You are on page 1of 20

KONSEP- KONSEP MUZIK

PENGENALAN
Muzik adalah diakui sebagai satu seni

yang menggabungkan bunyi-bunyi vokal atau

instrumental termasuk bunyi-bunyi semulajadi atau rekaan dengan satu cara yang dianggap
memuaskan mengikut estetika, corak pemikiran dan emosi manusia yang mencerminkan
ketinggian dan ketamadunan sesuatu budaya bangsa tertentu
Seni muzik merupakan satu

seni hasil daripada luahan manusia yang menggambarkan

identiti dan kemajuan sesuatu bangsa. Malaysia turut mempunyai seni muzik mereka yang
tersendiri dan unik memandangkan negara Malaysia yang terdiri dari pelbagai bangsa, etnik,
kaum, agama dan kepercayaan.
KONSEP MUZIK
Muzik ialah bunyian yang disusun secara sistematik dan mempunyai kualiti tersendiri.
Penghasilan muzik yang berkualiti mempunyai penyusunan konsep muzik yang betul dan
terperinci. Konsep muzik merangkumi 7 elemen iaitu irama, melodi, harmoni, warna ton, tekstur,
bentuk dan ekspresi.

Konsep
Muzik

Irama

Melodi

Harmon
i

Warna
ton

Tekstu
r

Bentu
k

Ekspresi

WARNA TON (TONE)

Bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh pelbagai sumber dan mempunyai ciri-ciri yang
tersendiri dinamakan warna ton. Warna ton juga sesuatu bunyi-bunyian, mempunyai mutu yang
berlainan dan memberi satu gambaran atau idea yang tersendiri. Misalnya, bunyi suara lelaki
dewasa adalah lebih kasar dan garau, manakala bunyi suara wanita adalah nyaring dan lembut.
Contohnya, dapat bezakan suara Siti Nurhaliza dan suara nyanyian Ning Baizura. Sifat-sifat
suara penyanyi-penyanyi tersebut adalah berbeza. Perbezaan ini dinamakan warna ton. Selain itu,
warna ton juga merupakan karekter atau kualiti bunyi yang dihasilkan oleh sesuatu alat muzik,
badan manusia dan vokal.
Perkusi alatan muzik ialah, yang dimainkan dengan cara mengetuk, memukul atau
mamalu. Misalnya, tamborin, kerincing dan lain-lain.
Contoh :
i) Dram bes - bunyi berat
ii) Kastanet - bunyi ringan
Perkusi badan ialah bahagian badan manusia yang ditepuk atau pukul supaya menghasilkan
bunyi. Misalnya, bertepuk tangan, tepuk peha, hentak kaki, petik jari dan sebagainya. Manakala
perkusi vokal pula bunyi tiruan yang dihasilkan dengan mulut. Misalnya, bila kita menyebut
Dum, Bum , Cing, Tak... dan sebagainya.

