You are on page 1of 9

MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TERHADAP KONSEP

WARNA SEKUNDER MENGGUNAKAN KIT COLOURFUL


PROJECTOR BAGI MURID TAHUN 4 PINTAR
Oleh:
Muhammad Firdaus Bin Kamarudin, Puan Rosnah Bt Mustafa,
Jabatan Sains Sosial, IPG Kampus Dato Razali Ismail
firdaus853@gmail.com.my, rosnah@ipgmkdri.edu

ABSTRAK
Kajian Tindakan ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan murid terhadap
Konsep Warna Sekunder menggunakan kit COLOUR PROJECTOR. Kajian dijalankan ke atas
empat orang murid Tahun 4 di salah sebuah sekolah daerah Kuala Terenganu. Tinjauan masalah
mendapati responden lemah dalam memahami Konsep Warna Sekunder. Kajian ini dianalisis
menggunakan kaedah campuran iaitu kaedah kualitatif dan kuantitatif dengan menggunakan data
yang dikumpul melalui kaedah soal selidik, senarai semak, dan temubual dan analisis hasil karya.
Triangulasi digunakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan data hasil kajian.
Hasil daripada analisis data menunjukkan peningkatan terhadap kefahaman dengan penggunaan
kit COLOUR PROJECTOR. Diharapkan kajian tindakan ini dapat dapat memberi manfaat
kepada guru- guru dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Seni Visual.
Kata Kunci: Kit COLOUR PROJECTOR, kefahaman terhadap Konsep Warna Sekunder.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LEPAS


Pengalaman melaksanakan praktikum selama 3 bulan di Sekolah Kebangsaaan Padang Midin
telah banyak memberikan input yang mencukupi bagi melaksanakan kajian tindakan ini. Sewaktu
melaksanakan praktikum di Sekolah Kebangsaaan Padang Midin, pengkaji telah ditugaskan untuk
mengajar murid tahun 4 Pintar. Pengkaji berpeluang menjalankan pelbagai aktiviti seni sepanjang
12 minggu berada di sekolah tersebut termasuklah aktiviti menggambar. Melalui aktiviti
menggambar, pengkaji telah meminta murid untuk mewarnakan sebuah lukisan rama-rama
menggunakan warna asas. Selain itu, murid juga diminta mewarnakan lukisan aiskrim
menggunakan warna sekunder.
Sewaktu proses aktiviti sedang berjalan, pengkaji mendapati bahawa murid-murid mampu
mewarna lukisan dengan baik. Namun, setelah diamati tidak ramai murid yang mengikut arahan
untuk mewarnakan lukisan rama-rama menggunakan warna asas dan lukisan aiskrim
menggunakan warna sekunder. Mereka mewarna lukisan tersebut secara rambang dan tidak
mengikut arahan yang disediakan. Perkara ini telah memberi kesan kepada ton warna lukisan
tersebut. Di sini, pengkaji mendapati bahawa ramai murid masih lemah dan kurang memahami
Konsep Warna Sekunder dengan jelas dan tepat . Murid-murid tersebut dilihat mempunyai
kemahiran dalam mewarna namun gagal memahami Konsep Warna Sekunder dengan baik. Oleh

itu, pengkaji telah menjalankan satu kajian tindakan bagi meningkatkan kefahaman murid dalam
memahami Konsep Warna Sekunder menggunakan kit COLOUR PROJECTOR

