You are on page 1of 7

Pengenalan Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling

Pengenalan Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling diperkenalkan di dalam sistem


persekolahan di Malaysia bermula sejak awal tahun 1960an. Mengikut Surat Pekeliling
Kementerian Pelajaran 1960 mengenai bimbingan dan kaunseling, adalah disarankan perlu
menempatkan guru kerjaya yang membimbing pelajar dalam aspek bimbingan dan
vokasional. Pada tahun 1963 pula, Kementerian Pelajaran menyarankan agar sekolahsekolah di Malaysia diadakan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, khususnya di
sekolah-sekolah menengah (Mok, 2010). Diantara tahun 1960 hingga 1980, perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling hanya dilaksanakan di sesetengah sekolah menengah dan
institusi pengajian tinggi sahaja, dengan perkhidmatan bimbingan kerjaya khususnya (Mok,
2010). 18 Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini telah bertukar wajah apabila
Perakuan 79 dikeluarkan. Dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan
Dasar Pelajaran (1979) ini menegaskan tentang pentingnya perkhidmatan bimbingan
dipertingkatkan lagi di sekolah-sekolah seperti dinyatakan dalam Perakuan 79.

Adalah diperakukan Perkhidmatan Panduan Pelajaran dan Kerjaya di sekolah hendaklah


dilaksanakan dengan sepenuhnya. Perkhidmatan ini hendaklah menitikberatkan kegiatankegiatan bimbingan dan tidak semata-mata kegiatan panduan kerjaya sahaja. Mok (2010)
dalam kajian Disiplin pula, Bab IV, perakuan-perakuan mengenai Perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling adalah diturunkan seperti berikut: 238. Dalam Rancangan Perkhidmatan
Bimbingan dan Kerjaya Sekolah- sekolah sehingga ke tahun 1978, sejumlah 3,208 guru
termasuk guru besar telah diberi kursus atau latihan asas di dalam perkhidmatan bimbingan
dan kerjaya. 239. Murid-murid mudah sekali dipengaruhi dan terpengaruh oleh sesuatu yang
menarik yang dapat dilihat dalam persekitaran mereka. Walaupun diakui bahawa sifat
semula jadi kanak-kanak suka meniru-niru sesuatu yang menarik itu adalah baik tetapi
peniruan itu tidak menghasilkan kemerosotan dan keruntuhan disiplin. Dalam hal ini,
bimbingan daripada guru-guru amatlah diperlukan 239.1 Adalah diperakukan Perkhidamatan
Panduan dan

Kerjaya di sekolah- sekolah hendaklah dilaksanakan dengan sepenuhnya.


Perkhidmatan ini hendaklah menitikberatkan kegiatan-kegiatan bimbingan dan tidak sematamata kegiatan- kegiatan panduan kerjaya sahaja. Tindakan kepada laporan ini, Kementerian
Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan Pekeliling Iktisas Bil 1/1979 mengenai senarai
tugas Guru Panduan di seolah menengah yang meliputi Panduan Pelajaran, Panduan
Kerjaya, Panduan Peribadi dan Rancangan Mencegah Salahgunaan Dadah (Kementerian
Pelajaran 2008). Selain itu juga Kementerian Pelajaran telah berusaha sejak tahun 1969 lagi
untuk memberi latihan kepada guru-guru yang menjalankan kegiatan Bimbingan dan
Kaunseling di sekolah mereka. Beberapa jenis kursus telah diperkenalkan, di 19 antaranya
ialah mulai tahun 1969 guru-guru bimbingan diberi peluang menghadiri kursus pendedahan
bimbingan dan kaunseling anjuran Kementerian Pelajaran selama seminggu dalam masa
cuti penggal persekolahan. Kursus yang seterusnya pada tahun 1973 untuk guru-guru
sekolah menengah berasrama penuh (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008).

