You are on page 1of 7

PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA

KERTAS 2 - SOALAN 3C DAN 3D

TEKNIK MENGESAN DAN MEMBETULKAN KESALAHAN BAHASA

1. Kenal pasti jenis kesalahan yang hendak dibetulkan sama ada kesalahan ejaan, kesalahan
imbuhan, kesalahan 2istilah atau kata atau kesalahan tatabahasa.
2. Baca ayat berulang-ulang supaya anda dapat mengenal pasti kesalahan ayat itu.
3. Perhatikan kesalahan dengan meneliti perkataan demi perkataan serta cuba kaitkan dengan
hukum tatabahasa yang telah dipelajari.
4. Sebaik mungkin, garis perkataan atau frasa yang telah dibaiki.
5. Satu ayat terdapat 2 kesalahan yang perlu dibaiki.

BACA DAN FAHAMI KESALAHAN BAHASA

1. IMBUHAN PINJAMAN
- imbuhan yang dipinjam daripada imbuhan Sanskrit, imbuhan Arab, dan imbuhan Inggeris.
- boleh diterima pakai sebagai imbuhan pinjaman dalam bahasa Melayu baku. Contoh imbuhan pinjaman:
(SPM 2005) eko-pelancongan --> ekopelancongan (SPM 2011) wira wati --> wirawati
(SPM 2005) semalaysia --> (SPMU 2012) neokolonialisma --> neokolonialisme
(SPM 2006) anti-dadah --> (SPM 2012) multi etnik --> multietnik
(SPMU 2009 pro-aktif --> (SPMU 2013) eko-sistem --> ekosistem
(SPMU 2010) otomatik -->

2. ISTILAH ASING
Unsur-unsur daripada bahasa asing yang diambil oleh bahasa Melayu

(SPM 2005) profesyen --> profesion (SPM 2010) ambulan --> ambulans
(SPM 2006) e-mail --> e-mel (SPM 2011) Febuari --> Februari
(SPM 2007) prodaknya --> produknya (SPM 2011) deligasi -->
(SPMU 2009 sinario --> senario (SPM 2011) akedemik --> akademik
(SPM 2009) perihatin --> prihatin (SPMU 2012) petrolium --> petroleum
(SPM 2009) kafetaria --> kafeteria (SPM 2012) intrepretasi --> interpretasi
(SPM 2009) losyen --> (SPMU 2013) pesonaliti --> personaliti
(SPM 2009) eletronik --> elektronik (SPM 2013) insfrastruktur --> infrastruktur
(SPM 2010) ekspidisi --> ekspedisi

3. KATA NAMA AM/KHAS


(SPM 2006) Wakil Rakyat --> Wakil rakyat

4. KEKELIRUAN EJAAN BERIMBUHAN UMUM


- Ejaan ikut sebutan
(SPM 2008) mengembleng --> menggembleng (SPMU 2015) memberansangkan -->
(SPMU 2009) dicampuradukan --> dicampuradukkan memberangsangkan
(SPMU 2014) mahsyur --> masyhur (SPM 2015) berkahsiat --> berkhasiat
(SPMU 2016) membenteras --> membanteras
(SPM 2018) diujudkan --> diwujudkan
5. KESELARASAN VOKAL
Keselarasan adalah antara dua huruf vokal pada kata dasar.
Bagi kata yang mengandungi lebih daripada dua suku kata,yang terlibat dengan sistem keselarasan vokal
hanyalah dua suku kata yang terakhir sahaja.

