You are on page 1of 15

Isu Keganasan (Pengajian Am)

ISU KEGANASAN
1. Keganasan merupakan isu yang perlu dipandang serius oleh setiap masayarakat.
2. Keganasan tidak semestinya melibatkan situasi peperangan malah termasuk juga rusuhan
kaum, pergaduhan yang melibatkan senjata berbahaya, pencerobohan dan sebagainya.
3. Isu ini perlu diambil kira di peringkat dalam negara dan juga global kerana melibatkan
manusia sejagat.
Peringkat Global
1. Isu ini begitu popular di peringkat global terutamanya yang melibatkan penglibatan Perstauan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan ASEAN.
2. Antara isu keganasan yang timbul di peringkat global ialah isu rakyat Palestin Kaum
Rohingya, Bangsamoro, perkauman di Selatan Thailand, Mesir dan Syria.
3. Tidak semua isu ini berjaya diselesaikan malah masih lagi berlaku hingga kini dan salah satu
yang paling ketara ialah isu di Palestin.
o Isu Rakyat Palestin
a) Isu ini telah lama diperkatakan malah Malaysia juga pernah memperkatakan isu ini dalam
Majlis PBB namun wujud keadaan tidak adil ekoran kuasa veto dipegang oleh negara yang
bersekutu dengan Israel.
b) Akhir tahun 2012 menyaksikan pelancaran serangan Pillar of Defence oleh Israel ke atas
wilayah Palestin di Gaza.
c) Pelancaran ini telah mengorbankan lebih 40 nyawa, termasuk kanak-kanak dan wanita hamil
manakala 400 orang mengalami kecederaan.
d) Hampir seluruh negara di dunia mengambilk langkah mengecam perbuatan Israel yang
menindas rakyat Palestin.
e) Malaysia turut bertindak menggesa PBB membuat ketetapan agar Israel menghentikan
serangan serta-merta walaupun arahan gencatan senjata telah dikeluarkan ke atas Israel
(Israel mengabaikan arahan ini).
f) Rakyat malaysia turut menunjukkan keprihatinan terhadap isu ini dengan menyalurkan
bantuan ke atas rakyat Palestin dalam bentuk kewangan, makanan dan keperluan harian.
g) Isu ini seakan-akan tidak akan berakhir ekoran Amerika Syarikat yang merupakan kuasa
terbesar dunia merangkap pemegang kuasa veto di peirngkat PBB, mempunyai kepentingan
yang perlu dijaga antara Israel.
Peringkat Dalam Negara
Sejak merdeka, keganasan di Malaysia tidak wujud dalam bentuk peperangan tetapi lebih
kepada rusuhan kaum, isu penggunaan senjata, pencerobohan pihak luar ke dalam negara.
o Isu Penggunaan Senjata
a) 2013 - Sejak April hingga Julai, terdapat lebih kurang 14 kes tembakan dalam negara ini.
b) Mangsa terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuklah guru sekolah, pegawai bank dan
anggota polis.
c) Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan kes bom yang menyebabkan kematian seorang
kerani di Kelantan. Bom tersebut dipercayai diaktifkan menggunakan alat kawalan jauh
manakala kes bom yang terkini melibatkan pegawai bank dan seorang rakan di Pulau Pinang
dan bom yang digunakan adalah buatan sendiri tetapi tiada kematian dilaporkan.
o Isu Pencerobohan Tentera Sulu di Lahad Datu

a) Pencerobohan ini berlaku ekoran waris Kesultanan Sulu ingin menuntut hak ke atas Sabah.
b) 200 orang pemberontak yang diketuai oleh Raja Muda Azzumudie Kiram telah melakukan
pemberontakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 1 Mac 2013.
c) Serangan Jamalul Kiram III ke atas Lahad Datu tidak mendapat sokongan Kaum Sulu.
d) Menurut GMA News (akhbar Filipina), pencerobohan ini mendapat latihan serta bekalan
senjata daripada Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) yang diketuai oleh Misuari
namun kenyataan ini dinafikan oleh Misuari sendiri tetapi tidak menafikan kemungkinan ada
anggota MNLF terlibat sama.
e) Pasukan Keselamatan Malaysia telah melakukan serangan besar-besaran ke atas penceroboh
bersenjata yang menggelar diri mereka tentera Kesultanan Sulu.
f) Presiden Filipina (Benigno Aquino III) sentiasa memberi kerjasama menangani isu ini dan
menggesa kumpulan terbabit berundur dan menyerah diri bagi mengelakkan berlakunya
pertumpahan darah.
g) 6 wira negara telah terkorban daripada serangan hendap oleh penceroboh.
Faktor Keganasan
1. Pemikiran tidak rasional menyebabkan tindakan yang tidak wajar diambil seperti dalam kes
tembakan.
2. Mendapatkan kekuasaan seperti yang berlaku di Mesir, tentera menindas rakyat yang tidak
menyokong pemikiran sekular supaya pemerintahan dipegang oleh pihak yang
berkepentingan.
3. Menjaga kepentingan seperti isu Palestin, AS mengambil sikap pilih kasih terhadap Israel
bagi menjaga kepentingan ekonomi negaranya sehingga nasib rakyat Palestin tidak terbela.
4. Perbezaan agama seperti yang berlaku kepada Kaum Rohingya yang mana kaum ini ditindas
oleh penduduk beragama Buddha.
5. Perampasan hak seperti isu pencerobohan Lahad Datu iaitu asas kepada pencerobohan ini
adalah untuk merampas Sabah dari Malaysia.
Kesan Keganasan
1. Kematian dan kemusnahan harta benda.
2. Ketakutan dalam kalangan rakyat.
3. Huru-hara dalam negara.
4. Pencabulan ke atas hak asasi manusia.
5. Kehilangan tempat tinggal dan kemusnahan penempatan.
Langkah Mengatasi Keganasan
1. Memastikan keselamatan negara sentiasa terkawal.
2. Mengadakan rundingan damai.
3. Membincangkan isu berkenaan di peringkat global.
4. Memantapkan lagi sistem keselamatan dalam negara.
5. Memastikan senjata hanya digunakan dalam ketentaraan dan keselamatan (isu penggunaan
senjata).
6. Memberikan info tekini kepada rakyat mengenai kesan keganasan dna cara mengatasinya.
7. Menyebarkan maklumat tentang keburukan keganasan di peringkat sekolah.
8. Menerapkan unsur patriotisme dalam kalangan rakyat.
9. Menerapkan unsur kesopanan kepada rakyat.
Faktor faktor Dasar Luar :J Kepentingan nasional
-Elak sebarang ancaman/serangan dari luar.
-Hubungan baik semua negara
-Perdagangan beroreintasikan eksport
J PBB

