You are on page 1of 9

Pengurusan bilik darjah merupakan satu terminology atau istilah yang digunakan oleh guru untuk

menjelaskan tentang proses untuk memastikan pelajaran dalam bilik darjah dapat berjalan dengan lancar
walaupun pada masa yang sama berlaku gangguan daripada tingkah laku murid. Konsep ini membawa
makna tersirat mengenai pwencengahan tingkah laku murid yang tidak diingini. Pengurusan bilik darjah
merupakan aspek paling sukar yang dihadapi oleh guru dalam pengajaran dan pengalaman pahit dalam
pengurusan bilik darjah menyebabkan sebanyak 36% guru di Amerika Syarikat menyatakan bahawa
mereka tidak akan menjadi guru sekiranya mereka tahu akan menghadapi masalah dalam pengurusan
bilik darjah (laporan Pertubuhan Pendidikan Kebangsaan Amerika Syarikat, 1981). Faktor utama ialah
masalah sikap negatif dan disiplin murid. Walaubagaimanapun, masalah gangguan dalam bilik darjah di
Malaysia tidaklah begitu serius dan tidak seteruk apa yang berlaku di Amerika Syarikat. Murid-murid di
Malaysia masih mendapat pendidikan akhlak dan moral sepanjang masa mereka berada di bangku
sekolah di samping budaya dan kehidupan yang masih berpegang teguh kepada ajaran agama.
Menurut Moskowitz dan Hayman (1976), sekali guru kehilangan kawalan ke atas bilik darjah, akan
menjadi lebih sukar untuk dapat dikawal semula. Kajian yang dibuat oleh Berliner (1988) dan Brophy &
Good (1986) menunjukkan bahawa tempoh masa yang diambil oleh guru untuk memperbetulkan salah
laku murid disebabkan pengurusan bilik darjah yang lemah telah menyebabkan penurunan kadar
penglibatan murid dalam pembelajaran di dalam bilik darjah.
Pengurusan bilik darjah berkait rapat dengan isu-isu motivasi, disiplin dan saling hormat-menghormati.
Sebahagian besar pengurusan kelas tradisional melibatkan pengubahsuaian tingkah laku (modifikasi
tingkah laku), meskipun kebanyakan guru melihat penggunaan pendekatan tingkah laku masih bersifat
sederhana. Oleh itu guru akan membentuk peraturan dan prosedur bilik darjah pada awal tahun
persekolahan. Menurut Gootman (2008), peraturan menyediakan panduan arah tuju yang konkrit yang
membolehkan jangkaan akan menjadi kenyataan (Gootman, Marilyn E., 2008). Guru juga cuba untuk
berlaku konsisten semasa menguatkuasa peraturan dan prosedur. Terdapat juga perspektif baharu yang
mencuba menguruskan kelas secara holistic seperti pengajaran secara tegas (affirmation teaching).
Melalui pendekatan ini guru akan cuba untuk membimbing murid kea rah kejayaan dengan membantu
mereka melihat bagaimana usaha mereka dapat membuahkan kejayaan itu. Ia bergantung kepada
pembentukan persekitaran bilik darjah yang dapat membuatkan murid Berjaya atas usaha mereka sendiri
(pintrich dan De Groot, 1990).
Seterusnya, bilik darjah merupakan dunia kecil bagi seorang guru. Di dalamnya terdapat sebuah komuniti
beserta prasarana yang memerlukan dipimpin dan ditadbir dengan baik. Tanggungjawab ini terpikul di
atas pundak seseorang guru dengan kerjasama yang erat daripada murid-murid. Komuniti kecil ini
memerlukan persekitaran dan kehidupan yang dapat membangunkan diri ahlinya khususnya dalam aspek
ilmu pengetahuan dan kemahiran hidup bersosial. Sebagai seorang pengurus bilik darjah yang berkesan,

