You are on page 1of 6

Teks Juruacara :

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Mejar Mohd Fuad bin Hj Sharif


Penolong Pengarah, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Negeri Selangor.
Semua hadirin diminta berdiri.
Memulakan atur langkah majlis, marilah sama-sama kita mengumandang suara untuk
menyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah bersama iringan muzik.
Semua hadirin diminta bersedia.
( lagu dimainkan PA System )
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.
Ulik Mayang nyanyian asli
Dilagu sigadis merdu sekali
Terima Kasih sekalung budi
Sudi datang ke majlis merai.
Dipersilakan adik Alia Izatie Mohd Adnan untuk menyerahkan bendera Malaysia kepada tetamu
kehormat kita sebagai simbolik bermulanya program sambutan kemerdekaan.
Tunggu 2 orang pengawas bawa bendera untuk disampaikan kepada tetamu
Jalur Gemilang serahan hati
Tanda ingatan kekal abadi
Biar padu seteguh jati
Budaya kita junjungan budi
Bagi meneruskan aturcara majlis, dipersilakan Cikgu Saharuddin Abdullah bagi mengemudi
program seterusnya. Dipersilakan.
Terima kasih saudara pengacara majlis.
1. KATA ALU-ALUAN.
Yang Berusaha,
Pn Hajjah Noor Hayati binti Sarbini
Pengetua SMK Sijangkang Jaya
Yang Berusaha
Tuan Haji Zulkefli bin Mat Taib,
Yang Dipertua PIBG SMK Sijangkang Jaya dan AJK PIBG
Yang Berbahagia,
Tokoh Undangan Khas
Mejar Mohd Fuad bin Hj Shariff
Penolong Pengarah, Jabatan Pertahananan Awam Malaysia (JPAM),
Negeri Selangor, Darul Ehsan.

Yang Dihormati, Barisan Kepimpinan Penolong Kanan,


Pn. Ramlah bt Hj Hashim - PK Pentadbiran.
En. Kowangid bt Taufik - PK Hal Ehwal Murid.
Pn. Zaleha bt Selamat - PK Kokurikulum
Yang Dikasihi, Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, Guru-Guru Cemerlang serta Rakanrakan guru
seterusnya putera dan puteri yang menjadi tiang negara dan harapan bangsa yang
disayangi.
Assalamualaikum wbt , salam sejahtera, Salam Keilmuan dan salam 1 Malaysia.

Ceria wajah dalam majlis


Hati berkobar, semangat dibawa
Sambutan merdeka penyeri majlis
Sematkan gagah di dalam jiwa
Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan SMK Sijangkang Jaya 2011. Samasamalah kita memanjatkan setinggi rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurnia dan izinNya dapat kita sama-sama berhimpun dan menyatukan tekad di dalam majlis ini
dengan penuh kedamaian dan keamanan. Kedamaian dan keamanan ini sebagai tanda bahawa
negara ini berada dalam kestabilan politik dan kita mampu berkongsi muafakat untuk hidup
bersama . Sesungguhnya sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda bahawa para guru
dan pelajar sekolah ini dapat seiring dan sederap melangkah, dengan semangat kesungguhan
yang berkobar-kobar dan beriiltizam tinggi untuk menjadi warganegara yang patriotik .

2. DOA
Anugerah di kecap si anak watan
Mengangkat senjata bidalan suara
Menadah tangan memohon keberkatan
Mendapat restu hidup sejahtera
Untuk memberkati majlis, dengan sukacitanya dijemput Al Fadhil Ustaz Zahari bin Mamat untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan
DOA
Terima kasih kepada Ustaz Zahari bin Mamat atas bacaan doa sebentar tadi.