J Geostrategik
-Terletak di 2 persimpangan jalan laut
-Kaya dengan sumber galian
J Islam
-Penyertaan Malaysia dalam OIC
-Hubungan baik dengan negara Islam
J Komanwel (Bekas Jajahan British)
-diteruskan hubungan dengan negara Britsh dan negara lain
J Dasar Berkecuali
-Tak berpihak kpd Blok Barat dan Komunis
-Jalin hubungan dengan semua negara.
Prinsip Dasar Luar : Selesaikan masalah menerusi rundingan meja bulat menolak kekerasan.
Hidup secara aman dan harmoni
Selesaikan masalah tanpa campur tangan pihak luar.
Mengamalkan dasar tidak campur tangan hal ehwal negara lain.
Objektif Dasar Luar : Menjamin keselamatan rakyat dan negara
Pembangunan dan kemajuan ekonomi
Mewujudkan keamanan dan keharmonian
ERA DASAR LUAR
Tahap 1: Tunku Abdul Rahman
Dasar Pro-Barat & Antikomunis
Kerjasama serantau
Tahap 2 : Tun Abdul Razak
ZOPFAN
Hubungan diplomatik dengan China
Tahap 3 : Tun Hussein Onn
Hubungan dengan negara2 ASEAN selepas kejatuhan Saigon.
Tahap 4 : Tun Dr . Mahatir
Isu penindasan penduduk kulit hitam dan penderitaan penduduk Palestine (Negara Dunia ke3)
Isu pengeksploitasi benua berais di Kutub Selatan (Antartika)
Penyertaan dalam misi pengaman PBB
Permulaan Dasar Pandang ke Timur
Tahap 5 : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Pastikan Malaysia aktif di arena antarabangsa
Meluaskan fokus OIC
Konsep Islam Hadhari
Ciri ciri Dasar Luar:
Dasar yang BOLEH DIPERCAYAI
-meraih kepercayaan dan keyakinan negara lain.

Dasar yang MENYEDARKAN


-menjaga kepentingan rakyat melebihi segalanya

Dasar yang KONSISTEN & KOHEREN


-Menjadikan Malaysia rakan yang boleh diterima
-Menjadikan Malaysia jenama yang disukai dalam hubungan antarabangsa
[ASEAN]

Tujuan Penubuhan :
Percepat pertumbuhan ekonomi
Kekalkan keamanan dan kestabilan kawasan serantau
ASEAN bukan pakatan tentera
Perluaskan perdagangan antarabangsa
KERJASAMA ASEAN:v Ekonomi
Projek Perindustrian ASEAN
Baja urea Malaysia
Fabrikasi tembaga Filipina
Garam batu soda Thailand
Vaksin Hepatitis B Singapura
EAEC ( Perundingan Ekonimi Asia Timur )
-Forum ekonomi
-Sistem perdagangan yag terbuka
-Gagal Bentuk kerjasama ASEAN +3 ( Jepun , China , Korea)
AFTA ( Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN)
-Skim Tarif Keutamaan Sama Rata ( CEPT)
-Sebagai Pusat Perkilangan di pasaran dunia
-Galakkan kerjasam dagangan
-Meluaskan pasaran negara serantau
PTA (Peraturan Perdagangan Istimewa )
-Rangkum kontrak kualiti jangka panjang perluasan tarif istimewa
-Kurang berkesan setiap negara anggota mengutamakan kepentingan domestic
Konsep Segi Tiga Pertumbuhan
-IMS GT, IMT GT
-Peluasan pasaran & perdagangan
-perkongsian teknologi
v Keselamatan
ZOFPAN (Kawasan Aman Bebas & Berkecuali)
Wujudnya SEANWFZ ( Zon Bebas Senjata Nuklear)
ARF (Forum Serantau ASEAN)
-selesaikan konflik antara anggota.
v Sosial
Majlis Bahasa Brunei-Indonesi-Malaysia (MBBIM)
-tingkatkan mutu bahasa Melayu
SEAMEO (Pertubuhan Menteri2 Pendidikan Asia Tenggara )
-galak kerjasama pendidikan/budaya/sains
PIAGAM ASEAN: Bentuk satu landasan perundangan dan mengubah perhimpunan longgar kepada yang terikat
dengan peraturan.
Lebih relevan dan kuat dalam menghadapi isu semasa
Menubuhkan badan hak asasi manusia menggariskan prinsip pegangan ASEAN.
MATLAMAT ASEAN: Menghormati kemerdekaan negara anggota
Selesaikan pertikaian secara aman
Tak campur tangan hal ehwal negara anggota
[PBB]