BENTUK

Bentuk dalam muzik ialah gabungan dan susunan unsur-unsur muzik yang lain kepada rupa
dan struktur yang dapat dikenali. Penemuan bentuk dalam muzik terletak kepada kesedaran dan
pengenalan melodi. Bentuk adalah elemen yang merujuk kepada gaya atau genre muzik. Bentuk
ditentukan berdasarkan bahasa harmonik, irama yang digunakan, lirik, instrumen, dan lain-lain.
Bentuk juga ditentukan oleh wilayah geografi, atau era sejarah, di mana tempat tinggal,
contohnya, muzik klasik India. Seperti namanya, muzik klasik India berasal dari India pada
zaman purba. Ini dikembangkan di India kuno berdasarkan aliran suara yang muncul di alam.
Kadang-kadang format lirik juga digunakan untuk mengklasifikasikan bentuk muzik.
Bentuk muzik istilah ini sering digunakan secara longgar untuk merujuk pada genre muzik
tertentu atau gaya (Scholes 1977), yang boleh ditentukan oleh faktor-faktor seperti bahasa
harmonik, irama khas, jenis alat muzik yang digunakan serta asal-usul sejarah dan geografi.
Scholes (1977) menjelaskan bentuk muzik sebagai serangkaian strategi yang dirancang untuk
mencari bererti berjaya antara ekstrem kebalikan dari ulangan tak henti-henti.
Middleton (hal. 145) juga menggambarkan bentuk, mungkin selepas Gilles Deleuze's
Perbezaan dan Pengulangan (1968, diterjemahkan 1994), melalui pengulangan dan perbezaan.
Perbezaan adalah jarak pindah dari mengulang, mengulang menjadi perbezaan terkecil.
Perbezaan kuantitatif dan kualitatif - seberapa jauh berbeza dan apa perbezaan jenis
bentuk muzik mungkin kontras dengan kandungan (bahagian) atau dengan permukaan (detail),
tetapi tidak ada garis jelas membahagikan mereka. "Borang merangkumi bentuk atau struktur
pekerjaan, isi bahan, makna, idea, atau kesan ekspresif" (Middleton 1999).

3.1 Jenis Bentuk

Scholes (1977) menyarankan bahawa muzik klasik Eropah hanya enam bentuk iaitu stand-alone
utama; simple binary, simple ternary, compound binary, rondo, air with variations, and fugue,
walaupun ia dibenarkan untuk beberapa sub-kategori dan hibrida. Mann (1958), menyatakan
bahawa fugue telah diambil pada konvensyen struktur tertentu pada saat-saat, menekan kaedah
komponen. Keil (1966) dikelaskan dan detail bentuk formal sebagai sectional, perkembangan
atau variasional.

Sectional form dibina dari sebuah susunan yang jelas unit (DeLone 1975) yang mungkin disebut
oleh huruf sebagaimana diterangkan di atas, tetapi juga sering mempunyai nama generik seperti
Pengantar dan Coda, dan sebagainya. Sectional bentuk meliputi:
(a) Strophic bentuk (AAAA. ..) tanpa batas waktu - pengulangan "tak henti-henti" yang
merupakan salah satu ekstrim dari spektrum bentuk muzik.
(b) Medley, atau bentuk Rantai: ini adalah ekstrem kebalikan dari "variasi tak hentihenti": itu hanya suatu susunan terhad bahagian yang mandiri (ABCD. ..), kadang-kadang
dengan mengulangi (AABBCCDD. ..). tawaran Orchestral, misalnya, kadang-kadang
tidak lebih dari serangkaian lagu-lagu terbaik acara yang akan datang, mungkin, seperti
Johann Strauss 'waltz Blue Danube, berakhir dengan Reprise dari tema utama; ((intro)
ABCD ... A1 (koda)).
(c) Bentuk binari menggunakan dua bahagian (AB. ..); setiap bahagian sering diulang
(AABB. ..). Pada abad ke-18 muzik klasik barat bentuk binari mudah sering digunakan
untuk tarian dan membawa dengan itu konvensyen bahawa kedua-dua bahagian perlu
dalam kunci muzik berbeza tetapi mengekalkan ritme yang sama, tempoh dan nada. Silih
bergantinya memberikan dua lagu yang cukup untuk membolehkan pelbagai tarian yang
akan dilanjutkan selama mungkin diperlukan.
(d) Terner bentuk, mempunyai tiga bahagian. Dalam muzik klasik Barat bentuk terner
mudah mempunyai bahagian ketiga yang merupakan recapitulation dari yang pertama
(ABA). Seringkali bahagian pertama diulang (aaba) Pendekatan ini sangat popular di aria
opera abad ke-18 dan disebut da capo (iaitu "ulangi dari bentuk" atas): kemudian
melahirkan lagu 32-Bar, bahagian B kemudian sering disebut sebagai "tengah lapan".
Sebuah lagu yang memerlukan lebih dari satu tarian bentuk mandiri dengan awal dan
akhir.
(e) Bentuk Rondo mempunyai tema berulang bolak dengan berbeza (biasanya kontras)
bahagian yang disebut episod. Ini mungkin asimetris (ABACADAEA) atau simetri
(ABACABA). Bahagian berulang, terutama tema utama, kadang-kadang lebih teliti
bervariasi, atau satu episod mungkin perkembangan itu. Suatu tatacara yang sama adalah