SOROTAN LITERATUR
Menurut Newton, warna ialah sifat cahaya yang ditentukan oleh panjang gelombang. Istilah
warna merujuk kepada sifat objek-objek atau bahan-bahan yang ditentukan oleh jenis panjang
gelombang yang dipantul, dihantar, atau dipancar. Kebiasanya, hanya ciri-ciri kandungan cahaya
yang dapat dikesan oleh manusia diambil kira. Oleh itu, warna juga boleh dianggap sebagai satu
fenomena psikologi. Pengolahan berbagai-bagai kegunaan istilah ini merupakan tugas utama
falsafah semasa. Oleh sebab persepsi warna berasal daripada kepekaan sel kon dalam retina yang
berbeza-beza terhadap bahagian-bahagian spektrum yang berlainan, warna boleh ditakrifkan
melalui tahap perangsangan sel-sel itu oleh panjang gelombang cahaya.
Tinjauan dilakukan kepada murid Tahun 4 Pintar semasa menjalankan aktiviti mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual dengan meminta murid-murid tersebut untuk mewarnakan sebuah lukisan
rama-rama menggunakan warna asas. Selain itu, murid juga diminta mewarnakan lukisan aiskrim
menggunakan warna sekunder. Setelah pemerhatian dibuat ternyata murid-murid tersebut
mempunyai masalah untuk menentu dan membezakan warna asas dan warna sekunder.
Kebanyakan murid gagal memahami secara tepat walaupun sudah diajar beberapa kali. Malahan,
percubaan mereka kali kedua juga menunjukkan hasil yang sama.
Roda warna merupakan suatu inovasi sedia ada yang digunakan untuk memberikan kefahaman
kepada murid. Latihan roda warna ini merupakan langkah pertama bagi memberi kefahaman
kepada murid-murid. Murid akan ditunjukkan roda warna yang mempunyai pelbagai warna
termasuk warna asas dan warna sekunder. Murid seterusnya akan cuba mengingati warna-warna
tersebut berdasarkan kedudukan warna tersebut di dalam roda warna. Latihan ini memerlukan
murid menggunakan daya ingatan yang tinggi.

TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pengetahuan murid Tahun 4 Pintar
Sekolah Kebangsaan Padang Midin Kuala Terengganu terhadap Konsep Warna Sekunder
menggunakan kit COLOUR PROJECTOR.
Objektif
Meningkatkan tahap kefahaman murid terhadap Konsep Warna Sekunder dalam seni
menggunakan kit COLOUR PROJECTOR.
Persoalan Kajian
Adakah penggunaan kit COLOUR PROJECTOR berkesan dalam memberi pemahaman kepada
murid tentang Konsep Warna Sekunder yang betul?

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Padang Midin yang melibatkan 4 orang murid dari
tahun 4 Pintar yang terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan. Kesemua
peserta dipilih berdasarkan soal selidik, senarai semak pemerhatian, temu bual dan hasil karya.
Oleh itu, kepercayaan kajian adalah bergantung kepada kejujuran peserta kajian berdasarkan
instrumen-instrumen yang telah dikemukakan.
Bagi mengumpul data-data untuk kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah kualitatif
dimana data akan dikutip melalui teknik pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Kaeadah
pengumpulan data ini merupakan suatu aspek yang sangat penting kerana segala maklumat yang
diperoleh akan menentukan kejayaan sesuatu kajian yang dijalankan. Melalui kaedah ini, datadata penting dapat dikumpulkan namun memerlukan instrumen yang sesuai agar maklumat yang
diperoleh tidak lari daripada tajuk kajian yang dirancang.
Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan bagi mengumpul data, antaranya ialah melalui
ujian, temu bual, senarai semak dan juga pemerhatian. Kesemua kaedah ini dapat memberikan
data-data yang diperlukan dalam sesebuah kajian yang dijalankan. Bagi kajian ini, pengkaji
menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen iaitu Ujian Pra dan Ujian Pos
untuk mengumpul data. Walaupun kaedah yang digunakan adalah berbeza, namun hasil yang
diperoleh adalah sama. Teknik ini mampu memberi kesahan dapatan data dengan tepat.
Sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual, pengkaji telah membuat suatu
pemerhatian terhadap peserta kajian semasa mereka membuat aktiviti mewarna rama-rama.
Pemerhatian ini dibuat bagi melihat sejauh mana keupayaan murid mewarna berdasarkan Konsep
Warna Sekunder yang tepat seperti warna asas dan warna sekunder pada tempat yang betul
setelah menggunakan kit COLOUR PROJECTOR serta mendapatkan data-data yang diperlukan
oleh pengkaji bagi mengumpul maklumat berkaitan hasil daripada intervensi yang dijalankan.
Item yang dibina adalah untuk melihat tahap kemahiran yang telah dicapai oleh reponden.
Pengkaji telah menjadi pemerhati sewaktu melaksanakan kaedah pemerhatian ini.
Dalam kajian ini, temu bual yang dijalankan oleh pengkaji berkisar mengenai kefahaman murid
mengenai Konsep Warna Sekunder dengan tepat menggunakan kit COLOUR PROJECTOR.
Dengan menggunakan kaedah temu bual, pengkaji dapat mengetahui kekuatan serta kelemahan
penggunaan kit COLOUR PROJECTOR. Jawapan yang diberikan oleh peserta kajian adalah
jujur dan ini memberikan suatu maklumat yang tepat dan memudahkan pengkaji membuat
refleksi tentang kekuatan dan kelemahan templat ini. Sebelum memulakan sesi temu bual,
pengkaji telah menyediakan beberapa soalan yang berkaitan dengan topik kajian. Pengkaji juga
memberi kebebasan kepada pelajar untuk menjawab tanpa ada rasa sekatan.
Ujian Pra dilakukan sebelum pengkaji menggunakan kit COLOUR PROJECTOR dalam proses
pengajaran dan pembelajaran tentang Konsep Warna Sekunder. Ujian Pra dibuat bagi menjawab
persoalan pertama kajian. Item- item yang disoal dalam Ujian Pra adalah bersesuaian dengan
tahap pemikiran murid sekolah rendah dan merujuk kepada buku panduan guru dan buku rujukan
Pendidikan Seni Visual. Markah penuh bagi Ujian Pra adalah 100 peratus. Ujian Pra ditadbir
kepada semua murid yang berada dalam kelas 4 Pintar namun hanya data daripada 4 peserta
kajian sahaja yang dikutip. Keputusan Ujian Pra tidak diberikan kepada murid semula kerana item
yang sama akan digunakan bagi Ujian Pos.

