You are on page 1of 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN MOUNT AUSTIN

JALAN MUTIARA EMAS 4/19, TAMAN MOUNT AUSTIN,


81100 JOHOR BAHRU.
Tel/Faks : 07-3582972
Emel : jea1068@yahoo.com
Laman Web:smktmajb.edu.my

Rujukan Kami : JEA1068/


Tarikh : 9 Ogos 2015
Kepada ;
Yang Dipertua PIBG
SMK Taman Mount Austin
Jalan Mutiara Emas 4/19
81100 Taman Mount Austin,
Johor Bahru, Johor.
Tuan,
Memohon Sumbangan Menampung Kos Perbelanjaan Projek Inovasi Sains SMK Taman Mount Austin Peringkat
Negeri Johor 2015
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Pasukan Inovasi Sains SMK Taman Mount Austin 2015 akan mewakili sekolah ke
pertandingan inovasi peringkat negeri Johor. Projek ini memerlukan perbelanjaan bagi menjayakan dan merealisasikan
dan menaiktaraf projek yang telah dimenangni di peringkat daerah Pasir Gudang. Dengan itu, kami memohon jasa baik
pihak PIBG sekolah memberi sumbangan kos sebanyak RM 1093.00 untuk menampung kos Inovasi Sains SMK Tmaan
Mount Austin pada Peringkat Negeri Johor 2015 yang bakal membawa agenda inovasi sebagai projek kebitaraan SMK
Taman Mount Austin. Pertandingan inovasi peringkat negeri Johor akan diadakan pada 23 hingga 25 Ogos 2015.
3. Sehubungan itu, kerjasama daripada pihak PIBG didahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang pertanyaan boleh
merujuk kepada En. Mohd Zamzam di talian 018-7674658 atau En. Sahrul Rashid di talian 011-7513765.
Sekian untuk makluman tuan. Terima kasih.
Disediakan oleh,
________________________________________
(EN. MOHD ZAMZAM BIN MOHD ZARAWI)
Guru Pembimbing Projek Inovasi Sains
SMK Taman Mount Austin
Disokong oleh,

(PANIRSELVAM A/L KARUMBAN)


Pengetua
SMK Taman Mount Austin.

You might also like