guru memainkan beberapa peranan selain daripada mengajar. Guru perlu merancang dan mengatur
pengajaran dan pembelajaran dengan memahami keperluan murid dan melibatkan mereka dengan
penngalaman pembelajaran.
Menurut kenyataan diatas, saya telah mengakaji dua orang guru di sekolah tamil Permatang Tinggi,
Pulau pinang semasa saya menjalankan kursus Pengalaman berasaskan Sekolah (PBS). Melalui Kursus
ini, saya telah memerhati amalan pengurusan bilik darjah sesorang guru yang telah diaplikasikan dalam
sebuah bilik darjah. Menurut pemerhatian ini, saya telah mengetahui dua orang guru ini mempunyai
amalan pengurusan bilik darjah yang berbeza. Teknik-teknik yang dimalkan oleh guru-guru tersebut
membawa kekuatan dan juga kelemahan kepada para murid dalam pembelajaran.
Pn. Sharimala adalah seorang guru kelas bagi tahun 1Thiruvaluvar. Beliau juga mengajar Matapelajaran
Bahasa tamil bagi tahun 1 Thiruvaluar. Saya telah memerhati gaya pembelajaran guru tersebut semasa
beliau mengajar matapelajaran Bahasa tamil. Dari segi aspek fizikal, Guru ini telah menyedikan kelasnya
dengan penuh kondusif. Ini adalah salah satu kekuatan bagi guru tersebut dari aspek pengurusan bilik
darjah. Beliau mewudjudkan suasana dan persekitaran pembelajaran yang baik, bilik darjah tersebut
dikemas dan disusun atur semua fasiliti dan sumber bahan pembelajaran yang terdapat di dalamnya.
Kelas ini terdapat 22 murid, jadi guru tersebut telah disusun meja secara berpasangan deagan penuh
kemas dan rapi. Bukan sahaja ini, guru juga menyediakan papan kenyataan yang menunjukkan jadual
rutin bilik darjah,peraturan bilik darjah, jadual waktu kelas, prestasi murid-murid dalam semua
matapelajaran dan juga hasil kerja murid. Dengan memperkenalkan peraturan dan prosedur pada
peringkat awal juga dapat membentuk murid mejadi lebih bertanggungjawab dan mempunyai disiplin
kendiri yang tinggi. Keceriaan kelas tersebut juga amat baik dan kelihatanya sungguh bersih dan cantik.
Beliau menghiaskan kelasnya dengan alat-alat bantu mengajar (ABM) bagi memudahkan para pelajar
untuk mengingat balik apa yang mereka pelajari sebelum ini. Bukan sahaja ini, kelas ini dilengkapi
dengan Penghawa dinding bagi mengelakkan kepanasan untuk murid-murid. Ini menyebabkan muridmurid dapat belajar dengan penuh berminat dan berfokus tanpa gangguan akibat kepanasan. Bukan
sahaja ini, beliau menyedikan sebuah sudut bacaan bagi murid-murid. Ini boleh membantu murid-murid
untuk melahirkan amalan pembacaan dalam diri seseorang murid.

Kelas
Tahun 1

Thiruvaluar
Gambar rajah, diatas adalah kelas tahun 1 Thiruvaluar yang dilengkapi dengan penuh kemudahan. Fizikal
kelas ini telah memberi

pasti memberi kesan yang baik kepada para murid. Dalam persekitaran

pembelajaran yang kondusif seperti ini, kanak-kanak akan berasa seronok, terangsang untuk terlibat
secara aktif, menumpukan perhatian terhadap pelajaran serta lebih berdisiplin dan bertanggungjawab.
Keupayaan untuk mengurus persekitaran pembelajaran akan membolehkan guru berfungsi sebagai
pendidik yang bukan sahaja dapat meningkatkan pencapaian prestasi akademik murid-murid tetapi dapat
juga membentuk daya berfikir serta membina akhlak dan moral yang tinggi.
Seterusnya, teknik pengajaran yang diambil oleh guru ini juga menjadi kekuatan untuk melahirkan muridmurid yang cemerlang. Pengajaran guru ini lebih mengamalkan pembelajaran bepusatkan murid. Di sini
guru berperanan sebagai fasililator pembelajaran. Teknik ini dapat menimbulkan rasa minat murid untuk
belajar kerana semua murid terlibat di dalam kelas. Guru tersebut juga memberi peluang kepada para
murid untuk meluahkan isi-isi mereka yang diingini. Cara ini pasti menimbulkan rasa yakin setiap murid
kerana murid dapat menyampaikan idea secara bebas. Murid juga terlibat secara aktif dalam
pembelajaran mereka tanpa bosan. Guru dan murid membuat penilaian bersama melalui penghasilan
portofolio,projek, serta persembahan dengan bertujuan untuk menggalakkan serta mendiagnosis
pengajaran dan pembelajaran.
Bukan sahaja ini,saya juga memerhati bahawa guru tersebut telah mengunakan Alat bantu mengajar
secara kreatif mengikut keupayaan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini
memudah para pelajar untuk memahami lebih teliti apa yang diajar oleh guru. Di sini guru ini dapat
mengetahui tahap kemampuan murid.

