You are on page 1of 4

BAB 4: PENGELUARAN

(Perdagangan dan Keushawanan Ting.1)


Pengertian Pengeluaran
-

proses atau kegiatan menghasilkan barang atau perkhidmatan untuk memenuhi


keperluan dan kehendak manusia.
penukaran bahan mentah kepada barang-barang siap atau barang separuh siap
yang diperlukan oleh pengguna.
terdiri dari pengeluaran barang dan perkhidmatan
pengeluar barang ialah pembuat roti, penanam sayur, dan pembuat kereta.
pengeluar perkhidmatan ialah doktor, guru, peguam, penyanyi, tukang masak, dan
juruterbang.

Faktor Pengeluaran
Pengusaha
- orang yang mempunyai kebolehan dan kemahiran dalam mengurus sesuatu proses
pengeluaran.
- mentadbir, menyelaras, dan mengorganisasikan faktor-faktor pengeluaran pada kos
yang terendah untuk meningkatkan keuntungan.
Modal
- aset berbentuk wang tunai, perkakas atau kelengkapan yang diperlukan untuk
menjalankan proses pengeluaran.
Tanah
- anugerah alam semula jadi tempat sumber alam dapat diperoleh sama ada di
permukaan bumi seperti tumbuhan dan ternakan, di perut bumi seperti petroleum
dan bahan galian, dan di dasar laut seperti mutiara, hidupan laut dan karangan laut.
Pekerja
- orang yang memberi sumbangan dalam bentuk fizikal dan juga mental.
- tiga golongan pekerja, iaitu pekerja mahir, separuh mahir, dan tidak mahir.
Kepentingan Faktor Pengeluaran
1. Pengusaha - menggabungkan faktor-faktor pengeluaran lain seperti tanah, modal,
dan pekerja dalam proses pengeluaran.
2. Modal - membina kilang, membeli bahan-bahan mentah, membayar gaji pekerja dan
kos pengeluaran lain.
3. Tanah - tapak untuk membina kilang, rumah, bangunan, dan infrastruktur seperti
jalan raya dan jambatan.
4. Pekerja - mengeluarkan bahan mentah dan memprosesnya di kilang serta
mengendalikan mesin.

Bidang Pengeluaran
Bidang pengeluaran ekstraktif
- suatu kegiatan pengeluaran bahan-bahan mentah daripada sumber alam untuk
digunakan dalam pengeluaran barang-barang.
- kegiatan dalam bidang perlombongan, cari gali petroleum, pembalakan,
penternakan, pertanian, perikanan, dan pemburuan haiwan.
Bidang pengeluaran
perkilangan
(a) kilang memproses bahan makanan seperti biskut, roti, jem, kicap, sos cili, burger,
dan keropok.
(b) kilang membuat barang-barang pengguna seperti kasut, tayar, sarung tangan, seluar,
topi, dan pen.
(c) kilang membuat barang-barang industri seperti bahan kimia, paip, simen, tayar, dan
jentera.
pembinaan
- aktiviti yang menggunakan elemen-elemen barang separuh siap dan barang siap
untuk dipasang, diadun atau dibina supaya menjadi barang yang lengkap.
- perusahaan memasang kereta menggunakan elemen barang-barang siap seperti
tayar, bateri, lampu, dan cat untuk menghasilkan sebuah kereta yang lengkap.
perkhidmatan
- memberikan perkhidmatan secara terus kepada pelanggan.
- tidak menghasilkan barang sebaliknya pengeluar menggunakan kebolehan dan
kemahirannya untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.
- Contohnya mekanik, tukang gunting rambut atau penyanyi memerlukan modal untuk
mendapatkan pengetahuan dan latihan.
- Pengeluaran perkhidmatan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:
1. perkhidmatan secara langsung seperti penyanyi, pelakon, dan tukang gunting
rambut.
2. perkhidmatan awam seperti guru, polis dan jururawat.
3. perkhidmatan perdagangan seperti agensi perbankan.
Kaitan Pengeluaran dengan Permintaan
- Permintaan ialah keinginan pengguna untuk memenuhi keperluan dan kehendak
mereka.
- jika permintaan sesuatu barang itu meningkat, maka pengusaha akan berusaha
untuk menambah pengeluaran barang berkenaan dan sebaliknya apila permintaan
menurun.
- pengeluaran sesuatu barang bergantung kepada permintaan pengguna.
Kesan pengeluaran dan permintaan terhadap harga
-

Kenaikan harga barang akan mendorong pengusaha meningkatkan pengeluaran.

Jika penambahan pengeluaran barang tersebut meningkat dengan banyak sehingga


melebihi permintaan, harganya akan turun.

