You are on page 1of 10

378 / Bani Hidayat, Nor Hayati, Mohd Huzairi, Hajaratul Bahti, Nabiroh & Ab.

Halim

PERANANSURAUSEKOLAHDALAMMENGUKUHKANPELAKSANAANPENGAJARAN
DANPEMBELAJARANBIDANGIBADAHDANAKHLAKISLAMIAH
PENDIDIKANISLAMDISEKOLAHSEKOLAHMENENGAH

BANIHIDAYATMOHD.SHAFIE
SekolahMenengahKebangsaanSlim,SlimRiver,Perak

NORHAYATIFATMITALIB
MOHD.HUZAIRIAWANG@HUSAIN
HAJARULBAHTIZAKARIA
NABIROHKASSIM
AB.HALIMTAMURI
FakultiPendidikan,UniversitiKebangsaanMalaysia

Abstrak: Kertas kerja ini ingin menyorot sejauh mana peranan surau sekolah di sekolah
sekolah dapat berperanan sebagai wahana untuk mengukuhkan pengajaran dan
pembelajaran bidang ibadah ibadah dan akhlak Islamiyyah Pendidikan Islam di sekolah
sekolahmenengah.Peranansurausekolahsekadarmengadakanibadatdanprogramritual
keagamaan untuk warga sekolah sematamata tetapi tidak berperanan sebagai pusat bagi
segalakegiatankegiatanlaindisekolah.Peranansuraudisekolahjugaseolaholahterasing
dari peranan sebenar surau sekolah kerana hakikatnya peranannya sama dengan masjid
masjid di luar sekitar sekolah. Peranan surau sekolah bukan hanya tempat kegiatan
keagamaan dan kokurikulum sahaja khususnya untuk guruguru pendidikan Islam dan
pelajarIslambagimenjalankanamalisolat,ujiantilawahAlQurandanHafazan,PAFAdan
aktivitiKokurikulumsahajatetapibolehmeperkukhkanlagipemahamanteoriyangdiajar
dikelas dan dimantapkan dengan penghayatan amali yang betul dan sempurna di surau
sekolah.OlehitubidangUlumSyariyyahdalamPendidikanIslamiaitudalamaspekibadat
dan bidang Akhlak Islamiyyah di surau sekolah dilihat boleh mengukuhkan lagi
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dan terutamanya dalam
kesepaduan pemahaman teori dan praktikal.Justeru surau sekolah boleh berperanan
sebagai makmal pendidikan rohani sebagai yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysiamasihbelumdapatdirealisasikansepenuhnyahinggakehariini.Kertaskerjaini
cuba untuk menampilkan satu sorotan awal untuk kajian yang lebih mendalam dan
megharapkan suatu tindakan yang sewajarnya perlu diambil untuk meletakkan semula
peranan surau sekolah seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
khususnyadanAgamaIslamumumnya.

PENGENALAN

Di awal perkembangan Islam, masjid merupakan pusat pendidikan utama yang


menyediakanilmuilmuIslamkepadamasyarakat.InijelasdenganpembinaanMasjidQuba
yangdibinaolehRasulullahs.a.w..Bagindatelahmemainkanperananyangamatluasdalam
menyebarluaskanpendidikanIslamsertamembimbingmanusiakejalanAllah.Seterusnya
pembinaan Masjid Madinah pula terus menjadi institusi penting dalam menyebarkan ilmu
serta mengajak manusia mengenali pencipta mereka. Menurut Kamarul dan Ab. Halim
(2007) terdapat banyak proses pengajaran dan pembelajaran pada zaman rasulullah
berlangsungdidalammasjid.Masjidjugaadalahsekolahkeranadisitulahasaspendidikan

Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Kali Ke-4 / 379

Islam. Di situlah pengajaran segala ilmu bermula iaitu ilmuilmu berkaitan al_Quran, As
Sunnah,Syariah,bahasaArabdanilmuilmulainyangberkaitandenganalamini.Iaadalah
madrasahulungyangmelahirkanmuslimsejati(Muhd.FadliIsmail,2003.)
Bergerak dari sinilah dirasakan perlunya institusi masjid dan surau termasuk
surausurau sekolah ini terus dikembangkan demi menjadikannya salah sebuah institusi
pendidikan yang cemerlang terutamanya dalam konteks Pendidikan Islam. Di dalam
menghadapi cabarancabaran di zaman yang serba canggih dan penuh dengan persaingan
dan global pada masa kini. Peranan surau sekolah mestilah lebih dari menjalankan fungsi
sebagai tempat beribadah sematamata. Ia harus menjadi salah satu cabang di dalam
menyebarkansyiarilmupengetahuandanmenjadilambangmenyerlahkanlagikesyukulan
Islam terutama untuk warga sekolah. Keistimewaan surau sekolah tidak seharusnya
terletak pada kecantikan rekabentuk dan kelengkapan infrastruktur sahaja tetapi lebih
penting lagi kesediaan dan keupayaan untuk membawa warga sekolah terutama guru
pendidikan Islam mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran Islam untuk pemahaman
teoridanpraktikalyangseimbangdisampingmembinaakhlakpelajarpelajarIslamdalam
menghadapi cabarancabaran zaman ini yang penuh dengan persaingan dan gejalagejala
sosial,keruntuhanakhlakmudamudi,penagihandadahdansebagainya.

PENGERTIANSURAUDANSURAUSEKOLAH

Darisegibahasa,surauialahtempatberibadah(sembahyang,belajaragamadanlainlain),
langgar,madrasah(KamusDewanDBP2002).Surauatausuroadalahdalambahasabatak
yangbermaknamasjidkecilyangtidakdigunakanuntuksembahyangJumaat(SamsuAdabi.
2006).Mengikutsesetengahpandangan,konsepsurauialahsebuahtempatberibadahyang
tidakdibenarkanuntukmengerjakansembahyangJumaat,berbezadenganmusalladimana
perkataan musalla pula membawa maksud suatu ruang yang hanya digunakan khusus
untukmusafirbersembahyangdantidakmempunyaiqariahtersendiri.MohamadTajuddin
Mohamad Rasdi (1999).Namun begitu di Malaysia dewasa ini, perkembangan zaman dan
perkembangan Islam yang pesat telah merubah konsep ini, di mana sekarang ini banyak
surau yang telah turut mengadakan solat Jumaat disebabkan oleh ramainya bilangan
jemaah.
Menurut Mohd Mahzan Awang et. al (2006). Takrif masjid, surau dan musollah
mempunyai beberapa persamaan dan perbezaan. Masjid lazimnya ditakrifkan sebagai
tempat khas untuk bersolat dan telah digunakan untuk solat Jumaat melebihi tiga kali.
Tempat solat yang tidak mengadakan solat Jumaat lebih dikenali sebagai surau atau
musollah.Namundibeberapasurau,kebenaranmengadakansolatJumaatturutdiberikan
atas alasan tertentu. Di Malaysia, tempat ibadat Islam dibahagikan kepada Masjid Negara
MalaysiayangterletakdiKualaLumpur,masjidnegeriyangmerupakanmasjidrasmisetiap
negeri,masjiddaerah,masjidkariahdansurau.Suraujugadisebutkerapkalimusollah,iaitu
tempat ibadat yang kapasitinya kurang 40 orang dan tidak diadakan solat Jumaat. Surau
juga tempat beribadat yang khusus seperti solat dan itikaf, dan juga menjadi pusat
kebudayaan, muamalat serta perkembangan dakwah Islamiah. Surau adalah pusat aktiviti
umat Islam setempat. Surau tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, malah boleh jadi
sekadar bilik, tetapi ia bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat.
Memandangkansaizsurauadalahkecil,makajumlahnyaadalahbanyakdandiuruskanoleh
kariahsetempat.

380 / Bani Hidayat, Nor Hayati, Mohd Huzairi, Hajaratul Bahti, Nabiroh & Ab. Halim

Surau di sekolah pula telah didefinisikan oleh Kementerian Pendidikan (1989)


sebagai tempat melaksanakan ibadat sembahyang dan menjalankan kegiatan amali
pendidikan Islam untuk menanamkan semangat mencintai agama dan menghayati ajaran
IslamsertaruhpersaudaraanIslamdikalangangurugurudanmuridmuridIslam.Namun
begitu,dalamtahun1998,KementerianPendidikantelahmemberikandefinisisurauyang
lebih terperinci. Dalam definisi yang diberikan adalah , surau ialah satu bangunan yang
terpisah daripada bilik darjah dan terletak dalam kawasan sekolah, digunakan untuk
sembahyang dan kegiatan pendidikan Islam oleh seluruh warga sekolah. Perbezaan
dengan musolla pula adalah pada aspek pembinaan bangunan di mana didefinisikan
sebagai bilik sembahyang yang dibina bersambung dengan bangunan sekolah. Justeru
dapatdifahamibahawasurauadalahbangunantersendiriyangterpisahdenganbangunan
sekolahdandigunakangurugurudanmuridmuriduntuktujuanibadah,pelaksanaandan
aktivitiaktivitipendidikanIslamdisekolah.