bentuk ritornello dari Grosso konser barok. borang Arch (ABCBA) menyerupai Rondo
simetri tanpa pengulangan menengah tema utama.
(f) Bentuk Variasional adalah di mana variasi merupakan unsur formatif penting.
(g) Bentuk Sonata (juga dikenali sebagai bentuk sonata allegro, bentuk gerakan pertama,
sebatian binari, terner dan pelbagai nama lain, yang semuanya telah dijumpai ingin dalam
satu atau cara lain (Scholes 1977). Ini dikembangkan dari tari-binari dibentuk gerakan
yang dinyatakan di atas, tetapi hampir selalu dikemas dalam bentuk terner yang lebih
besar mempunyai sub bahagian nominal Pameran, Pembangunan dan Rekapitulasi
Biasanya,. tapi tidak selalu, "A" bahagian (Pameran dan Rekapitulasi, masing-masing)
boleh dibahagikan menjadi dua atau tiga tema atau tema yang diambil kumpulan terbelah
dan rekombinasi untuk membentuk "B" bahagian (Pembangunan) - sehingga misalnya
(aabb dev [. a dan / atau b] A1ab1 koda).
Chester (1970) membezakan muzik ini sebagai ekstensional, bahawa "dihasilkan dengan
bahagian-bahagian kecil - berirama atau motif melodi, dan kemudian 'mengembangkan'
melalui teknik pengubahsuaian dan kombinasi."

pada teks-teks mereka dan fungsi

istiadat.

ORGANISASI SESI PENGAJARAN MAKRO PENDIDIKAN MUZIK


Saya telah mengajar Pendidikan Muzik untuk murid Tahun 4. Tajuk lagu yang saya
mengaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ialah Lenggang kangkung. Tajuk
lagu ini adalah sebenarnya soalan tugasan yang diberi amanah oleh tutor saya pada kali ini.

Pada mulanya, saya memaparkan video klip lagu Lenggang Kangkung untuk murid
sebagai set induksi. Murid telah berseronok apabila saya mainkan lagu ini. Setelah murid melihat
lagu tersebut, saya telah mengedarkan helaian lirik lagu Lenggang Kangkung kepada semua
murid. Kemudian, semua murid membaca lirik lagu yang diedar dengan bimbingan saya. Murid
membaca dua kali lirik lagu tersebut. Selepas itu, saya memainkan lagu lenggang kangkung
sekali lagi untuk murid supaya mereka menyanyi lagu mengikut melodi.
Langkah seterusnya, murid digalakan untuk menyanyi secara beramai-ramai di dalam
kelas. Kemudian, saya mengagihkan murid kepada dua kumpulan. Pada mulanya, kumpulan
pertama akan menyanyi baris pertama dan kumpulan kedua akan menyanyi baris kedua. Langkah
ini meneruskan sehingga baris terakhir. Selepas itu, saya mempelbagaikan lagi bentuk mereka
menyanyi seperti menyanyi perseorangan, dua-dua, keempat-empat dan sebagainya.
Selepas itu, saya mengedarkan beberapa alat perkusi kepad murid. Murid-murid sanngat
seronok apabila melihat alat permainanan muzik ini. Kali ini, murid telah menyanyi lagu
Lenggang Kangkung dengan menggunakan alat perkusi. Aktitiviti ini berulang sehinggalah
tamat pengajaran dan pembelajaran pada hari itu. Disamping itu, murid juga melakukan aktiviti
memetik jari, tepuk tangan, tepuk peha sebagai pengganti alat perkusi. Mereka sangat gembira
pada sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari itu.