Objektif
1. Mengekalkan perdamaian dunia
2. Menyelesaikan sebarang masalah dunia
3. Beri bantuan kepada negara2 yang perlu
Majlis Perhimpunan Agung
Forum membincangkan persoalan undang2 antarabangsa
Wakil negara anggota diberi peluang berucap
Bahasa utama
Inggeris,Perancis,Sepanyol,Jerman &China
Majlis Keselamatan
5 kuasa veto (AS,Russia,Britain,China,Perancis)
Kuasa veto kuasa pembatalan sebarang keputusan Majlis
Mendengar,bincang,selesaikan isu pertelingkahan negara anggota
Majlis Amanah
Membantu memastikan wilayah2 bukan perintah diri ditadbirpenjagaan kepentingan
penduduk
Operasi digantung setelah siap misinya
Majlis Ekonomi dan Sosial
Meningkatkan dan memberikan khidmat taraf hidup penduduk
Berfungsi melalui cawangan:-UNESCO (Pertubuhan Pendidikan ,Saintifik, & Kebudayaan)
-WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia)
-FAO (Pertubuhan Makanan & Pertanian)
-IMF ( Tabung Kewangan Antarabangsa)
Mahkamah Pengadilan Antarabangsa
Selesaikan pertikaian undang2 yang diserahkan oleh ahli2 negara
Contohnya , Filipina pernah membawa Malaysia ke mahkamah ini berhubung tuntutan mereka
ke atas Sabah.
Faktor Malaysia Kurang Senang Dengan PBB
v PBB dipengaruhi kuasa besar
v PBB selesaikan isu agak lambat & mengamalkan dasar pilih kasih
v PBB tak berupaya cegah keganasan Israel di Palestine
v Majlis Keselamatan tak demokratik 5 anggota tetap yg mempunyai kuasa veto
[OIC]
OIC atau dikenali sebagai Pertubuhan Persidangan Islam

Objektifnya:
Memupuk perpaduan
Menghapuskan perbezaan kaum dan penindasan
Selesaikan perselisihan antara negara anggota.
3 Badan Utama OIC:-

J Sidang Kemuncak Ketua2 Negara Kerajaan OIC (3 tahun sekali)

Pembuat keputusan tertinggi

Forum penilaian perkembangan negara2 anggota


J Persidangan Menteri2 Luar OIC (1 tahun sekali)


Pembuat keputusan kedua tertinggi

Bincangkan keadaan sosioekonomi di dunia Islam

Penilaian terhadap institusi Islam bagi meningkatkan kerjasama ekonomi


J Skretariat OIC

Diketuai oleh setiausaha agung yang dipilih 4 tahun sekali

Melaksanakan semua keputusan yang dibuat oleh Persidangan Islam


PIAGAM OIC
Menegakkan perpaduan Islam
Membentuk hubungan harmoni
Perjuangkan keadilan hak asasi manusia
[D8 (cabang OIC) ]
Objektifnya: Basmi kemiskinan
Basmi buta huruf
Kemajuan teknologi
Menambah pelaburan

Peranan Malaysia dalam D8:Memupuk perpaduan & tingkatkan kerjasama antara negara anggota
Eratkan kerjasama ekonomi & perdagangan
Bahagian D8

J Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIFE)

Membincang idea2 terkini kea rah merencanakan pembangunan ekonomi Ummah

Menubuhkan Bank Pembangunan Islam bagi member perkhidmatan kewangan


J Standard Halal Antarabangsa

Malaysia negara peneraju industri halal dunia

Standard Halal Antarabangsa dibangunkan oleh Pakatan Halal Antarabangsa


[NAM (Pergerakan Negara2 Berkecuali)]
Tidak memihak mana2 blok kuasa
Objektifnya: Hormati hak asasi manusia
Tidak campur tangan hal ehwal negara asing
Pupuk kerjasama antara negara anggota
[Kerjasama Selatan-selatan]
Sebelum itu, terdapat Dialog Utara Selatan.Hasilnya:J Wujudnya Sistem Keistimewaan Am
J Penubuhan Persidangan PBB

J Pembentukan Order Baru Ekonomi Dunia (NIEO)


-perkara yg dituntut ialah pemindahan teknologi dan bantuan pembangunan
Dialog Utara Selatan dianggap gagal kerana: Terdapat pertelingkahan mengenai soal perdagangan dan politik
Hasrat penubuhan Kerjasama Selatan-selatan
Objektifnya:J Bentuk kerjasama yang lebih berkesan
J Menghadapi masalah ekonomi negara anggota
APEC (Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik)
Merupakan forum ekonomi.
Objektif APEC: Mengawal peningkatan ekonomi
Membangunkan dan menguatkan system perdagangan terbuka
Galakkan pengaliran barang,modal dan teknologi
Tujuan APEC ditubuhkan bagi memajukan perdagangan bebas dan kukuhkan kerjasama
antara negara anggota
Kekuatan APEC ialah: Liberalisasi perdagangan dan pelaburan
Kemudahan perdagangan dan pelaburan
Kerjasama ekonomi dan teknikal.
egory Archives: Ekonomi Malaysia dan antarabangsa
Peranan antarabangsa Malaysia kian mencabar
Posted on August 27, 2014 | 1 comment
Peranan antarabangsa Malaysia kian mencabar
KEJAYAAN peranan antarabangsa Malaysia pada hari ini ialah usahanya dalam konteks
penyelesaian konflik serantau dan antarabangsa semasa. Sebagai sebuah negara yang
cintakan keamanan dan keselamatan sejagat, Malaysia sangat perihatin terhadap pelbagai isu
dan konflik yang boleh menjejaskan keamanan negara, serantau dan antarabangsa. Malaysia
telah berjaya membuktikan kepada dunia bahawa strategi pengurusan konflik secara aman
telah berjaya membantunya menghapuskan ancaman komunis dalam negara.
Di peringkat serantau, Malaysia telah bekerjasama dengan negara-negara yang berjiran
dengannya serta menggunakan platform ASEAN bagi menguruskan pelbagai konflik yang
berlaku di sekitar sempadannya. Selepas beberapa tahun, usaha diplomasi Malaysia ini telah
terbukti berjaya.
Sebagai contoh, peranan Malaysia dalam mengurus dan menyelesaikan konflik di Pulau
Mindanao, selatan Filipina telah mendapat pujian daripada banyak pihak, pemerhati
antarabangsa serta PBB. Misi diplomasi Malaysia di Pulau Mindanao berakhir dengan
termeterainya proses damai antara Bangsamoro dengan kerajaan Filipina.
Berikutan dengan kejayaan ini, Malaysia sedang cuba menjual peranan diplomasiya kepada
beberapa buah negara lain yang sedang menghadapi masalah yang sedemikian rupa seperti
Myanmar (isu Rohinya) dan Thailand (isu selatan Thai). Yang terkini, Malaysia sedang
berusaha sedaya upaya untuk menjadi perunding damai di antara Hamas dan Fatah di
Palestin. Sesungguhnya, penglibatan Malaysia pasti menjadi pembakar semangat kepada