Ujian Pos pula merupakan satu set ujian yang ditadbir setelah pengkaji mengaplikasikan kit
COLOUR PROJECTOR bagi mengajar tentang Konsep Warna Sekunder. Ujian Pos ini
digunakan untuk menjawab persoalan pertama kajian. Item yang digunakan bagi mentadbir Ujian
Pos adalah sama dengan item yang digunakan dalam Ujian Pra. Kebolehpercayaan item Ujian
Pos adalah tinggi kerana pengkaji tidak memberikan semula kertas Ujian Pra kepada peserta
kajian atau membincangkan jawapan dengan peserta kajian.
Melalui data yang dikumpul daripada Ujian Pos, pengkaji dapat membuat perbandingan markah.
Jika data daripada Ujian Pos menunjukkan peningkatan positif, ini bermakna penggunaan kit
COLOUR PROJECTOR berkesan dalam meningkatkan tahap keupayaan murid dalam
memahami Konsep Warna Sekunder. Keputusan Ujian Pos bagi 4 orang peserta kajian akan
direkod dan data yang diperoleh akan dikumpul dan di intrepetasi. Hasil pengumpulan data
tersebut akan dianalisis secara deskriptif.

SPESIFIKASI INTERVENSI
COLOUR PROJECTOR merupakan inovasi daripada lampu suluh dan mounting board. Lampu
suluh tersebut berfungsi bagi mengeluarkan cahaya bagi menyuluh kad imbas berwarna yang
dihasilkan daripada kepingan plastik berwarna. Terdapat tiga warna yang digunakan iaitu warna
merah, biru dan kuning. Pengguna hanya perlu memasukkan kad berwarna yang disediakan
kedalam COLOUR PROJECTOR dan kemudiannya menekan tombol lampu suluh untuk
melihat warna yang terhasil. Sebagai contoh, kad berwarna merah apabila digabungkan dengan
kad berwarna biru akan menghasilkan cahaya berwarna ungu.