(SPM 2007) mendukong --> mendukung (SPM 2016) tanjong --> tanjung
(SPMU 2010) songkit --> songket (SPMU 2017) diklamasi --> deklamasi
(SPMU 2010) tulin --> tulen (SPM 2017) gelongsuran --> gelongsoran
(SPM 2010) gemuroh --> gemuruh (SPM 2017) berdidikasi --> berdedikasi
(SPM 2011) sesaorang --> seseorang (SPM 2018) warong --> warung
(SPMU 2016) pasokan --> pasukan

6. JARAK/RAPAT
- penggunaan kata majmuk
- terdapat perkataan yang telah mantap maksudnya dikekalkan - antarabangsa, bumiputera dll
- penggunaan ‘di’ dan ‘ke’ - lokasi jarak/ imbuhan dekat

(SPM 2007) di pantau --> dipantau (SPM 2013) jawatan kuasa --> jawatankuasa
(SPM 2008) di landa --> dilanda (SPMU 2015) pasaraya --> pasar raya
(SPM 2011) ibubapa --> ibu bapa (SPMU2016)menguat kuasakan -->
(SPMU 2012) melipat gandakan --> melipatgandakan menguatkuasakan
(SPM 2012) dibandar-bandar --> di bandar-bandar (SPMU 2017) was-was --> waswas
(SPMU 2013) rekacipta --> reka cipta (SPMU 2018) suratkhabar --> surat khabar

7. KATA SENDI NAMA


- kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama ... bandingan setara, keterangan cara, dan
penggunaan sesuatu sebagai alat.
-
(SPM 2005) bergayut di dinding --> bergayut pada (SPMU 2010) di antara matlamat --> antara
dinding matlamat
(SPM 2006) Selain daripada --> (SPMU 2012) bagi --> kepada
(SPM 2006) di dalam pelbagai bidang --> dalam (SPMU 2013) dari merompak --> daripada
pelbagai bidang merompak
(SPM 2007) sebahagian dari pekerja --> sebahagian (SPM 2013) kerjasama di antara negara -->
daripada pekerja kerjasama antara negara
(SPM 2008) lain-lain kawasan --> kawasan-kawasan (SPM 2014) di suatu masa --> pada suatu masa
lain (SPMU 2015) berkisar terhadap --> berkisar
(SPMU 2009) Selain daripada --> lain daripada / selain tentang
(SPM 2009) di dalam jangka masa panjang --> dalam (SPM 2016) berpindah di tempat --> berpindah ke
jangka masa panjang tempat
(SPM 2009) dikenakan pada pegawai --> dikenakan (SPMU 2017) daripada Jepun -->
kepada pegawai (SPM 2017) untuk --> kepada
(SPM 2018) di dalam --> ke dalam

8. KELEWAHAN BAHASA
- menggunakan perkataan yang sama maksud dalam satu ayat

(SPM 2006) stesen minyak-stesen minyak --> stesen- (SPM 2013) ramai murid-murid --> ramai murid
stesen minyak (SPMU 2014) selain daripada --> selain / lain
(SPM 2007) keseluruhan penduduk-penduduk --> daripada
keseluruhan penduduk (SPM 2014) beberapa langkah-langkah -->
(SPMU 2009) kertas kerja-kertas kerja --> kertas- beberapa langkah
kertas kerja (SPMU 2015) semua murid-murid --> semua murid
(SPMU 2010) sejak daripada dulu --> sejak dulu / dari (SPM 2015) pelbagai insentif-insentif --> pelbagai
dulu insentif
(SPM 2010) sederetan rumah-rumah --> sederetan (SPMU 2016) beralaskan dengan surat khabar -->
rumah beralaskan surat khabar / beralas dengan surat
(SPMU 2011) sebahagian peserta-peserta --> khabar
sebahagian peserta (SPM 2016) ketua jabatan-ketua jabatan --> ketua-
(SPMU 2011) menerangkan tentang --> menerangkan ketua jabatan
(SPMU 2011) saling bantu-membantu --> saling (SPMU 2017) demi untuk -->
membantu / bantu-membantu (SPM 2017) lain-lain inisiatif --> inisiatif-inisiatif lain
(SPM 2011) koleksi lagu-lagu --> (SPM 2018) antara agensi-agensi --> antara
(SPMU 2012) umpama sebagai rumah --> umpama agensi
rumah/sebagai rumah (SPMU 2018) anak yatim-anak yatim --> anak-
(SPM 2012) kebanyakan murid-murid --> kebanyakan anak yatim
murid