Selain itu, hubungan Antara murid dengan guru dalam kelas ini amat baik. Mereka berkomunikasi secara
bebas Antara satu sama lain. Bukan sahaja ini, murid-murid ini tidak berasa takut ketika berkomunikasi
dengan gurunya. Guru tersebut juga memahami dan mengetahui latar belakang dan masalah setiap
murid yang di dalam kelasnya. Jadi, menurut ini kita dapat tahu Komunikasi Antara murid dan guru
berperanan sebagai penghubung antara kedua-dua pihak yang dapat menyediakan suasana persekitaran
yang baik dalam bilik darjah. Sudah pasti seorang guru tidak akan mampu memahami kesemua masalah
setiap muridnya tetapi akan mendapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai murid-muridnya yang
bertungkus lumus megahadapi masalah pembelajaran. Kajian yang pernah dibuat menunjukkan bahawa
pencapaian akademik dan tingkah laku murid dipengaruhi oleh kualiti hubungan Guru-guru-murid (Jones,
1981). Semakin kerap guru berhubung dan berkomunikasi dengan murid-muridnya, semakin besar
kemungkinan guru dapat membantu murid untuk belajar pada aras yang lebih tinggi dan lebih cepat hasil
pembelajaran akan dicapai.
Seterusnya, menurut pemerhatian saya, saya dapat juga

Pn.Sharmila mempunyai sedikit kelemahan

dalam amalan pengurusan bilik darjah. Salah satu kelemahan adalah, guru ini bersikap cepat garang
terhadap murid-murid. Ini adalah satu sikap yang negatif yang diamalkan oleh guru ini. Ini berlaku apabila,
murid-murid tidak mendengar arahan guru tersebut. Pada pandangan saya, sikap garang bukanlah satu
alat untuk mengawal disiplin murid. Sikap sayang kepada murid juga dapat mengawal sikap murid. Guru
perlulah bersikap efektif untuk mengawal disiplin murid bukanlah menunjukkan sikap garang. Guru yang
efektif merupakan seorang guru yang menghayati dan mengamalkan nilai penyayang. Disebabkan murid
banyak menghabiskan waktunya di sekolah dan bilik darjah, adalah penting untuk mempunyai seorang
guru yang benar-benar menyayangi mereka. Dengan memiliki seorang guru yang benar-benar
menyayang mereka akan membantu murid membentuk konsep kendiri yang positif selain membentuk
motifasi dalaman untuk berbuat yang terbaik di dalam bilik darjah.
Tambahan pula, Pn. Sharmila telah menghilangkan kesabaran diri apabila murid-murid di dalam kelas
membuat terlalu bising, tidak membuat kerja rumah. Jadi guru tersebut, menunjukkan kemarahan kepada
para murid dan kemarahan yang tinggi mengakibatkan guru tersebut memberi dendaan rotan.
Walaubagaimanapun,seorang guru tidak boleh memainkan peranan seperti ini. Sebagai seorang dewasa
yang matang, guru boleh berperanan sebagai rol model kepada murid-muridnya. Walau bagaimana
kecewa sekali seorang guru di dalam bilik darjah, guru tidak seharusnya menjerit atau merendahrendahkan martabat murid dengan suara yang lantang dan tinggi. Apabila seseorang guru menyelitkan
adab dan akhlak yang baik dalam bilik darjah dan mengekalkan sikap secara konsisten, guru sebenarnya
menunjukkan rasa hormat dan membantu murid untuk memahami kuasa positiviti dan interaksi yang
sihat.

Isi-Isi yang disarankan tadi adalah kekuatan dan kelemahan amalan pengurusan bilik darjah yang
diamlkan oleh guru kelas tahun