Selain itu juga kursus Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling juga
ditawarkan di Maktab perguruan pada tahun 1980, 1982 dan 1984. Kursus Diploma
Kaunseling juga telah dijalankan di Universiti Kebangsaan Malaysia Pada tahun 1980 dan
pada tahun 1987 di Institut Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Pada tahun 1982 ini juga
Universiti Pertanian Malaysia turut memperkenalkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
(Bimbingan dan Kaunseling) selama empat tahun. Seterusnya Kursus Diploma Perguruan
Khas (KDPK) Bimbingan dan Kaunseling-setahun di Maktab Perguruan dan dua tahun di
IPTA (Universiti Putra Malaysia,Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Teknologi
Malaysia) dijalankan untuk dua kumpulan mulai 1996 sehingga 1999 dan 1997 sehingga
2000 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008).
Susulan daripada kursus-kursus yang telah dijalankan pada bulan Ogos 1996, kumpulan
pertama guru-guru yang mempunyai ijazah, diploma dan sijil dalam bidang bimbingan dan
kaunseling dilantik sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) di
sekolah-sekolah menengah seluruh negara. Waran perjawatan juga dikeluarkan untuk Guru
Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa sekolah menengah dan sekolah rendah juga
dikeluarkan pada 11 Januari 2002, Bil KP(PP)0050/SJB Jld.24/(24) bertajuk WARAN
PERJAWATAN BIL:S3 TAHUN 2002 yang membawa erti perjawatan ini perlu diisikan
dengan tepat dan mengikut tangga gaji yang telah diluluskan. Nisbah Guru Bimbingan dan
Kaunseling Sepenuh Masa kepada murid adalah 1:500 bermula dengan 350 orang murid di
sekolah rendah (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008).
Pada tahun 2001 Bahagian Pendidikan Guru dengan kerjasama maktab- maktab
perguruan seluruh Negara telah menjalankan kursus 14 minggu bimbingan dan kaunseling
kepada guru-guru sekolah rendah. Ia bertujuan untuk dilantik sebagai 20 guru bimbingan
sepenuh masa di sekolah rendah. Seterusnya September 2002, kumpulan pertama guru
sekolah rendah telah dilantik sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa.
Seterusnya pada tahun 2005, Kumpulan pertama guru lepasan Kursus Pendidikan Lepasan
Ijazah (KPLI) Bimbingan dan Kaunseling sepenuh masa mula berkhidmat di sekolah rendah
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008). Pada 24 Mac 2009 Sektor Perguruan Kaunseling
dan Disiplin ditubuhkan secara rasmi apabila Sektor Pengurusan Pembangunan Manusia
dibahagikan kepada dua sektor dalam penstrukturan semua Bahagian Pengurusan Sekolah
Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sektor ini bertanggungjawab sepenuhnya kepada
perlaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling kepada murid di seluruh Negara
secara rasmi (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008).

PENGURUSAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Kod Etika Guru Bimbingan Dan Kaunseling

1. Kod etika ini bertujuan untuk menyediakan satu garis panduan bagi kaunselor dan juga
menjadi asas dalam menyelesaikan isu etika yang timbul dan dianggap menyeleweng
daripada piawaian perlakuan kaunselor. Kod etika ini menggariskan piawaian perlakuan
dalam menjalin perhubungan profesional dengan klien, rakan-rakan kaunselor, majikan,
individu dan profesion lain serta masyarakat keseluruhannya. Ia juga merangkumi etika
perlakuan yang piawai mengenai tatalaku yang sesuai dengan kedudukan dan identiti
sebagai seorang kaunselor.
2. Kod etika ini berasaskan kepada nilai-nilai utama perkhidmatan kaunseling dan memberi
perlakuan terhadap penghargaan kendiri, digniti dan keunikan individu termasuk hak-hak
dan peluang-peluang mereka. Ia juga berasaskan kepada profesion kaunseling itu sendiri
yang mengutamakan nilai-nilai murni.
3. Apabila menghadapi situasi yang memerlukan intervensi, kaunselor hendaklah
menunaikan tanggungjawab etika dengan memberi pertimbangan berasaskan kepada
prinsip kaunselor yang terkandung dalam kod etika.
4. Kod etika ini tidak menggariskan semua peraturan mengenai perlakuan kaunselor dalam
menghadapi keadaan yang begitu kompleks dalam melaksanakan tanggungjawabnya.
5. Kod etika ini tidak seharusnya digunakan sebagai instrumen untuk menyekat peluang dan
kebebasan kaunselor dalam mengamalkan khidmat kaunseling. Ia juga tidak harus
digunakan untuk mengenakan tindakan disiplin kepada kaunselor tanpa diberi hak
perlindungan dan keadilan yang maksima.

Skop Kaunseling

1. Perkhidmatan kaunseling ialah perkhidmatan yang memberi peluang kepada klien untuk
berkembang ke arah kehidupan yang lebih bahagia dan bermakna. Ia merangkumi usaha
kerja dengan individu atau kumpulan. Objektif perhubungan kaunseling berbeza mengikut
klien.
2. Skop perkhidmatan kaunseling meliputi isu-isu perkembangan, analisis dan penyelesaian
masalah, membuat keputusan, menangani krisis, mengembangkan persefahaman kendiri,
meningkatkan ketahanan emosi semasa menghadapi konflik dalaman atau memperbaiki
dan mempertingkatkan hubungan dan interaksi dengan individu lain.
3. Kaunselor berperanan sebagai fasilitator kepada klien dalam menangani isu dan masalah
yang dihadapi dengan menghormati martabat diri, nilai dan keupayaannya.

