You are on page 1of 6

Tugasan 1: Laporan Pemerhatian elemen-elemen yang mencabar penghayatan

nilai murni.

Pengenalan kepada Ponteng Sekolah


Masalah ponteng merupakan masalah yang sering berlaku bermula dari sekolah rendah
hinggalah ke peringkat yang paling tinggi iaitu Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Melalui
pengalaman saya sendiri,terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pelajar melakukan
perbuatan salahlaku ponteng di sekolah samada ponteng kelas, ponteng sekolah atau
ponteng menghadiri aktiviti luar bilik darjah. Mengikut pemerhatian ini, saya telah mengenali
terdapat faktor-faktor yang menyebabkan pelajar melibatkan diri dalam gejala ponteng
sekolah, diantaranya adalah disebabkan faktor sikap pelajar, ibu bapa dan guru. Selain itu
faktor-faktor persekitaran sekolah, pengurusan sekolah dan prasarana sekolah juga boleh
menyebabkan pelajar-pelajar terlibat dengan gejala ponteng sekolah.
Didalam kajian ini, saya akan mengenalpasti sejauhmanakah faktor-faktor sikap pelajar, ibu
bapa dan guru yang menyebabkan pelajar terlibat dengan masalah ponteng sekolah.
Disamping itu saya juga akan cuba mengenalpasti faktor manakah yang lebih mendorong
pelajar terlibat dalam gejala ponteng sekolah.

Laporan Masalah Ponteng Sekolah dan elemen-elemen mencabar penghayatan nilainilai murni di SJK(T) Padang Meiha

1.0 Pengenalan
Pada pendapat saya, ponteng sekolah merupakan satu perbuatan salah yang melanggar
peraturan sekolah. Seseorang pelajar dianggap ponteng jika sekiranya tidak hadir ke
sekolah tanpa sebab serta alasan yang kukuh atau mendapat kebernaran dari pihak tertentu
pada hari yang sepatutnya dia hendak ke sekolah.

2.0 Fokus Pemerhatian


Melalui analisis ini, saya berpendapat bahawa murid-murid yang sering ponteng sekolah
telah tidak mengamalkan nilai-nilai murni seperti rasional, tanggungjawab, berdikari,
mematuhi undang-undang dan peraturan di sekolah serta harga diri.

3.0 Tujuan Pemerhatian


Seterusnya, tujuan pemerhatiannya adalah untuk mengenali masalah-masalah yang kerap
dilakukan dalam kalangan pelajar. Melalui analisis ini, pelajar yang bermasalah ini telah
mendapat amaran yang ketiga sebab ponteng sekolah.

4.0 Kumpulan Sasaran


Pada minggu yang ke-1 saya telah berbincang dengan Pk Kanan untuk mendapat maklumat
tentang salahlaku yang sering berlaku di sekolah tersebut. Masalah yang diberi oleh beliau
adalah masalah ponteng. Saya telah mengumpul datatentang murid-murid yang tidak
menghadiri ke sekolah dan mengenali sebab-sebab memonteng sekolah. Saya telah
memilih Rajeswari A/P Amboalagan dari tahun 4 dan Anbarasan A/P Amboalagan dari tahun
1. Mereka tidak menghadiri ke sekolah selama 60 hari berturut-turut tanpa sebab yang
munasabah.

5.0 Hasil Dapatan Pemerhatian dan Faktor penyebab /kesan dan akibat
Melalui analisis yang dilakukan selama 2 bulan ini, sebanyak 5 nilai murni tidak diamalkan
oleh murid-murid dan juga ahli keluarga mereka. Nilai yang terutamanya ialah, nilai rasional.
Ibu bapa atau ahli keluarga mereka tidak mempunyai fikiran yang rasional tentang
keburukan-keburukanyang mampu menyebabkan apabila anak-anak mereka tidak hadir ke
sekolah. Ini akan memberi kesan kepada masa depan murid serta murid-murid juga tidak
dapat menimba ilmu dengan baik yang mana boleh menjadi faktor untuk kehidupan yang
cerah. Selain itu, ibu bapa mereka telah tidak mengamalkan nilai tanggungjawab. Maksud
nilai tanggungjawab adalah kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan
tugas serta kewajipan dengan sempurna. Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab mereka
hendak melaksanakan tugas untuk memberi ilmu kepada anak-anak mereka untuk
mencerahkan masa depan. Jika mereka tidak bertanggungjawab ia boleh menghapuskan
masa depan anak-anak mereka yang baik. Bukan setakat itu sahaja, ahli keluarga mereka
dan murid-murid tidak mematuhi undang-undang dan peraturan sekolah. Ini akan
menghilangkan kehidupan murid yang mesra dan menjejaskan ilmu-ilmu yang diperolehi
oleh mereka. Kebiasanya pihak sekolah akan mengeluarkan surat amaran bagi murid-murid
yang melakukan kesalahan ponteng terlalu kerap iaitu tiga hari berturut-turut. Surat yang
ditujukan kepada waris atau ibu bapa itu kadang-kadang tidak mendapat respon yang
diharap-harapkan. Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan harian mereka tidak dapat
hadir untuk berbincang dengan pihak sekolah. Keadaan ini secara tidak langsung
menunjukkan bahawa ibu bapa atau penjaga murid yang berkenaan
mengambil