1 Thiruvaluar iaitu Pn.Sharmila. Di sini saya mendapati banyak

pengetahuan tentang pengurusan bilik darjah. Saya juga membuat lagi satu pemerhatian dalam kelas
tahun 2 kambar. Tahun 2 kambar adalah kelas yang kedua bagi seluruh Tahun 2. Nama guru kelas Tahun
2 ialah Pn.Manimalar. Beliau juga mengajar matapelajaran sejarah. Bilangan murid di dalam kelas adalah
21. Saya telah membuat perbandingan Antara kelas ini dan kelas yang sebelum saya memerhati
mengikut beberapa aspek. Saya berasa dan melihat amalan pengurusan bilik darjah yang diamalkan oleh
kedua-dua guru ini amatlah berbeza.
Pertama sekali, Pn.Manimalar telah menyediakan kelasnya denngan penuh kemudahan asas.
Contohnya meja,kerusi, fan, alamari dan sebagainya. Ini adalah satu amalan yang baik dan menjadi
kekuatan seseorang guru. Guru tersebut juga menyusun meja secara kumpulan kecil bagi memudahkan
pelajar berkerjasama antara satu sama murid yang lain. Kedudukan seperti ini mengakibatkan pengajaran
dan pembelajaran dapat berlaku secara koperatif dan kolaboratif. Selain itu, meja guru dalam kelas ini
terletak di bahagian belakang untuk mengawasi perlakuan murid-murid. Seterunsya, beliau mengenali
semua murid di dalam kelas dengan baik. Sikap ini perlulah ada pada setiap orang guru. Hal ini kerana,
murid-murid ialah individu yang berbeza dari pelbagai aspek. Mereka mempunyai minat terhadap mata
pelajaran yang berlainan, guru yang berlainan, latar belakang mereka yang tidak sama., tahap keupyaan
yang berbeza-beza, gaya pembelajaran yang pelbagai , pengalaman, budaya dan pengetahuan sedia ada
yang tidak sama serta gaya pembelajaran yang berlainan. Kesemua perbezaan ini akan mempengaruhi
perancangan pengajaran guru dalam mencari strategi yang terbaik untuk digunakan. Maklumat diperolehi
akan membolehkan guru memenuhi keperluan setiap muridnya.

1.2 Kelas Tahun 2 kambar

Gambar rajah 1.2 di atas adalah kelas tahun 2 kambar. Kita boleh lihat, kelas ini dipenuhi dengan segala
kemudahan asas. Selain daripada aspek fizikal, teknik pengajaran dan pembelajaran juga amat berbeza
berbanding dengan kelas yang sebelum ini. Guru ini, telah menyediakan beberapa bahan aktiviti
melaksanakan aktivitinya mengikut kategori murid iaitu pandai, sederhana, dan lemah semasa proses
PnP. Kaedah seperti ini, dapat memudahkan pelajar memahami lebih teliti dan faham. Suara guru
tersebut semasa mengajar lebih tinggi dan penjelasan yang diberinya lebih faham. Bukan sahaja ini,
beliau memberi banyak contoh-contoh mengaitkan dengan kehidupan sebelum bermula sesuatu topik.
Kaedah ini membantu murid-murid lebih jelas dan mereka dapat diaplikasikan dalam kehidupan mereka.
Kita juga boleh dkatakan, sebelum seseorang guru boleh mengajar, ia seharusnya mempunyai dan
menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran berkaitan mata pelajaran yang diajar. Seorang guru yang
efektif bukan sahaja mengetahui konten mata pelajaran pada tahap yang hendak diajar tetapi juga
mengetahui dengan lebih jauh untuk membolehkanya menghurai dan mengaitkan dengan masalah
kehidupan dunia sebenar serta mampu untuk menyelesaikan sebarang masalah yang timbul berkaitan isi
kandungan pelajaran. Murid akan berminat untuk belajar kepada guru yang menguasai isi kandungan
pelajaran dan boleh diharapkan untuk membimbing mereka kea rah peningkatan ilmu dan kemahiran.

1.3
Alat

Contoh
bantu

mengajar
Bukan sahaja
ini,

guru

ini

juga memberi banyak latihan kepada para murid untuk memudahkan pelajar cepat belajar. Pn. Manimalar
adalah guru sejarah, jadi beliau telah menggunakan kaedah pengurusan grafik untuk menjelaskan cerita
yang telah berlaku pada masa lampau. Terdapat banyak bentuk pengurusan grafik yang boleh digunakan
seperti peta, gambar, rajah dan jadual yang boleh menjelaskan maklumat dalam format grafik.
Pengurusan grafikboleh dijadikan alat untuk menjana idea , sumbang saran, menganalisis cerita,
menganalisis watak, membanding beza maklumat, merancang sesuatu projek, mencerkinkan konsep
serta melihat hubung kait sesuatu maklumat. Penyusunan maklumat menggunakan pengurusan grafik
boleh memudahkan proses pembelajaran murid.
Seterusnya, saya mendapat tahu guru ini mempunyai banyak kelemahan dalam pengurusan bilik darjah
berbanding dengan guru yang sebelum ini. Pertamanya, walaupun pn.Manimalar telah menyediakan
pelbagai fasiliti tetapi beliau tidak melengkapi papan kenyataan dengan penuh maklumat. Papan

