You are on page 1of 13

PERANAN DAN IMPLIKASI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI SWASTA ( IPTS ) KEPADA

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN NEGARA

Rasional Pemilihan Tajuk


Kami telah sepakat untuk memilih tajuk ini sebagai persembahan kami
disebabkan oleh beberapa perkara utama diantaranya adalah memandangkan
isu pendidikan tinggi menerusi institut-institut dan kolej-kolej swasta begitu
menonjol sejak kebelakangan ini. Fenomena perkembangan atau pertumbuhan
sektor pengajian swasta ini telah kami lihat pada awal tahun 1990-an apabila
begitu banyak pusat pendidikan swasta yang dibina, terutama di kawasan
bandar-bandar besar. ( Massa, Disember 1997 ) Seperkara lagi kami tertarik
terhadap permasalahan-permasalahan yang berlaku di dalam pengurusan
pengajian tinggi swasta yang melibatkan kredibiliti IPTS sendiri yang boleh
menjejaskan keyakinan orang ramai kepada kewibawaan IPTS di dalam
penyediaan prasarana pembelajaran. ( Ruangan Pendidikan, Akhbar Utusan
Malaysia, 17 Jun, 1998 ) Ini termasuklah dari segi perlaksanaan penggunaan
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di pusat-pusat pengajian
mereka. Sikap "double standard" yang diamalkan oleh pihak IPTS di dalam
mendaulatkan Bahasa Melayu telah sedikit sebanyak menimbulkan rasa
prasangka rakyat terhadap kewujudan institusi ini. ( Dewan Budaya, Julai, 1995 )
Walaupun begitu kita tidak menafikan masih ada beberapa institusi yang
meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta menawarkan
kemudahan pembelajaran dan keperluan yang canggih bagi memastikan
pembelajaran berjalan lancar setanding dengan kemudahan yang ditawarkan
oleh institusi pengajian tinggi awam yang mendapat tajaan kerajaan. ( Massa,
Disember, 1997 ) Selain dari perkara yang boleh dibincangkan di atas kami turut
tertarik terhadap isu monopoli institusi pengajian swasta oleh sesuatu kaum
mahupun syarikat persendirian dari segi pemilikan dan dari segi jumlah pelajar
yang menuntut dan mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan oleh pihak mereka.
( En. Lee Meow Fatt, 1992 ) Secara keseluruhannya tanpa menyentuh mengenai
"capability" IPTA kami melihat kewujudan institusi pengajian swasta ini dari sudut
yang positif iaitu institut swasta boleh mencapai tahap pendidikan terulung yang
diperlukan oleh negara sekiranya penubuhan mereka dapat dikawalselia dengan
baik oleh pihak Kementerian Pendidikan agar ianya tidak bertentangan dengan
dasar dan Falsafah Pendidikan Negara. ( Sharil Marzuki, 1993 )

Perkembangan Pendidikan Swasta


Kejatuhan nilai ringgit nampaknya membawa rahmat yang besar kepada industri
pendidikan tinggi tempatan di mana ramai di kalangan pelajar yang menuntut di
luar negara pulang ke negara untuk menyambung pengajian akibat kos yang
meningkat naik.

( Massa, Mac, 1998 ) Mengikut laporan majalah Massa keluaran 21 mac 1998
adalah difahamkan bahawa hampir 3000 pelajar di luar negara telah

menyatakan minat mereka untuk menyambung pengajian mereka di IPTS


tempatan. Golongan ini menjadikan IPTS sebagai alternatif utama untuk
menyambung pengajian mereka dan ianya semakin menggalakkan pendidikan
swasta berkembang dengan pesat di negara ini dari segi jumlah, jenis, saiz dan
skop pengajiannya. ( Massa, Disember, 1997 ) Penjelasan oleh Timbalan Menteri
Pendidikan, Datuk Khalid Yunus kepada majalah Massa keluaran 28 Mac 1998
menyatakan bahawa kepesatan lahirnya IPTS adalah salah satu langkah dan
strategi kerajaan untuk mengurangkan pergantungan kita agar tidak
menghantar pelajar lagi ke luar negara. Jadi seharusnya kita melihat perkara ini
dari sudut yang positif dan tambahan lagi Timbalan Menteri Pendidikan dalam
hujahnya menyatakan adalah menjadi hasrat kerajaan untuk menjadikan
Malaysia sebagai pusat pendidikan yang cemerlang dan Kementerian Pendidikan
berhasrat melihat 40 peratus rakyat negara ini berpendidikan tinggi dengan
tertubuhnya IPTS. ( Massa, 28 Mac 1998 ) & ( Massa, 21 Jun 1997 ) Perdana
Menteri Malaysia, Datu Seri Dr. Mahathir Mohamad dalam satu ucapan dasarnya
semasa mempromosikan Koridor Raya Multimedia (MSC) menegaskan tujuan
kerajaan Malaysia melonggarkan sistem pendidikan negara adalah bagi
membolehkan memberikan peluang yang lebih banyak kepada rakyat
meneruskan pelajaran pada peringkat tinggi selaras dengan usaha kerajaan
untuk melahirkan pekerja yag berilmu.