berat

akan

hal-ehwal

anak-anak

mereka.

langsung
Keadaan

memberikan rangsangan kepada murid yang berkenaan untuk terus memonteng

tidak
ini

juga

sehingga

akhirnya terpaksa diberhentikan persekolahannya. Oleh itu boleh dikatakan bahawa ibu
bapa yang tidak mengambil berat akan amaran pihak sekolah turut menyumbang kearah
masalah ini. Selain itu, ibubapa dan murid-murid tidak mematuhi peraturan sekolah.
Ponteng sekolah adalah salah satu perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan yang
ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Apabila mereka tidak mematuhi
peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa akan diambil tindakan yang sewajar
terhadap murid yang melanggar peraturannya. Oleh sebab itu, murid-murid boleh dibuang
sekolah dan ini akan menyebabkan mereka untuk berhenti sekolah.

6.0. Peranan Agen dan agensi moral / cadangan-cadangan membina


Sekolah ialah tempat untuk menimba ilmu pengetahuan. Pihak sekolah perlu membuat
beberapa pendekatan atau kaedah yang baik dengan tujuan mengekalkan sekolah sebagai
pusat penimba ilmu yang baik. Dengan itu, pelajar-pelajar akan mempunyai minat yang
tinggi terhadap pelajaran. Selain itu guru juga perlu memainkan peranan yang penting untuk
merealisasikan pendidikan negara. Pelajar yang berketrampilan dan seterusnya menjadi
pemimpin yang disegani dengan adanya ajaran daripada guru. Di samping mendidik untuk
melahirkan manusia yang berguna, guru juga berperanan sebagai individu yang
bertanggungjawab menangani masalah ponteng sekolah.
Selain itu pihak sekolah juga boleh bekerjasama dengan Persatuan ibu bapa dan
guru (PIBG) untuk menangani masalah disiplin pelajar. Perjumpaan antara guru bersama
dengan ibu bapa harus dipertingkatkan. Guru-guru boleh berbincang dengan ibu bapa
tentang masalah pelajar-pelajar secara terbuka. Pelajar ponteng sekolah mungkin
disebabkan peraturan sekolah yang terlalu ketat. Pihak sekolah tidak menghukum pelajar
sesuka hati dan menyebabkan pelajar berasa takut untuk hadir ke sekolah. Selain itu pihak
sekolah juga boleh melancarkan program motivasi untuk menyedarkan pelajar-pelajar
tentang kesan buruk jika melakukan perbuatan negatif seperti ponteng sekolah.
Pihak sekolah juga boleh mewujudkan program sistem mentor. Melalui sistem ini
setiap pelajar mendapat kawalan dan bimbingan oleh setiap guru yang diberikan. Setiap
masalah yang dihadapi oleh pelajar boleh dibincangkan dengan guru tersebut. Dengan
sistem ini, guru-guru dapat memahami perasaan pelajar dengan lebih mendalam. Sekiranya
timbul masalah daripada sesiapa pelajar, pihak sekolah akan berurusan dengan guru yang
membimbingnya sebelum bertindak. Disamping itu, pihak sekolah juga boleh bekerjasama
dengan pihak penguatkuasa tempatan untuk mencegah masalah ini. Dengan bantuan pihak
penguatkuasa, pihak sekolah boleh bertindak terhadap pelajar-pelajar yang melepak atau
merayau-rayau di luar sekolah pada waktu persekolahan.