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALCROZE


Pengenalan
Emile Jaques-Dalcroze (1865-1950) merupakan seorang pemuzik berbangsa Swiss. Beliau
adalah seorang professor muzik yang berkaliber, yang telah bertugas di Konservatori Muzik
Geneva Switzerland. Pengkhususan beliau adalah dalam bidang Harmoni, Solfage dan
Komposisi. Sebagai pendidik muzik, beliau telah memperkenalkan banyak pembaharuan kepada
pengajaran dan pembelajaran muzik di mana beliau lebih mementingkan amalan pendekatan

amali dan bukan semata-mata secara teori. Beliau berpendapat bahawa latih-tubi pendengaran
(aural training) adalah perkara terpenting kepada seorang pelajar muzik.
Falsafah Pendidikan Muzik Mengikut Dalcroze
Falsafah Pendidikan Muzik mengikut Dalcroze adalah berdasarkan kepada rasional berikut:
a. Kanak-kanak mempunyai emosi. Pembelajaran muzik yang pertama adalah berkenaan
bagaimana hendak menukarkan emosi muzik kepada bentuk-bentuk pergerakan anggota
badan yang bersesuaian dengan muzik.
b. Bahagian-bahagian anggota badan dapat digunakan untuk menggambarkan emosi kanakkanak.
c. Emosi boleh dirasai melalui pelbagai peringkat pergerakan anggota badan (tindak balas
otot) atau hanya berdiam diri sahaja.
d. Gaya atau pergerakan kanak-kanak sama ada secara sengaja atau tidak sengaja
menggambarkan perasaan mereka ketika itu.
e. Pergerakan anggota badan akibat daripada cetusan emosi boleh dikaitkan dengan muzik.
f. Kanak-kanak harus terlebih dahulu berlatih membiasakan anggota badan bergerak
mengikut muzik sebelum belajar bermain alat-alat muzik.

Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Dalcroze


Mengikut Dalcroze, beliau mencadangkan kaedah improvisasi secara kreatif dalam semua
peringkat pengajaran dan pembelajaran. Konsep berirama juga dilakukan dalam semua
perkara. Menurut beliau lagi, pendidik harus mengurangkan percakapan dan menggantikannya
dengan arahan-arahan dalam bentuk irama dan melodi. Hal ini memerlukan daya kreativiti yang
tinggi dan peringkat pengajaran yang sistematik. Dalcroze menyatakan pengajaran dan
pembelajaran yang tersusun melalui langkah-langkah kecil adalah lebih mudah difahami
daripada membuat pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan langkah-langkah yang besar.
Mengikut Dalcroze, sesuatu pengajaran dan pembelajaran hendaklah berdasarkan:
a. Improvisasi atau Pengubahsuaian

Improvisasi atau pengubahsuaian dilakukan berdasarkan kebolehan, kesesuaian keperluan


murid oleh objektif tingkah laku pengajaran dan pembelajaran. Improvisasi boleh
dilakukan ke atas perkara-perkara berikut:
1. Bahan-bahan Muzik
Dalcroze menggunakan semua jenis muzik. Oleh kerana muzik mempunyai
pelbagai gaya mengikut tempat, zaman, dan jenis, maka pendidik perlu
menggunakan

kebolehan

membuat

improvisasi

yang

bersesuaian

untuk

pengajaran dan pembelajarannya.