9. FRASA KERJA PASIF


- penggunaan kata ganti nama pertama dan kedua

(SPM 2008) diperoleh oleh saya -->


(SPM 2010) pemilik-pemilik rumah alami --> dialami oleh pemilik-pemilik rumah
(SPM 2011) guru mereka berikan --> diberikan (oleh) guru mereka
(SPM 2014) dikagumi oleh saya --> saya kagumi
(SPMU 2016) remaja lakukan -->
(SPMU 2018) rakyat kecapi --> dikecapi oleh rakyat
(SPMU 2019) pihak polis panggil --> dipanggil oleh pihak polis

10. PERIMBANGAN KATA


(SPMU 2014) dari masa ke semasa --> dari semasa ke semasa / _____________________

11. PENGGUNAAN BILA/APABILA


(SPMU 2009) mana --> mana-mana (SPMU 2016) bila -->

12. KATA HUBUNG


- Kata hubung ialah kata yang digunakan untuk menghubungkan dua binaan ayat atau lebih untuk
membentuk ayat majmuk.

(SPM 2008) Hasrat Aiman supaya menyertai --> Hasrat Aiman untuk menyertai
(SPM 2009) berkesan supaya mencegah --> berkesan untuk mencegah
(SPM 2010) ke tempat kejadian supaya memadamkan api --> ke tempat kejadian ________ memadamkan
api
(SPM 2011) sama ada...... dan --> sama ada......atau
(SPMU 2012) yang --> bahawa
(SPMU 2013) supaya --> untuk
(SPMU 2014) yang --> bahawa
(SPM 2015) malahan --> tetapi
(SPMU 2017) yang --> bahawa
(SPM 2017) sama ada...... dan --> sama ada......atau
(SPMU 2018) supaya --> yang
(SPM2018) bahawa --> agar
(SPMU 2019) untuk --> agar

13. KATA BILANGAN / PENJODOH BILANGAN


- Kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan untuk membilang kata nama konkrit (bukan
abstrak) seperti orang, haiwan, benda, tempat, dan sebagainya

(SPM 2005) banyak-banyak terima kasih -->


(SPM 2007) setengah pihak --> sesetengah pihak
(SPM 2015) berapa --> beberapa
(SPMU 2019) helai stoking -->
14. KATA PENGUAT
- Perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi untuk menguatkan maksud

(SPM 2011) paling terindah-->

15. HUKUM DM
- Hukum Diterang - Menerang
- Peraturan menyusun kata nama majmuk dan ayat yang mendahulukan unsur yang diterangkan

(SPMU 2015) rebus ubi -->


(SPM 2016) negara terbit matahari --> negara matahari terbit

16. KATA NAFI


(SPMU 2013) bukan baik --> tidak baik

LATIHAN KESALAHAN EJAAN DAN KESALAHAN PENGGUNAAN IMBUHAN

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi
penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

PRAKTI S1
(i) Malaysia mampu memajukan bidang eko-pelancongan kerana mengayakan sumber alam semula
jadinya.
(ii) Guru bimbingan itu telah memberikan keterangan yang jelas tentang profesyen sebagai pakar
bedah.
(iii) Persatuan belia yang baharu ditubuhkan itu mengenengahkan moto yang berteraskan
perpaduan belia semalaysia.

PRAKTIS 2
(i) Wakil Rakyat di kawasan pedalaman itu telah mensyorkan pembinaan sebuah stesen jana kuasa
kecil di situ.
(ii) Penggunaan e-mail memberikan kemudahan untuk seseorang menyampai mesej dalam
beberapa saat sahaja.
(iii) Kempen anti-dadah peringkat kebangsaan yang dilancar oleh kerajaan mendapat sambutan
menggalakkan daripada masyarakat.

