You are on page 1of 6

1. 1.

Isu Globalisasi Pendidikan Globalisasi Pendidikan adalah merupakan satu daripada


cabaran yangberlaku dalam pendidikan masa kini yang perlu sentiasa dikaji
dandiperhalusi.Sebelum dikaji dengna lebih mendalam tentang cabaran dalamglobalisasi
pendidikan, definisi globalisasi pendidikan perlu difahami denganjelas agar isu ini dapat
ditangani dengan baik dan mendasari dari peringkat akarumbi. Di dalam kamus dewan edisi
keempat, menyatakan globalisasi membawadefinisi proses yang membolehkan sesuatu
aktiviti seperti ekonomi, kebudayaandan sebagainya disebarkan atau diperluas ke peringkat
antarabangsa atau keseluruh dunia, terutamanya dengan adanya kemudahan sistem
komunikasi sertadasar terbuka. (Kamus Dewan Edisi 4, 2005) Menurut Syed Ismail dan
AhmadSubki (2010),globalisasi membawa maksud satu cara hidup dunia tanpassempadan
dan saling berkaitan antara satu sama lain. Selain itu, ia merujukkepada perpindahan nilai,
terutamanya cara berfikir dan gaya bertindak dari satudaerah dunia kepada daerah dunia
yang lain (Syed Ismail dan AhmadSubki,2010) Pandangan Mok Soon Sang (2007) pula
menyatakan globalisasibermaksud merentasi sempadan dan media.Bagi Michael Gibbons
(2003) dalamMok Soon Sang (2007), Setiausaha Agong Persatuan Universiti
Komanwel(ACU) berpendapat bahawa globalisasi merupakan suatu proses berterusandalam
perindustrian pendidikan yang telah berlaku lama dahulu. Maka, globalisasi pendidikan
membawa definisi proses perubahan untukamalan dan pelaksanaan pengajaran yang
berkualiti (Michael Gibbons,2003)Menurut beliau lagi, globalisasi pendidikan akan memberi
tekanan kepada guruagar dapat mengubah cara pengajaran tradisional kepada pengajaran
modenserta berpandukan kepada hasil dapatan penyelidikan pendidikan yang terkini.
Globalisasi dalam sistem pendidikan negara telah memberi banyak kesanterhadap
pendidikan negara pada hari ini.Tindak balas daripada keterbukaanidea dalam keperluan
dunia pendidikan hari ini telah memberi kesan yang baik
2. 2. kepada kualiti hidup masyarakat pelbagai kaum di negara ini.Dalam menempuhglobalisasi
pendidikan yang pesat berkembang ini sebenarnya telah membentukbanyak cabaran dan
halangan yang perlu ditempuh oleh segenap lapisanmasyarakat di negara kita dalam usaha
untuk mencapai misi dan visi pendidikannegara iaitu meningkatkan taraf pendidikan bertaraf
dunia.Menurut HussainMohamed (1998) globalisasi menyebabkan pendidikan negara lebih

terbukakepada dunia luar samada untuk belajar mahupun menubuhkan cawanganuniversiti


mereka di negara kita. Hal ini selaras dengan keinginan menjadikanMalaysia sebagai Pusat
Kecemerlangan Pendidikan Dunia. Antara halangan dan cabaran yang perlu diberi perhatian
meliputikeperluan terhadap pembelajaran berterusan, penggunaan teknologitelekomunikasi
dan maklumat, pengurusan pendidikan,pembentukan jati dirimurid serta kualiti guru.Kelimalima cabaran dan halangan ini memerlukanpenyelesaian yang bersepadu daripada semua
pihak agar globalisasi pendidikanyang berlaku dalam negara kita ini tercapai dengan
sempurna dan baik. Bagi mendapatkan kaedah penyelesaian kepada cabaran
dalamglobalisasi pendidikan iaitu pembentukan jati diri murid, keperluan kepada guruuntuk
membentuk jati diri murid sepatutnya bermula daripada pra sekolah lagi.Pada masa kini,
Falsafah Pendidikan Kebangsaan sedang diuji dengankeberkesanan pelaksanaannya dalam
melahirkan individu murid yangmempunyai keseimbangan dan harmonis dari segi
jasmani,emosi, rohani, sertaintelek. Dengan kemasukan proses globalisasi tanpa had ini
menyebabkan jugakemasukan pelbagai budaya yang bercanggah dengan budaya
setempatseterusnya terbitlah perlakuan dan sikap murid negative murid yang
semakinmembimbangkan. Globalisasi yang berlaku dalam pembentukan jati diri murid
telahmembawa kesan yang mendadak terhadap perlakuan dan norma kehidupanmurid
secara keseluruhannya.Kesan negatif yang paling jelas hasil daripadaglobalisasi adalah
perubahan gaya hidup terutama remaja di bangku sekolah
3. 3. yang begitu mudah terpengaruh dengan budaya kehidupan barat.Menurut MohdDahlan &
Ida Shafinaz (2010),remaja pada masa kini merasakan bahawamereka sudah cukup bijak
untuk menilai baik dan buruk sesuatu perkara tanpakeperluan kepada mereka untuk
mendapatkan nasihat daripada sesiapa puntermasuklah ibu bapa mereka.Menurut Mohd
Dahlan dan Ida Shafinaz lagi,faktor persekitaran banyak mendorong kepada terjadinya
masalah negatifkepada murid atau remaja ini. Hasil daripada globalisasi terhadap
pembentukan jati diri muridmenyebabkan semua institusi pendidikan menghadapi halangan
dan cabaranuntuk menggarap akhlak anak-anak agar berada di landasan yang betul
menurutacuan tempatan dan Islam.Pelaksanaan program-program yang mempunyai nilaidan
norma-norma pendidikan di sekolah perlu diperkasakan dengan halberkaitan keperibadian