2. Alat-alat Muzik
Pengubahsuaian boleh dilakukan kepada alat muzik. Sebagai contohnya pendidik
boleh membuang pic-pic yang tidak digunakan pada glokenspil agar
mengurangkan kadar kesalahan murid bermain muzik.
3. Bentuk-bentuk notasi muzik boleh diubahsuai supaya memudahkan murid
mengenali not-not tersebut. Sebagai contoh, lima garis baluk boleh dikurangkan
kepada tiga garis atau sebagainya.
4. Suasana bilik darjah boleh diubahsuai mengikut aktiviti pengajaran dan
pembelajaran semasa. Pendidik juga boleh menggunakan sesuatu tempat atau
ruang di dalam bilik darjah.
5. Emosi semasa murid.
Keadaan ketegangan atau emosi yang tidak stabil akan menyebabkan murid tidak
mengambil perhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran. Seorang pendidik
muzik boleh menukar emosi murid-murid kepada keadaan yang lebih sesuai dan
bersedia untuk menerima pelajaran.
6. Pengalaman sedia ada
Pengalaman sedia ada murid haruslah digunakan dengan maksimum dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Improvisasi yang dijalankan bertujuan untuk
menggabungjalinkan pengalaman dengan konsep muzik yang hendak diajar.
b. Pembelajaran Harus Bermula dari Konkrit kepada Abstrak
Guru boleh menggunakan pengalaman konkrit murid atau membuat pergerakan sebagai
alat bantu mengajar yang sesuai untuk menerangkan beberapa perkara yang melibatkan
pergerakan yang perlu dilakukan sendiri oleh murid bagi membantu proses pengajaran
dan pembelajaran.
c. Penggunaan Suara atau Anggota Badan

Dalcroze memperkenalkan konsep pendengaran dalaman (internal hearing) di mana


murid dapat memikirkan sesuatu bunyi yang dihasilkan dengan menulis atau membaca
notasi tanpa menggunakan sebarang alat muzik. Konsep ini dapat dicapai dengan
melakukan latihan yang berterusan dan bersistematik.

Aplikasi Pendekatan Dalcroze dalam Pengajaran dan Pembelajaran Muzik


Dalcroze berpendapat bahawa lebih banyak masa perlu digunakan oleh murid untuk melakukan
sesuatu aktiviti. Oleh itu, saya seharusnya mengelakkan diri daripada banyak bercakap atau
memberi arahan. Saya juga telah merancang rancangan mengajar muzik dengan teliti agar setiap
peringkat perkembangan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu sesi
pengajaran dan pembelajaran.
Dalam mengimplimentasikan pengajaran dan pembelajaran, saya telah menitikberatkan beberapa
perkara seperti di bawah:
a)
b)
c)
d)

Pengajaran di dalam beberapa kumpulan kecil.


Beri peluang kepada semua murid untuk mencuba menyelesaikan masalah.
Peka terhadap persekitaran kelas sama ada ceria atau sebaliknya.
Latihan kemahiran dan pemilihan tempo harus dilakukan dengan menetapkan frasa agar

murid dapat meningkatkan kefahaman konsep.


e) Dengan menggunakan teknik demonstrasi,akan dapat membantu proses pemahaman
murid.

Peringkat-Peringkat Pengajaran dan Pembelajaran


Di dalam teori yang dikemukakan oleh Dalcroze, terdapat tiga peringkat pengajaran dan
pembelajaran yang utama iaitu;
a) Mendengar dan Melihat
Sebagai contoh, dalam menerangkan mengenai not krocet, saya telah memberi peluang
yang sebaiknya dengan mendengar dan melihat bentuk not krocet dalam pelbagai
keadaan.
b) Memberi Pengalaman
Selepas sesuatu penerangan, murid harus diberi peluang untuk bermain atau membuat
pelbagai aktiviti pergerakan berkaitan dengan not krocet.
c) Menulis
Setelah murid faham mengenai not krocet seperti nilai, dan rupa, baharulah murid mula
belajar cara menulis not tersebut sambil membayangkan bunyi yang sepatutnya terhasil
daripada apa yang ditulis atau dibaca oleh mereka.