Pengkaji cuba memberi penerangan kepada murid tentang warna-warna asas dan warna-warna
sekunder. Murid-murid cuba mewarna lukisan tersebut namun ternyata mereka masih belum
memahami sepenuhnya Konsep Warna Sekunder dengan tepat. Pada sesi pengajaran seterusnya,
pengkaji telah memberi peluang kepada murid-murid untuk menggunakan kit COLOUR
PROJECTOR yang dicipta bagi memudahkan murid menyelesaikan masalah mereka pada sesi
pengajaran yang pertama.
Sebelum memperkenalkan penggunaan kit COLOUR PROJECTOR, terlebih dahulu pengkaji
telah memberi sedikit penerangan kepada murid. Antara pendekatan yang digunakan ialah meberi
sedikit pemahaman melalui penayangan video yang berkaitan dengan warna. Seterusnya pengkaji
telah menunjukkan contoh gambar objek-objek yang mempunyai warna-warna asas serta warnawarna sekunder dan yang terakhir, pengkaji menggunakan kaedah cuba sendiri. Kaedah cuba
sendiri dijalankan dengan memberi peluang kepada murid untuk mencampurkan warna poster.

DAPATAN KAJIAN
Mia merupakan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang belajar di kelas 4 Pintar,
Sekolah Kebangsaan Padang Midin, Kuala Terengganu. Mia merupakan seorang murid yang
pendiam di dalam kelasnya. Pencapaian akademik yang diperoleh Mia juga agak kurang
memuaskan.
Hasil Analisis Data Pemerhatian keatas Peserta Kajian 1 menunjukkan dia tidak pernah
mempelajari topik warna. Dia tidak mengetahui perkara-perkara tentang warna namun pandai
menggunakan warna dengan baik. Peserta Kajian 1 ini juga mengetahui jenis-jenis warna seperti
yang terkandung dalam sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual. Dia tidak berminat untuk
mempelajari topik warna serta tidak memahami Konsep Warna Sekunder.
Hasil Analisis Data Pemerhatian Selepas Intervensi menunjukkan perubahan ketara pada Peserta
Kajian 2. Dia sudah mula mempelajari topik warna serta sudah pandai menggunakan susunan
warna dengan baik sewaktu menghasilkan karya. Jenis-jenis warna yang terdapat dalam sukatan
juga sudah mula diketahui oleh Peserta Kajian 2. Apabila sudah menguasai tentang topik warna
ini, Peserta Kajian 2 juga sudah mula berminat terhadap topik warna serta memahami Konsep
Warna Sekunder dengan baik.
Bagi soalan temubual pertama sebelum intervensi, Peserta kajian 2 (PK2) menyatakan bahawa dia
boleh memahami sedikit sahaja tentang Konsep Warna Sekunder. Dia tidak mengetahui
sepenuhnya perkara-perkara yang terdapat dalam Konsep Warna Sekunder . Bagi soalan temubual
kedua, Peserta kajian 2 (PK2) bersetuju cara pengajaran guru mempengaruhi minatnya untuk
belajar dan dia menyatakan dia tidak berminat untuk mengingat dan menghafal perkara-perkara
yang terdapat dalam Konsep Warna Sekunder. Bagi soalan temubual ketiga, Peserta kajian 2
(PK2) berminat tetapi dia tidak pandai mewarna dengan baik.
Hasil temubual selepas intervensi menunjukkan kesan yang positif. Item 1 menunjukkan Peserta
Kajian 2 tidak dapat menjawab kesemua soalan dengan betul. Namun begitu kebanyakan soalan
tersebut sudah boleh dijawab dengan betul. Peserta Kajian 2 juga sudah menunjukkan minat
terhadap pembelajaran seperti yang diperkatakannya pada Item 2. Pada Item 3, Peserta kajian 2
telah menyatakan bahawa dia sudah boleh memahami sedikit sebanyak perkara dalam topik
Konsep Warna Sekunder. Bagi Item 4, Peserta Kajian 2 menyatakan minatnya untuk belajar
menggunakan kit COLOUR PROJECTOR dan ingin menggunakan alat tersebut pada masa akan