bidang-bidang pengajian yang popular terdapat di kolej-kolej swasta seperti


bidang kejuruteraan, perakuanan, pengurusan perniagaan, komunikasi dan sains
komputer yang berteraskan kemahiran memberikan harapan yang cerah untuk
mendapatkan pekerjaan yang baik di samping berpuluh-puluh lagi kursus yang
ditawarkan telah menarik minat pelajar untuk memasuki kolej-kolej swasta
kerana syarat kemasukannya adalah mudah. ( Massa, 6 Disember 1997 )
Perkembangan ini wujud apabila permintaan terhadap institusi pendidikan
semakin bertambah berikutan kualiti pembelajaran anak-anak meningkat
daripada semasa ke semasa ekoran tindakan Kementerian Pendidikan
memperkemaskan kurikulum di sekolah rendah, menengah rendah dan tinggi.
( Massa 6 Dec 1997 )

Dianggarkan jumlah kolej swasta negara ini lebih 400 buah dengan
kebanyakannya terdapat di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.
Sesetengah dari kolej dan institut swasta telah mempunyai cawangan atau
kampus cawangannya di negeri-negeri lain. ( Massa 6 Dec 1997 ) Baru-baru ini
Kementerian Pendidikan baru saja meluluskan penubuhan sebanyak 524 institusi
pengajian tinggi swasta (IPTS) di mana mereka mengendalikan program
berbentuk matrikulasi. diploma dan ijazah. ( Berita Harian, Khamis 16 Julai 1998 )

Sehubungan itu permintaan gunatenaga yang tinggi terhadap tenaga kerja


profesional dan mahir oleh sektor perindustrian dan perdagangan menjelang

tahun 2020 apabila Malaysia menjadi negara perindustrian dan negara maju
adalah menjadi faktor utama kepesatan perkembangan pendidikan swasta pada
masa sekarang ini dan ditambah dengan galakan dan gesaan dari kerajaan agar
sektor swasta melabur di dalam pendidikan dengan menubuhkan institusi
pendidikan swasta. Ini dinyatakan oleh En Lee Meow Fatt, yang menegaskan ;

"Malaysian Incorporated and vision 2020 and the shortage of skilled manpower
have often been cited as rationale for the establishment of private institution".
(The Star, 2 August 1992).

3.0

Peranan Pendidikan Swasta Terhadap Dasar Pendidikan Negara.

Pada masa kini institusi pengajian tinggi awam tidak dapat menampung
permintaan pelajar melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi tempatan.
Menurut Menteri Pendidikan :

"Kerajaan tidak dapat menampung kekurangan kira-kira 150,000 tempat belajar


diperngkat pendidikan tinggi, beliau seterusnya menerangkan bagi setiap 100
orang yang layak, pusat pendidikan tinggi di negara ini mampu menawarkan
tempat kepada 33 atau 34 pelajar sahaja" ( Berita Harian, 4 November 1992 )

Ini menimbulkan masalah untuk menempatkan pelajar-pelajar lepasan Sijil


Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang jumlahnya terlalu sedikit, berbanding
lulusan cemerlang atau terbaik kedua-dua peperiksaan peringkat sekolah itu.
(Massa 6 December 1997) Langkah yang telah diambil oleh pihak IPTS dengan
menggabungkan institusinya dengan universiti luar negara yang menawarkan
program berkembar di mana kursus-kursus profesional seperti undang-undang,
perakuanan, kejuruteraan anjuran institusi pendidikan swasta ditawarkan
merupakan langkah yang bijak di mana yuran pengajian yang rendah tetapi
dengan kualiti yang sama dengan IPTA menjadikan IPTS sebagai alternatif utama
untuk pelajar meneruskan pengajiannya. ( Massa, 31 Januari 1998 ) Dengan ini
juga institusi pendidikan swasta dapat membantu IPTA dalam melatih tenaga
profesional dan mahir bagi menampung permintaan sektor perindustrian dan
perdagangan yang sedang pesat membangun. Misalnya pada tahun 1990 hingga
1997, Malaysia memerlukan kira-kira 300,000 pekerja terlatih dalam sektor
perkilangan. ( Berita Harian 10 Mei 1993 )

Begitu juga mengikut Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua 1991 -2000,
Malaysia memerlukan tambahan jurutera seramai 30,100 orang, pembantu
jurutera seramai 122,900 orang dan 600 orang lagi bagi pegawai perubatan dan

kesihatan menjelang tahun 2000. Dalam seruannya, Timbalan Menteri


Pendidikan Dr.Fong Chan Onn telah menyeru supaya sektor swasta mendirikan
lebih banyak institusi pendidikan bagi menampung permintaan terhadap
pendidikan tinggi.