Kegiatan yang Terlibat di dalam Pendekatan Dalcroze


Di dalam kegiatan yang terlibat berdasarkan pendekatan yang telah dikemukakan oleh Dalcroze,
mengandungi beberapa kaedah dan perkara yang berkaitan. Antaranya adalah Eurhythmics iaitu
pergerakan berirama, Solfege iaitu latihan dalaman dan yang terakhir adalah Improvisasi yang
membawa erti kreativiti. Setiap satunya mempunyai erti dan pendekatan yang berbeza walaupun
dibawa oleh tokoh yang sama iaitu Dalcroze.
Eurhythmics
Eurhythmics adalah pergerakan yang menyeluruh di mana ia melibatkan seluruh anggota tubuh
badan dengan dibantu iringan muzik atau tanpa muzik. Tubuh badan akan menjadi alat muzik
yang utama berdasarkan teori ini. Emosi manusia itu sendiri yang memainkan peranan sebagai
alat muzik. Tidak memadai untuk semata-mata melatih minda, telinga atau suara, malahan
seluruh tubuh badan perlu dilatih kerana ia merupakan bahagian penting yang boleh
meningkatkan perasaan halus, kepekaan serta kebolehan menganalisis bunyi, muzik dan perasaan
sekali gus.
Selain itu, ia juga dapat menghidupkan serta mempertingkatkan penggunaan pancaindera
dan sentuhan perasaan yang berirama badan manusia. Di samping itu juga, ia dapat
memantapkan pendengaran (aural) individu untuk diterjemahkan kepada pergerakan yang
bersesuaian dan kreatif, seterusnya membawa kepada celik akal dan literasi muzik di kalangan
pelajar muzik.
Menurut Dalcroze, berdasarkan kepada teori yang melibatkan pendengaran dan
pergerakan seluruh anggota tubuh badan. Kemahiran mendengar addalah satu kemahiran yang
terpenting. Pendengaran merupakan satu aktiviti dalaman yang boleh membawa kepada aktiviti
luaran melalui pergerakan fizikal dan sentuhan.

Denyutan jantung.
Pergeraka
n Fizikal
Konsep
Muzik

Anggota
Motor
tactile.
badan lokomotor dan
bukan lokomotor.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MUZIK TAHUN 4


Mata pelajaran : Muzik
Tahun

:4

Tarikh

: 16 /09/2014

Masa

: 12.00 12.30 p.m.

Bilangan murid : 48
Tema

: Nyanyian diiringi perkusi badan.

Tajuk lagu

: Kalau anda gembira

Konsep muzik :
a) Irama
b) Jenis-jenis imitasi
c) Improvisasi
d) Perkusi badan
e) Kawalan melodi
f) Ekspresi
g) Tempo Allegro / Adagio
h) Perkusi semula jadi

Hasil Pembelajaran:
1. Fokus:
a) Dapat memperkembangkan potensi kanak-kanak yang semula jadi mengikut kebolehan tahap masing-masing.
b) Mengalakkan kanak-kanak mencipta idea muzikal yang baru.
c) Membolehkan kanak-kanak merasai muzik pada keseluruhannya dengan badan mereka sambil bermain, terutamanya ritma dan
dinamik mereka.
Objektif Eksplisit:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran:
a) Sekurang-kurangnya 80% murid-murid dapat mengaplikasikan perkusi badan sambil menyanyi dalam pelbagai jenis aktiviti
dan dapat mengimprovisasikannya.
b) Murid-murid dapat mengikuti pengajaran guru dan kemahiran serta pengalaman ini kemudian dipindahkan kepada permainan
alat muzik lain seperti piano, rekoder, flute dan sebagainya.
Penerapan Nilai:
a) Bekerjasama
b) Berdisiplin
c) Hormat-menghormati
d) Berkeyakinan

Masa/

Isi Pelajaran

Langkah

1. Memainkan lagu.
2. Meneka tajuk lagu dan meter
lagu.
Induksi Set
(5 minit)

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

1. Guru memainkan melodi lagu Kalau Anda Gembira dan

Konsep muzik

menyuruh murid mencari detik lagu ini dengan menepuk

yang

jari.
diterapkan:
Apakah meter lagu?
4/4
Tempo(meter)
2. Guru memainkan melodi lagu sambil menyanyi dan murid
meneka tajuk lagu.
Nilai:
berdisiplin

Langkah 1
(7 minit)

1. Pengenalan satu lagu yang


bertajuk Kalau Anda Gembira.
2. Imitasi perbuatan guru dan
menghafalkan lirik lagu.
3. Improvisasi dengan menukarkan
dua perkataan di akhir frasa 1, 2
dan 4 bagi lirik lagu dengan nama
gerakan badan lain.