datang. Item 5 yang ditemubual menunjukkan Peserta Kajian 2 ingin meneruskan pembelajaran
dengan menggunakan kit COLOUR PROJECTOR kerana ianya sesuatu yang menyeronokkan.
Hasil analisis Ujian Pra yang diperoleh Peserta Kajian 2 menunujukkan dia hanya mendapat
markah sebanyak 40 peratus. Hal ini bermakna, Peserta Kajian 2 ini hanya dapat menjawab empat
soalan dengan betul berbanding sepuluh soalan keseluruhannya. Markah yang diperolehnya
merupakan markah sederhana yang diperolehi dalam kalangan pelajar 4 Pintar. Hasil analisis
Ujian Pos 1 yang diperoleh Peserta Kajian 2 menunujukkan dia mendapat markah sebanyak 50
peratus meningkat 10 peratus daripada markah Ujian Pra. Hal ini bermakna, Peserta Kajian 2 ini
telah betul lima soalan yang dijawabnya berbanding sepuluh soalan keseluruhannya. Hasil analisis
Ujian Pos 2 yang diperoleh Peserta Kajian 2 menunujukkan dia mendapat markah sebanyak 80
peratus bertambah 30 peratus daripada markah Ujian Pos 1. Hal ini bermakna, Peserta Kajian 2 ini
mempunyai lapan soalan yang dijawab dengan betul berbanding sepuluh soalan keseluruhannya.
Peningkatan ini merupakan peningkatan yang begitu mendadak setelah menjalani intervensi.
Hasil analisis keseluruhan yang dilakukan menunjukkan peningkatan positif pada data yang
diperoleh daripada ketiga-tiga kaedah pengumpulan data. Kesemua maklumat ini telah
dirangkumkan di dalam rumusan yang telah disediakan. Senarai semak yang pertama
menunjukkan nisbah murid yang faham tentang apa yang diajarkan oleh guru adalah 1 : 3 di mana
hanya seorang daripada empat orang peserta kajian yang memahami perkara yang diajar oleh
guru. Pada senarai semak yang kedua pula, nisbah peserta kajian yang mengakui cara pengajaran
guru mempengaruhi minat mereka ialah sebanyak 2 : 2. Masing-masing dua orang murid yang
berminat terhadap pelajaran melalui cara pengajaran guru dan dua orang murid lagi langsung
tidak menunjukkan minat terhadap pelajaran yang diajar.
Begitu juga dengan senarai semak yang ketiga. Nisbah menunjukkan murid yang berminat
terhadap subjek Pendidikan Seni Visual adalah sama dengan murid yang tidak berminat dengan
matapelajaran ini iaitu 2 : 2. Nisbah bagi murid yang berminat dengan topik warna sebelum
intervensi dilaksanakan pula menunjukkan hanya seorang daripada empat orang peserta kajian
yang mempunyai minat dalam topik ini manakala yang selebihnya kurang berminat kerana sukar
untuk memahami Konsep Warna Sekunder. Nisbah terbesar yang dapat dilihat melalui senarai
semak ini ialah kefahaman murid terhadap Konsep Warna Sekunder dimana tiada seorang pon
dalam kalangan peserta kajian yang memahami Konsep Warna Sekunder dengan baik.
Keputusan yang diperoleh pada pemerhatian kedua pula menunjukkan tahap pengetahuan dan
pemahaman murid semakin meningkat. Keputusannya jauh berbeza berbanding dengan
pemerhatian pertama di mana keputusannya dilihat semakin positif setelah menggunakan kit
COLOUR PROJECTOR. Jadual di bawah menunjukkan perbandingan antara pemerhatian yang
pertama dan pemerhatian kedua menggunakan kaedah borang kaji selidik.
Berikut merupakan hasil analisis data bagi kaedah temubual yang dijalankan ke atas 4 orang
peserta kajian sebelum intervensi menggunakan kit COLOUR PROJECTOR. Soalan yang
pertama ialah Adakah anda faham tentang apa yang diajar oleh guru ?, ia menunjukkan seorang
peserta kajian mengatakan Ya yang mewakili 30 % dan 3 orang peserta kajian yang mewakili
70 % mengatakan Tidak.
Bagi soalan temubual kedua, Adakah cara pengajaran guru mempengaruhi minat anda? , ia
menunjukkan 2 orang peserta kajian mengatakan Ya yang mewakili 50 % dan 2 orang peserta
kajian lagi mewakili 50 % mengatakan Tidak. Bagi soalan temubual ketiga pula, Adakah anda
berminat dengan subjek Pendidikan Seni Visual?, ia menunjukkan 2 orang peserta kajian