"With this strong demand for education, the government finds itself unable to
cope and we want them (the private sector) to build more colleges and other
institutions of higher learning ( The Sunday Star 17 Januari 1993)

Menteri Pendidikan ketika itu iaitu Datuk Sulaiman Daud menyeru agar sektor
swasta memainkan peranan yang lebih cergas dalam pembangunan pendidikan
negara, khususnya menyediakan kursus yang tidak dapat disediakan oleh
kerajaan ( Berita Harian , 4 Novemver 1992 ) Mengikut Rancangan Malaysia
Keenam (1991) pada tahun 1985, dianggarkan seramai 60,000 pelajar telah
belajar di institusi pengajian tinggi di luar negeri. Bilangan pelajar Malaysia yang
ramai di luar negeri ini telah mengakibatkan pengaliran keluar tukaran wang
asing kira-kira RM1.2 billion setahun, tetapi dengan tertubuhnya institusi
pengajian swasta telah menyebabkan fenomena pelajar ke luar negara
berkurangan. Misalnya pada tahun 1990, jumlah pelajar yang melanjutkan
pelajaran ke luar negeri telah menurun kepada 52,000 orang sahaja. ( Kerajaan
Malaysia 1991) Sehubungan itu, institusi pendidikan swasta yang tumbuh seperti
cendawan pada akhir-akhir ini, selain dapat memberikan kemudahan pendidikan
kepada pelajar-pelajar tempatan, juga dapat menarik dan memberi peluang
belajar kepada pelajar-pelajar luar negeri khasnya kepada pelajar-pelajar Asean.
Ini disarankan oleh Perdana Menteri sendiri agar :

"Institusi pendidikan swasta berusaha menarik penuntut bukan saja daripada


dalam negara bahkan juga dari luar negara, Beliau seterusnya berkata, bahawa
kita mampu daripada segi kepakaran untuk menyediakan segala kemudahan
peringkat tinggi bagi rantau Asia Tenggara" ( Utusan Malaysia, 30 April 1993 )

Setakat ini, menurut sumber Kementerian Pendidikan, cuma terdapat 4,000


pelajar asing menuntut di negara ini, itu pun termasuk di pusat pengajian tinggi
awam. ( Massa, 6 December 1998 ) Menerusi institusi pengajian swasta,
pemilihan menerusi pencapaian akademik untuk kemasukan atau pengambilan
tidaklah diperketatkan seperti di IPTA, kerana yang penting mereka iaitu setiap
pelajar berkemampuan menampung kos pembelajaran dan mengambil kursus
yang bersesuaian dengan keputusan peperiksaan sekolah. Selain perananperanan yang tersebut di atas institusi pendidikan swasta juga berperanan
sebagai pelengkap dan bukan pesaing kepada pendidikan awam. Dengan
maksud yang lain bahawa apa-apa kursus atau pendidikan swasta akan
menawarkannya, malah institusi pendidikan swasta adalah lebih peka terhadap
kehendak pelajar dan masyarakat. ( Massa, 6 Disember 1997 ) Pelajar-pelajar
yang mengikuti kursus di kolej-kolej swasta khasnya melalui "twinning" atau

"lingkage" program akan dapat menjimatkan kos perbelanjaan (cost saving)


pendidikannya di dalam lingkungan RM15,000 hingga RM20,000 setahun bagi
kursus-kursus di bawah program dengan universiti-universiti di Amerika Syarikat.
Ini bermakna jika sesuatu kursus itu diadakan selama 3 tahun di kolej swasta
tempatan sebelum menghabiskan tempoh pengajian di luar negeri, maka
penjimatan kos pendidikan adalah di antara RM45,000 - RM60,000. Bagi kursus
di bawah "twinning" atau "linkage" program dengan universiti-univerisiti di
United Kingdom penjimatan kos perbelanjaannya adalah sebanyak RM20,000 RM90,000. Penjimatan kos ini belum termasuk penjimatan kos daripada kos
saraan, sewa rumah, tambang/pengangkutan yang sememangnya jauh lebih
mahal di Amerika Syarikat mahupun di United Kingdom jika dibandingkan
dengan di Malaysia iti sendiri. Kolej Antara Bangsa Berjaya iaitu salah sebuah
IPTS utama di Malaysia hanya mengenakan yuran sebanyak kira-kira RM2000 RM3000 sahaja kepada pelajar matrikulasinya. ( Utusan Malaysia, 29 Jun 1998 )

