You are on page 1of 14

ANALISIS SOALAN KESALAHAN

EJAAN SPM 2005 – SPMU 2019


ANALISIS SOALAN KESALAHAN
EJAAN
SPM 2005 – SPMU 2019
IMBUHAN PINJAMAN
(SPM 2005) eko-pelancongan -->
ekopelancongan
(SPM 2005) semalaysia --> se-Malaysia
(SPM 2006) anti-dadah --> antidadah
(SPMU 2009 pro-aktif --> proaktif
(SPMU 2010) otomatik --> automatik
(SPM 2011) wira wati --> wirawati
(SPMU 2012) neokolonialisma -->
neokolonialisme
(SPM 2012) multi etnik --> multietnik
(SPMU 2013) eko-sistem --> ekosistem
ISTILAH ASING
(SPM 2005) profesyen --> profesion
(SPM 2006) e-mail --> e-mel
(SPM 2007) prodaknya --> produknya
(SPMU 2009 sinario --> senario)
(SPM 2009) perihatin --> prihatin
(SPM 2009) kafetaria --> kafeteria
(SPM 2009) losyen --> losen
(SPM 2009) eletronik --> elektronik
(SPM 2010) ekspidisi --> ekspedisi
(SPM 2010) ambulan --> ambulans
(SPM 2011) Febuari --> Februari
(SPM 2011) deligasi --> delegasi
(SPM 2011) akedemik --> akademik
(SPMU 2012) petrolium --> petroleum
(SPM 2012) intrepretasi --> interpretasi
(SPMU 2013) pesonaliti --> personaliti
(SPM 2013) insfrastruktur -->
infrastruktur
(SPM 2013) rekriasi --> rekreasi
(SPMU 2014) domistik --> domestik
(SPMU 2014) sainstifik --> saintifik
(SPM 2014) dailog - dialog
(SPM 2014) berbillion --> berbilion
(SPM 2014) ekspress --> ekspres
(SPMU 2015) domistik --> domestik
(SPM 2015) tranformasi -->
transformasi
(SPM 2015) erobik --> aerobik
(SPM 2016) minerel --> mineral
(SPM 2016) spesis --> spesies
(SPMU 2017) sinareo --> senario
(SPM 2017) tiusyen --> tuisyen
(SPMU 2018) reket --> raket
(SPM 2018) sainstifik --> saintifik
(SPM 2018) komersil --> komersial
(SPMU 2019) intitusi --> institusi
(SPMU 2019) faksimili --> faksimile
(SPMU 2019) profesyen --> profesion
KATA NAMA AM/KHAS
(SPM 2006) Wakil Rakyat --> Wakil
rakyat
KESELARASAN VOKAL
(SPM 2007) mendukong --> mendukung
(SPMU 2010) songkit --> songket
(SPMU 2010) tulin --> tulen
(SPM 2010) gemuroh --> gemuruh
(SPM 2011) sesaorang --> seseorang
(SPMU 2016) pasokan --> pasukan
(SPM 2016) tanjong --> tanjung
(SPMU 2017) diklamasi --> deklamasi
(SPM 2017) gelongsuran -->
gelongsoran
(SPM 2017) berdidikasi --> berdedikasi
(SPM 2018) warong --> warung
KEKELIRUAN EJAAN BERIMBUHAN
UMUM
(SPM 2008) mengembleng -->
menggembleng
(SPMU 2009) dicampuradukan -->
dicampuradukkan
(SPMU 2014) mahsyur --> masyhur
(SPMU 2015) memberansangkan -->
memberangsangkan
(SPM 2015) berkahsiat --> berkhasiat
(SPMU 2016) membenteras -->
membanteras
(SPM 2018) diujudkan --> diwujudkan
JARAK/RAPAT
(SPM 2007) di pantau --> dipantau
(SPM 2008) di landa --> dilanda
(SPM 2011) ibubapa --> ibu bapa
(SPMU 2012) melipat gandakan -->
melipatgandakan
(SPM 2012) dibandar-bandar --> di
bandar-bandar
(SPMU 2013) rekacipta --> reka cipta
(SPM 2013) jawatan kuasa -->
jawatankuasa
(SPMU 2015) pasaraya --> pasar raya
(SPMU 2016) menguat kuasakan -->
menguatkuasakan
(SPMU 2017) was-was --> waswas
(SPMU 2018) suratkhabar --> surat
khabar
Saya berharap agar perkongsian
analisis di atas dapat memberikan
gambaran awal atau ramalan trend
dan paten soalan kesalahan ejaan
dalam BM SPM. Saya berdoa agar
kejayaan milik semua murid kita.
Salam sukses!
Cikgu Tan CL
Dimuat naik oleh CIKGU TAN CL Pada Pukul 00:09 1
comment: 
2 November 2019