Tugas Dan Tanggungjawab

1. Melaksanakan perancangan yang diaturkan dengan penuh teliti bagi menentukan dan
menjamin matlamatnya tercapai.
2. Mengelolakan Rancangan Suai Kenal untuk membimbing para pelajar dalam suasana
pembelajaran yang baru dan memperkenalkan mata pelajaran yang ada.
3. Menjalankan bimbingan dan kaunseling dengan pelajar yang bermasalah disiplin untuk
mewujudkan tingkah laku yang diingini.
4. Mengelolakan kursus, bengkel, seminar, ceramah dan pameran di peringkat sekolah.
5. Mengambil bahagian dalam mengelolakan kursus bimbingan dan kaunseling di peringkat
daerah, negeri dan zon.
6. Membuat penentuan kes-kes untuk dirujukkan kepada pihak-pihak tertentu dan membuat
susulan.
7. Bertanggungjawab dalam mengisi, menjaga dan menggunakan Rekod Himpunan Pelajar
dan butiran yang terkandung di dalamnya.
8. Membuat peraturan untuk mengisi dan menyimpan rekod-rekod perseorangan termasuk
butiran peribadi dan maklumat pelajar.
9. Mengelolakan bilik bimbingan dan kaunseling serta melengkapkannya dengan kerusi
meja, papan kenyataan dan sebagainya.
10. Merancang dan mengelolakan bimbingan kelompok di peringkat sekolah untuk memberi
kesedaran kepada pelajar, mengembangkan minat dan kemahiran untuk mencapai kejayaan
dalam bidang pelajaran dan sebagainya.
11. Mengesan sikap, bakat, kebolehan dan sahsiah para pelajar melalui ujian khas dan
melaksanakan kajian dan penyelidikan ke atas tindakan yang telah dilakukan oleh pelajar
yang berhubung dengan tingkah laku.
12. Mengelola dan mengadakan sesi bimbingan dan kaunseling, temu ramah dengan para
pelajar, ibu bapa dan penjaga.
13. Merahsiakan perbincangan mengenai masalah peribadi, kesihatan, penyesuaian diri,
pergaulan, sosial dan sebagainya.
14. Mengetuai program yang dijalankan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dan membuat
keputusan mengeluarkan garis panduan, meningkatkan motivasi dan kaunseling.
15. Membuat penilaian keberkesanan program, mengenal pasti kekurangan dan mengambil
langkah untuk menyelesaikannya.
16. Mengadakan perhubungan awam antara sekolah dengan ibu bapa dan penjaga,
pegawai kebajikan masyarakat, pihak polis dan badan-badan tertentu.

17. Pengendalian bahan-bahan cetak, surat-menyurat dan lain-lain.


18. Mengadakan sistem fail dan menyediakan laporan mengenai aktiviti-aktiviti yang
dijalankan.
19. Melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab sebagai guru bimbingan yang
diarahkan oleh Pengetua, Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Negeri
dan sebagainya dari semasa ke semasa.

Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Klien

1. Kaunselor bertanggungjawab untuk mengutamakan kepentingan klien, sama ada klien


individu atau klien kelompok.
2. Kaunselor hendaklah menghormati privasi klien dan merahsiakan segala maklumat yang
diperolehi semasa kaunseling melainkan maklumat yang akan membahayakan klien atau
orang di persekitarannya.
3. Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati latar belakang dan sosio-budaya
klien.
4. Semasa menjalankan sesi kaunseling, kaunselor hendaklah memelihara kesejahteraan
fizikal dan psikologi klien dan tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri sendiri sama
ada dari aspek kewangan, seksual, emosi dan sebagainya.
5. Kaunselor hendaklah membimbing klien ke arah pembentukan sikap bertanggungjawab
terhadap tingkah lakunya. Kaunselor juga perlu menghormati keputusan atau penentuan
kendiri yang dibuat oleh klien.
6. Kaunselor hendaklah berkhidmat dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur dan membuktikan
kemahuan serta kecekapan profesionalismenya.
7. Kaunselor tidak boleh mengamalkan, mempersetujui atau menggalakkan diskriminasi
berasaskan ras, jantina, agama, status, ideologi, kecacatan fizikal, mental atau diskriminasi
dalam segala bentuk sekalipun.
8. Kaunselor hendaklah menjelaskan kepada klien mengenai keperluan, proses dan
implikasi perkhidmatan kaunseling.
9. Kaunselor hendaklah mencapai persetujuan dengan kliennya di peringkat awal sesi
kaunseling mengenai batasan unsur kerahsiaan.
10. Persetujuan antara kaunselor dan klien mengenai kerahsiaan boleh disemak semula
dan diubah dengan persetujuan bersama.
11. Dalam kes yang jelas terbukti bahawa klien atau orang lain berada dalam keadaan
bahaya, kaunselor hendaklah menggunakan budi bicaranya untuk menjaga kepentingan
klien dan orang lain yang terlibat.

