You are on page 1of 2

PERANAN SENI DALAM PENDIDIKAN (PERKAITAN DENGAN

SUBJEK BM)
Seni dalam pendidikan (SDP) memainkan peranan penting ke arah perkembangan
kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya.
Matlamatnya adalah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan
pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang
tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri daripada seni visual, seni muzik dan
seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang lebih bersifat holistik.
Terdapat beberapa peranan SDP yang boleh dikaitkan dengan mata pelajaran
Bahasa Melayu di sekolah rendah. Antaranya adalah SDP berperanan untuk
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah menjadi lebih
seronok, menarik dan berkesan. Hal ini sangat penting dalam mewujudkan interaksi
positif dalam kalangan murid dan guru serta murid dan murid. Antara aktiviti yang boleh
dijalankan oleh guru dalam memastikan perintegrasian seni dalam pendidikan ini, guru
bolehlah mengadakan aktiviti nyanyian. Terdapat tiga unsur seni dalam pendidikan iaitu
seni muzik (irama), ruang dan warna. Unsur seni muzik terdapat dalam aktiviti nyanyian
yang dijalankan berikutan adanya irama yang dialunkan oleh murid-murid dan guru.
Misalnya, guru menyanyi bersama dengan murid-murid lagu Pak Mamat Ada Kebun
selepas mengajar teks cerita haiwan. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu guru
dan murid-murid mendengar muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan
mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut berulang kali. Oleh yang
demikian, jelas menunjukkan penggabungjalinan seni dalam pendidikan dalam P&P
Bahasa Melayu, dapat mewjudkan sesi P&P yang lebih menarik, seronok serta
berkesan.
Di samping itu, SDP juga berperanan untuk menghargai keindahan ciptaan
Tuhan. Warna merupakan elemen yang penting dalam kehidupan. Warna juga turut
digunakan dalam SDP iaitu dalam komponen Pendidikan Seni Visual. Warna dapat
dibahagikan kepada tiga yang utama iaitu warna primer, warna sekunder dan juga
tertier. Kesemua warna ini sebenarnya wujud di sekeliling kita. Contoh-contohnya
adalah seperti warna hijau yang terdapat pada daun, warna-warni yang terdapat pada
pelangi dan sebagainya. Jika dikaitkan dengan mata pelajaran Bahasa Melayu, guru
bolehlah mengintegrasikan unsur seni visual (warna) dalam sesi P&P di dalam kelas.
Sebagai contoh, selepas guru mengajar murid tentang jenis-jenis bunga misalnya, guru
bolehlah meminta murid mewarnakan gambar bunga tersebut mengikut kreativiti
masing-masing. Di sini, guru boleh menyelitkan nilai mensyukuri ciptaan Tuhan yang
indah lagi menakjubkan itu kepada diri murid-murid. Di samping dapat
mengintegrasikan unsur seni visual dalam P&P, guru juga dapat menerapkan nilai-nilai
murni dalam diri murid-murid. Jadi, di sini jelas menunjukkan pengintegrasian SDP
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berperanan dalam mewujudkan nilai menghargai
keindahan ciptaan Tuhan dalam kalangan murid-murid.

SDP juga berperanan dalam memupuk budaya pengamatan, persepsi dan


ekspresi dalam proses penghasilan. Ketiga-tiga budaya ini dapat diterapkan dalam
pengintegrasikan unsur seni pergerakan dalam sesi P&P di dalam kelas. Jika dikaitkan
dengan sesi P&P mata pelajaran Bahasa Melayu, guru boleh menjalankan aktiviti
seperti aktiviti lakonan. Semasa berlakon, mereka akan menghayati lakonan serta
membuat ekspresi yang sesuai menggunakan anggota fizikal mereka. Misalnya,
selepas guru menerangkan konsep tatabahasa mengenai kata adjektif yang
menunjukkan sifat seperti marah, sedih, gembira dan sebagainya, guru boleh meminta
murid-murid melakonkan watak-watak yang menggambarkan perasaan-perasaan
tersebut. Mereka akan memikirkan gaya yang sesuai untuk mengekspresikan
perasaan-perasaan tersebut. Oleh yang demikian, jelas menunjukkan pengintegrasian
SDP dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dapat mewujudkan budaya pengamatan,
persepsi dan ekspresi dalam kalangan murid.
Selain itu, SDP berperanan dalam meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti,
inovasi serta kemahiran dalam bidang seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang
diamalkan dalam P&P. Guru perlulah mempunyai pengetahuan tentang bagaimana
untuk menggunakan warna dengan baik, memasukkan elemen-elemen irama dan
dalam
masa
yang
sama
menggunakan
ruang
yang
sesuai
bagi
meransang minda kanak-kanak sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Ketigatiga unsur SDP ini juga boleh diterapkan sekali gus dalam satu aktiviti semasa sesi
P&P. Misalnya, dalam sesi P&P Bahasa Melayu, guru boleh menjalankan aktiviti
menyanyi lagu warna pelangi sambil menari. Tarian yang dibuat adalah mengikut
kreativiti murid. Jadi, hal ini akan dapat membuatkan mereka lebih kreatif dalam
menghasilkan pergerakan yang sesuai dengan lagu yang dinyanyikan. Murid juga akan
berasa seronok dan gembira serta melakukan aktiviti dengan lebih aktif. Mereka tidak
terikat dengan cara atau teknik pengajaran yang lama iaitu pengajaran yang lebih
berpusatkan kepada guru. Oleh yang demikian, di sini jelas menunjukkan, guru dapat
meningkatkan pengetahuan murid-murid, daya kreativiti dan pemikiran yang inovasi
serta berkemahiran dalam bidang seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang
diamalkan dalam P&P.
Tuntasnya, kesemua peranan SDP ini menunjukkan usaha guru dalam
membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai
keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat
menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras
dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

You might also like