mengatakan Ya yang mewakili 50 % dan 2 orang peserta kajian lagi yang mewakili 50 %
mengatakan Tidak.
Rumusan keseluruhan terhadap analisis temubual berdasarkan tiga item menunjukkan jumlah
peratusan murid yang mengatakan Ya dan Tidak bagi ketiga- tiga soalan. Bagi soalan ketiga ,
50 % mengatakan berminat dengan subjek Pendidikan Seni Visual dan 50 % mengatakan tidak
berminat dengan subjek Pendidikan Seni Visual. Hal ini terjadi adalah disebabkan
ketidakfahaman murid terhadap sesuatu topik seperti Konsep Warna Sekunder sekaligus
membuatkan mereka berasa kurang berminat terhadap subjek ini.
Data hasil temubual bersama 4 peserta kajian menunjukkan peningkatan minat selepas intervensi
setelah menggunakan kit COLOUR PROJECTOR ini digunakan di dalam PdP. Berdasarkan
analisis item- item temubual selepas intervensi, murid dilihat telah menunjukkan peningkatan
minat terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan topik Konsep Warna Sekunder.
Jumlah markah minimum yang diperoleh murid ialah antara 20 hingga 39 manakala markah
maksimum ialah 60 hingga 79 markah. Seramai 2 orang murid mendapat markah 20 hingga 39,
diikuti seramai 10 orang murid yang memperoleh markah 40 hingga 59. Jumlah markah 60
hingga 79 pula berjaya diperoleh oleh 18 orang murid. Pengkaji telah memilih 4 orang peserta
kajian yang memperoleh markah paling rendah berdasarkan markah ujian tersebut bagi menjalani
intervensi yang dijalankan oleh pengkaji.
Kesemua peserta kajian menunjukkan peningkatan mendadak markah ujian bagi kesemua peserta
kajian yang terlibat ini. Bagi Peserta kajian A, jumlah markah yang diperoleh meningkat daripada
2/10 kepada 7/10. Markah Peserta kajian B pula meningkat daripada 3/20 kepada 7/10. Peserta
kajian C turut memperoleh peningkatan pada markah iaitu 8/10 berbanding 4/10 pada
sebelumnya. Peserta kajian D turut menunjukkan peningkatan daripada 5/10 kepada 8/10.
Jumlah markah maksimum dan tertinggi dalam kalangan keempat-empat peserta kajian ini adalah
markah yang diperoleh peserta kajian C dan peserta kajian D. Masing-masing memperoleh
markah melebihi 7 iaitu 8/10. Jumlah markah minimum yang diperoleh pula adalah 7/10. Markah
7/10 ini diperoleh kedua-dua peserta kajian A dan peserta kajian B. Berdasarkan dari graf 1
hingga ke 10 kesemua peserta kajian menunjukkan peningkatan yang positif. Peningkatan yang
ditunjukkan juga agak mendadak kerana perbezaan markah yang diperoleh mereka pada Ujian
Pos 1 dan Ujian Pos 2 adalah agak ketara.
Hasil analisis menunjukkan peserta kajian telah menunjukkan peningkatan minat terhadap mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual. Konsep Warna Sekunder juga sudah dapat difahami dengan
baik oleh kesemua peserta kajian yang terlibat. Kesemua instrumen yang digunakan menunjukkan
peningkatan positif dalam kalangan peserta kajian. Keberkesanan kit COLOUR POROJECTOR
terhadap masalah yang dihadapi murid juga dapat dilihat berdasarkan dapatan dan data yang
diperoleh sepanjang kajian ini dilaksanakan.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, penggunaan kit COLOUR PROJECTOR ini sangat sesuai digunakan bagi
meningkatkan kefahaman murid terhadap Konsep Warna Sekunder dengan mudah, cepat dan
berkesan. Kajian ini telah berjaya dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Dapatan
serta analisis data membuktikan keberkesanan kajian ini dimana penggunaan kit COLOUR
PROJECTOR dilihat sangat berkesan memberi kefahaman kepada murid. Segala dapatan-