4.0

Implikasi Pendidikan Swasta (IPTS) Terhadap Pendidikan Negara

4.1

Implikasi Kebaikkan

IPTS yang sedia ada bukan bertindak sebagai pesaing tetapi adalah sebagai
pelengkap kepada tanggungjawab IPTA yang semakin besar yang sukar
menampung pertambahan jumlah pelajar. Ini akan mewujudkan proses
pendidikan yang lebih liberal dan demokrasi selaras dengan seruan kerajaan
yang ingin melihat penduduk Malaysia mempunyai pendidikan tinggi pada tahun
2000. ( Massa, 28 Mac 1998 )

Memetik kata-kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Khalid Yunus ( Massa 28


Mac 1998 ) Kerajaan ingin menjadikan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang
cemerlang serta melihat 40% rakyat adalah berpendidikan tinggi sebelum
melangkah tahun 2000. Menerusi IPTS, pemilihan menerusi pencapaian
akademik untuk kemasukkan dan pengambilan tidaklah diperketatkan seperti di
IPTA kerana yang penting mereka iaitu setiap pelajar berkemampuan
menampung kos pembelajaran dan mengambil kursus yang bersesuaian dengan
keputusan peperiksaan sekolah. ( Massa, 6 Disember 1997 ). Perdana Menteri
kita dalam dasar ucapannya ketika mempromosikan Koridor Raya Multimedia
(MSC) di London menegaskan bahawa kerajaan Malaysia akan melonggarkan
sistem pendidikan negara bagi membolehkan mereka yang kurang keputusan
cemerlang dapat meneruskan pelajaran pada peringkat pengajian tinggi selaras
dengan usaha kerajaan untuk melahirkan pekerja yang berilmu.

( Massa, 21 Jun 1997 ) Penubuhan IPTS juga dapat mengurangkan pengaliran


wang ke luar negara dan seterusnya mengurangkan pelajar yang sedang

menuntut di luar negara dan ke luar negara. Mengikut Rancangan Malaysia


Keenam (1991) pada tahun 1985, dianggarkan seramai 60,000 pelajar telah
belajar di institut pengajian tinggi di luar negeri. Bilangan pelajar Malaysia yang
ramai di luar negeri ini telah mengakibatkan pengaliran keluar tukaran wang
asing kira-kira RM1.2 biliion setahun. Walaubagaimanapun dengan tertubuhnya
institusi pengajian swasta, ia telah menyebabkan fenomena pelajar ke luar
negara berkurangan dan membantu mengukuhkan sumber pendapatan negara
melalui sektor pendidikan iaitu kerajaan berupaya menarik sebanyak 4,452
pelajar asing untuk belajar di negara kita di IPTS dan IPTA yang membawa masuk
tukaran wang asing sebanyak RM53 juta setahun ( Massa, Mac 1998 ) . Pada
tahun 1990, jumlah pelajar yang melanjutkan pelajaran ke luar negeri telah
menurun kepada 52,000 orang sahaja. ( Kerajaan Malaysia 1991 ) Seterusnya
dengan kerjasama yang dimainkan di antara IPTS dengan Universiti luar iaitu
dengan mengadakan Linkage atau Twinning Program akan turut melibatkan
pemindahan teknologi atau pengetahuan yang lebih cepat hasil dari kepakaran
yang diperolehi dari tenaga pakar pensyarah asing kepada pensyarah dan
pelajar IPTS khususnya. ( Massa, 6 Dis 1997 ) Beberapa contoh kerjasama IPTS
dengan universiti luar :-

Kolej Sunway dengan Universiti Monash di Australia


INTI kolej dengan Universiti di Amerika, Britain, New Zealand dan Australia
Kolej Damansara Utama (KDU) dengan Universiti di Amerika dan United Kingdom
The International Medical College (IMC) dengan Universiti di Australia, New
Zealand, Ireland dan United Kingdom
( sumber : Massa 6 Disember 1997 & Massa 21 Mac 1998 )

IPTS di Malaysia juga berkemampuan untuk menyediakan kemudahan


pembelajaran yang setanding bahkan lebih baik berbanding dengan IPTA bagi
memastikan pembelajaran yang lancar. Ini tidaklah menghairankan kerana
kedudukan kewangan mereka yang kukuh hasil pungutan yuran yang dikenakan
terhadap pelajar yang agak tinggi sehingga ada yang 4 hingga 5 kali ganda
berbanding dengan IPTA. Di samping itu IPTS itu sendiri dibiayai oleh individu
dan organisasi yang mempunyai kedudukan kewangan yang stabil dan mantap.
Seperkara lagi memandangkan IPTS mempunyai persaingan di kalangan mereka
sendiri , komitmen mereka untuk menyediakan prasarana kemudahan yang
terbaik adalah tinggi, yang bertujuan untuk menarik perhatian pelajar dan ibubapa. ( Ramli Abdul Karim, Massa 6 Dis 1997 ) IPTS bukan sahaja berkemampuan
untuk menawarkan lebih banyak kursus yang berorientasikan kepada keperluan
pekerjaan malah mereka lebih peka kepada kehendak pelajar dan masyarakat.
( Massa, 6 Disember 1997 ). Kursus yang paling popular di IPTS ialah perniagaan,
perakaunan, pemasaran dan pengurusan sumber manusia, teknologi maklumat,
kejuruteraan perisian, kejuruteraan elektrik dan elektronik serta kejuruteraan
mekanikal. ( Utusan Malaysia, 3 Mac 1998 ) Pendapat di atas telah dipersetujui
oleh Prof. Ishak Haron (1992) yang mengatakan :