3. MEMBACA PERUTUSAN.
3.1. Perutusan YAB Perdana Menteri Malaysia.
Pepatah-petitih Adat Melayu
Warisan amalan sejak dahulu
Pohon keizinan barang sewaktu

Ucapan Perdana Menteri mohon didahulu


Sebagai pembuka acara, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha , Pn
Ramlah bt Hj Hashim, PK Pentadbiran, SMK Sijangkang Jaya untuk menyampaikan perutusan
Perdana Menteri.. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
UCAPAN
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

3.2. Perutusan YB Menteri Pelajaran Malaysia


Tuah tersenyum pada Si Teja,
Duduk bersimpuh sambil bersila,
Kain ditenun bersama reja,
Ucapan PK HEM hormat dipersila,
Seterusanya, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha, En Kowangid bin
Taufik PK HEM, untuk menyampaikan perutusan YB Menteri Pelajaran Malaysia. Dengan segala
hormatnya dipersilakan
UCAPAN
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan perutusan sebentar tadi

4. UCAPAN PENGETUA
Pahlawan Melayu Gagah Perkasa,
Musuh datang habis dibasmi,
Tuan sudah diberi kuasa,
Sudilah kira, pohon merasmi
Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha , Pn Hajjah Noor Hayati bt Sarbini,
Pengetua SMK Sijangkang Jaya untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
majlis Sambutan Merdeka Raya bagi tahun 2011.
UCAPAN
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan Puan Pengetua sebentar tadi.
Hadirin yang dikasihi.
Tak Kenal Maka Tak Cinta
Tak Didayung Perahu Masakan Sampai Di seberang
Tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
Tak diperkenalkan tetamu, sudah tentu jiwa tertanya-tanya
Izinkan saya untuk memperkenalkan tetamu undangan kita pada pagi ini. Nama beliau ialah
Mejar Mohd Fuad bin Hj Shariff. Anak jati Kg Sijangkang Batu 1. Seorang motivator yang boleh

membakar semangat dan melunturkan jiwa berkerak yang kental. Pernah bertugas sebagai guru
di SMK Pandamaran Jaya. Bersara 3 tahun lepas ketika usia beliau 58 tahun. Oleh kerana
berminat untuk berbakti kepada masyarakat, beliau meneruskan perkhidmatan sukarela dalam
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. Kini beliau memegang jawatan sebagai Penolong
Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Negeri Selangor. Sewajarnya, pada pagi ini
kita menjemput berkongsi pengalaman bagaimana untuk kita menghayati erti kemerdekaan
untuk membangunkan Negara tercinta ini.

5. Ucapan Tokoh Undangan.


Tuah tersenyum pada Si Teja,
Duduk bersimpuh sambil bersila,
Kain ditenun bersama reja,
Tetamu jemputan hormat dipersila,
Dengan segala hormatnya dipersilakan Mejar. Mohd Fuad bin Hj Shariff, Penolong Pengarah,
JPAM Negeri Selangor untuk menyampaikan pidato yang bertajuk Penghayatan Kemerdekaan
untuk Membangunkan Negara Tercinta. Mohon dijemput menyampaikan pidato.
UCAPAN
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas pidato yang sangat bermakna itu tadi
(Tunggu sehingga tetamu duduk)
Hadirin yang budiman,
Meneruskan majlis, saya dengan penuh hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Puan
Pengetua untuk menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia En Mohd Fuad bin Hj Shariff ke
atas pentas untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenag pertandingan yang
dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan. Dipersilakan
(Baca senarai nama pemenang pertandingan)

5. PENYAMPAIAN CENDERA HATI.


Orang berbudi kita berbahasa, Orang memberi, kita kenangkan jasa. Sebagai tanda kenangkenangan, majlis dengan hormatnya mempersilakan Yang Berusha Puan Pengetua, SMK
Sijangkang Jaya untuk menyerahkan tanda hati setulus rasa kepada Yang Berbahagian, Mejar
Mohd Fuad bin Hj Shariff.
Majlis mengucapkan terima kasih atas kesudian Yang Berusaha, Puan Pengetua
menyempurnakan penyampaian cenderahati.
Seterusnya dijemput semua tetamu dan puan pengetua ke bilik jamuan.
6. PERSEMBAHAN MULTIMEDIA VIDEO KEMERDEKAAN
(MULTIMEDIA SEKOLAH BERSEDIA)

Hadirin dan Hadirat.