ANALISIS PERIBAHASA 2004 -


2019 (100% DARIPADA BUKU
TEKS TINGKATAN 4 & 5)
ANALISIS PERIBAHASA 2004 - 2019
(100% DARIPADA BUKU TEKS
TINGKATAN 4 & 5)
Untuk membantu murid-murid dalam
mengenal pasti peribahasa yang
terdapat dalam buku teks Bahasa
Melayu Tingkatan 4, yang berikut
disenaraikan peribahasa tersebut
dengan muka suratnya sekali:
1. Bulat air kerana pembetung, bulat
manusia kerana muafakat. (m/s 10)
(SPM 2004)
Dengan adanya kerjasama dalam
masyarakat, keadaan masyarakat itu
akan menjadi kuat dan sebarang
pekerjaan dapat dilaksanakan dengan
mudah.
2. Yang berat sama dipikul, yang
ringan sama dijinjing. (m/s 10 & 166)
(SPM 2004)
Susah dan senang harus ditanggung
bersama-sama.
3. Darah daging. (m/s 10)
Anak yang ada pertalian darah dengan
ibu atau bapanya. Adat atau sesuatu
kelaziman pada sesuatu kaum ataupun
seseorang.
4. Seperti lembu dicucuk hidung. (m/s
166) (SPM 2014)
Orang bodoh yang mengikut perintah
sahaja.
5. Pemuda harapan bangsa, pemudi
tiang negara. (m/s 166) (SPM 2009)
Generasi pelapis yang akan memikul
tanggungjawab terhadap negara pada
masa depan dan masing-masing
mempunyai peranan yang sama
penting.
6. Duduk sama rendah, berdiri sama
tinggi. (m/s 166)
Seimbang dari segi kedudukan dan
sama tarafnya.
7. Jika melentur buluh biarlah dari
rebungnya. (m/s 174 & 176)
Jika hendak mendidik anak hendaklah
bermula sejak kecil lagi.
8. Tinggi gunung, tinggi lagi harapan
kami. (m/s 174)
Hajat atau harapan yang begitu besar.
9. Genggam bara api biar sampai jadi
arang. (m/s 174) (SPMU 2016)
Apabila melakukan sesuatu pekerjaan,
hendaklah dilakukan secara
bersungguh-sungguh dan diusahakan
sehingga berjaya.
10. Dayung sudah di tangan, perahu
sudah di air. (m/s 174) (SPM 2014)
Sesuatu keputusan bergantung pada
diri sendiri untuk melakukannya.
11. Tak lapuk dek hujan dan tak
lekang dek panas. (m/s 234)
Sesuatu yang sentiasa dikenang atau
diingati dan sukar untuk dilupakan.
Di samping itu, peribahasa yang
terdapat dalam buku teks Bahasa
Melayu tingkatan 5 pula ialah:
12. Di mana ada kemahuan, di situ ada
jalan. (m/s 3) (SPM 2016)
Setiap keinginan tentu ada cara untuk
mencapainya.
13. Lintah darat. (m/s 15)
Peminjam wang yang mengenakan
faedah yang tinggi pada peminjam.
14. Jauh perjalanan luas pengalaman.
(m/s 80) (SPM 2009) (SPMU 2018)
banyak berjalan luas pengalaman. (m/s
252)
Semakin banyak pengalaman baru
yang diperoleh jika kita pergi ke
tempat orang.
15. Bulat air kerana pembetung, bulat
kata kerana muafakat. (m/s 91 & 116)
(SPM 2004) (SPM 2012)
Sikap bersatu padu yang
mementingkan semangat tolong-
menolong antara satu sama lain.
16. Bukit sama didaki, lurah sama
dituruni. (m/s 98) (SPM Ulangan 2007)
(SPMU 2015)
Susah dan senang harus ditanggung
bersama-sama
17. Bersatu kita teguh, bercerai kita
roboh. (m/s 15 & 98)
Jika ada perpaduan, rakyat akan
menjadi kuat, dan kalau berpecah