"Ciri utama latihan anjuran swasta ini ialah dengan cepat sesuatu kursus latihan
itu ditawarkan atau dipersetujui mengikut permintaan pasaran tenaga kerja.
Misalnya kursus-kursus berhubung dengan penggunaan komputer dengan cepat
diadakan di sana sini di bandar, dibandingkan dengan institusi atau kolej
kerajaan".

Implikasi keburukan
Namun demikian ada individu dan organisasi yang mengambil kesempatan di
atas kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan di dalam penubuhan IPTS.
Beberapa IPTS yang ditubuhkan oleh badan-badan korporat dan individu yang
mempunyai kewangan yang kukuh menganggap bahawa penubuhan IPTS yang
mereka taja adalah semata-mata untuk mempelbagaikan kegiatan perdagangan
mereka iaitu mereka melihat disebalik IPTS yang mereka taja, meraka akan
dapat mengaut keuntungan yang besar hasil daripada yuran yang tinggi yang
dikenakan terhadap pelajar. Ini jauh daripada landasan sebenar iaitu sebagai
memenuhi tanggungjawab mereka terhadap memartabatkan mutu pendidikan
negara di mata dunia. Seorang pengusaha kolej swasta, Datuk Dr Sharom Ahmat
yang juga Presiden Kolej Disted yang beribu pejabat di Pulau Pinang baru-baru
ini, menyentuh isu berkenaan dengan menyatakan bahawa kewujudan semakin
banyak kolej swasta di negara ini, akhirnya akan menghilangkan keyakinan
orang ramai terhadap sektor itu sendiri. ( Massa, 6 Disember 1997 ) Naib
Presiden Kolej Unitek Malaysia, Petaling Jaya, Rosli Yusof dalam kenyataannya
menyatakan bahawa pihaknya turut menghadapi masalah kekurangan tenaga
pengajar terutama di bidang kejuruteraan dan komputer. ( Massa, 6 Disember
1997 ) Manakala Eksekutif Penerbitan Institut Teknologi Tun Abdul Razak
( ITTAR ), Mohd Shukri Awang pula menyatakan bahawa pihaknya tidak
menghadapi masalah kekurangan tenaga pengajar kerana di samping
kakitangan sepenuh masa, ITTAR juga mengambil tenaga kerja separuh masa.
Masalah penghijrahan pensyarah IPTA ke IPTS turut disuarakan oleh mereka yang
resah terhadap fenomena penghijrahan ini. Penghijrahan pensyarah di IPTA
merupakan satu ancaman kepada sistem pendidikan negara kerana ia
melibatkan tanggapan masyarakat yang melihat penghijrahan ini adalah satu
perkara yang luar biasa.( Massa, 2 Ogos 1998 ) Menurut Yang Dipertua Persatuan
kakitangan Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia (PKAUKM) Dr. Wan Mokhtar
Wan Yusof dalam ulasannya kepada majalah Massa Ogos 1998, penghijrahan ini
merupakan satu fenomena yang biasa berlaku dalam mana-mana sektor kerana
ia dilihat sebagai tuntutan kepada keperluan tenaga pengajar sejajar dengan
perkembangan pendidikan negara. Sdr Razif Ahmad dalam ulasannya di majalah
Massa keluaran 21 Mac 1998 menyatakan bahawa kita tidak mahu syarikatsyarikat atau kolej-kolej asing melambakkan kursus-kursus yang tidak menepati
sasaran semata-mata kerana hasrat meraka yang tamak yang mahu mengaut
keuntungan melalui sektor pendidikan. Kita tdak mahu tradisi keilmuan
dibelakangkan oleh matlamat keuntungan perniagaan. Kesan negatif daripada
penubuhan IPTS juga adalah status dan martabat Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan dan Bahasa Ilmu akan tercabar. Pemisahan yang jelas antara

pengajian ilmu kemanusiaan (umpama bahasa, sastera, sejarah dan falsafah)