guru,budaya sekolah serta aktiviti-aktiviti kokurikulumperlu diberi penekanan dalam usaha


membentuk moral dan rohani murid yangbaik dan sempurna. Dalam usaha untuk
membentuk jati diri murid,seharusnya perkara yangpaling dekat dengan mereka di sekolah
perlu diberi perhatian oleh semua pihakiaitu keperibadian guru. Guru merupakan insan yang
paling rapat dengan muriddi sekolah sepatutnya menampilkan perwatakan yang positif ketika
sesipengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Perwatakan dan sifat guru yangamanah,
bersopan santun, jujur,penyayang, penyabar,sedia berkorban, sediamemberi pertolongan
dan berdedikasi perlu diterampilkan supaya menjadi rolemodel kepada pelajar di sekolah.
Selain itu, guru memainkan peranan pentinguntuk membawa watak orang yang taat kepada
amalan agama terutamanyaberkaitan solat,puasa dan lain-lain yang penting dan menjadi
rujukan murid disekolah. Dengan hal yang demikian, murid-murid di sekolah akan berusaha
untukmencontohi sifat dan perwatakan guru di sekolah serta cuba untukmengaplikasikan
amalan hidup beragama dalam kehidupan seharian mereka.
4. 4. Amalan yang sering diperhatikan oleh murid sudah tentu akan cuba ditiru olehmurid di
mana sahaja mereka berada maka sudah tentu guru merupakan satudaripada individu yang
akan menjadi tempat rujukan dan tempat untuk mendapatcontoh teladan yang baik untuk
dijadikan amalan di mana sahaja mereka berada. Selain itu, pembentukan jati diri murid juga
dipengaruhi oleh budayasesebuah sekolah.Budaya sekolah yang sering mempraktikkan
sikap amanah,ketekunan, cintakan kecemerlangan, berkasih saying, tolongmenolong,kesantunan akhlak, dan mengamalkan kehidupan beragama adalah elemen
danaspek yang perlu diberi perhatian supaya dihidupkan dan dihayati secaraberterusan
dalam diri murid-murid.Pihak pentadbiran sekolah mempunyaitanggungjawab yang besar
untuk memastikan aspek budaya sekolah yang baikdiberikan perhatian secara maksimum
dan berkesan dalam usaha membentukjati diri murid yang mulia. Di samping itu, dalam
usaha membentuk jati diri murid yang baik, aktivitisampingan seperti kokurikulum yang
mengandungi unit beruniform, persatuan,kelab dan kegiatan sukan perlu diberi perhatian
yang khusus oleh semua pihaktermasuklah guru, ibu bapa, pentadbir sekolah dan PIBG.
Aktiviti yang dijalankanmelalui pemantauan guru sebenarnya dapat menyuburkan sifat positif
terhadapsemangat bekerjasama, berdikari, tolong-menolong, berdisiplin dan

bersemangatpatriotik. Menurut Ruzain Syukur Mansor (2008) di dalam Harian Metro 16