7.0 Kajian Masa Depan


Jikalau isu moral ini tidak dibendungkan beberapa kesan akan berlaku secraa langsung
ataupun tidak langsung. Murid-murid yang ponteng sekolah dapat mencenderungkan
pemunduran pencapaian akademik seseorang. Sebagai contohnya, murid yang ponteng
sekolah akan ketinggalan dalam proses pembelajaran dan pengajaran oleh guru di sekolah.
Hal ini akan menyebabkan pelajar itu tidak memahami kepentingan pembelajaran dengan

kepelbagaian alasan tidak hadir ke sekolah. Akhirnya, murid itu akan menyumbang kepada
kegagalan dalam pencapaian akademik mereka.
Bukan setakat itu sahaja, masa dan tenaga mereka akan dirugikan kerana masa
yang dibazirkan tidak dapat dipulang ataupun dikembalikan. Jika mereka dapat
menggunakan masa mereka dengan baik iaitu tidak ponteng sekolah dan mementingkan
pelajarannya, mereka akan berjaya dalam masa yang akan datang dan kerjayaannya dapat
memberi kehidupan yang baik dan selesa kepada generasi seterusnya.
Seterusnya, tabiat ponteng sekolah dalam kalangan murid dapat menyumbang
kepada pemandangan yang rendah oleh masyarakat ataupun hina kepada mereka dan ini
secara tidak langsung mereka akan memalukan maruah keluarga. Masyarakat juga akan
memarahi ibu bapa mereka kerana mereka tidak dapat mendidik anak-anaknya dengan baik
dan mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai penjaga.

8.0 Refleksi
Menurut kajian ini, saya berpendapat bahawa isu moral iaitu ponteng sekolah mesti
dielakkan dalam kalangan muid. Ia telah memberi impak-impak yang negatif kepada murid
yang terlibat dalamnya serta membawa kemerosotan kepada pencapaian akademik pelajar.
Peranan ibu bapa dan pihak sekolah amat dititikberatkan supaya boleh membina insan yang
bermoral terhadap pelajar. Murid-murid juga mesti mengambil inisiatif untuk menambahkan
ilmu pengetahuan tanpa memonteng untuk bermaju jaya dalam kehidupan mereka. Semua
pihak termasuk masyarakat hendak bertindak secara wajar untuk mendidik anak-anak
mereka dengan jayanya. Ponteng sekolah boleh menjejaskan kehidupan yang mesra bukan
sahaja pelajar mahupun ahli keluarganya. Pada era globalisasi ini, pendidikan mengambil
tempat yang utama berbanding dengan bidang-bidang yang lain. Setiap individu hendak
menuntut ilmu di sekolah dengan bimbingan guru-guru yang terlatih ini. Ibubapa hendak
mempunyai fikiran yang berleluasa untuk memberi apa yang diperlukan kepada anak-anak
mereka. Saya sebagai guru akan mengambil berat dan mengambil tindakan yang wajar
selepas ke sekolah untuk mencegah pontang sekolah dalam kalangan pelajar. Saya
berharap semua pihak berkuasa akan dapat penyelesaian yang sesuai untuk isu moral ini.

9.0 Kesimpulan
Secara tuntasnya, ponteng sekolah merupakan satu masalah disiplin yang tidak begitu
serius dikalangan pelajar sekolah rendah. Masalah-masalah disiplin yang lain akan timbul

sekirannya masalah ponteng ini tidak dibendung dan dikawal. Hal sedemikian akan berlaku
disebabkan pelajar yang ponteng akan menggunakan masa tersebut dengan melibatkan diri
dalam perkara-perkara yang tidak wajar. Apabila mereka telah terjebat dalam kumpulan ini
mereka akan melibatkan diri dalam kes curi motosikal dan lumba haram setelah menjadi
seorang remaja. Perlaksanaan rancangan program pendidikan negara akan terganggu
sekiranya masalah disiplin pelajar ini terus berlaku.
Selain daripada faktor-faktor yang telah disebut tadi, faktor ibu bapa juga boleh
menyebabkan pelajar tidak hadir ke sekolah. Untuk menangani masalah ini pihak-pihak
tertentu seperti Kementerian pendidikan, sekolah, guru-guru dan ibu bapa serta masyarakat
perlu bekerjasama untuk bertindak dengan mewujudkan program-program yang terancang
dan sistematik untuk mengurangkan kes ponteng sekolah ini.

You might also like