1. Guru menyoal murid Apakah perkara yang boleh

Konsep muzik

membuat anda berasa gembira? (pilih beberapa murid

yang

menjawab) makan / cuti / perayaan.

diterapkan:

2. Guru menunjukkan lirik lagu dan mengajar murid

Perkusi semula

menyebutkan lirik lagu dengan mengikuti tempo lagu

jadi, eskpresi,

iaitu pertuturan irama.

irama, tempo

3. Guru menyanyi sambil membuat kawalan melodi


(menggunakan jari menunjukkan pic lagu) frasa demi

Nilai:

Lirik lagu asal:

frasa. Murid membuat imitasi pergerakan guru. Ulangan

bekerjasama,

Kalau anda gembira tepuk tangan,

satu kali.

berdisiplin

kalau anda gembira tepuk tangan,

4. Setelah murid dapat mengikuti tempo dan pic lagu serta

kalau anda gembira,

dapat menyanyi lagu dengan baik, maka guru akan

beginilah caranya,

menyeru murid menyanyi dengan aksi mengikuti maksud

kalau anda gembira tepuk tangan.

lirik lagu di akhir frasa 1, 2 dan 4.


5. Guru akan menukarkan dua perkataan di akhir frasa 1, 2

Improvisasi lagu:
Kalau anda gembira kelip mata,

dan 4 lirik lagu dengan nama perkusi badan lain.


6. Murid menyanyi lagu dengan menggunakan perkusi

kalau anda gembira tarik rambut,

semula jadi iaitu guna pensel ketuk meja tetapi murid

kalau anda gembira,

membuat aksi mengikuti maksud lirik lagu bagi akhir

beginilah caranya,

frasa 1, 2, 4.

kalau anda gembira buka mulut.

7. Murid akan mengulangi aktiviti tersebut dengan


menyanyikan lagu secara lambat atau cepat dengan suara
besar atau suara kecil mengikuti arahan guru.

Langkah 2
(7 minit)

1. Pengenalan perkusi badan iaitu


tepuk tangan, petik jari, hentak
kaki dan tepuk paha.
2. Improvisasi lagu dengan

1. Guru mengajar murid menyanyi sambil membuat


pergerakan perkusi badan.
2. Apabila menyanyi, murid membuat gerakan mengikuti

Konsep muzik
yang
diterapkan:

guru dan membuat gerakan aksi mengikuti maksud lirik

pertuturan

menambahkan jenis perkusi

lagu di akhir frasa 1, 2 dan 4. Ulangan nyanyian 1 kali.

irama, perkusi

badan dalam satu lagu.

Di samping menyanyi dan membuat gerakan, murid perlu

badan,

hafal lirik lagu.

improvisasi,

Improvisasi lagu:

Kalau anda gembira tarik rambut,

3. Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan untuk

kalau anda gembira goyang tangan,

menjalankan aktiviti menyanyi secara soal jawab. Contoh

kalau anda gembira,

aktiviti:

beginilah caranya,
kalau anda gembira buka mulut.
Kalau anda gembira kelip mata,
kalau anda gembira goyang kaki,
kalau anda gembira,
beginilah caranya,
kalau anda gembira picit hidung.

