You are on page 1of 10

SULIT 011

BAHAGIAN A

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. (25 Markah)

1. “ ___________ berdua ditugaskan untuk menyapu lantai bilik darjah pada hari Isnin,”
kata Nisa dan Mary.
A. Mereka
B. Kamu
C. Kami
D. Saya

2. Mak Cik Rubiah sedang menghiris bawang. __________ hendak menggoreng sayur.
A. beliau
B. awak
C. saya
D. dia

3. Air di dalam ______ itu masih panas kerana dijerang sebentar tadi.
A. periuk
B. sudu
C. cerek
D. baldi

4. Ayah mempunyai ______ membaiki motorsikal yang rosak.

1
SULIT 011

A. kebolehan
B. kepintaran
C. kepakaran
D. kecekapan

5. Kamal memasuki pertandingan _________ peringkat daerah Kemaman.


A. ninja
B. judo
C. taekwondo
D. silat

6. “ ___________, sakitnya perutku. Sudah beberapa hari aku tidak makan!” keluh si
monyet.
A. Aduhai
B. Amboi
C. Aduh
D. Cis

7. Kami membeli beberapa __________ mata kail untuk memancing di sungai belakang
rumah datuk.
A. butir
B. biji
C. bentuk
D. ketul

2
SULIT 011

8. Adam sedang mencuci kereta _________ abangnya menyiram pokok bunga.


A. atau
B. manakala
C. tetapi
D. walaupun

9. Hidieyana leka memerhati lembu datuknya ___________ rumput.


A. memakan
B. makanan
C. memakai
D. di makan

10. Danish ____________ bola ke dalam gol pasukan Kemaman.


A. memukul
B. menolak
C. membaling
D. menendang

3
SULIT 011

11. Murid-murid 3 Jayyid bergotong-royong ___________ pokok bunga di kawasan sekolah.


A. menanam
B. menanami
C. ditanam
D. ketanaman

12. Kami melawat Cikgu Maria di hospital kerana beliau sakit ____________.
A. tenat
B. keras
C. penat
D. sesak

13. Syatira __________ tentang kehilangan wangnya kepada Cikgu Zuraihan.


A. menulis
B. menyatakan
C. mencatatkan
D. memberitahu

14. Adik membantu ibu ___________ kain di ampaian.


A. menjemur
B. sidai
C. mengantung
D. meletak.

15. Setiap pagi, Ayyad dan ayahnya akan ___________ selama 10 minit sebelum mandi.
A. bersenam
B. bersorak
C. bermain
D. berkejaran

16. Sebelum bermain bola di padang, Farish dan rakannya __________ pakaian dan kasut
yang sesuai.
A. mengguna
B. memakai
C. membeli
D. mengambil

4
SULIT 011

17. Farhan berjalan ____________ kerana kaki kirinya luka.


A. terhuyung-hayang
B. terkedek-kedek
C. terhincut-hincut
D. terpinga-pinga

18. Walaupun hujan turun __________ perlawanan bola sepak tetap diteruskan.
A. putus-putus
B. sekali-sekali
C. renyai-renyai
D. lebat-lebat

Soalan 19 pilih kata lawan yang betul

19. Pak Yassin sedang mencabut pokok ubi kayu.


A. Menanam
B. Menarik
C. Mengeluarkan
D. Memotong

Soalan 20 pilih kata seerti yang betul.

20. Kami bersantai di tepi Pantai Cherating, Kemaman selama dua hari.
Perkataan seerti bagi bersantai ialah
5
SULIT 011

A. Berehat
B. Termenung
C. Duduk
D. Bekerja

Soalan 21 dan soalan 22


Pilih simpulan bahasa yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong.

21. Kami bercadang untuk ___________ di Pulau Langkawi.


A. makan hati
B. makan angin
C. ambil angin
D. bawah angin

22. Diana ___________ hendak melanjutkan pelajaran ke Jepun.


A. hati waja
B. hati batu
C. ada hati
D. keras hati

Soalan 23 dan 24

Pilih ayat yang betul.

23. A. Mak baru pulang daripada pasar.


B. Baju ini amat teramat cantik.
C. Kakak rehat ke Langkawi
D. Adik tidur di atas sofa.

24. A. Abang menunggang berhati kerana jalan minyak.

6
SULIT 011

B. Setiap pagi ayah minum air kopi.


C. Puan Latifah beli baju itu ke pasaraya.
D. Televisyen itu akan berjenama Samsung.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

25. I Harga baju ini rendah mutu.


II Mata Ali rendah bila waktu malam.
III Orang yang suka mencuri dipandang rendah oleh masyarakat.
IV Zaid diejek kerana rendah

A. I dan II
B. I,II dan III
C. III dan IV
D. IV Sahaja

BAHAGIAN B

Tulis ayat majmuk menggunakan kata hubung yang sesuai. (6 markah)

(i) Kereta itu kecil.

Kereta itu amat laju.

___________________________________________________________

(ii) Ahmad tiba lewat ke sekolah.

Ahmad tertinggal bas.

7
SULIT 011

____________________________________________________________

(iii) Syahid suka bermain bola di padang.

Izzat suka bermain bola di padang.

____________________________________________________________

BAHAGIAN C

Baca surat di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.(9 Markah)

21, Jalan Perdana 8,


Taman Pulai Perdana,
81110 Johor Baharu,
Johor.
08 Oktober 2013

Menemui sahabatku Aina yang berada di Gurun, Kedah semoga sihat hendaknya.

Saudari,
Terima kasih saya ucapankan kerana mengirim surat kepada saya. Surat saudari telah
saya terima seminggu yang lalu. Saya amat tertarik mendengar cerita percutian saudari di Pulau
Pangkor.

8
SULIT 011

Pada cuti sekolah yang lalu, sekolah saya telah mengadakan lawatan ke Terengganu.
Saya dan rakan-rakan berpeluang menyertai lawatan tersebut. Kami berada di sana selama empat
hari tiga malam. Kami menginap di hotel yang telah ditempah oleh pihak sekolah.
Semasa berada di sana banyak tempat yang kami lawati seperti Rantau Abang, Air Terjun
Sekayu, Masjid Negeri. Kami juga berpeluang melihat perusahaan membuat batik dan tembaga.
Sebelum pulang, kami sempat membeli cenderamata sebagai buah tangan untuk keluarga.
Saya berasa seronok dapat melawat Terengganu.
Setakat ini sahaja yang dapat saya ceritakan. Salam daripada saya khas untuk saudari
sekeluarga.
Sekian, terima kasih.
Sahabatmu;
Fatin Azura
(i) Di manakah Aina tinggal?
__________________________________________________________________________
(1 Markah)
(ii) Bilakah Fatin Azura menerima surat Aina?
___________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
(2Markah)

(iii) Bilakah lawatan sekolah Fatin Azura telah mengadakan lawatan ke Terengganu?
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
(2 Markah)
(iv) Perkataan menginap dalam petikan di atas bermaksud?
______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
(2 Markah)
(v) Pada pendapat anda,apakah cenderamata yang boleh penulis dapati di Terengganu?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
(2 Markah)

Tuliskan kata dasar bagi perkataan-perkataan berimbuhan di bawah.


(10 Markah)

1. Perkataan :

2. Melakukan :

9
SULIT 011

3. Perbuatan :

4. Penyiaran :

5. Sayangi :

KERTAS SOALAN TAMAT

10

You might also like