seluruh rakyat Malaysia dan umat Islam sejagat untuk terus berjuang bagi membantu rakyat
Palestin yang ditindas oleh rejim Zionis Israel.
Pun begitu, apa yang telah dicapai oleh Malaysia sekarang sebenarnya hanya satu permulaan
kepada satu episod baru dalam kancah dunia politik antarabangsa era globalisasi. Apatah lagi,
bagi sebuah negara kecil seperti Malaysia yang ingin mencapai status sebagai sebuah negara
kuasa pertengahan (middle power state), cabaran yang bakal dihadapinya mulai daripada
sekarang dan akan datang adalah semakin mencabar dan berliku.
Negara kuasa pertengahan ialah satu konsep yang merujuk kepada status sesebuah negara
yang bukan besar dan bukan kecil tetapi boleh berdikari serta mampu memberikan impak
penting dalam konteks politik antarabangsa. Malaysia, pada ketika ini sedang mempersiapkan
dirinya menjadi sebuah negara kuasa pertengahan.
Sememangnya, usaha dan peranan antarabangsa Malaysia khasnya dalam menyokong idea
PBB bagi memastikan keamanan dan keselamatan dunia sejagat menerusi pendekatan
penyelesaian konflik secara aman dan tindakan multilateralisme yang dijana menerusi
platform PBB telah memperlihatkan tindakan dasar luar Malaysia sebagai bakal sebuah
negara kuasa pertengahan.
Dan sekiranya status ini berjaya dicapai oleh Malaysia, ia bakal meletakkan negara ini sebaris
dengan negara-negara kuasa pertengahan yang tersohor pada ketika ini seperti Kanada,
Brazil, India, Korea Selatan, dan Jepun.
Pendekatan usaha yang dianjurkan oleh Malaysia dalam konteks penyelesaian konflik
antarabangsa sememangnya merupakan satu pendekatan yang baik dan bijaksana. Banyak
negara dunia telah menyambut baik pendekatan ini kerana ia bersifat sangat universal. Jikalau
melihat kepada logik akal, tiada siapa pun mahu melihat kemusnahan dan kematian.
Ramai yang pasti bersetuju sekiranya semua konflik dan krisis antarabangsa dapat di
selesaikan secara aman tanpa melibatkan kemusnahan dan pertumpahan darah. Tetapi
persoalannya, apakah semua pihak yang sedang berkonflik termasuk pihak-pihak tertentu
yang berkepentingan serta negara-negara kuasa besar dunia benar-benar bersetuju dengan
pendekatan ini?
Dalam hal yang sebegini, bersikap positif dan berbaik sangka adalah sesuatu yang sangat
dialu-alukan. Tetapi kalau disingkap sejarah silam politik antarabangsa, kita akan dapati
keadaan sebaliknya sedang berlaku dan ia sangat mengecewakan.
Realitinya, dalam konteks pengurusan dan penyelesaian konflik antarabangsa, negara-negara
kuasa besar dunia pada hari ini lebih menyukai pendekatan secara kekerasan daripada
pendekatan secara aman. Mereka lebih cenderung kepada peperangan yang sudah pasti
membawa kepada kemusnahan dunia dan kematian manusia yang tidak berdosa.
Andaian ini boleh disokong dengan beberapa fakta yang sangat menarik untuk difikirkan
bersama, sebagai contoh:
(i) Perubahan peranan misi pengaman antarabangsa daripada hanya misi pengaman kepada
misi campur tangan ketenteraan (military intervention).
(ii) Peningkatan krisis dan konflik antarabangsa di negara-negara yang menolak demokrasi.
(iii) Peningkatan jumlah misi pengaman antarabangsa sama ada di bawah seliaan PBB dan
agensi bukan PBB (seperti NATO, EU dan pertubuhan-pertubuhan serantau).
(iv) Peningkatan jumlah pengeluaran dan penjualan senjata oleh negara-negara kuasa besar
dunia.
(v) Peningkatan jumlah pembelian senjata oleh negara-negara membangun dan miskin seperti
di Afrika, Asia dan Amerika Selatan.
(vi) Sokongan kuat sama ada oleh PBB dan negara-negara kuasa besar dunia terhadap usaha
campur tangan asing dalam konflik di negara-negara membangun (seperti di Iraq,
Afghanistan, Syria dan yang terkini di Mali).