dengan pengajian ilmu ekonomi, pengurusan, sains dan teknologi. IPTS lebih
berminat kepada pengajian yang kedua itu, kerana kepentingan ekonomi dan
pasaran dan menganggap bahawa pengajian ilmu-ilmu kemanusian itu kurang
ada gunanya. ( Anwar Ridwan, Dewan Budaya, Julai 1995 ) Isu ini dihangatkan
lagi dengan kemasukkan pelajar ke IPTS yang tidak mempunyai kredit di dalam
Bahasa Melayu yang dibangkitkan oleh Kesatuan Guru Bahasa Melayu Se
Malaysia (KGBMS) di dalam akhbar Utusan Malaysia pada 11 Julai 1998. Sikap
memandang sepi kepada bahasa kebangsaan yang berlaku di IPTS ini perlu
dibendung agar tidak berlaku di kejadianmembelakangkan Bahasa Melayu
kerana ini bererti membelakangkan Dasar Pendidikan Negara. Seksyen 41(1)
Akta IPTS yang menetapkan bahawa hanya Bahasa Melayu yang boleh menjadi
bahasa pengantar di IPTS merupakan langkah yang bijak dalam menegakkan
DPK. Namun kelonggaran yang diberikan dalam Seksyen 41(3)(a) dan Seksyen
41(3)(b) dengan membenarkan IPTS memohon pengecualian menggunakan
Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar telah
menyebabkan ia menjadi tandatanya kepada masyarakat. Walaupun
bagaimanapun pendapat ini telah ditentang dan dinafikan oleh Dr. Yahya Ibrahim
iaitu Presiden NAPIEI ( The Association of Private Independent Educational
Institutions ) yang menjelaskan bahawa :

" Tidak timbul soal kurangnya penekanan penggunaan bahasa Malaysia atau
kurang penerapan nilai-nilai murni, kenegaraan dan kebudayaan tempatan
kerana pelajar sekolah swasta adalah mereka yang telah menerima pendidikan
awal peringkat rendah dan menengah selama 11 tahun dan ada juga yang
mengikuti selama 13 tahun ". ( Utusan Melayu, 26 Jun 1993 )

Penswastaan IPT dalam pengertian yang luas akan melahirkan dua aliran atau
dua tahap IPT di negara ini - di satu pihak ia berdasarkan sistem pendidikan
kebangsaan berbahasa Malaysia dan di pihak satu lagi yang menggunakan
bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar.

" Dapatkah kita mempercayai pertambahan kolej swasta seumpama itu benarbenar tidak bercanggah dengan dasar dan falsafah pendidikan kebangsaan dari
segi falsafah, kandungan dan perlaksanaannya, seterusnya beliau berkata
bahawa perkara itu hanya boleh terlaksana jika pentadbiran Kementerian
Pendidikan mempunyai kekuatan azam politik". ( Berita Harian, 8 Jun 1993 ) "

Satu lagi masalah yang sering di timbul ialah kebanyakkan kolej swasta ini
dimiliki oleh satu kaum sahaja atau dimiliki oleh syarikat sendirian berhad yang
dikuasai oleh satu kaum sahaja, begitu juga dari segi jumlah pelajar yang
mengikuti kursus-kursus di kolej swasta adalah majoritinya dari satu kaum
sahaja, ini telah dinyatakan oleh En.Lee Meow Fatt ( 1992 )

" Another source of concern is the dominance of one ethic group in the
management of and participation in private education ".

En Lee Meow Fatt dalam ceramahnya di ceramah Anjuran Persatuan Mahasiswa


UKM di UKM Bangi pada 2 Ogos 1992 yang berjudul "Private Educational
Institution" menyuarakan kebimbangan dan menyatakan bahawa masalah yang
sering timbul semasa penubuhan IPTS ialah kebanyakkan IPTS ini dimiliki oleh
satu syarikat atau syarikat sendirian berhad sahaja begitu juga dengan jumlah
pelajar yang dimonopoli oleh satu kaum sahaja dimana fenomena ini akan
menyebabkan jurang perpaduan wujud, pada hal kita melihat sektor pendidikan
adalah merupakan satu alat untuk menyatu-padukan rakyat Malaysia yang
berbilang kaum. Seperkara lagi isu-isu lain yang seperti kewibawaan kualiti
tenaga pengajar di IPTS yang boleh dipertikaikan. Pendedahan yang dibuat oleh
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bahawa terdapat
IPTS di negara ini yang menggunakan khidmat pensyarah yang kurang wibawa. (
Berita Harian, Dis 1997 ) Sikap IPTS ini amat mendukacitakan kerajaan dan akan
membantutkan rancangan kerajaan menjadikan Malaysia sebagai pusat
pendidikan bertaraf antara bangsa. Sebenarnya kerajaan telah menyediakan 5
akta utama dalam mengawalselia IPTS iaitu :-

