You are on page 1of 6

Bismillahirrahmanirrahim

In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Kind,




Alhamdulillahi robbil 'aalamin hamdan yaupini'mahu wayuka-pi mazidah yaro'ban'a lakal ham dhu
kama yan bagh'i lijalali wajikal-karimi-wa'adzimi sultanik.
Allahuma-sol-liwasalim a'ala saiydina Muhammad sola'tan-tunjina-biha min jami'ie ahwal -affat
wata'aqdi-lana bi-ha jam'ie'al-hajat watutorhi -ru -na biha min jami'ei syaie'a ti
watarfau'na bi-ha in-ndaka a'lla a' darojat watubalqhuna bi-ha
aqqdho-haya'ti min jami'ie qhaira-ti-fie-haya waba'qdi-mamati
wa'aalla a'lihi wasahbihi a'jmain
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Alhamdulillahi-ladzi ja'alalana ma'tzujin was'shola-tu-wasalamu


'ala assrrofil-anbiya-iwalmur-salinna-saidina muhammad , rahmatil'allamin wa'alla -a'alihi adho-hirinwasohbihi
alladzhi-na-ka-lana-jumalamukhtadin

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah yang telah menjadikan kami berpasang-pasangan. Selawat dan
salam di atas junjungan kami Saiyidina Muhammad rahmat sekelian alam serta keluarga dan
sahabat-sahabatnya sekelian. a Allah, pada petang yang berkat ini, kami berhimpun di sini sebagai
tanda kesyukuran kami atas nikmat-Mu bersempena dengan majlis perkahwinan yang diadakan oleh
keluarga kedua-dua mempelai dengan selamat dan sempurna bagi pernikahan anakanda mereka.

_____________________________________________


Allahuma ya rahim ya wadud yadzal-a'rsyi majid fa'alamma-yurid

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ya Allah Ya Tuhan Kami Yang Maha Sempurna, rahmatilah majlis ini semoga ianya berjalan dengan
sempurna seperti mana yang telah Engkau kehendaki dan berkatilah majlis yang diadakan ini
dengan keberkatan dari permulaan hingga ke akhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan
izinMu.Ya Allah Ya Tuhan kami Yang Amat Mengasihani, limpahkanlah rahmat dan keampunanMu
kepada pasangan pengantin. Kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah
menghadapi setiap dugaan dan cubaan hidup berumahtangga lebih lebih lagi di akhir zaman yang
penuh pancaroba ini. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina ini di kurniakan zuriat yang
soleh dan solehah serta berkekalan hingga ke akhir hayat. Amiin Ya Rabbal Alamin.
_________________________________________________

Allahum'ma-allif baina 'aru-sainikama allaf tabaina almaie


wadiyni wabaina adam-wahawa
wabaina iibrahima-wahajara-wasarah
wabaina yusuf- wazulaik'a
wabaina ayyuuba warahmah wabaina musa wasafurah
wabaina sulaimana wabalkis
wabaina saiiidina Muhammad solla'allah alihi wasallam
wa'zaw-jatihi al-mutoharati-ruwanu-llahhi -alaihinna-ajmain birahmati-kaya arhamar'rahimin
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ya Allah kurniakanlah restu dan kasih sayang di antara kedua pengantin ini serta eratkan hubungan
keduanya sepertimana telah Engkau hubungkan di antara air & tanah, Adam & Hawa, Ibrahim & Siti
Hajar, seperti Yusuf & Zulaika, Ayub & Rahmah, Musa & Safurah, Sulaiman & Puteri Balqis dan
seperti Baginda Muhammad s.a.w & Khadijah. Ya Allah, satukalah keduanya dalam inayah dan
barakahMu. Semoga menjadi Nur ibadah yang mendambakan rahmatMu.

_____________________________________

{}


Allahumma-jal jama'ana hazzal jam'a mar'huu'ma wataq-ru'fana-min ba'qdihi tafar'ukamahsum


walataj'al fi'na wala ma'ana sa'iyya wala mahruma ya'akrama-allakram'in robbana atina fiddunya

hanasah wafilakhirati hansana wakina azabanar wasalallah hu'ala' saidina Muhammad waalaalihi
wasahbihi ajmain walhamdulillahirobbilalamin
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Segala puji-pujian adalah milik Allah. Kami memujiMu, memohon pertolongan dan keampunan
kepadaMu Ya Allah. Kami berlindung kepada Mu Allah daripada segala kesalahan dan keterlanjuran
kami. Sesiapa yang dianugerahkan hidayah oleh Allah s.w.t., maka tiada seorangpun yang mampu
menyesatkannya. Barang siapa yang disesatkanNya, maka tiada seorangpun yang memberi
petunjuk kepadanya. Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah kecuali Allah sematamata yang tiada sekutu bagiNya dan kami bersaksi bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah hamba
dan rasulNya. Bersempena dengan majlis walimah ini, kami memohon inayah dan rahmatMu ..
Ya Allah, agar dikurniakan kepada kedua mempelai yang diraikan tengahari ini, iaitu
AZZAM IZHAM BIN HAMZAH dan pasangannya NURUL SHAZANA BINTI SHAHRUDIN
kesejahteraan, kebahagiaan, ketenangan dan zuriat yang beriman lagi bertaqwa.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,