Kumpulan 1 (nyanyian +
perkusi badan)
Kalau anda gembira +
tepuk paha
Kalau anda gembira +
tepuk tangan
Kalau anda gembira,
beginilah caranya + hentak
kaki
Kalau anda gembira +
petik jari
Kumpulan 2 (nyanyian +
perkusi badan)
Kalau anda gembira +
tepuk paha
Kalau anda gembira +
tepuk tangan
Kalau anda gembira,
beginilah caranya + hentak
kaki

tempo
Nilai:

Kumpulan 2 (nyanyian
jawab + pergerakan aksi
megikuti maksud lirik lagu
di akhir frasa 1, 2 dan 4)
Tarik rambut
Goyang tangan
Nyanyi bersama-sama tanpa
pergerakan perkusi badan
Buka mulut

Kumpulan 1 (nyanyian
jawab + pergerakan aksi
megikuti maksud lirik lagu
di akhir frasa 1, 2 dan 4)
Kelip mata
Goyang kaki
Nyanyi bersama-sama tanpa
pergerakan perkusi badan

bekerjasama,
berdisiplin

Kalau anda gembira +


petik jari

Picit hidung

4. Satu permainan mengimprovisasikan lirik lagu di


kalangan murid diadakan.
5. Cara permainan ialah setiap murid secara bergilir-gilir
menyanyi sambil membuat gerakan bagi satu frasa lagu
dengan menggantikan dua perkataan akhir dengan nama
gerakan perkusi badan yang lain. Murid lain mengikuti.
Gerakan perkusi badan tidak boleh diulangi.
Langkah 3
(8 minit)

1. Aktiviti kumpulan mencipta lirik

1. Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan (diketuai

Konsep muzik

lagu dan pergerakan diikuti

seorang murid lelaki) dan bagi masa perbincangan

yang

dengan persembahan.

kumpulan 3 minit.

diterapkan:

2. Setiap kumpulan diberi satu borang penilaian


persembahan (Lampiran 1).

improvisasi,
perkusi badan

3. Murid akan berbincang dan bekerjasama untuk mencipta


lirik lagu dan gerakan badan.
4. Apabila 3 minit tamat, setiap kumpulan membuat
persembahan masing-masing di hadapan kelas.
5. Semasa persembahan dilakukan, kumpulan lain membuat
pemerhatian dan membuat penilaian merujuk kepada

Nilai:
bekerjasama,
berdisiplin,
hormatmenghormati

borang penilaian. Selepas persembahan semua kumpulan,


murid perlu pilih kumpulan yang membuat persembahan
terbaik dan menyatakan sebab memilih kumpulan
tersebut.
1. Membuat rumusan dengan

1. Setiap kumpulan diminta mencatat nama ketua kumpulan

meminta murid memilih

terbaik pada belakang kertas borang penilaian dan

kumpulan yang terbaik dalam

memasukkan kertas ke dalam kotak.

membuat persembahan dan sebab


memilihnya.

2. Guru keluarkan satu kertas demi satu kertas sambil


menunjukkan nombor pada kertas.
3. Kumpulan yang mendapat undian terbanyak dikira

Penutup
(3 minit)

sebagai kumpulan persembahan terbaik.


4. Guru membuat kesimpulan dengan murid tentang ciri-ciri
kumpulan persembahan terbaik.
Mengapa: bekerjasama / seragam
5. Apakah nama lagu yang kita belajari hari ini?
a) Mud riang / gembira
b) Tempo cepat / lambat (mana satu sesuai)
c) Dinamik suara besar / kecil
d) Meter 4/4
6. Semua murid menyanyi lagu asal bersama-sama.

BORANG PENILAIAN PERSEMBAHAN KUMPULAN (Lampiran 1)


1. Sila membuat penilaian bagi persembahan semua kumpulan termasuklah kumpulan sendiri.
2. Markah penilaian ialah 1, 2, 3, 4 dan 5 di mana markah 5 merupakan markah yang terbaik.

KRITERIA
Kesesuaian gerakan
dengan ciptaan lagu
Keseragaman
persembahan kumpulan
Kreativiti
Keseronokan menikmati
persembahan
JUMLAH
MARKAH
Penambahbaikkan bagi
persembahan kumpulan
sendiri:

KUMPULAN

KUMPULAN

KUMPULAN

KUMPULAN

You might also like