You are on page 1of 8

Tungku Abdul Rahman

"Falsafah diri dan kehidupan"


Dahrum Bin Samsudin

CD100382

Mohd Zulkifli Bin Osman

CD100308

Nurul Izzati binti Kamaruddin


CD100346
Farah binti Ramlan
Siti Saleha bt Amirsah
Noormihayani binti Azmi

CD100377
CD100317
CD100338

Tunku Abdul Rahman


Nama : Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni
Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.
Lahir : 08 Februari 1903,
Pendidikan : 1911 - Maktab Sultan Abdul Hamid
Alor Setar.
1916 - Penang Free School, Penang.
1925 - Lulus B.A. dari University Cambridge.
1945 - Lulus LLB, dari Inner Temple, London.
Kerjaya :

1946 - Bertugas dengan Kerajaan Kedah sebagai D.O. (Pegawai


Daerah) Langkawi, Kulim dan Sungai Petani, (sebelum

lulus

LLB). Dilantik Penolong Pendakwa Raya KL dan

Presiden

seksyen Selangor.
1951 - Dilantik Presiden UMNO dan bergiat sepenuh masa untuk
UMNO.
1956 - Rombongan Merdeka ke London.
1957 - Merdeka. Perdana Menteri Pertama.
1962 - Rombongan ke London - Gagasan Malaysia.
1963 - Gagasan Malaysia - 16.09.1963.
1970 - Bersara dari Politik.
06 Disember 1990 Tunku kembali ke rahmatullah.

| Copyright 2012 |

Tunku Abdul Rahman


1.0

PENGENALAN
Nama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bukanlah nama yang asing bagi

masyarakat di negara kita, lebih-lebih lagi dalam sejarah lipatan politik tanah air. Beliau
yang mempunyai darah keturunan raja merupakan seorang Ketua Menteri Persekutuan
Tanah Melayu pada zaman beliau, beliau juga merupakan Perdana Menteri Malaysia
yang pertama. Kepimpinan beliau amat terserlah sama ada dalam bidang politik iaitu
sebagai Yang Dipertua Agong UMNO atau sebagai seorang pemimpin negara yang
berwibawa dan berkebolehan dalam mentadbir negara dan rakyatnya. Peranan Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam usaha mencapai kemerdekaan negara amat penting.
Sebagai

seorang

pemerintah,

beliau

bertanggungjawab

dalam

mendapatkan

kemerdekaan Tanah Melayu daripada pihak penjajah pada tahun 1957. Beliau turut
memainkan peranan penting dalam membentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

2.0

FALSAFAH DIRI DAN KEHIDUPAN


"Kehidupan peribadi seseorang merupakan hak dirinya sendiri dengan syarat dia

tidak melanggar hak-hak orang lain" demikian kata-kata beliau dalam sebuah artikel.
Tunku adalah seorang pemimpin yang mempunyai keperibadian yang tersendiri. Artikel
di bawah ini jelas menunjukkan bahawa Tunku adalah seorang pemimpin yang
mempunyai jati diri tersendiri dan tidak malu untuk menceritakan kekurangan pada
dirinya.

| Copyright 2012 |

Tunku Abdul Rahman

Antara mutiara-mutiara kata yang pernah di sampaikan oleh Tunku Abdul Rahman
adalah
1. Negeri kita ini unik. Tidak ada 'isme' yang boleh diimport dari luar negeri. Kita
kenalah tadbirkan negeri ini secara sendiri.
2. Jika kita cuba hendak tiru mana-mana 'isme' dari negeri luar, maka sudah tentu
tidak dapat diterima rakyat negeri ini.
3. Semangat Kebangsaan hendaklah dijadikan baja bagi menyuburkan kemerdekaan
yang kita capai.
4. "...merdeka itu bukanlah suatu benda yang mudah boleh didapati, melainkan ialah
dikehendaki

untuk

mendapatkannya itu

iaitu

pengorbanan

yang

sebenar

pengorbanan.
5. Dengan kerananya kita terpaksa mengorbankan, bukan sahaja wang ringgit dan
usaha tenaga bahkan jiwa kita sendiri juga...