Akta Pendidikan 1996


Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta IPTS)
Akta Majlis Pendidikan Tinggi Nasional 1996 (Akta MPTN)
Akta Universiti dan Kolej Universiti 1996
Akta Lembaga Akredetasi Nasional 1996 (AKTA LAN)
Jadi tidak timbul isu bahawa kementerian pendidikan mengambil mudah di
dalam mengawalselia perkembangan IPTS. Adalah diharapkan melalui akta ini
akan dapat membendung segala masalah yang berlaku di dalam mengawal
perkembangan IPTS yang semakin pesat. Kerajaan menetapkan bahawa setiap
pensyarah di IPTS mesti mempunyai kelayakan yang lebih daripada pelajar
mereka seperti mempunyai sarjana untuk mengajar sarjana muda dan Ijazah
Kedoktoran bagi mengajar sarjana. ( Abdullah. K 1998) Seperkara lagi masalah
yang dihadapi di atas kewujudan institusi pengajian tinggi swasta adalah akan
wujud tiga golongan generasi muda Malaysia pada masa akan datang
disebabkan wujudnya tiga sistem pendidikan diperingkat pengajian tinggi , iaitu
pertama golongan pelajar di universiti, institut dan kolej kerajaan yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, kedua golongan
pelajar tajaan kerajaan dan badan-badan berkanun yang belajar di luar negara
dan yang ketiga adalah golongan pelajar di kolej-kolej swasta yang
menggunakan buku teks dan pengantar bahasa Inggeris. Oleh kerana golongan
ini akan menceburkan diri dalam pelbagai lapangan ikhtisas atau profesional

baik di sektor awam atau sektor swasta, apa yang menjadi persoalan di sini ialah
mampukah siswazah-siswazah lepasan universiti dan institusi tempatan bersaing
denga siswazah-siswazah luar negara dan kolej swasta di dalam mencari
pekerjaan terutama di sektor swasta. Ini disebabkan pendidikan yang berbeza
akan melahirkan manusia yang berbeza khususnya dari perubahan sikap ,
tingkah laku berfikir dan cara hidup.

Kesimpulan

Pada keseluruhannya, kewujudan IPTS adalah salah satu langkah bijak kerajaan
yang ingin melihat 40% penduduk Malaysia mempunyai latarbelakang
pendidikan tinggi menjelang tahun 2000. ( Massa, 28 Mac 1998 ) IPTS juga boleh
berperanan sebagai pelengkap kepada IPTA yang jumlah yang sedia ada tidak
dapat menampung jumlah pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran mereka. Jika
kita buat perbandingan dengan negara Australia, kita hanya mempunyai 10
universiti awam dan 3 buah universiti swasta berbanding dengan Australia
dengan kapasiti penduduk yang hampir sama dengan kita tetapi memiliki lebih
dari 40 universiti dan kolej. (Utusan Malaysia, 3 Mac 1998 ) Seharusnya kita
melihat penubuhan IPTS dilihat sebagai aspek yang positif di mana melalui
penubuhannya akan dapat menangani masalah kekurangan tempat pengajian
bagi pelajar yang ingin melanjutkan pengajian. Kerajaan telah mengubal undangundang untuk mengawal selia perkembangan yang pesat yang dialami oleh IPTS
iaitu diantaranya :-

Akta Pendidikan 1996


Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta IPTS)
Akta Majlis Pendidikan Tinggi Nasional 1996 (Akta MPTN)
Akta Universiti dan Kolej Universiti 1996
Akta Lembaga Akredetasi Nasional 1996 (AKTA LAN)
Adalah diharapkan dengan akta yang sedia ada ini kerajaan dapat berperanan
dengan lebih telus dan tegas dalam mengawalselia IPTS. Walaubagaimanapun
untuk memilih IPTS sebagai alternatif pusat pengajian tinggi adalah terletak
kepada kebijaksanaan pelajar dan ibu-bapa sendiri yang harus menjalankan
kajiselidik terlebih dahulu sebelum membuat keputusan kerana ini bukan sahaja
melibatkan jumlah wang ringgit yang agak besar tetapi masa depan anak
mereka yang begitu ingin melanjutkan pelajaran mereka. Ibu-bapa dan pelajar
tidak harus menyalahkan pihak kerajaan semata-mata kerana diri mereka harus
tahu tanggungjawab mereka sebagai seorang pelanggan kerana kerajaan
mempunyai komitmen yang lain di dalam menguruskan soal pentadbiran negara
bukan semata-mata menumpukan perhatian kepada IPTS semata-mata