Sama-sama kita saksikan rentetan peristiwa suka duka kemerdekaan Negara tercinta.
Persembahan Multimedia
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan multimedia sebentar tadi.
7. PERSEMBAHAN PELAJAR.
Terbang tinggi si burung helang
Berkicau kenari sambil berterbangan
Insan cemerlang Negara terbilang
Bakat diserlah tanda kecemerlangan.
7.1. Persembahan Sajak.
Persembahan Pelajar pada pagi ini dimulakan dengan mempersilakan pendeklamator adik
Norkiasatina bt Mohd Husaini (4SN1) dengan sajak yang bertajuk Pasca Merdeka . Dengan
takzimnya dipersilakan.
Sajak dengan iringan muzik
Terima kasih daun keladi, lain kali buat persembahan lagi. Hebat dan sangat bermakna
deklamsai yang disampaikan oleh adik Norkiasatian itu tadi.
7.2. Nyanyian Kumpulan.
Seterusnya kita serikan lagi majlis ini dengan mendengar alunan suara nyanyian Kumpulan Anak
Gemilang dari Tingkatan Lima dengan lagunya yang bertajuk Semangat Yang Hilang.
Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kumpulan Anak Gemilang atas
persembahan itu tadi
7.3. Nyanyian Solo.
Majlis diteruskan dengan mempersilakan Adik Aina (4 PA) untuk menyampaikan sebuah lagu
yang bertajuk Pahlawanku. Dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada adik Aina.
7.4. Persembahan Nyanyian Kumpulan Skyscrapper.
Hadirin yang dihormati.
Dengan tajuk lagu Saya Anak Malaysia dipersilakan kumpulan Skyscrapper (Tingkatan 3) untuk
membuat persembahan mereka.
Terima kasih kepada kumpulan Skyscrapper atas persembahan mereka tadi.
7.5. Persembahan Pantun.
Untuk Halwa telinga seterusnya, marila sama-sama kita saksikan acara berbalas pantun yang
akan dipersembahkann oleh adik Rusyaidatul Nurin Balqis bt Rusli bersama dengan Adik Aimi
Najwa bt Rashid dari tingkatan 3 Amal Majlis dengan hormatnya mempersilakan.
Yang kurik itu kendi

Yang merah itu saga


Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa
Terima kasih atas persembahan itu tadi
7.6. Persembahan Koir.
Dengan paduan suara pelajar tingkatan 4 Sains 1 dan 4 Sains 2, marilah sama-sama kita hayati
persembahan koir dengan lagu medley mereka Muhibbah dan Nyalakan Tekad. Dipersilakan.
Terima kasih atas persembahan yang hebat dan bersemangat itu tadi.
Hadirin yang dihormati,
Pujangga Melayu berbicara,
Berdayung sampan telah tiba di seberang,
Menuruni lurah, telah sampai di kaki bukit
Setiap permulaan, pasti ada pengakhirannya
Mengakhiri majlis kita, pada pagi yang gemilang ini. Marilah kita sama-sama menyanyikan
rangkaian lagu-lagu patriotik iaitu Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia dan
Semua hadirin diminta berdiri dan bersedia. Mohon dinyanyikan dengan penuh semangat.
Selepas itu, laungan merdeka akan diketuai oleh Cikgu Hashim bin Ahmad.
Dengan laungan merdeka itu tadi, maka berkahirlah majlis sambutan merdeka kita pada pagi ini.
Selepas ini kita akan ke program fasa 2 iaitu Program Sambutan Hari Raya. Jika terdapat
kesalahan dan kesilapan sama ada dari segi tutur bicara, lenggok bahasa dan tingkah laku
sepanjang program berlangsung, sejuta kemaafan dipinta.
Tenang-tenang air di kali
Tempat mandian putra puteri
Sempurna sudah majlis dirai
Salah dan silap harap dimaafi
Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia,
Wabillahi Taufik Walhidayah.
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

You might also like