PRAKTIS 3
(i) Gerakan Cintailah Bahasa Kita telah dilancarkan untuk mendokong usaha kemasyarakatan
bahasa Melayu.
(ii) Setiap pusat melupuskan sampah hendaklah sentiasa di pantau supaya mesra alam dan tidak
memudaratkan penduduk di sekitarnya.
(iii) Pengurusan syarikat itu mensasarkan peningkatan jualan prodaknya sebanyak tujuh puluh
peratus dalam jangka masa setahun.
PRAKTIS 4
Sebagai masyarakat yang menyintai keamanan dan kemakmuran, rakyat Malaysia sentiasa perihatin
terhadap nasib rakyat negara yang di landa bencana. Kita kasihan akan rakyat yang hidup tersiksa dan
diancam kebuluran. Kita perlulah menghulur bantuan kewangan dan mengembleng tenaga dalam
memperjuangkan keamanan sejagat.

PRAKTIS 5
Dalam sinario di Malaysia, ungkapan bahasa asing sering diselitkan dalam bercakap harian, sama ada dalam
situasi rasmi atau sebaliknya. Ada kalanya nahu bahasa Inggeris dicampuradukan dengan nahu bahasa
Melayu. Amalan ini sudah tentu akan menjejas kedaulatan bahasa Melayu yang sudah berjaya menjadi
bahasa ilmu. Oleh itu, langkah-langkah yang pro-aktif perlu diambil bagi menangani masalah ini.

PRAKTIS 6
(i) Pengusaha kafetaria itu telah dikenakan tindakan kerana persediaan makanan yang tidak bersih.
(ii) Peragawati itu menggunakan losyen berjenama terkenal untuk melembuti kulitnya.
(iii) Penggunaan peralatan eletronik membolehkan murid-murid mengikuti kaedah pelajaran terkini.

PRAKTIS 7
Kelantan dan Terengganu dikenal oleh industri songkit dan batik. Industri ini ada daya tarikan
tersendiri khususnya dari segi cara penghasilannya. Pemerosesan kedua-dua produk ini secara tradisional
lebih tinggi nilainya berbanding dengan produk yang dihasilkan oleh mesin otomatik. Di samping itu, hanya
bahan-bahan yang tulin digunakan bagi hasilan produk yang berkualiti.

PRAKTIS 8
(i) Pertunjukan akrobatik yang mengkagumkan itu mendapat tepukan yang gemuroh daripada para
penonton.
(ii) Semua peserta ekspidisi meredah hutan itu digalakan supaya memakai stoking tebal untuk
menjaga keselamatan.
(iii) Mangsa kemalangan jalan raya itu telah dikejar ke hospital dengan menggunakan sebuah
ambulan.

PRAKTIS 9
(i) Senarai kemasukkan murid ke sekolah berasrama penuh lazimnya akan diketahui pada bulan
Febuari.
(ii) Sesaorang yang mempunyai kadar kolesterol yang melebihi, berisiko tinggi menghidapi penyakit
jantung.
(iii) Dalam persidangan tersebut, semua ketua deligasi telah bersetuju untuk penubuhan sebuah
sekretariat bagi menangani isu-isu hak asasi manusia.

PRAKTIS 10
(i) Sektor pelancongan di Malaysia yang mengalami penumbuhan pesat telah menlipat gandakan
pendapatan negara menerusi pengaliran masuk wang asing. .
(ii) Pembakaran petrolium banyak membebaskan gas ke udara lalu dibentuk gas rumah hijau yang
mengakibatkan pemanasan global.
(iii) Walaupun negara kita telah lama mencapai merdeka namun kita perlulah sentiasa berwaspada
untuk menghadapi ancaman neokolonialisma.
LATIHAN KESALAHAN PENGGUNAAN KATA ATAU ISTILAH DAN KESALAHAN
TATABAHASA

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

PRAKTIS 1
(i)             Tidak kira sama ada di kota atau desa, semua manusia adalah sama di samping Tuhan.
(ii)           Kejayaan pelakon itu yang dimasyhurkan sebagai pelakon wanita terbaik telah disambut
gembira daripada peminatnya.
(iii)          Persembahan teater yang mengisahkan tentang kehidupan Tun Dr. Mahathir telah berjaya menarik penggiat-
penggiat teater seluruh Malaysia menontonnya.