PBB, sebagai badan antarabangsa yang bertanggungjawab dalam hal berkaitan dengan tadbirurus dunia sejagat (global governance) pula semakin hari semakin hilang taringnya. Hari
ini, banyak usaha misi pengaman antarabangsa yang sebelum ini diterajui oleh PBB telah
diswastakan kepada agensi bukan PBB yang jelas sekali mempunyai pelbagai kepentingan
yang terselindung.
Misi pengaman antarabangsa pada hari ini telah hilang sifat collective security dan
multilateralismenya. Ia tidak ubah seperti misi untuk mempertahankan kepentingan nasional
negara-negara tertentu dan berkepentingan di PBB.
Lihatlah apa yang telah berlaku kepada misi-misi pengaman antarabangsa di beberapa buah
negara seperti Bosnia, Somalia dan Rwanda. Ia adalah antara contoh misi-misi pengaman
yang gagal sementara krisis di beberapa buah negara lain seperti di Palestin dibiarkan
berlarutan.
Semoga Malaysia berjaya menjadi sebuah negara contoh yang gigih berusaha dengan segala
kemampuan yang ada demi memastikan keamanan dan keselamatan dunia sejagat terpelihara
daripada ancaman negara atau pihak yang berkepentingan ini.
ayah rentas sempadan
Posted on September 29, 2015 | Leave a comment
Majlis pembukaan Persidangan Menteri-Menteri ASEAN mengenai Jenayah Rentas
Sempadan kali ke-10, 29-9-2015.
Jenayah rentas sempadan merupakan satu jenayah baru yang harus diatasi sejajar dengan
saranan pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Mengenai Dadah dan Jenayah
(UNODC).
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi berkata jenayah itu kini sudah menjadi
satu fenomena yang boleh menggugat keamanan, keselamatan individu dan juga negara.
Bahkan, Jenayah rentas sempadan turut melibatkan transaksi kewangan yang juga
membabitkan sindiket jenayah.
Antara jenayah rentas sempadan yang disenaraikan adalah perdagangan haram alam
semulajadi dan budaya, perdagangan haram hidupan liar, perdagangan haram bagi produk
berasaskan kayu. Selain itu, jenayah ini merangkumi perdagangan haram untuk sisa elektrik
dan elektronik, perdagangan haram untuk bahan-bahan yang menipiskan ozon, barang-barang
tiruan dan perdagangan ubat-ubat tiruan.
Jenayah itu sering melibatkan pergerakan individu yang merentasi sempadan negara. Isu ini
menjadi salah satu ancaman utama di rantau ASEAN untuk satu jangka masa yang lama.
Masalah ini juga telah mencecah ke paras yang kritikal pada pertengahan tahun ini dan turut
melibatkan beberapa negara ASEAN termasuk Malaysia ekoran penghijrahan mengejut yang
tidak terkawal.
ASEAN harus membuat satu keputusan ekoran jenayah transtanational baru seperti yang
disarankan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai dadah dan jenayah.
Contoh tajuk karangan:
Bincangkan punca tercetusnya masalah orang pelarian di sesebuah negara dan sarankan
langkah-langkah mengatasi masalah ini.
Orang Pelarian: Kehidupan Penuh Ketidaktentuan
Baru-baru ini wakil Bernama Melati Mohd Ariff menemu bual Alan Vernon, Pesuruhjaya
Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) di Malaysia di mana beliau
menyentuh beberapa isu berhubung pelarian dan mereka yang ingin mendapatkan suaka
politik
Berikut ialah rencananya:
Malaysia sebenarnya mempunyai sejarah yang panjang dalam soal pelarian.

Siapa yang dapat melupakan isu pelarian Vietnam orang bot yang mendarat dengan begitu
ramainya di negara ini, mencari perlindungan daripada pemerintahan Komunis sebaik
berakhirnya Perang Vietnam pada April 1975.
Kira-kira 250,000 pelarian Vietnam diproses di khemah pelarian di Pulau Bidong (sebuah
pulau kecil di Terengganu) sebelum kebanyakan mereka diterima negara ketiga termasuk
Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Perancis, New Zealand, Sweden, Finland, Denmark
dan Norway.
Kira-kira 9,000 pelarian Vietnam kembali ke Vietnam dengan bantuan UNHCR.
Malahan selepas khemah Pulau Bidong ditutup pada Oktober 1991, Malaysia masih menjadi
tumpuan serta tempat perlindungan untuk pelarian daripada beberapa negara lain sehingga ke
hari ini.
Pelarian ialah masalah sejagat. Berdasarkan statistik, hampir setiap negara terjejas dengan
pelarian dan Malaysia tidak terkecuali.
Ia akan berterusan sebagai satu masalah tetapi lebih mudah menanganinya jika semua
negara bekerjasama.
Negara terbesar yang menghasilkan pelarian yang memberi kesan kepada Malaysia pada
masa ini ialah Myanmar dan fenomena ini berlarutan lebih 10 hingga 15 tahun, Alan Vernon,
56, Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) di Malaysia
memberitahu Bernama dalam wawancara di pejabatnya di Bukit Petaling di sini baru-baru
ini.
UNHCR memulakan operasi di Malaysia pada 1975 di mana pada peringkat awalnya untuk
menangani masalah pelarian Vietnam. Ia juga membantu kerajaan Malaysia dalam menerima
dan menempatkan semula lebih 50,000 orang Islam Filipina yang lari dari Mindanao ke
Sabah pada 1970-an dan 1980-an.
UNHCR juga membantu kerajaan dalam menempatkan semula beberapa ribu orang Islam
Cham dari Kampuchea pada tahun 1980-an dan beberapa ratus pelarian Bosnia pada 1990-an.
STATISTIK PELARIAN
Menurut Vernon, terdapat kira-kira 50 juta pelarian di seluruh dunia.
Di Malaysia, terdapat sekitar 88,100 pelarian dan mereka yang ingin mendapatkan suaka
politik berdaftar dengan pejabat UNHCR sehingga penghujung Mei 2010. Mereka ini diberi
kad UNHCR sebagai tanda pengenalan diri.
Daripada jumlah itu, 81,600 ialah dari Myanmar terdiri daripada kira-kira 38,900 suku kaum
Chin, 18,900 Rohingya, 6,400 orang Muslim Myanmar, 3,800 Mon, 3,600 Kachin dan
selebihnya minoriti etnik lain dari Myanmar.
Lebih ramai lagi pergi ke Thailand dan negara itu berkemungkinan mempunyai empat
hingga lima juta pelarian dari Myanmar memandangkan kedua-dua negara berkongsi
sempadan.
Untuk datang ke Malaysia, mereka perlu mengharungi pelbagai pahit getir. Mereka juga
datang ke negara ini kerana mereka tahu mereka boleh hidup di sini, jika tidak, sudah tentu
mereka tidak akan berbuat demikian.
Jadi saya fikir Malaysia adalah mangsa kepada kejayaannya. Jika ekonomi negara ini teruk,
mungkin rakyat negara ini juga akan menjadi pelarian, kata Vernon.
Seramai 6,600 pelarian dan mereka yang mencari suaka politik lain ialah dari negara seperti
Sri Lanka (3,500 pelarian), Somali (930), Iraq (580) Afghanistan (530) dan Palestin (200).
Dari segi jantina, 70 peratus pelarian dan mereka yang mencari suaka politik ialah lelaki
sementara 30 peratus perempuan.
Terdapat juga pelarian dan pencari suaka politik yang tidak berdaftar dan jumlah mereka
dianggarkan sekitar 10,000 orang.
Untuk rekod, pelarian ialah mereka yang diiktiraf sebagai pelarian sementara pencari suaka
politik ialah mereka yang datang ke pejabat UNHCR untuk menuntut taraf pelarian.