| Copyright 2012 |

Tunku Abdul Rahman


3.0

FALSAFAH KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN

Tunku telah banyak berkorban untuk negara. Pelbagai cabaran serta rintangan
dihadapi namun segalanya berjaya di atasi dengan cekal dan tabah. Beliau adalah
seorang pemimpin yang sentiasa tenang ketika menghadapi sesuatu situasi. Apabila
beliau sudah yakin akan sesuatu perkara, biasanya beliau akan bertindak tegas dengan
apa cara sekalipun. Sikapnya menepati pepatah genggam bara api biar sampai menjadi
arang danalang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
Dalam menghadapi sesuatu isu, Tunku sentiasa bersikap mengejar masalah
dan bukannya menanti masalah. Beliau tidak membiarkan sesuatu masalah itu terselesai
dengan sendirinya. Dengan keazaman, banyak perkara yang pada mulanya mustahil
telah menjadi kenyataan. Falsafah atau sikap Tunku terhadap ideologi komunis
sebenarnya tegas. Tidak ada tolak ansur terhadapnya.
Kegigihan, keberanian dan ketegasan beliau telah membebaskan negara kita
daripada belenggu penjajah. Rakyat seharusnya berasa kagum dengan matlamat
hidupnya yang begitu mulia dan menghargai kesanggupannya mengorbankan masamasanya yang berharga bagi membentuk negara yang merdeka. Sikap pandangan jauh
Tunku ini terkadang-kadang payah untuk difahami oleh rakyat. Hanya setelah beberapa
lama barulah mereka akan mengetahui dan memahami akan tindakan dan tujuan sebenar
Tunku. Memang inilah yang selalu dihadapi oleh Tunku semasa beliau memimpin
negara. Fikirannya atau pandangannya terlalu jauh ke hadapan sehinggakan sukar untuk
difahami oleh orang lain. Pendeknya memanglah banyak buah fikiran atau idea yang
Tunku selalu utarakan yang boleh menimbulkan salah faham. Kebenaran dan
manfaatnya selalunya hanya dapat dinikmati dan diketahui dalam beberapa tahun
selepas itu. Inilah antara keseronokan Tunku apabila mengenangkan telatah manusia
tentang sumbangannya terhadap negara, nusa dan agama. Memang dalam banyak hal,
Tunku telah memandang jauh ke depan lebih dulu sebelum orang lain dapat mengetahui
manfaat atau ertinya beberapa tahun kemudiannya

| Copyright 2012 |

Tunku Abdul Rahman


4.0

DASAR BERKAITAN NEGARA DAN PEMBANGUNAN NEGARA

Dasar yang dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman Al-Haj telah memberikan
kesan yang amat panjang sehingga hari ini. Pelbagai dasar yang diperkenalkan oleh
Tunku Abdul Rahman iaitu Dasar Luar Negara, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar
Pembentukan Malaysia (Usul). Dasar atau usul pembentukan Malaysia ketika itu telah
disuarakan oleh Tunku sendiri selepas Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Usul ini telah dikemukakan dalam satu ucapan
penting pada 27 Mei 1961 di Singapura. Walaupun usul ini mendapat tentangan yang
hebat daripada negara-negara luar iaitu Filipina dan Indonesia, namun gagasan Malaysia
akhirnya dapat dibentuk dengan sempurna.
Pada mulanya, dasar pembentukan Malaysia telah dikemukakan untuk
membentuk satu gagasan di mana Sabah, Sarawak, dan Brunei digabungkan bersama
Persekutuan Tanah Melayu. Namun cadangan tersebut telah ditolak tepi oleh pihak
British dengan alasan bahawa Singapura diketepikan daripada gagasan tersebut. Setelah
itu, Lee Kuan Yew Presiden Singapura ketika itu, telah menyarankan penggabungan
antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Singapura, tetapi telah ditolak oleh Tunku
Abdul Rahman.
Akhirnya pada 27 Mei 1961, Tunku mengumumkan pengusulan gabungan
Persekutuan Tanah Melayu, Brunei, Sarawak, Sabah dan Singapura untuk membentuk
Malaysia. Satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Perundingan
Perpaduan Malaysia yang telah dipengerusikan oleh Donald Stephen. Jawatankuasa ini
telah memberi peluang kepada para pemimpin Sabah dan Sarawak mengemukakan
pandangan. Akhirnya, Sabah dan Sarawak menerima gagasan ini dan menyusun satu
memorandum untuk dihantar ke Suruhanjaya Cobbold dan suruhanjaya ini akan
bertanggungjawab untuk meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak dan membuat
syor perlembagaan yang baru.
Pada Ogos 1962, suatu jawatankuasa telah dibentuk iaitu Jawatankuasa Antara
Kerajaan (JAK) yang dipengerusikan oleh Lord Landsdowne dan timbalannya iaitu
| Copyright 2012 |