dapatan kajian yang diperoleh daripada pemerhatian, temu bual serta Ujian Pra dan pos
menyokong penuh segala cadangan dan persoalan serta objektif kajian. Selepas menjalani sesi
intervensi, dapatan kajian yang diperoleh daripada murid menunjukkan peningkatan positif
berbanding sebelum menjalani sesi intervensi.
Keberkesanan kajian ini secara tidak langsung berjaya meningkatkan mutu amalan pengajaran
pengkaji dan pembelajaran peserta kajian. Kajian ini menjadikan saya lebih mengetahui selok
belok masalah murid-murid di sekolah dan ini secara tidak langsung telah meningkatkan tahap
profesionalisme saya sebaai seorang bakal guru. Kajian ini telah memberikan impak yang positif
kepada murid Tahun 4 Pintar, Sekolah Kebangsaan Padang Midin. Melalui kajian yang dijalankan
ini, murid dapat meningkatkan pemahaman mereka terhadap Konsep Warna Sekunder sekaligus
meningkatkan minat mereka terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual terutamanya
sewaktu melakukan aktiviti seperti mewarna, membuat corak dan sebagainya.
Kekuatan yang diperoleh daripada kajian ini adalah keberhasilan alat ini dalam membantu murid
meningkatkan kefahaman mereka terhadap Konsep Warna Sekunder. Kelemahan kajian ini pula
adalah jumlah pelajar yang boleh menggunakan alat ini adalah terhad dalam satu-satu masa.
Penambahbaikan yang boleh dibuat adalah dengan mengubahsuai alat aar lebih ramai pelajar
dapat mengunakannya dalam satu-satu masa.

RUJUKAN
BUKU
Abdul Rahim Hamdan (2001). Tahap Minat, Pengetahuan Dan Kemahiran, Latihan Guru Dan
Beban Tugas Guru Program Pemulihan Khas Sekolah Kebangsaan Daerah Pontian,
Johor. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Benjamin S. Bloom (1988). Taxonomy of Educational Objectives Book 1: Cognitive Domain :
Addison Wesley Publishing Company; 2nd edition edition.

C. A. Mertler (2014). Action Research Improving Schools and Empowering Educators Fourth
Edition : SAGE Publications, Inc.

Edmund Burke Feldman (1996). Philosophy of Art Education. Oxon: Prentice-Hall Publishers.

Hassan Mohd Ghazali. (1995). Ciri-ciri guru pendidikan seni cemerlang.Dalam


Jurnal Kaji Sosial 1:27-32

Hazliza Hamzah. (2009). Perkembangan Kanak-Kanak. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd.

Herbert Read (1974). The Meaning of Art. : Faber and Faber; New Ed edition.
John Russell (1926). The Meanings of Modern Art : Icon (Harpe); Revised edition.
Kauchak dan Enggan (1989). Learning And Teaching. Massachussest : Allyn and
Bacon.

Mok S. S. (2006). Ilmu Pendidikan Untuk Kpli (Sekolah Rendah: Komponen 1 & 2) Psikologi
Pendidikan & Pedagogi. Selangor: kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
M. Day. & A. Hurwitz (2001). Children and Their Art: Art Education for Elementary and Middle
Schools. Oxon: Cengage Learning; 9 edition.
M. Sheffie A. B, (1991). Metodologi Penyelidikan : Untuk Ekonomi dan Bidang-Bidang
Berkaitan. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Patton (1980). Qualitative evaluation methods : Sage Publications.

Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. (2000). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Sulaiman Masri (2005). Kaedah penyelidikan dan panduan penulisan: esei, proposal, tesis Siri
pengajian dan pendidikan Utusan. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

SUMBER INTERNET
Siti

Rokiah

Hamid dan Azlina

Ahmad.

2012. Warna

- Unsur-unsur

Seni

Reka

http://pendidikansenivisualsk.blogspot.com diakses pada: 5 Julai 2014.


Kasbie Bin Yahya. 2011. Panduan Warna. http://kasbie.blogspot.com/diakses pada: 8 Julai 2014.

You might also like