You are on page 1of 2

Penyelesaian masalah ( Theory of Constraint , TOC )

Teori Konstrain ( TOC) boelh digunakan dalam situasi-situasi tertentu atau boleh
digabunkan untuk membentuk penyelesaian masalah koheran dan mengubah sistem
pengurusan. Tujuan generik ialah menterjemah intuisi kepada bentuk yang boleh dibincang
secara rasional, disoal tanpa rasa marah dan diubah supaya dapat mengambil ikhtibar
kefahaman sesuatu situasi. Teori ini digunakan untuk membentuk penyelesaiancommon
sense dan juga memudahkan komunikasi, kolaborasi dan persetujuan di antara semua yang
terlibat dalam penyelesaian ini. Bagi meletakkan alat-alat dalam hubungan,mereka mesti
menyokong satu daripada tiga objektif generik. Ketiga-tiga objektif masing-masing
mempunyai tujuan dan mempunyai kepastian. Objektif yang pertama ialah apa yang perlu
diubah.Ia berkaitan dengan penilaian situasi, perihal tentang situasi semasa dan identifikasi
masalah utama atau konflik serta andaian andaian yang menyokongnya seperti diagnosis.
Objektif yang kedua pula ialahapa yang perlu diubah kepada iaitu visi atau penyelesaian
yang telah diverbalisasikan dan strategi diperihalkan supaya mencapai status yang diingin
iiaitu preskripsi,membuat keputusan dan memperkembangkan penyelesaian. Ketiga ialah
bagaimana perubahan boleh dilakukan dalam perkembangan rancangan-rancangan dan
taktik-taktik yang terperinci akan menjelaskan apayang berlaku dan penyamaan usahausaha kumpulan dalam implementasi strategi seperti merancang dan membina kumpulan.
Penyelesaian masalah merupakan satu proses mental yang memerlukan seseorang
itu berfikir secara kreatif dan kritis dalam mencari idea-idea alternatif dan langkah-langkah
untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi . Dalamteknik penyelesaian masalah, muridmurid perlu mengaplikasikan pengetahuandan kemahiran kemahiran tertentu. Kaedah
penyelesaian masalah membina pemikiran murid supayabersedia untuk menghadapi
masalah, cara menyelesaikan dan seterusnyamengambil keputusan yang terbaik untuk
mengatasi tersebut. Penyelesaian masalah juga membolehkan murid berfikir secara rasional
dan logik apabila menghadapi masalah. Ia juga dapat meingkatkan keyakinan diri muridmuridkhasnya apabila mereka dapat menyelesaikan sesuatu masalah. Ia juga mengerakkan
murid-murid untuk mengembangkan kemahiran penyelesaianmasalah mereka. Masalah
yang dikemukakan oleh guru dalam kaedah peneyelesaian masalah hendaklah berkaitan
dengan tajuk topik-topik dalammata pelajaran mereka. Guru perlu membimbing dan
merangsangkan proses perbincangan penyelesaian masalah. Dalam proses penyelesaian
masalah, soalan-soalan divergen tentangmasalah dikemukakan. Jika penyelesaian masalah
dapat dicapai, murid-murid diminta mengemukakan contoh-contoh baru bagaiamana
masalah itu boleh diselesaikan. Jika peneyelesaian masalah tidak diselesaikan, alernatifalternatif lain akan dikemukakan oleh guru dan murid.
Terdapat beberapa langkah yang boleh diaplikasikan dalam teknik penyelesaian
masalah. Antaranya ialah penyelesaian masalah, memahami masalah, menentukan caracara penyelesaian masalah,mencuba cara-cara penyelesaian yang baru dan merumus serta
menilai penyelesaian. Dalam kaedah ini.kemahiran berfikir murid digalakkan kerana muridmurid perlumemikirkan cara-cara penyelesaian tanpa bantuan guru. Murid-murid akan
memikirkan cara-vara mengumpul maklumat yang dapat menolong menyelesaikan masalah
yang diberikan oleh guru. Dalam langkah merumus danmenilai penyelesaian,murid akan
melihat kembali proses penyelesaian dan menilai sama ada cara penyelesaian berjaya atau
tidak. Kelebihan proses penyelesaian masalah ialah terdapat penglibatan aktif murid-murid
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Pelbagai teknik lain dapat digunakan oleh guru
dalam proses penyelesaian masalah seperti inkuiri, sumbangsaran,perbincangan dan

simulasi. Kelebihan penyelesaian masalah ialah ia dapat meningkatkan kemahiran berfikir di


kalangan murid-murid dan juga dapat memupuk interaksi sosial yang positif. Selain itu, ia
juga memberikan peluang kepada murid-murid untuk memperlihatkan secara langsung
kreativiti, bakat dan potensi mereka. Kelemahan kaedah penyelesaian masalah ialah ia
memerlukan masa yang panjang untuk dirancang dan dikendalikan oleh guru. Kaedah ini
juga tidak begitu sesuai untuk murid-murid yang lemah dan yang tidak dapat memikirkan
langkah-langkah penyelesaian masalah yang sesuai.

You might also like