kenyataan dalam sesebuah bilik darjah amatlah penting. Ia kerana, organisasi ini yang membentuk murid
untuk melakukan tanggungjawab masing-masing. Perancangan dan menyusun atur pengajaran
melibatkan mewudjudkan persekitaran bilik darjah dan rutin harian yang kondusif untuk pembelajaran.
Bukan sahaja ini, guru ini juga tidak membina prosedur dan peraturan bilik darjah. Ini adalah salah satu
kelemahan yang penting ada pada guru Pn.Manimalar. Setiap guru kelas mestilah membina suatu
prosedur dan peraturan bagi memastikan murid-muridnya berdisiplin dan bertanggungjawab. Banyak
kajian menunjukkan peraturan dan prosedur yang diperkenalkan kepada murid-murid sebagai rutin bilik
darjah pada hari pertama persekolahan, telah banyak membantu perjalanan proses pembelajaran yang
lancar. Dengan memperkenalkan peraturan dan prosedur pada peringkat awal juga dapat membentuk
murid menjadi lebih bertanggungjawab dan mempunyai disiplin kendiri yang tinggi.
Selain itu, Guru kelas ini mengamalkan pengajaran berpusatkan guru. Di sini, guru yang mempunyai
kuasa yang mutlak. Pada pandangan saya, amalan ini tidak berapa begitu baik. Hal ini kerana, muridmurid tidak boleh membust secara aktif di dalam kelas.

Semasa pn.Manimalar mengajar, mereka

berdiam dan menulis apa yang diajar oleh gurunya. Pengajaran seperti ini dapat memberi persaan
kebosanan kepada para murid. Mereka tidaka dapat peluang untuk berfikir sendiri secara inovatif dan
kreatif. Di sini guru yang menjadi pembimbing utama. Bagi menigkatkan Dinamika bilik darjah, saya
mencadangkan bahawa guru perlulah melaksanakan pengajaran berpusatkan murid.

Pendekatan

pengajaran berpusatkan murid merupakan satu pendekatan yang berfokus kepada keperluan,kebolehan,
minat serta gaya pembelajaran murid sedangkan guru berperanan sebagai fasililator pembelajaran.
Kelemahan yang seterusnya adalah, menurut pemerhatian saya hubungan antara murid dengan guru
juga kurang berkomunikasi. Di sini guru memainkan peranan yang berkuasa menyebabkan para murid
berasa takut untuk berkomunikasi denngan gurunya secara bebas. Kanak-kanak akan belajar apabila
mereka rasa seronok. Kanak-kanak ini berkeinginan untuk menceritakan masalah, ketakutan malah
tentang pengetahuan mereka. Pada masa yang sama mereka juga ingin agar ada orang dewasa yang
sudi mendengarnya. Di sekolah , orang dewasa yang terhampir ialah guru mereka. Kanak-kanak sekolah
ini akan berasa dihargai dan dihormati apabila mereka didengari.Murid akan berasa diterima apabila
mereka diberi peluang untuk menyumbang pandangan dan idea dan lazimnya guru jarang memberikan
sebegini.
Sebagai guru-guru yang mengendalikan bilik darjah dan membentuk minda murid-murid dan sebagai
guru-guru yang berkomunikasi secara berkesan dengan murid-muridnya seharusnya memberikan
maklum balas yang sesuai dan boleh membantu mereka ke arah pembelajaran yang bermakna. Interaksi
Antara guru dan murid menjadi sangat penting untuk mewudjudkan perhubungan yang rapat tetapi
mempunyai batasan guru-murid, adalah lebih bersifat membantu kepada murid-murid yang rendah diri
serta yang pemalu dan menghadapi masalah untuk bercakap di hadapan kelas.