Pencari suaka politik akan ditemu bual dan kes mereka dikaji berdasarkan maklumat UNHCR
mengenai negara mereka sebelum sebarang keputusan dibuat sama ada mereka boleh diiktiraf
sebagai pelarian.
TIDAK DI KHEMAH
Satu perkara yang elok tentang pelarian di Malaysia, seperti yang disuarakan Vernon ialah
mereka tidak tinggal di dalam khemah.
Komuniti pelarian tinggal di kawasan perumahan kos rendah di seluruh negara, dan sering
kali bilangan yang besar terpaksa berkongsi tinggal di dalam ruang yang sempit.
Kadang kala orang berfikir khemah adalah penyelesaian yang baik untuk pelarian tetapi
pada dasarnya tinggal di khemah pelarian akan menambahkan lebih banyak penderitaan.
Lagi pun banyak isu jika diletakkan mereka di khemah, ramai nanti bergantung kepada
bantuan, kebajikan dan penjagaan.
Sering kali juga apabila khemah pelarian diwujudkan, ia akan berpanjangan berbanding
situasi lain kerana khemah mempunyai kehidupan yang tersendiri, jelas Vernon yang
menyandang jawatan wakil UNHCR di Malaysia sejak November 2008.
Pembabitan Vernon dalam isu pelarian sebenarnya bermula sejak 1978 lagi ketika beliau
mengajar di Amerika Syarikat.
Beliau menyertai UNHCR pada 1987 dan menyandang jawatan Pegawai Penempatan Semula
Bersekutu di pejabat lapangan UNHCR, Kuala Terengganu (1987-1991). Sepanjang kariernya
dengan UNHCR, beliau juga pernah ditempatkan di Sri Lanka dan Geneva.
Menurut Vernon, kerajaan Malaysia mengambil langkah positif dengan tidak menyekat
pergerakan pelarian yang bererti mereka boleh berusaha untuk mencari nafkah bagi menyara
keperluan kehidupan mereka.
PELARIAN DAN PENDATANG
Bagaimanapun, Vernon mahu rakyat Malaysia memahami bahawa pelarian bukan pendatang
dan terdapat perbezaan yang amat ketara antara keduanya.
Pelarian, jelas beliau tidak memilih untuk meninggalkan tanah air mereka tetapi sebaliknya
dipaksa berbuat demikian.
Menurut definisi UNHCR, pelarian ialah orang yang mempunyai ketakutan yang berasas
akan ditindas atas sebab pendapat politik, etnik, agama atau keahlian dalam sesebuah
kumpulan tertentu.
Malaysia amat bertuah kerana tidak mempunyai situasi yang sedemikian. Malaysia belum
menghasilkan pelarian. Pihak kami amat gembira dengan keadaan itu tetapi berharap rakyat
negara ini mempunyai toleransi terhadap hakikat bahawa pelarian tidak membuat pilihan
untuk datang ke negara ini.
Mereka dipaksa meninggalkan kampung halaman mereka dan tidak boleh kembali sehingga
keadaan di negara mereka pulih dan mereka tidak lagi berdepan dengan risiko dipenjara dan
kemungkinan dibunuh.
Ini berbanding pendatang yang membuat pilihan untuk meninggalkan negara mereka untuk
peluang ekonomi atau pendidikan yang lebih baik, tegas Vernon.
Sesetengah pihak menganggarkan terdapat tiga hingga empat juta pendatang di Malaysia
dengan 50 peratusnya berada di negara ini secara sah.
CABARAN UMUM
Memandangkan masalah pelarian mungkin tidak selesai dalam masa terdekat, cabaran umum
ialah untuk mencari jalan bagi memenuhi keperluan pelarian dan dalam masa yang sama
melindungi kepentingan tuan rumah secara keseluruhan.
Sebagai rekod, Malaysia tidak memeterai Konvensyen 1951 berhubung kedudukan pelarian.
Memang penting untuk menandatangani Konvensyen Pelarian tetapi jika sesebuah kerajaan
itu tidak bersedia untuk berbuat demikian kita masih boleh mengadakan dasar serta prosedur
dalam menangani isu pelarian.

