You are on page 1of 3

Pengenalan

Zaman Neolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu Baru. Zaman ini dianggarkan
berlangsung di seluruh dunia di antara 5,000 SM sehingga 3,000 SM. Tamadun
awal manusia dikatakan bermula pada akhir Zaman Neolitik ini. Daripada
pelbagai bidang, Zaman Neolitik telah menunjukkan perubahan yang amat
besar. Contoh petempatan orang Neolitik ialah Lembah Indus, Lembah HwangHo, Lembangan Sungai Eupharates dan Tigris dan sebagainya.

Ciri-ciri :

Tempat Tinggal

Manusia Neolitik tinggal di rumah yang dibina oleh diri sendiri. Rumah mereka
dibuat daripada batu-bata, kayu dan sebagainya. Bukti yang menunjukkan
manusia Neolitik tinggal di rumah ialah penemuan tiang-tiang kayu yang
ditinggalkan oleh orang zaman ini di Switzerland. Tiang-tiang ini telah ternampak
apabila air tasik besar ini menjadi tohor. Setelah dikaji, didapati rumah ini
disambungkan antara satu sama lain dan tebing tasik dengan titi-titi yang boleh
diangkat pada waktu malam untuk menjaga keselamatan.

Cara Hidup

Orang Neolitik hidup secara tetap di rumah yang didirikan. Kini, cara hidup
mereka juga lebih teratur. Rumah-rumah dibina untuk membentuk sebuah
kampung. Kampung ini biasanya terletak di tepi sungai atau laut. Setiap
kampung mempunyai seorang ketua yang akan menyelesaikan sebarang
pertikaian yang berkaitan dengan pertanian dan hak milik tanah. Benteng dibina
untuk melindungi kampung itu daripada serangan musuh atau binatang liar.
Faktor utama yang mendorong orang Neolitik hidup secara tetap ialah mereka
perlu menjaga tanaman dan binatang ternakan mereka daripada dimusnah oleh
binatang dan serangga perosak.

Kegiatan Harian

Masyarakat Neolitik mencapai perkembangan dalam bidang pertanian yang


mengagumkan. Kini mereka menjadi petani dengan menanam sayur-sayuran dan
bijirin seperti barli, jagung dan gandum. Selain itu, mereka juga menternak
binatang seperti kambing, lembu dan memelihara anjing. Selain daripada
bercucuk tanam dan menternak binatang, masyarakat ini juga terus memburu,
menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Tujuan mereka melakukan kegiatan
ini ialah untuk mendapatkan bekalan makanan tambahan. Selain itu, masyarakat
ini juga mula menghasilkan alat tenunan, kain dan tembikar.

Peralatan

Orang Neolitik telah mencipta alat-alat yang lebih elok dan halus seperti kapak,
beliung dan pisau daripada batu dan juga logam untuk memburu, memotong
dan bercucuk tanam. Selain itu, teknologi baru dalam bidang pertanian seperti
bajak, tajak atau cangkul juga diperbuat daripada granit juga dicipta.
Penggunaan peralatan yang disebutkan di atas telah membantu masyarakat ini
menghasilkan pelbagai jenis tanaman. Orang Neolitik juga pandai menganyam
bakul. Bakul yang dianyum ini digunakan untuk menyimpan bijirin, mengangkap
ikan dan memburu binatang. Selain itu, masyarakat Neolitik juga pandai
membuat alat tembikar daripada tanih yang dikeringkan. Alat tembikar ini
digunakan untuk memasak, mengisi makanan dan menyimpan air. Hasil
tembikar ini menjadi lebih bermutu apabila roda ceper digunakan.

Kepercayaan

Masyarakat primitif ini mengamalkan kepercayaan animisme, iaitu percaya


bahawa semua benda di alam ini mempunyai roh. Selain itu, mereka juga
percaya bahawa semangat atau tuhan mengawal alam semesta. Sebab itulah
mereka cuba memuja semangat yang mengawal alam semesta seperti banjir
dan kemarau yang dianggap pemusnah pertanian. Masyarakat Neolitik juga
mengamalkan adat dan upacara yang lebih maju dripada masyarakat sebelum
ini. Contohnya, upacara pengebumian dan sebagainya.

Pakaian

Masyarakat Neolitik mula menenun kain daripada bulu binatang dan gentiangentian tumbuhan dengan menggunakan alat tenunan. Kini, mereke telah mula
berpakaian kain dan jarang sekali mereka berpakaian kulit binatang. Mereka

mendapati pakaian yang dibuat daripada kain adalah lebih selesa jika dipakai.
Selain itu, berpakaian kain juga dapat menunjukkan bahawa mereka ini lebih
tinggi tamadunnya kalau dibandingkan dengan orang yang berpakaian kulit
binatang.

Aktiviti Perdagangan

Sejak Zaman Neolitik, aktiviti perdagangan telahpun mula dijalankan.


Perdagangan dijalankan di antara kampung-kampung. Mereka saling menukar
barang yang dikehendaki. Sistem tukar barang dikenali sebagai sistem barter.
Selain perdagangan antara kampung dijalankan, mereka juga menjalankan
aktiviti perdagangan dengan masyarakat yang berhampiran. Pada zaman ini,
wang memang langsung tidak digunakan. Sistem yang diamalkan juga menemui
pelbagai masalah, contohnya, kehendak yang serentak sukar dicapai di antara
satu sama lain, unit ukuran atau kadar pertukaran sukar ditentukan dan
sebagainya.

Organisasi Sosial

Organisasi sosial dalam bentuk kekeluargaan telahpun wujud pada zaman ini.
Setiap keluarga mempunyai seorang ketua yang akan memimpin keluarga ini
untuk melakukan aktiviti harian. Daripada kumpulan ketua keluarga ini, seorang
akan dipilih untuk memimpin kampung ini. Tanggungjawabnya adalah
menyelesaikan pertikaian di antara penduduk kampung dalam pelbagai perkara.
Beliau juga dikenali sebagai ketua kampung.

Teknologi Baru

Zaman Neolitik telah mencapai perkembangan yang amat pesat dalam bidang
infrastruktur. Pada zaman ini, roda buat pertama kali digunakan. Roda telah
dicipta untuk menjadikan sistem perhubungan yang lebih cepat. Sebagai contoh,
roda dipasang di kereta kuda membolehkan kereta kuda berjalan dengan lebih
cepat. Selain ciptaan roda, kapal layar juga telah diciptakan. Ciptaan kapal layar
membolehkan mereka berhubung antara satu sama lain dengan mudah
walaupun dipisah oleh lautan yang luas. Bukti penggunaan kapal layar ialah
perjumpaan pelabuhan awal seperti Santubong dan Kuala Selinsing.

You might also like