Selain itu, semasa saya telah memerhati kelas ini, saya melihat seorang murid tidak membuat kerja
rumah,jadi guru tersebut mengarahkan pelajar itu bahawa berdiri di luar kelas. Pada pendapat saya
peneguhan, yang diberi oleh guru ini tidak betul. Menurut pandangan skinner mengemukakan empat
elemen utama berkaitan peneguhan iaitu peneguhan positif, peneguhan negatif, dendaan dan
penghapusan. Pada kes ini, guru tersebut menggunakan hukuman dendaan. Tetapi guru ini memberi
dendaan secara terus kepada muridnya tanpa memberi apa-apa amaran.
Menurut pandangan Skinner, dendaan merupakan hukuman yang diberikan kepada murid sekiranya
bertingkah laku dengan perlakuan yang tidak diingini sehingga menjejaskan perjalanan kelas seperti
menggangu rakan,membuat bising,tidak membuat kerja yang diberi, bising dan sebagainya. Dendaan
yang diberi sebenarnya bukan sesuatu yang menyakitkan tetapi yang dapat menyedarkan murid dan telah
diperbincangkan bersama ketika membina peraturan dan prosedur bilik darjah pada awal tahun dan
hanya dilaksanakan setelah memberi amaran sekurang-kurangnya dua kali. Guru perlu menjelaskan
mengapa dendaan itu dilaksanakan. Dendaan tidak seharusnya menyebabkan murid kehilangan peluang
untuk belajar. Contoh dendaan ialah meminta murid berdiri atau duduk di luar kelas atau duduk terasing
bersendiri.
Isi-Isi yang diluahkan diatas adalah kekuatan dan kelemahan Pn.Manimalar dalam pengurusan bilik
darjah. Kedua-dua guru telah mengamalkan amalan yang berbeza ketika menjalankan proses pengajaran
dan pembelajaran. Dengan pengetahuan ini saya mendapat dan menjelas tugas dan taggungjawab
seseorang guru. Setelah membuat Perbandingan Antara kedua-dua kelas ini saya mendapat banyak
pengajaran tentang amalan pengurusan bilik darjah. Saya juga dapat tahu tanggungjawan dan peranan
seseorang guru dalam bilik darjah. Guru haruslah mempunyai ciri-ciri yang tertentu untuk membentuk
pengurusan bilik darjah yang sihat dan kondusif.
Sebuah bilik darjah yang kondusif serta membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan
dengan lancar dan berkesan,memerlukan seorang guru yang mampu berperanan sebagai seorang guru
dan pengurus yang efektif. Disebabkan profesion guru meliputi semua yang mengajar daripada tahap
paling rendah di peringkat prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah hingga prauniversiti, maka
guru merupakan individu yang unik dan tidak ada dua orang guru yang mempunyai gabungan ciri guru
efektif yang serupa dalam pengajaran dan pengurusan bilik darjah. Namun begitu terdapat beberapa
dimensi yang boleh dihimpunkan dalam menentukan ciri guru yang efektif ini.
Guru yang efektif dalam pengurusan bilik darjah tidak sekadar menyampaikan maklumat kepada murid
tetapi mampu mempengaruhi muridnya untuk belajar dengan berkesan menggunakan apa juga premis
pengajaran dan pembelajaran yang dimilikinya, mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif
serta mampu mengawal tingkah laku murid di dalam bilik darjah. Maka guru perlulah menjadi seorang
guru yang efektif untuk membentuk persekitaran bilik darjah yang sihat dan kondusif.

Secara kesimpulanya, Pengurusan bilik darjah yang baik tidak akan berlaku tanpa perancangan. Setiap
aktiviti pengajaran akan berlaku dengan lancar sekiranya bilik darjah mempunyai aktiviti pembelajaran
yang tidak ada gangguan tingkah laku yang tidak menyenangkan. Jelaslah bahawa pengurusan bilik
darjah merupakan tugas penting yang memerlukan pengetahuan, kemahiran, kesabaran dan komitmen
yang optimum bagi memperoleh kesan yang maksimum. Harus diingat bahawa guru perlu mendapat
maklumat secukupnya tentang bilik darjah dan pelajar-pelajarnya terlebih dahulu sebelum menjejakkan
buat pertama kali ke dalam bilik darjah berkenaan. Persediaan JERISAH (Jasmani, Emosi, Rohani,
Intelek, Sosialisasi, Alam, Hamba-Allah) guru yang lengkap akan membolehkan pengajaran dan
pembelajaran dijalankan dengan jaya, ceria dan cemerlang.
Kepimpinan bilik darjah yang diamalkan oleh guru bukan sahaja boleh menentukan pencapaian matlamat
sebuah bilik darjah malah memberi kesan ke atas semua individu yang ada dalam bilik darjah tersebut.
Guru harus bertindak termasuk merefleksi diri; cuba melaksanakan pembelajaran secara kolaboratif dan
penyelesaian masalah dalam menuju ke arah kepimpinan bilik darjah yang berkesan.Hanya guru yang
boleh melahirkan murid-murid sebagai pemimpin yang inovatif bagi pada masa hadapan. Hal ini kerana
generasi inilah tulang belakang kepada negara Malaysia.

You might also like