PRAKTIS 2
(i)            Pelbagai sayur-mayur dijual oleh Pak Habib di pasar tani untuk menambahkan pendapatan
bagi membiayai keluarganya.
(ii)          Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan yang tidak berharga kerana memberikan manfaat yang banyak
kepada berjuta penduduk dunia sejak terciptanya alam ini lagi.
(iii)         Tanah lungsur yang berlaku di lereng bukit itu telah meranapkan tiga buah rumah apabila penghuninya
bernasib baik kerana mereka tiada di rumah ketika itu.

PRAKTIS 3
Media massa merupakan satu saluran komuniti yang berkesan untuk menyalurkan berbagai maklumat kepada
masyarakat. Jika kita lihat pada hari ini, media massa telah digunakan secara menyeluruh. Ini kerana media massa
berfungsi sebagai pelebar maklumat kepada masyarakat secara komprehensif. Selain itu, media massa berperanan
mendidik masyarakat di dalam mempelajari sesuatu perkara dan membuka perasaan mereka untuk mengetahui
sesuatu perkara dengan lebih mendalam.

PRAKTIS 4
(i)            Semua pelajar-pelajar digalakkan supaya menonton laman Kementerian Pengajian Tinggi untuk mendapatkan
maklumat kemasukan ke Institusi Pengajian Awam (IPTA).
(ii)          Walaupun kita terpaksa bersaing-saing sesama sendiri untuk merebut jawatan itu, persahabatan
perlulah dipulihara.
(iii)         Sebagai pelajar, kita mesti tabah merempuh segala cabaran agar supaya kita berjaya dalam pelajaran.

PRAKTIS 5
(i)             Setengah orang suka mengambil kesempatan apabila seseorang ditindih kesusahan.
(ii)           Pihak kerajaan tempatan diusulkan agar memperbanyak aktiviti yang menguntungkan kepada para remaja.
(iii)          Ayah menasihati agar kami mengikut rasmi padi, semakin berisi semakin tunduk supaya kami tidak bersikap
bongkak.

PRAKTIS 6
(i)             Semua murid-murid hendaklah menceburi aktiviti kokurikulum, di samping menumpukan aspek akademik bagi
mencapai kecemerlangan secara holistik.
(ii)           Nasi Arab Restoran yang baru dibuka itu mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan peminat.
(iii)          Perabot-perabot yang diimport itu mendapat permintaan yang menggembirakan oleh penduduk di kawasan
kejiranan itu.
PRAKTIS 7
(i)             Semua rakyat mesti saling bantu-membantu sewaktu menghadapi kemiskinan ekonomi yang tidak menentu.
(ii)           Murid diminta berdiri untuk mendendangkan lagu patriotik bagi menghormati kepada negara.
(iii)          Pengetua sekolah-pengetua sekolah akan diberikan kenaikan darjat sempena sambutan Hari Guru Malaysia
pada tahun ini.

PRAKTIS 8
Sukan merupakan lapangan yang merangkumi semua aktiviti kecerdasan atau kemahiran dalam sesuatu permainan.
Selain itu, sukan tidak sahaja menjadi medan untuk mempamerkan skil permainan atlet dalam bidang masing-masing,
malahan menjadi medan yang dapat meningkatkan mutu permainan sesuatu pasukan. Lazimnya tiap negara mampu
mengaut keuntungan yang lumayan dalam penganjuran kejohanan sukan yang bermutu dan bertaraf dunia.

PRAKTIS 9
(i)            Orang yang mengetahui berbagai bahasa tidak mudah dibuli atau diambil kemudahan oleh orang lain.
(ii)          Kos perbelanjaan untuk membina taman permainan kanak-kanak itu dibayar oleh pihak swasta.
(iii)         Program Rakan Muda dilaksanakan mengikut gaya hidup tertentu kerana setengah kementerian
mempunyai kecekapan dalam bidang tersebut untuk membangunkan belia.

PRAKTIS 10
(i)            Bantuan Rakyat 1Malaysia ialah untuk membantu golongan yang berkemampuan rendah.
(ii)          Beberapa buah rumah-rumah rosak teruk dan pokok rebah akibat ribut yang melanda kawasan itu.
(iii)         Lima hakim telah mengadili Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Peringkat Negeri.

You might also like