Penurunan harga
pengeluarannya.

barang

akan

mendorong

pengeluar

mengurangkan

peningkatan dan penurunan pengeluaran sesuatu barang bergantung kepada


permintaan pengguna.

perubahan dalam pengeluaran dan permintaan akan memberi kesan terhadap harga
sesuatu barang.

Bil
Pengeluaran
1.
Meningkat
2.
Turun
3.
Meningkat
4.
Turun
Proses Pengeluaran

Permintaan
Turun
Naik
Sama
Sama

Harga
Turun
Naik
Turun
Naik

Komponen asas proses pengeluaran


- Proses pengeluaran adalah suatu proses menukarkan bahan mentah menjadi
barang separuh siap atau barang siap.
- Proses penukaran ini dikenali sebagai transformasi.
-

Bahan mentah atau input adalah bahan asas yang diperlukan untuk menghasilkan
sesuatu barang.

Pengkhususan dalam proses pengeluaran


-

proses penumpuan masa dan tenaga ke atas bidang tertentu sahaja.


pembahagian kerja berdasarkan kemahiran dan kebolehan seseorang.

Kebaikan dan kelemahan pengkhususan dalam proses pengeluaran

(a)

(b)

(c)
(d)

Kebaikan
kecekapan pekerja akan meningkat
kerana mereka melakukan kerja yang
sama setiap hari.
pekerja
yang
cekap
akan
meningkatkan
hasil
pengeluaran
menyebabkan kos keluaran seunit
dapat dikurangkan.
meningkatkan mutu barang yang
dikeluarkan.
menjimatkan masa bekerja kerana
pekerja tidak perlu bergerak dari satu
tempat ke tempat yang lain untuk
melakukan kerja.

(a)
(b)
(c)

(d)

(e)

(f)

(g)

Kelemahan
membosankan kerana melakukan
kerja yang sama setiap hari.
menyekat perkembangan kreativiti
dalam kerja.
sukar untuk menilai sumbangan
individu kerana mereka terlibat dalam
sebahagian pengeluaran sahaja.
mewujudkan saling bergantungan
antara pekerja dengan pekerja yang
lain. Sekiranya pekerja berhenti
kerja, risiko pengangguran adalah
tinggi
keranasukar
untuk
memperoleh kerja yang lain.
pilihan pengguna adalah terhad
kerana barang mempunyai sifat dan
bentuk yang sama.
kesihatan
pekerja
juga
boleh
terganggu
kerana
pergerakan
pekerja adalah minimum.
rasa tanggungjawab pekerja pudar
terhadap tugas-tugas atau kerja yang
lain.

Dalam proses pengeluaran, ada kalanya berlaku gangguan. Gangguan ini seperti
kerosakan mesin, kekurangan bahan mentah, ketiadaan bekalan elektrik atau pekerja
ditimpa kemalangan akan melambatkan pengeluaran. Gangguan dalam proses pengeluaran
juga dikenali sebagai sesakan.
Pengiraan Kos
- Pengeluar menghasilkan sesuatu keluaran dengan mengeluarkan belanja untuk
membeli bahan mentah, upah pekerja dan perbelanjaan lain seperti elektrik, air, sewa,
dan tambang pengangkutan.
- Semua perbelanjaan ini dinamakan kos pengeluaran atau kos projek. Semua belanja
perlu dikira dan direkod.
- Pengiraan belanja pengeluaran ini dinamakan pengekosan.
- Kos pengeluaran barang boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu kos bahan mentah, kos
upah, dan kos overhed.
Kos bahan
- nilai pembelian bahan mentah bagi menghasilkan keluaran dinamakan kos bahan
mentah.
Langkah pengiraan kos bahan mentah ialah:
(a) senaraikan bahan yang telah dibeli.
(b) dapatkan harga seunit dan darabkan dengan unit yang diperlukan.
(c) jumlahkan semua kos bahan mentah.
Kos overhed dan kos upah
Kos Overhed
- Kos overhed ialah kos-kos tidak langsung atau kos-kos lain yang perlu dibayar untuk
menghasilkan keluaran.
- Contoh kos overhed ialah sewa tapak, pengangkutan, insurans, air dan elektrik yang
digunakan untuk pengeluaran.
- Pengiraan kos overhed dibuat dengan menjumlahkan semua kos yang telah
digunakan.
Kos Upah
- kos yang dibayar kepada pekerja untuk menyiapkan sesuatu projek.
- Upah yang dibayar kepada pekerja adalah mengikut kiraan jam bekerja, hari atau
bulan.
- Kos upah juga dibayar mengikut kuantiti barang yang dihasilkan.
- Contoh pengiraan upah mengikut kiraan jam adalah dengan mendarabkan masa
yang digunakan untuk menyiapkan projek dengan jumlah pekerja yang digunakan
serta kadar upah sejam.
Formula Pengiraan kos
Kos pengeluaran = Kos Bahan Mentah + Kos Overhed Kos + Upah

You might also like