Ogos2008, harta paling berharga bagi sebuah negara adalah warganya sendiri. Kualitirakyat
sesebuah negara disifatkan modal insan yang perlu ditagih bagi memacukegemilangan
sesebuah negara.Cabaran pembinaan modal insan terletaksebahagian besar di bahu
pendidik.Maka guru adalah golongan yang terbabitdalam dunia pendidikan dan latihan untuk
mengembangkan potensi, bakat dankualiti seseorang murid atau pelajar. Selain cemerlang
kurikulum dan kokurikulum, langkah untuk membentukjati diri murid ialah penerapan nilainilai agama dalam kalangan murid atau modal
5. 5. insan secara langsung. Nilai-nilai agama ini mempunyai kepentingan dalammembentuk
modal insan yang diharapkan. Hal ini kerana jati diri dan maruahsesuatu bangsa tidak akan
berlaku sekiranya tidak wujud kesepaduan antaraelemen-elemen penting yang saling
mempengaruhi antara satu sama lain. Olehsebab akidah menjadi teras bagi segala tindakan,
maka pegangan agama yangkukuh dalam kalangan murid seharusnya diberikan tumpuan
utama setiap masaoleh para guru. Hal ini boleh dilakukan melalui penyampaian ilmu sama
adaketika proses pengajaran dan pembelajaran (kurikulum) atau ketikamengendalikan
aktiviti kokurikulum. Semuanya demi menjadi modal insanberguna di dunia dan di akhirat.
Dengan akidah yang kental, murid-murid akanmenjadi modal insan yang kuat dari segi
rohani dan mampu menjauhkan diridaripada perkara-perkara yang tidak berfaedah yang
akan merugikan diri sendiri,keluarga, masyarakat, agama dan negara. Murid-murid yang
disemai dengannilai-nilai agama yang kental akan mampu menolak dan menghalang
pelbagaianasir jahat. Secara berperingkat, keadaan ini akan melahirkan suasana hidup
yanglebih sihat dan sejahtera. Oleh itu, menurut Tajul Ariffin Noordin (2007), kekuatanakidah
hendaklah menjadi paksi kurikulum merentasi semua matapelajaran.Tidak dapat dinafikan
bahawa senjata bagi sesebuah tamadun dankemajuan bangsa bertitik tolak kepada
mantapnya ilmu pengetahuan dankemahiran dengan berpandukan kepada kekentalan
pendidikan agama danpengamalan ajaran beragama. Oleh itu, modal insan yang akan
disemai dengan sifat-sifat ini melaluiproses pengajaran dan pembelajaran yang mereka lalui
di sekolah akan dapatmembentuk mereka menjadi modal insan yang diharapkan. Langkah
menaburnilai-nilai agama yang murni dan baik ini boleh dilakukan melalui aktivitipengajaran

dan pembelajaran mata-mata pelajaran wajib atau teras serta elektifdi sekolah. Di samping
itu, para guru khususnya guru Pendidikan Islam sertaguru yang beragama Islam dan para
guru Pendidikan Moral bagi yang bukanberagama Islam harus berusaha menerapkan nilainilai agama yang universal
6. 6. dan bersesuaian untuk semua murid sebagai contoh menghormati ibu bapa,amanah,
ikhlas, menepati janji, bersyukur, tolong-menolong dan sebagainyadalam setiap sesi
pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan dan juga melaluiaktiviti kerohanian yang boleh
diadakan di sekolah seperti sambutan MaulidurRasul dan sebagainya. Semua ini adalah
untuk melahirkan modal insan yangmempunyai ciri-ciri mulia, selaras dengan harapan
negara untuk membentukmodal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek. Dengan yang demikian, tidak mustahil Malaysia akan meraih modal insanyang
beragama Islam yang akhinrya menjadi mukmin profesional satu hari nanti.Nilai-nilai agama
serta akhlak pekerti yang baik dan mulia adalah tunjangperibadi yang amat penting untuk
setiap individu. Inilah yang seharusnya disemaioleh para guru dalam kalangan modal insan
yang mereka didik kerana umummenyedari bahawa masyarakat akan menjadi lebih selamat
dan tenteramseandainya mereka menghayati dan mengamalkan nilai-nilai agama yang
telahditerapkan. Semua agama membentuk penganut-penganutnya atau pengikutpengikutnya menjadi manusia yang mencintai keamanan, menghargaikedamaian dan
kemajuan. Walaupun terdapat perbezaan fahaman, namun iniadalah satu usaha
pembangunan modal insan yang mampu memupukperpaduan rakyat berbilang bangsa dan
agama. Sebenarnya, cabaran besar yang perlu diaplikasikan secara kolektif dalamusaha
membentuk jati diri murid adalah dari segi kaedah atau strategi untukmenerapkan nilai
kerohanian melalui tiga bidang atau fakulti yang memerlukanpelaksanaan secara sekata iaitu
pengisian roh, akal dan jasmani murid-murid.Ketiga-tiga pengisian ini bermula daripada
kerohanian seharusnya berlandaskansumber yang berautoriti dengan merujuk sumber
ketuhanan dan kenabian, akalyang perlu bertunjangkan aspek kognitif yang menunjuk arah
bersesuaiandengan fitrah manusia itu sendiri serta jasmani yang mengamalkan gaya
hidupsihat seperti beriadah, mengisi masa lapang dengan baik serta menjaga

tabiatpemakanan yang perlu diterapkan secara optimum dan berkesan denganbantuan dan
bimbingan guru.
7. 7. RujukanHussain Mohamed (1998). Globalisasi Dalam Pendidikan :Dewan
Masyarakat.Syed Ismail B Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon (2010) Guru dan
CabaranSemasa. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. :Puchong, SelangorMok Soon Sang
(2007) Pengantar Pendidikan Teras. Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. :Subang Jaya, Selangor

You might also like