_____________________________________________________________________________

Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (LUCT)terus mendapat perhatian dunia


apabila silibus akademik Program Global Kampus yang ditawarkan kepada
mahasiswa universiti itu mendapat pengiktirafan tertinggi daripada kerajaan
United Kingdom (UK) dalam melahirkan graduan yang bersedia menghadapi
cabaran global.
Pengiktirafan tertinggi itu merupakan yang pertama dalam negara-negara
Komanwel apabila universiti itu berjaya membuka kampus cawangan
antarabangsanya di London dan yang pertama dalam kalangan negara-negara
Asian serta antara universiti luar kedua yang berjaya menubuhkan kampus
cawangannya di negara Eropah itu selepas Amerika Syarikat (AS).
Pengiktirafan yang diberikan membuktikan program akademik luar kampus ini
merupakan satu transformasi baharu dunia pendidikan industri meletakkan
Universiti Limkokwing dan Malaysia dalam teras terbaik Quality Assurance
Agency for Higher Education (QAA) UK yang diamanahkan dalam peningkatan
kualiti piawaian sama tara standard tinggi dengan Universiti Oxford dan
Universiti Cambridge.
Idea kaedah dan pembelajaran ini yang diilhamkan Pengasas dan Presidennya,
Prof. Emeritus Tan Sri Lim Kok Wing yang menyokong aspirasi transformasi
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berhasrat untuk melihat anakanak generasi baharu Malaysia dan pelajar antarabangsanya yang berkeyakinan
untuk menghadapi cabaran industri global hari ini.
Kok Wing berkata, kejayaan program akademik modal insan iaitu Program Global
Kampus ini merintis matlamat pendidikan tinggi Malaysia melalui program
akademik dan pengetahuan terkini sama ada di dalam mahupun di luar negara
termasuk tiga kejayaan Universiti Limkokwing pada Program Generasi Global
Felda sesi 2012-2014.
Kita telah menerima maklum balas yang baik daripada ibu bapa daripada 150
buah negara yang menyokong dan memuji usaha Perdana Menteri dan Malaysia
serta Universiti Limkokwing sendiri mengenai program ini. Mereka juga melihat
program ini perlu diteruskan pada masa hadapan khususnya yang menuntut di
kampus Universiti Limkokwing Cyberjaya yang diiktiraf universiti pilihan industri.
Mereka amat teruja di atas peluang yang diberikan pada usia muda ini untuk
menimba ilmu dan kepakaran melalui program Global Kampus di London dalam
mencipta perubahan gaya transformasi Pendidikan Teknikal dan Latihan
Vokasional (TVET) berskala antarabangsa ke arah usaha melahirkan graduan
yang benar-benar menepati keperluan pelbagai industri yang sedang
dibangunkan.

Oleh itu katanya, penubuhan universiti ini selari dengan perlaksanaan TVET iaitu
antara instrumen terpenting bagi membantu Malaysia melahirkan seramai
mungkin golongan pekerja mahir dan separa mahir khususnya dalam bidang
teknikal serta vokasional.
Keberkesanan program TVET boleh diuji menerusi Program Global Kampus ini
yang menekankan kebolehpasaran para graduan, pembangunan karier mereka
serta penerimaan orang awam terhadap bidang teknikal dan vokasional,
katanya.
Dalam pada itu, Kok Wing berkata, generasi muda Malaysia kini sangat bertuah
kerana mendapat perhatian daripada pemimpin-pemimpin negara dalam
memastikan mendapat pendidikan yang terbaik di peringkat global .
Pengalaman menimba ilmu yang dilalui oleh mereka di London meningkatkan
keyakinan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, membangunkan disiplin
melalui komitmen dan dedikasi serta mempelajari budaya masyarakat setempat.
Ia juga perintis kepada usaha membina keyakinan dan memberikan perspektif
baharu kepada generasi muda Malaysia dalam menangani cabaran global,
katanya.
Tambah Kok wing, hasil daripada pengiktirafan dunia itu, hari ini Universiti
Limkokwing terus melakar kejayaan demi kejayaan apabila mendapat
penganugerahan daripada QAA London.
Ia merupakan satu pencapaian kualiti pendidikan tertinggi universiti dalam
membantu dan membawa nama Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi dunia.
Kami telah menerima penghargaan tertinggi ini melalui persijilan Overseas
Higher Education Institution (HEI) UK dalam meningkatkan kualiti pendidikan
antarabangsa.
Kami juga amat berbangga apabila universiti ini dilantik menjadi ahli Pusat
Maklumat Pengiktirafan Kebangsaan United Kingdom (UK Naric) iaitu sebuah
agensi yang ditubuhkan kerajaan dalam meningkatkan kualiti dan kemahiran
pendidikan antarabangsa UK, katanya.
Jelasnya lagi, Program Global Kampus yang turut mendapat kelulusan daripada
Awards for Training and Higher Education (ATHE) itu juga mendapat pengiktirafan
UK dalam mempromosi dan memperkenalkan budaya Malaysia kepada penuntut
antarabangsa
- See more at: http://www.utusan.com.my/pendidikan/kampus/terbaik-darilimkokwing-1.290552#sthash.R4LBc5ey.dpuf

You might also like