You are on page 1of 9

MODUL LATIH TUBI TINGKATAN 1

PENGENALAN KEPADA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI


PENGURUSAN PROJEK

Bahagian A: Jawab semua soalan ( 10 markah)

1. Reka bentuk dan teknologi didefinisikan sebagai gabungan pengetahuan tentang


penyusunan bahan secara terancang dengan mengaplikasikan …………….
A Pengetahuan sains dan matematik
B Produk yang memberi impak kepada kehidupan
C Proses mereka bentuk yang ringkas
D Reka bentuk konrit atau abstrak

2. Apakah fungsi garisan yang digunakan dalam suatu reka bentuk?


I Menunjukkan gerakan dan tenaga
II Menghasilkan kesan pembalikan cahaya ke atas objek
III Menunjukkan keseimbangan objek
IV Membahagikan kawasan kepada dua ruang

A I,II dan III


B I,II dan IV
C I,III dan IV
D II,III dan IV

3. Gambar foto di bawah menunjukkan reka bentuk suatu produk yang dihasilkan

Nyatakan prinsip reka bentuk yang diaplikasikan pada produk tersebut


A Kepelbagaian
B Pengulangan
C Kontras
D Harmoni

4. Rajah di bawah menunjukkan teknik yang digunakan di dalam pembinaan objek.

Namakan teknik pembinaan objek tersebut


A Pembuangan
B Penyatuan
C Pembenaman
D Peleraian
5. Kriteria reka bentuk yang menekankan pada kandungan unsur simbolik, emosi, estetika
dan penampilan produk ialah…………………
A Kreativiti
B Ergonomik
C Keaslian reka bentuk
D Kecenderungan inovasi

6. Pengurusan projek reka bentuk merupakan aktiviti kerja yang melibatkan skop kerja,
tempoh masa dan ………..
A Skop projek
B Mengawal pelaksanaan
C Kos projek
D Merancang aktiviti

7. Gambar foto di bawah menunjukkan satu kaedah penjanaan idea bagi menghasilkan
reka bentuk produk.

Apakah kaedah penjanaan idea tersebut?


A Menukar saiz objek
B Menterbalikkan kedudukan
C Meniru objek di persekitaran
D Mempelbagaikan fungsi sesuatu alat

8. Rajah di bawah menunjukkan lakaran sebuah katil kanak-kanak.

Nyatakan kos modal yang terlibat bagi menghasilkan katil kanak-kanak yang
ditunjukkan.
I Kos bahan dan alat
II Kos upah
III Kos overhed
IV Kos pengangkutan

A I,II dan III


B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
9. Pernyataan yang manakah betul tentang skop kerja?
I Terdiri daripada skop produk dan skop projek
II Melibatkan peruntukan kewangan bagi menjayakan projek
III Skop produk melibatkan kualiti, ciri dan fungsi reka bentuk yang dikehendaki
IV Skop projek melibatkan pengurusan masa, bahan, maklumat, ruang dan ahli
pasukan.

A I,II dan III


B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

10. Penjadualan masa berfungsi menunjukkan anggaran jangka masa bagi menyiapkan
sesuatu projek. Antara berikut, yang manakah bukan kepentingan penjadualan masa?
A Mengelakkan kerugian masa dan kos
B Mengelakkan pembaziran atau pemborosan
C Meningkatkan sumber tenaga pekerja
D Mengurus bahan mentah secara sistematik

Bahagian B: Jawab semua soalan

1. A, B dan C ialah istilah yang terdapat dalam reka bentuk dan teknologi
A Elemen reka bentuk
B Reka bentuk konkrit
C Reka bentuk dan teknologi
Padankan definisi dengan menulis A, B dan C pada petak yang disediakan

Bidang yang melibatkan proses mereka bentuk sesuatu produk yang


dapat dilihat dan dipegang.
Gabungan pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang
dengan mengaplikasikan pengetahuan sains dan matematik
Perkara yang dapat menzahirkan idea pereka bentuk dalam lukisan
atau lakaran.
(3 markah)

2. P, Q, R dan S ialah contoh bagi reka bentuk konkrit dan abstrak.

P Pengiklanan
Q Peralatan
R Sistem pengairan
S Seramik
Lengkapkan jadual dengan menulis P,Q,R dan S pada ruang jawapan
Reka bentuk konkrit Reka bentuk abstrak

(3 markah)
3. X, Y dan Z ialah kumpulan warna

X Warna sekunder
Y Warna tertier
Z Warna primer
Padankan warna dengan menulis X, Y dan Z pada petak yang disediakan

Kuning
Jingga
Hijau kebiruan
( 3 markah)
4. L, M dan N ialah kaedah pembangunan produk

L Inovasi
M Invensi
N Kreativiti
Padankan produk dengan menulis L, M atau N pada petak yang disediakan.