12. Kaunselor tidak digalakkan memberi perkhidmatan kaunseling kepada saudara mara,
kawan karib atau sesiapa yang mempunyai hubungan intim dengannya atau mempunyai
hubungan dengan pihak pentadbiran yang membuat penilaian.
13. Kaunselor tidak boleh menghalang klien yang hendak menamatkan sesi kaunseling atau
ingin bertukar kepada kaunselor yang lain.
14. Kaunselor hendaklah memastikan bahawa kliennya tidak menjalankan kaunseling
dengan kaunselor yang lain pada masa yang sama.
15. Sekiranya mengikut pertimbangan kaunselor, klien memerlukan perkhidmatan luar
daripada bidang kepakarannya, kaunselor hendaklah merujuk klien tersebut kepada pihak
yang bekenaan.
16. Kaunselor hendaklah menyediakan tempat yang selesa dan privasi untuk sesi
kaunseling. Klien tidak seharusnya diperhatikan oleh orang luar melainkan dengan
kebenarannya, termasuk juga sesi kaunseling yang dirakam atau dipitavideokan.

Senarai Tugas Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sepenuh Masa Sekolah Rendah

1. Meneliti, mengkaji dan mengenal pasti keperluan perkhidmatan bimbingan dan


kaunseling di sekolah berasaskan kepada pendekatan perkembangan, pencegahan,
pemulihan dan krisis dalam bidang akademik, kerjaya, psikososial dan kesejahteraan
mental, keibubapaan dan masalah murid.
2. Merancang, melaksana dan menyediakan rancangan tahunan bimbingan dan kaunseling
di sekolah.
3. Merancang, mengawal selia dan mengemas kini rekod dan inventori murid.
4. Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat serta resos bimbingan dan kaunseling
dalam bidang akademik, kerjaya, psikososial dan kesejahteraan mental, keibubapaan dan
kemahiran mengatasi masalah kepada murid melalui sebarang media yang sesuai.
5. Memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling individu secara profesional dan
beretika.
6. Memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kelompok secara profesional dan
beretika.
7. Memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling krisis kepada murid dan individu yang
berkaitan dengan kes.
8. Merancang, menyedia dan mengurus pendidikan perkembangan kerjaya.
9. Merancang, melaksana dan mengawal selia program dan aktiviti bimbingan dan
kaunseling murid dari segi pendidikan pencegahan dadah, rokok, alkohol dan HIV / AIDS.

10. Merancang, melaksana dan mengawal selia program dan aktiviti perkhidmatan
konsultasi dan rujukan, berhubung bidang di bawah perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling.
11. Merancang, melaksana dan mengawal selia program dan aktiviti konferensi dengan ibu
bapa, guru, kakitangan bukan guru, agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam
proses pendidikan dan perkembangan murid.
12. Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Penyeleras Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling, Program Sekolah Selamat, Dasar Pendidikan Wajib, Matematik dan Sains
dalam Bahasa Inggeris, Dasar Bahasa Tambahan dan Jawatankuasa Penempatan
(kemasukan) murid di sekolah.
13. Menyediakan laporan tahunan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling di sekolah
dan mengemas kini sistem fail, rekod, dan dokumentasi perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling.
14. Merancang, melaksana dan mengawal selia program dan aktiviti pembangunan murid
seperti kepimpinan, pembimbing rakan sebaya (PRS) dan jati diri.
15. Menjadi ahli jawatankuasa ex-eficio dan Majlis Mesyuarat Sekolah atau Mesyuarat
Pengurusan Sekolah.
16. Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam persatuan ibu bapa dan guru (PIBG).
17. Menjadi penyelaras program pembangunan staf.
18. Menjadi penyelaras aktiviti dan program yang dilaksanakan oleh Unit Bimbingan dan
Kaunseling Jabatan Pendidikan Negeri di peringkat sekolah.
19. Menjadi penyelaras program mentor-mentee.
20. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan dari semasa ke semasa.

You might also like