Perkara ini belum ada lagi buat masa ini, dan ia adalah kesulitan besar bagi kami kerana
tanpa dasar dan prosedur, semua perlu dibuat berdasarkan budi bicara. Ia juga tidak memberi
panduan kepada semua peringkat kerajaan.
Untuk itu perlu ada rangka kerja perundangan. Ini amat penting untuk memastikan pelarian
dilindungi dan selamat sehingga sampai masanya mereka boleh pulang ke negara mereka.
Sesetengah daripada mereka boleh ditempatkan semula di negara lain tetapi ia bukan
penyelesaian untuk setiap pelarian, tambahnya.
Vernon memberitahu Bernama bahawa jumlah tempat penempatan semula adalah kurang
daripada bilangan pelarian yang ada di Malaysia.
Menurut beliau, pihaknya mengemukakan lebih daripada 10,000 pelarian untuk penempatan
semula tahun lalu, tetapi mengulangi bahawa ia bukan penyelesaian untuk semua orang.
Penyelesaian terbaik untuk pelarian ialah pulang ke negara asal.
MENGURUS ISU
Bercakap seterusnya mengenai pelarian, Vernon melahirkan rasa optimisnya bahawa
kejayaan yang dicapai dengan orang bot Vietnam serta pelarian Acheh akan dapat diraih juga
akhirnya.
Ketika bot-bot Vietnam mula mendarat di Malaysia pada 1975 dan meningkat pada 1979,
rasanya macam isu pelarian ini akan berterusan selama-lamanya. Namun pada 1991 ia
selesai. Satu lagi contoh ialah pelarian Acheh dan selepas tsunami mereka semua pulang ke
negara mereka, katanya.
Menurut beliau, Myanmar ialah sebuah negara yang berkemungkinan mengeluarkan pelarian
untuk beberapa ketika mendatang.
Tahun ini ada proses pilihan raya dan masih banyak masalah di negara itu tetapi kami amat
berharap secara berperingkat keadaan akan menjadi lebih baik, tambahnya.
Secara realitinya, kata beliau, Malaysia perlu berfikir cara untuk menangani keadaan di
Myanmar kerana Malaysia ialah sebahagian daripada Asean dan perlu mengambil kira
perkara itu dalam dasar luarnya.
Satu daripada cabaran untuk Malaysia dalam aspirasinya untuk menjadi sebuah negara maju
sepenuhnya menjelang 2020 ialah ia perlu mendukung tanggungjawab global dan satu
daripadanya ialah membantu keadaan pelarian.
Cara untuk melakukannya ialah secara rakan kongsi. UNHCR ada di sini. NGO dan
komuniti antarabangsa yang lain boleh juga membantu dan saya rasa banyak ruang untuk
menguruskan isu ini dengan cara yang lebih baik.
Berdasarkan pengalaman saya, sekiranya kita menangani sesuatu masalah itu dan
menguruskannya dengan cara yang bijak, kita tidak akan tertekan dengan angka, kata
Vernon.
Pelarian: Isu Sejagat Dan Kemanusiaan
Berada jauh di negara asing dan berdepan dengan masa depan yang tidak menentu, pelarian
di Malaysia terpaksa bergelut dengan pelbagai cabaran untuk kelangsungan hidup.
Mereka amat rajin, buat pelbagai jenis kerja dan mengambil apa sahaja peluang kerja yang
datang kepada mereka. Ini menjadikan mereka calon terbaik untuk program penempatan
semula, Alan Vernon, Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR)
memberitahu Bernama dalam wawancara di pejabatnya di Bukit Petaling, di sini baru-baru
ini.
Idea yang baik untuk membenarkan mereka bekerja secara sah. Ini menjimatkan wang
memandangkan mereka sudah ada di negara ini. Pelarian mahu memberi sumbangan kepada
negara ini dan membantu masyarakat di sini kerana mereka mempunyai tempat untuk tinggal.
Bagaimanapun, mereka tidak mendapat peluang itu kerana mereka tidak boleh bekerja
secara sah dan buat masa ini mereka tidak boleh mendapat permit kerja, katanya mengulas
sesetengah cadangan supaya membenarkan pelarian di Malaysia bekerja.

PELUANG EKONOMI
Dasar yang lebih baik, jelas Vernon, ialah dengan memindahkan pelarian di negara ini ke
tempat lain supaya tidak bertumpu di satu-satu tempat sahaja.
Sebahagian besar pelarian berada di Kuala Lumpur. Kami mahu sekali memindahkan
mereka dan cara terbaik ialah peluang bekerja secara sah. Mereka boleh bekerja di sektor
perladangan, pengilangan dan pembinaan.
Menurut beliau, sesetengah pelarian mempunyai kemahiran yang amat baik serta jitu, dan
begitu berguna sekali untuk majikan Malaysia.
Kawalan serta peraturan yang lebih baik terhadap keadaan pelarian, katanya terutama sekali
dalam isu penggajian, akan mengelakkan berlakunya eksploitasi.
Kita perlu bermula hari ini. Kita lihat sama ada kita boleh mencari jalan untuk menjadikan
pelarian lebih berdikari dari segi pekerjaan supaya mereka tidak menjadi beban di mana ini
akan hanya mencetuskan masalah sosial.
Sekiranya ada pekerjaan mereka tidak akan terlibat dalam kegiatan haram. Pelarian telah
menjejaskan Malaysia di masa lampau dan ia masih berlaku sehingga ke hari ini. Jumlah
pelarian mungkin bertambah dan berkurangan tetapi lebih elok jika ada dasar dan sistem
untuk menangani isu ini secara yang boleh dijangkakan dan menguruskannya dengan lebih
teratur, kata Vernon.
ANAK-ANAK DIUTAMAKAN
Terdapat kira-kira 19,000-pelarian kanak-kanak di bawah umur 18 tahun yang berdaftar
dengan UNHCR.
Seramai 10,600 daripada kanak-kanak itu dalam usia bersekolah. Bagaimanapun dianggarkan
kurang daripada separuh kanak-kanak pelarian yang sepatutnya menghadiri sekolah tidak
mempunyai peluang untuk mendapatkan sebarang bentuk pendidikan.
Kanak-kanak perlu diberi pendidikan. Sekiranya mereka tidak mendapat pendidikan, ini
akan merosakkan masa depan mereka dan boleh mencetuskan masalah sosial di kemudian
hari.
Kerajaan Malaysia telah menyatakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) boleh membantu
untuk menyediakan pendidikan bagi anak-anak pelarian . Ini satu perkara yang baik, kata
Vernon.
Bagaimanapun, beliau memberitahu Bernama pihak NGO berkenaan menghadapi kesulitan
kewangan serta sumber lain dalam menyediakan pendidikan yang diperlukan bagi anak-anak
pelarian.
Oleh yang demikian, katanya komuniti pelarian sendiri mengambil daya usaha untuk
mengatur program pendidikan untuk anak-anak mereka.
Usaha kami lebih terarah untuk anak-anak berusia bagi sekolah rendah.
Anak-anak yang tidak mendapat peluang pendidikan nescaya akan bergelut dengan masa
depan yang lebih sukar dan akan menjadi masalah sosial.
Jadi kami lebih suka mereka dididik supaya boleh menyumbang kepada komuniti mereka
dan apabila mereka pulang ke negara mereka, bolehlah mereka menyumbang kepada
masyarakat mereka. Ini juga sumbangan positif Malaysia kepada Myanmar, sebagai contoh,
jelas Vernon.
BUAT BANYAK LAGI
UNHCR berharap dapat bekerja lebih rapat lagi dengan kerajaan, NGO serta orang awam
untuk memperbaiki kualiti dan peluang pendidikan bagi komuniti pelarian di negara ini.
Memang ramai yang melakukan banyak perkara dan saya berpendapat dalam keadaan
sekarang saya rasa setiap orang akan bersetuju bahawa dalam apa juga keadaan, kanak-kanak
tidak harus menjadi mangsa.