Produk Kaedah pembangunan produk

( 3 markah)
5. G, H dan I ialah etika reka bentuk.

G Mesra alam sekitar


H Bermanfaat
I Selamat digunakan
Padankan definisi dengan menulis G, H dan I pada ruang jawapan
Definisi Jawapan
Produk tidak memberi kesan sampingan kepada pengguna
Produk tidak menjejaskan alam sekitar
Produk dapat memberi manfaat kepada pengguna

( 3 markah)
6. Susun mengikut urutan yang betul proses merangka perancangan projek dengan menulis
1, 2 dan 3 pada petak yang disediakan.
Pengawalan dilakukan sepanjang proses menyiapkan projek
Perancangan projek bagi memastikan objektif projek tercapai
Penjadualan masa bagi menganggarkan masa menyiapkan projek

( 3 markah)

7. A, B dan C ialah contoh reka bentuk produk melalui penjanaan idea


A B C

Padankan idea reka bentuk produk dengan menulis A, B dan C pada petak di bawah.
Mempelbagaikan fungsi sesuatu alat
Meniru objek daripada persekitaran
Menukar saiz objek
( 3 markah)

8. P dan Q ialah kaedah untuk menyediakan anggaran kos dalam pengurusan projek

Padankan penerangan dengan menulis P atau Q pada ruang jawapan yang disediakan.
Penerangan Jawapan
Menentukan anggaran keseluruhan projek
Ditentukan mengikut kuantiti barangan atau perkhidmatan
Kurang tepat kerana tidak melibatkan kos keseluruhan projek
Melibatkan faktor spesifik, boleh diukur, boleh dicapai dan realistik
( 3 markah)

9. Maklumat di bawah adalah berkaitan penghasilan suatu produk

 Seramai 4 orang pekerja digunakan untuk menghasilkan suatu


produk
 Kadar upah sejam ialah RM5.00
 Tempoh bekerja 8 jam sehari
 Bekerja selama 3 hari
Hitungkan kos upah bagi penghasilan produk tersebut

( 3 markah)

10. A, B dan C ialah garis panduan dalam penjadualan projek


A Menganggarkan kos dan menyediakan bajet
B Menganggarkan sumber yang diperlukan untuk aktiviti
C Menentukan aktiviti dalam jadual

Lengkapkan carta alir dengan menulis A, B dan C pada petak yang disediakan.

(3 markah)
Bahagian C: Jawab semua soalan

1. Rajah di bawah menunjukkan dua bentuk asas geometri

Berdasarkan rajah di atas:


a) Lakarkan reka bentuk objek yang dihasilkan dengan menggabungkan kedua-dua
objek setelah menggunakan teknik pembuangan

( 6 markah)
b) Berdasarkan lakaran reka bentuk yang anda telah hasilkan, terangkan empat
elemen reka bentuk yang digunakan
Elemen Penerangan

( 4 markah)
2. Ahli Kelab Jari Kreatif bercadang untuk menyiapkan 100 unit cenderamata bagi jualan
pada Hari Guru. Seramai 15 orang ahli kelab akan bekerja 5 jam sehari untuk
menyiapkan cenderamata dalam masa 4 hari. Mereka melakukan tugasan ini secara
sukarela. Jadual di bawah menunjukkan kos bahan dan alat bagi penghasilan
cenderamata tersebut.
Bahan dan alat Kuantiti Kos seunit (RM)
Kadbod hitam 200 keping 3.50
Gam 20 botol 4.50
Kertas warna 100 keping 0.60
Riben merah 6 gulung 3.00
Riben biru 5 gulung 3.00
Gunting 5 unit 4.00
Bendera kecil 100 unit 0.50

Berdasarkan jadual di atas:


a) Hitung kos bahan untuk menghasilkan 100 unit cenderamata

( 3 markah)

b) Sekiranya kos everhead yang terlibat ialah bil elektrik, iaitu RM5.00, hitung
jumlah kos modal bagi menghasilkan 100 unit cenderamata

( 2 markah)

c) Hitung kos pengeluaran bagi menghasilkan satu unit cenderamata

( 2 markah)
d) Jika peratus keuntungan yang dikehendaki ialah 65%, hitung kos jualan bagi satu
unit cenderamata

( 3 markah)

Disediakan oleh,

Azida Alzahari
NORAZIDA AZNI BINTI ALZAHARI
Guru Mata Pelajaran RBT

You might also like