Sesungguhnya kami menyedari bahawa Engkau telah menjadikan semua makhluk ciptaanMu
berpasangan. Benarlah firmanMU: 36. Maha suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk
semuanya berpasangan; sama ada dari Yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun
dari apa Yang mereka tidak mengetahuinya.
Ya Rahman Ya Rahim,
Anugerahkanlah keberkatan dan kerahmatan kepada kedua pasangan mempelai pada hari ini
kerana mereka telah menunaikan salah satu daripada sunnah junjungan besar Nabi Muhammad
s.a.w.. Mantapkanlah iman, ikatan kasih sayang dan perasaan hormat-menghormati sesama
mereka. Perkasakan akhlak dan budi bahasa mereka. Anugerahkanlah kepada pasangan pengantin
yang diraikan hari ini keintiman, kecenderungan dan perasaan tenteram sentiasa. Jalinkahlah
perhubungan mereka dengan ikatan kasih sayang, persefahaman, kebahagiaan dan belas ihsan.
Sungguh benarlah firmanMu Ya Allah: 21. dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan
kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri
dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya
di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang
demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang
Yang berfikir.
Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Sesungguhnya pasangan yang diraikan dalam walimatulurus ini telah menunaikan salah satu
suruhan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dalam sabda baginda yang bermaksud: Sejahtera
ke atas kamu yang memilih jalan pernikahan kerana kamu telah memilih untuk menutup jalan
maksiat. Anugerahkanlah zuriat yang berkualiti dan warisan anak-pinak yang banyak kepada
mereka sesuai dengan firmanMu: 1. Wahai sekalian manusia! bertaqwalah kepada Tuhan kamu
Yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri Yang satu (Adam), dan Yang menjadikan daripada
(Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga Yang membiakkan dari keduanya - zuriat
keturunan - lelaki dan perempuan Yang ramai. dan bertaqwalah kepada Allah Yang kamu selalu
meminta Dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum
kerabat; kerana Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. 2. dan berikanlah
kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu harta mereka, dan janganlah kamu tukar-gantikan
Yang baik Dengan Yang buruk; dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan
menghimpunkannya) Dengan harta kamu; kerana Sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa
Yang besar.
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Sesungguhnya kami sedar betapa hebatnya hikmah orang yang bernikah berbanding mereka yang
hidup bujang dan betapa Islam memuliakan mereka yang memilih jalan pernikahan daripada mereka
yang masih terdedah dengan pintu-pintu kemaksiatan. Dengan hanya satu lafaz agung, yang haram
menjadi halal, yang maksiat menjadi ibadah, yang keji menjadi suci terpuji.
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kami sedar bahawa engkau telah menyediakan jalan yang paling mudah untuk menghalalkan cinta
sepasang anak Adam ini. Bahagiakanlah pasangan ini dahulu, kini dan selamanya. Engkau
semaikanlah putik dan bunga-bunga kasih yang mekar dalam mahligai pasangan ini. Jadikanlah
pasangan ini merpati dua sejoli yang berkongsi kasih, kehidupan dan segalanya. Engkau
tegakkanlah pintu ketenteraman dan kedamaian dalam kehidupan pasangan ini biar apapun badai
yang melanda. Ya Allah, engkau anugerahkanlah pepohon cinta yang berpanjangan dan hubungan
yang berkekalan dan semaikanlah bibit cinta mereka keranaMu ya Allah. Kami merakamkan ucapan
Barakallahulakum Wa BarakaAlaikum Wa Jamaa Bainakuma Fil Khair (Mudah-mudahan Allah
melimpahkan barakah kepada pasangan yang diraikan perkahwinan mereka hari ini dan semoga
Allah melimpahkan kebahagiaan ke atas mereka dan mempertemukan mereka dalam kebaikan.
__________________________________________________

Allahuma-ya-han'nan ya-man'nan ya badi-asam'awatiwalardi


Allahuma-jal jam'ana haz'al jamha marhum'ma watafarrupana minba'dihi tafaru'pa mahsumma wala
tajhal fi'na wala mahana sakiya wala ma'ruwdaa wala mahrumma
rabbana atina fiddunya hasanah wafilakhiroti hasana wakina azaba'nar
wadahilna-jannata-ma'al ab'rar' ya-'aziz-ya-qo'farya-ra'ba 'alamin
rabbanala zolamna anfusana waillam tarfillana watarhamna lanakunannaminal khosyirin
robana taqo'ball mi'na innaka-anta sami'ul hali'm. watub a'laiyna Innaka'anta lattawwa bur'ahimu
wasalallahhu a'la-saiyidina Muhammad waala a'lihi wasa'hbihi a'jmain walha'mdulillah hiro'bilalamin

You might also like