You are on page 1of 4

1.

Pengenalan

Jurnal tulisan John Roy Chacko dan Wan Roselezam Wan Yahya menerangkan tentang persepsi
pelajar Pendekatan Pengajaran Yang Digunakan Dalam Pengajaran Sastera Dalam Bilik
Darjah ESL. Terdapat dua objektif kajian ini iaitu yang pertama adalah untuk menentukan
penentu yang lebih sesuai dengan pendekatan pengajaran yang boleh meningkatkan
pembelajaran sastera dalam Bahasa Inggeris manakala objektif kedua kajian ini ialah untuk
menentukan persepsi responden terhadap pendekatan merentasi jantina pengajaran. Bagi
mencapai objektif ini, pengkaji telah menjalankan dua kaedah penyelidikan iaitu soal selidik dan
temu bual berstruktur. Kaedah soal selidik mempunyai dua bahagian iaitu bahagian A berkaitan
dengan butir-butir peribadi responden manakala bahagian B pula berkaitan dengan pendekatan
pengajaran. Kaedah temu bual berstruktur berkaitan dengan mendapat komen dan maklumat
tambahan untuk menyokong kesahihan kaedah soal selidik. Kaedah ini melibatkan 100 orang
responden tingkatan empat sastera dari sekolah menengah bandar iaitu melibatkan 40 orang
responden lelaki dan 60 orang responden perempuan mengikut pecahan peratusan kaum. Kajian
ini sangat penting untuk mengetahui pelajar dalam konteks Malaysia ke arah pendekatan
pengajaran yang digunakan dalam pengajaran sastera dalam Bahasa Inggeris.
Disebabkan Malaysia mempunyai perbezaan sosioekonomi, kebudayaan, latar belakang
pendidikan dan pelbagai etnik maka corak pengajaran dan pembelajaran guru sangat memainkan
peranan yang penting. Oleh itu, guru mestilah bijak dan pandai dalam pendekatan pengajaran
contohnya menyediakan bahan bacaan yang mudah difahami, penggunaan video dan
menggalakkan murid berinteraksi dengan rakan-rakan mereka. Ini dapat menggalakkan
pembelajaran kendiri dan minat murid dalam pembelajaran sastera dalam bahasa Inggeris.

2.0

Perbincangan

Jurnal ini mangkaji tentang persepsi pelajar ke arah pendekatan pengajaran yang digunakan
dalam pengajaran Sastera dalam Bahasa Inggeris dengan perbezaan bahasa, budaya dan sosial,
latar belakang demografi dan pendidikan. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, Dapatan
kajian ini menunjukkan bahawa responden bersetuju untuk kebanyakan andaian pedagogi yang
digunakan dalam pengajaran Sastera dalam Bahasa Inggeris. Analisis persepsi responden
menunjukkan perbezaan yang signifikan bagi dua penentu merentas jantina dan kaum.
Responden wanita dianggap penentu sosiopolitik dan mitos menjadi lebih penting dalam
pembelajaran sastera dalam bahasa Inggeris daripada responden lelaki. Dalam kajian ini,
pengkaji telah menggunakan pemboleh ubah bebas iaitu etnik, jantina dan kelayakan akademik
manakala pemboleh ubah bersandar ialah penentu pengajaran. Sebelum menjalankan kajian,
pengkaji telah menjalankan kajian rintis dengan 20 pelajar dari tingkatan empat untuk
memastikan sama ada soalan yang akan digunakan dalam kajian sebenar nanti boleh difahami
dan dijawab oleh pelajar. Selain itu, kajian rintis perlu dijalankan untuk menguji kesahihan dan
kebolehpercayaan sesuatu alat ukur bagi mendapat maklumat ataupun data yang lebih tepat dan
bersesuaian dengan objektif-objektif yang dijalankan. Menurut Fontana dan Frey,respon-respon
dari soal selidik akan masih mempunyai sisa kesamaran tidak kira betapa berhati-hati didalam
susunan katanya. Setelah itu penyelidik telah menjalankan kajian ke atas 100 orang pelajar
tingkatan empat di sekolah kawasan bandar. Pemilihan responden telah dipilih dengan baik di
mana ia telah mengambil kira latar belakang pelajar-pelajar Malaysia.

