dewan Serbaguna Taman Pinggiran

Semoga kehadiran tuan dan puan dapat memeriahkan majlis ini.


Terima kasih.

17.Pada hari apakah Hari Keluarga Penduduk Taman Pinggiran


diadakan?
A. Jumaat
B. Sabtu
C. Ahad
D. Rabu
18.Di manakah Hari Keluarga Penduduk Taman Pinggiran
diadakan?
A. Padang
B. Balai raya
C. Tapak perhimpunan
D. Dewan Serbaguna Taman Pinggiran

19.Perkataan memeriahkan dalam kad jemputan bermaksud


A. Menjayakan
B. Meramaikan
C. Menjadikan
D. Menaikkan
20.Berapa jam aktiviti Hari Keluarga Penduduk Taman Pinggiran
diadakan?
A. 5 jam
B. 4 jam
C. 3 jam
D. 2 jam

You might also like