You are on page 1of 3

JURNAL MINGGU PERTAMA

Nama Pelajar : SANDRA SURIA A/P KRISHNAMOORTHI

No. KP. : 960617025872

Program : PISMP

Opsyen : BIMBINGAN & KAUNSELING

Kumpulan : 2015 / 06 - B&K

Bil. Jurnal : 1

Minggu : 1

Tarikh Jurnal : 2017-07-07

Sekolah : SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) RAMAKRISHNA

Tajuk Jurnal : PENGURUSAN SEKOLAH YANG KURANG BERFUNGSI

Isu Yang Difokuskan

Saya sedang menjalani praktikum fasa satu di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil)
Ramakrishna. Sekolah sedang mengalami masalah ataupun kesukaran dalam mengurus
pentadbiran sekolah. Segala urusan rasmi dan tidak rasmi tidak dapat diselesaikan secara
sepenuhnya di pentadbiran sekolah tersebut. Saya telah mengalami kesulitan dalam
mengurus perkara rasmi saya seperti melaporkan diri sekolah.

Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu)

Saya mengatakan bahawa sekolah yang saya sedang menjalani praktikum mengalami
kesukaran dalam mengurus pentadbiran sekolah. Hal ini kerana, pentadbiran sekolah
tersebut baru sahaja telah pindah ke bangunan baru. Sebelum ini mereka berada dalam
kontena dan bangunan yang amat kecil berbanding dengan bangunan baru. Oleh hal
demikian, mereka menghadapi kehilangan beberapa bahan dan barang-barang yang belum
dikemaskan. Kesan daripada perkara ini ialah pihak pentadbiran sekolah tidak dapat
menjalankan tugas mereka dengan sempuran dan bersistematik. Mereka mesih berada dalam
keadaan kelam-kabut dengan persekitaran yang kucar-kacir.

Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas)

Menurut Peter F. Drucker, Pengurusan ialah satu proses sosial dibentuk untuk
mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi
untuk mencapai sesuatu maklumat atau objektif yang paling berkesan, maklumat ini disokong
oleh pandangan yang menyatakan bahawa kecekapan pentadbiran akan menyumbang
kepada matlamat organisasi ( Morphet et al, 1982). Oleh itu, pengurusan pentadbiran sekolah
amat penting bagi sebuah sekolah.

Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya
kenal pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut,
antaranya ialah pihak sekolah perlu melantikan beberapa pekerja untuk mengemaskan
barang-barang yang terselerak semasa perpindahan ke bangunan baru. Pihak pentadbiran
juga boleh menyelesaikan satu per satu perkara supaya semua perkara dapat diselesaikan.

Tempoh Masa Penyelesaian

4 minggu

Tindakan Susulan

Saya juga telah mengambil tindakan untuk membantu pihak SJK (T) Ramakrishna.
Saya telah membantu mereka untuk menubuhkan pejabat dan beberapa bilik seperti bilik
guru, bilik Penolong Kanan, bilik sukan, bilIk sains, bilik bimbingan dan kaunseling dan
sebagainya. Tambahan pula, saya juga telah membantu mereka dalam aspek surat menyurat
iaitu carta organisasi sekolah, mengurus kelas ganti dan menyusun fail-fail.

Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan

21-07-2017

Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan

Sekolah telah mengaplikasikan cadangan yang diberi iaitu melantikan beberapa


pekerja baru untuk menyelesaikan kerja-kerja yang ditangguhkan. Mereka telah
mengemaskan bangunan baru dengan secepat mungkin dan dapat diselesaikan hanya dalam
3 minggu. Mereka juga menyelesaikan satu bahagian per satu bahagian seperti
mengemaskan bilik cetak dahulu dengan lengkap, selepas itu sahaja mereka bergerak ke
tempat baru.

Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada)

Secara keseluruhannya, isu tentang pengurusan sekolah yang kurang efisien telah
diatasi oleh semua pihak yang berganding bahu dalam tempoh yang agak kurang iaitu 3
minggu. Sekolah juga dapat dikemaskan dan sekarang tugas-tugas rasmi dapat dijalankan
secara lancar. Walaubagaimana pun, terdapat juga halangan yang dihadapai oleh semua
pihak seperti cuaca yang panas dan kadang-kadang hujan, kekurangan barang untuk
menjalankan kerja-kerja mengemas serta kekurang tenaga kerja.

Rujukan

Anon. 2007b. Kepimpinan sekolah jadi kunci kejayaan. Utusan Malaysia, 17 Januari: 3.

Ayob Jantan. 2005. Pengetua sekolah yang efektif. Siri Penguruan Sekolah. Bentong: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.

Institut Aminuddin Baki. 2006a. Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia.


Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki, KPM.

Noor Azam Shairi, Siti Mariam Md. Zain, & Kumar, S. A. 2006b. Kepimpinan sekolah perlu
berubah. Mingguan Malaysia, 10 Disember: 7.

Zaiton Md. Noor. 2001. Masalah pengurusan sekolah yang dihadapi pengetua dan guru besar
yang baru dilantik. Tesis Sarjana., Universiti Kebangsaan Malaysia.

..................................................................... ........................................................................ .....................................................................


Tandatangan Pelajar Guru Tandatangan Guru Pembimbing Tandatangan Pensyarah Penyelia
(Nama: ) (Nama: ) (Nama: )

Tarikh: Tarikh: Tarikh:

You might also like