Mereka tidak memilih untuk datang ke Malaysia. Memang benar ibu bapa mereka yang
membuat pilihan itu bukan anak-anak mereka, jadi saya kira kita perlu bekerjasama untuk
memperbaiki keadaan untuk mereka.
Dalam hal ini, semua ada peranan, baik kerajaan, NGO, sukarelawan dan juga BangsaBangsa Bersatu, kata Vernon dengan menambah, pelarian juga mempunyai peranan yang
tidak kurang pentingnya.
INISIATIF UNHCR
Dari segi pendidikan untuk anak-anak, UNHCR telah membuat kemajuan dengan menarik
lebih ramai kanak-kanak menghadiri sekolah. Daripada kira-kira 2,500 orang pada 2008,
angka itu kini meningkat kepada sekitar 4,700.
UNHCR juga bekerja dengan rakan kongsi NGOnya untuk melatih tenaga pendidik dan
sehingga kini berjaya melatih lebih 120 orang guru.
Agensi PBB ini juga menyediakan buku dan alat tulis serta bekalan sekolah yang lain di
samping mendapatkan sokongan sukarelawan untuk sekolah.
Semua ini adalah usaha untuk mewujudkan satu bentuk sistem sekolah bagi komuniti
pelarian.
Mereka tidak boleh pergi ke sekolah kerajaan dan kalau pun dibenarkan di mana saya fikir
sesetengahnya mungkin mahu pergi, ramai yang lain mungkin tidak kerana masalah bahasa
serta isu anak-anak yang sudah tercicir sekian lama, jelas Vernon seraya berkata cabaran
yang masih perlu diatasi ialah mencari satu program pendidikan yang sesuai untuk komuniti
pelarian yang pelbagai etnik.
SEKOLAH KECIL
Terdapat kira-kira 60 buah sekolah komuniti pelarian yang diusahakan beberapa kumpulan
pelarian di samping yang diuruskan UNHCR dan NGO.
Majoriti sekolah ini terletak bertaburan di sekitar Kuala Lumpur di mana terdapat komuniti
pelarian.
Pelarian ini, menurut Vernon, enggan berpindah ke tempat lain kerana pelbagai halangan
termasuk masalah kewangan dan pengangkutan.
Sekolah pun bukanlah sekolah dalam erti yang sebenarnya. Sering kali ia hanyalah ruang
pangsapuri, tetapi sekurang-kurangnya ada aktiviti pembelajaran.
Mengenai sukatan pelajaran, kita cuba menggunakan sukatan pelajaran Malaysia tetapi
mereka juga diajar pengajian kebudayaan dalam jangkaan mereka akan pulang ke negara
asal.
Pelajar juga belajar bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Subjek lain yang
diajar ialah matematik, sains, sejarah dan pengajian sosial, katanya.
BANTU UNTUK MENOLONG DIRI SENDIRI
UNHCR mempunyai pasukan untuk memperkasa komuniti pelarian supaya mereka
mempunyai jawatankuasa kepimpinan yang boleh menjaga kebaikan komuniti masingmasing.
Kita cuba bekerja dengan semua dan cuba menggalakkan mereka sebanyak mungkin tetapi
saya perlu realistik dalam hal ini. Ada kumpulan yang lebih baik dari kumpulan yang lain.
Ada kumpulan yang mudah membentuk kumpulan dan menjaga kepentingan mereka
sementara yang lainnya terpaksa berhempas-pulas untuk berbuat demikian. Ada kumpulan
yang memberi ruang untuk kaum wanita menyertai kepimpinan, ada yang tidak berapa
bersetuju, kata Vernon.
Beliau turut mengulas publisiti negatif mengenai pelarian yang disifatkan jumlahnya sebagai
kecil.
Kumpulan pelarian ini tidak mahu mencari susah kerana mereka tahu keadaan mereka yang
serba-serbi payah dan mereka tidak boleh mendapat bantuan kerajaan mereka.

Mereka juga tahu mereka hanya boleh mengadu kepada UNHCR dan pihak berkuasa
Malaysia. Hidup mereka sudahlah susah dan mereka tahu risiko jika terlibat dalam kegiatan
yang bukan-bukan.
Jadi memang tidak ramai pelarian yang membuat kesalahan dan di negara ini ramai kaum
pendatang dan ini sudah pasti mengundang banyak masalah sosial, katanya.
TIDAK KEBAL UNDANG-UNDANG
Menurut Vernon UNHCR sentiasa berusaha untuk memastikan pelarian tidak terlibat dalam
apa juga kesalahan.
Pekerja pembangunan komuniti UNHCR serta yang lain sering kali keluar untuk bercakap
dengan pelarian dan menggalakkan mereka supaya mematuhi undang-undang.
Pelarian tidak kebal undang-undang. Jika mereka melanggar undang-undang mereka boleh
ditangkap dan dibicarakan seperti orang lain.
Mempunyai kad UNHCR bukan boleh melindungi mereka. Pelarian mesti patuh kepada
undang-undang dan perlu sedar kehadiran mereka di negara ini tidak boleh diambil ringan.
Mereka seakan tetamu di negara ini dan perlu berkelakuan sebagai tetamu. Jangan bertindak
yang boleh menyebabkan rakyat Malaysia merasa terancam dan tidak gembira dengan
kehadiran mereka, kata Vernon.

You might also like