Dalam menjayakan kajian ini, terdapat dua kaedah telah dijalankan iaitu kaedah soal selidik dan
kaedah temu bual berstruktur. Kaedah soal selidik diadaptasi dari Purves (1973) Sastera dalam
Pendidikan Sepuluh Negara manakala kaedah temu bual berstruktur pula merujuk kepada
pemarkahan skala Likert. Data yang dikumpul daripada responden telah tertakluk kepada analisis
deskriptif iaitu pengiraan dan peratusan.

Berdasarkan dapatan kajian, kebanyakan pelajar lelaki dan pelajar perempuan bersetuju bahawa
radio, televisyen dan internet dapat membantu mereka dalam pembelajaran sastera menggunakan

bahasa Inggeris. Ini menunjukkan, pemilihan alat bantu mengajar yang sesuai sangat penting
kerana dapat meningkatkan pemahaman dalam pembelajaran. Selain itu, kajian juga
menunjukkan pelajar kurang berinteraksi menggunakan bahasa Inggeris dengan ibu bapa di
rumah dan rakan-rakan di sekolah. Oleh itu, sebagai guru mesti memain peranan sangat penting
dalam memberi motivasi dan keyakinan kepada murid supaya berminat untuk berinteraksi
menggunakan bahasa Inggeris. Seterusnya, kajian juga menunjukkan pemilihan bahan bantu
mengajar juga penentu dalam menarik minat pelajar contohnya guru menyediakan cerpen yang
sesuai, senang dan mudah difahami oleh pelajar.

3.0

Kritikan dan Penambahbaikan

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh penulis dalam kajiannya ini, dapat kita lihat
bahawa pengkaji telan menjalankan kajiannya dengan baik dan terperinci. Ini kita boleh lihat
dengan kaedah-kaedah, metodologi, data-data dan analisis yang telah dijalankan. Selain itu,
pengkaji juga telah berjaya menyokong kajiannya dengan memberi contoh-contoh kata-kata
pakar yang berkaitan dengan kajian pengkaji.
Walau bagaimanapun,

kajian ini perlu membuat penambahbaikan iaitu perbezaan yang

signifikan di antara pendekatan pengajaran merentasi jantina iaitu responden yang dipilih bagi
perempuan seramai 60 orang manakala bagi lelaki seramai 40 orang. Sepatutnya kajian ini perlu
melibatkan pembahagian responden yang sama jumlah bagi pelajar lelaki dan perempuan. Selain
itu untuk tujuan mengetahui pendekatan pengajaran yang sesuai digunakan ke atas pelajar
sampel yang diambil perlulah melebihi dari sebuah sekolah di bandar agar ia dapat meliputi
mewakili data bagi pelajar-pelajar di bandar. Sampel yang besar sudah pasti memberi hasil yang
lebih tepat kerana ia lebih hampir kepada jumlah populasi (Kumar, 1997). Oleh itu, kajian ini
perlulah melibatkan sekolah-sekolah di luar bandar kerana persekitaran pembelajaran di sekolah
luar bandar tidak sama.

Kesimpulan
Melalui penulisan jurnal oleh John Roy Chacko dan Wan Roselezam Wan Yahya yang bertajuk
Persepsi Pelajar bagi Pendekatan Pengajaran yang digunakan di dalam Pengajaran Sastera
dalam Bahasa Inggeris di dalam Kelas Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua. Ini dapat
dilihat penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan pelajar perlu dititkberatkan bagi mencapai
matlamat

pendidikan

melalui

Dasar

Kementerian

Pendidikan

Malaysia

iaitu

Dasa

Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Bagi mencapai


peningkatan di dalam Bahasa Inggeris, guru dan ibu bapa perlu bekerjasama dan berganding
bahu supaya anak-anak suka dan jatuh cinta kepasa Bahasa Inggeris.

You might also like