Tunku Abdul Rahman


Allahyarham Tun Abdul Razak. Tujuan JAK ditubuhkan untuk merangka perlembagaan
Malaysia mengikut kesesuaian Sabah, Sarawak, Persekutuan Tanah Melayu. Akhirnya
pada 27 Februari 1963, satu laporan telah dikeluarkan yakni terkandung 20 perkara
yang telah diterima dan diluluskan oleh Parlimen Tanah Melayu. Ia telah menjadi Akta
Malaysia 1963 secara rasminya. Perjanjian Malaysia pula ditandatangani pada 9 Julai
1963 dan pada masa yang sama, Brunei Darussalam telah menarik diri secara rasminya.
Akhirnya pada 16 September 1963, penubuhan Malaysia telah diisytiharkan secara
rasmi walau sebelumnya mendapat tentangan yang hebat dari negara jiran iaitu Filipina
dan Indonesia.
Setelah terbentuknya Malaysia, pelbagai dasar yang diperkenalkan untuk
memantapkan pembangunan Malaysia. Antaranya Rancangan Malaya Pertama dan
Kedua serta Rancangan Malaysia Pertama hingga kini. Garapan Rancangan Malaysia ini
akan dilakukan selama 5 kali setahun. Dasar yang diperkenalkan untuk menstabilkan
ekonomi Malaysia buat pertama kalinya iaitu Dasar Ekonomi Baru. Dasar Ekonomi
Baru diusulkan untuk mengekang kemiskinan yang pada ketika itu lebih ramai pada
orang Melayu dan India.
Tambahan pula, Dasar Pelajaran Kebangsaan juga turut ditubuhkan untuk
menaikkan taraf pendidikan terutamanya anak-anak Melayu agar mereka mendapat
pendidikan yang sempurna. Dalam pembentukan dasar ini telah memperlihatkan
Penyata Razak, Laporan Abdul Rahman Talib menjadi tunjang dalam menjadikan dunia
pendidikan adalah dunia berkaliber untuk rakyat Malaysia. Tidak dinafikan juga,
pentingnya Dasar Luar Negara. Tunku Abdul Rahman telah diperlihatkan dari sisi
kepimpinan untuk hubungan dasar luar Malaysia lebih ke arah kebaratan, yakni lebih
suka memilih menjalinkan hubungan dengan dunia barat berbanding asia yang ketika itu
aliran komunis masih menular di setiap negara Asia.
Pada hakikatnya, Dasar Pembentukan Malaysia ini telah menjadi tunjang atau
akar utama dalam penubuhan setiap dasar di Malaysia. Hal ini kerana, Malaysia adalah
negara yang majmuk dan berbilang bangsa serta agama. Kesan positif daripada Dasar
Pembentukan Negara ini dapat dilihat sehingga kini yakni kestabilan ekonomi,
| Copyright 2012 |

Tunku Abdul Rahman


keharmonian dan keamanan dapat dicapai, kejayaan dan kegemilangan Malaysia di
mata dunia, mengekang isu penularan komunis dan yang penting dapat mengimbangkan
setiap bangsa di Malaysia.

5.0

KESIMPULAN

Tunku telah meninggal dunia pada 6 Disember 1990 ketika usianya meningkat
kira-kira 87 tahun. Beliau sempat menyaksikan tiga orang tokoh penggantinya sebagai
Presiden UMNO dan sebagai Perdana Menteri, iaitu Allahyarham Tun Abdul
Razak (1970-1976), Allahyarham Tun Hussein Onn (1976-1981) dan selama hampir 10
tahun di bawah kepimpinan pengkritik politiknya sendiri iaitu yang Amat Berhormat
Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tunku sesungguhnya boleh dibanggakan kerana beliaulah yang berjaya
menebus kemerdekaan dari belenggu penjajahan Inggeris yang telah dimulakan oleh
tindakan tertentu pihak Raja-raja Melayu sendiri. Bukan itu sahaja, Tunku juga
sebenarnya perintis penting terhadap hubungan kaum dan etnik di negara ini dengan
segala

pendekatan

kesederhanaannya

sehingga

apakalanya

beliau

kelihatan

mengabaikan kepentingan Melayu dan disalah tafsirkan pula komitmen nasionalisme


melayunya itu.
Seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia mengambil contoh kebaikan dan
kesungguhan Tunku dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan yang dilakukan. Malah kita
seharusnya menjaga kemerdekaan negara yang kita miliki agar tidak jatuh ke tangantangan anasir luar yakni kita perlulah menjada kemerdekaan kita setelah orang terdahulu
dari kita telah bersusah payah bergadai harta benda dan nyawa untuk membebaskan kita
dari penjajahan fizikal.

| Copyright 2012 |

You might also like