belah, negara akan hancur.
18. Hati gajah sama dilapah, hati
kuman sama dicecah. (m/s 98) (SPM
2008)
Sikap bersatu padu yang
mementingkan semangat tolong-
menolong antara satu sama lain.
19. Seperti kacang lupakan kulit. (m/s
98) (SPM Ulangan 2007) (SPMU 2013)
Orang yang tidak tahu mengenang
budi.
20. Berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing. (m/s 98) (SPM Ulangan 2007)
(SPMU 2017)
Susah dan senang harus ditanggung
bersama-sama.
21. Di mana bumi dipijak, di situlah
langit dijunjung. (m/s 99) (SPM 2015)
Perlu mengikut adat dan kepercayaan
tempat kita berada pada masa itu.
22. Masuk ke kandang kambing
mengembek, masuk ke kandang
kerbau menguak. (m/s 99) (SPMU 2019)
Walau di mana sekalipun kita berada,
kita hendaklah mengikut cara hidup
masyarakat di mana kita menetap
kerana setiap masyarakat mempunyai
adat resam serta cara hidup mereka
yang tertentu.
23. Ibarat telur sesangkak, pecah
sebiji pecah semua. (m/s 99) (SPM
2017)
Orang yang bermuafakat akan tetap
setia antara satu dengan yang lain
(jika seorang mendapat kesusahan,
yang lain turut sama merasakannya.
24. Yang bulat tidak datang
menggolek, yang pipih tidak datang
melayang. (m/s 114, 115, 116 & 216)
(SPMU 2008) (SPM 2014)
Seseorang itu perlu berusaha untuk
memperoleh sesuatu.
25 Kalau tidak dipecahkan ruyung,
manakan dapat sagunya. (m/s 114)
Kalaulah kita hendakkan sesuatu
kejayaan atau kesenangan, kita
hendaklah sanggup menempuh
kesusahan dan juga bekerja dengan
cara yang bersungguh-sungguh.
26. Rajin dan usaha tangga kejayaan.
(m/s 114) (SPM 2010)
Kejayaan akan dicapai jika disertai
dengan usaha dan kerajinan.
27. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi
bukit. (m/s 115) (SPM 2012)
Sikap berjimat-cermat akan
membolehkan seseorang itu menjadi
kaya-raya.
28. Bak cendawan tumbuh selepas
hujan. (m/s 115) (SPMU 2019)
Sesuatu perkara yang terlalu banyak
pada satu-satu masa.
29. Berakit-rakit ke hulu, berenang-
renang ke tepian, bersakit-sakit
dahulu, bersenang-senang kemudian.
(m/s 116) (SPM Ulangan 2007) (SPMU
2017)
Bersusah payah terlebih dahulu
supaya dapat mengecap kesenangan
pada masa akan datang..
30. Sediakan payung sebelum hujan.
(m/s 189)
Hendaklah bersiap sedia dan beringat-
ingat sebelum mendapat kesusahan.
31. Memerah otak. (m/s 115)
Memikirkan sesuatu perkara dengan
bersungguh-sungguh.
32. Genggam bara api, biarlah sampai
jadi arang. (m/s 215) (SPMU 2016)
Melakukan sesuatu perkara dengan
bersungguh-sungguh sehingga berjaya.
33. Bagai aur dengan tebing. (m/s 115)
(SPM 2010)
Saling membantu antara satu sama
lain.
34. Mencari jalan. (m/s 115)
Mencari ikhtiar untuk menyelesaikan
sesuatu masalah.
35. Biar mati anak, jangan mati adat.
(m/s 179 & 265)
Sikap menghormati dan sayangkan
adat tradisi itu lebih daripada
menghormati dan menyayangi anak
sendiri.

You might also like