KONSEPSURAUSEKOLAHDALAMKURIKULUMPENDIDIKANISLAMDISEKOLAH

Diperingkatawal,pekelilingKementerianPelajaran9hbSeptember1976(Bil.9A/1976)
telah menggariskan beberapa langkah yang perlu diambil oleh pihak sekolah bagi
menyediakan kemudahan tempat sembahyang bagi pelajarpelajar Islam di sesebuah
sekolah rendah atau menengah bantuan kerajaan. Sebelum pekeliling ini, pihak sekolah
tidakdipertanggungjawabkanuntukmenyediakankemudahantempatsembahyangkepada
pelajarpelajar. Berdasarkan pekeliling ini, guruguru besar perlu menyediakan tempat
sembahyang jika jumlah muridmurid Islam sesebuah sekolah itu mencapai jumlah lima
belasataulebih.
Berdasarkan pekeliling ini, pihak pengurusan sekolah perlu menyediakan tempat
sembahyang atau musolla bagi membolehkan pelajarpelajar menunaikan sembahyang
khususnyasolatZohordanAsar.Peranantempatsembahyangsebagaipusatkegiatanbagi
melaksanakan aktivitiaktiviti keagamaan sekolah tidak dinyatakan secara jelas.
Penumpuanlatihanhanyadiberikandiperingkatrendahmanakaladiperingkatmenengah
pelajarpelajar hanya digalakkan untuk menunaikan di sekolah. Guruguru besar juga
perlu mencari sumber kewangan sendiri untuk membiayai surausurau/tempat
sembahyang di sekolah mereka dengan bantuan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG)
kerana tidak ada peruntukan khusus dari Kementerian Pelajaran yang boleh digunakan
untukpembinaanmusollaatausurausekolah.
Tujuan pembinaan surau sekolah adalah untuk mengukuhkan pengajaran dan
pembelajaran pendidikan Islam serta meningkat penghayatan Islam di kalangan para
pelajar. Kementerian Pendidikan (1989) telah menetapkan bahawa surausurau sekolah
bukan sahaja sebagai tempat pelajar untuk menunaikan sembahyang, tetapi lebih kepada
untuk menjadi Pusat Pendidikan Rohani. Adalah diharapkan semua aktiviti yang
berbentuk kurikulum dan kokurikulum dapat dilaksanakan di dalam surau sekolah bagi
melaksanakan teoriteori yang diajar di dalam bilik darjah. Ia boleh digunakan sepanjang
masaolehparapelajardangurubagiaktivitiaktivitipendidikanIslam.Perananutamanya
ialahsebagaitempatmelaksanakanibadatsembahyangdanmenjalankankegiatanamali
pendidikan Islam untuk menanamkan semangat mencintai agama dan menghayati ajaran
Islam serta membina roh persaudaraan Islam di kalangan guruguru dan muridmurid
Islam(BPI1989).Perananinidapatdihuraikandenganlebihterperincisepertiberikut:

Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Kali Ke-4 / 381

1.
2.
3.
4.
5.

Tempatibadatsembahyanguntukmuridmurid,gurugurudankakitangansekolah
yangberagamaIslam
Tempat mengadakan latihan amali mengenai ibadat seperti mengambil wuduk,
sembahyang,mandimayat,bersucidanlainlainibadatfarduain.
TempatlatihanmembacaalQuran,bertadarusdankhatamalQuran
Tempat syarahan, ceramah dan kuliah agama terutama selepas sembahyang
MaghribdanSubuhbagisekolahsekolahyangberasrama.
Tempat mengadakan majlismajlis hari kebesaran Islam seperti majlis Maulidur
Rasul,IsrakMikrajdanlainlain.
TempatsembahyangJumaatjikadiperlukan

6.

Secara umumnya, dapatlah difahami bahawa surau sekolah mempunyai peranan


yang amat besar dalam mencapai matlamat Pendidikan Islam untuk membentuk muslim
yang berilmu, beriman dan beramal soleh dan berkeperibadian mulia ke arah
melengkapkan diri serta bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah yang
bertakwa. Dalam mata Pelajaran Pendidikan Islam KBSM,bagi menengah rendah pelajar
pelajardangurugurutelahdiperuntukkansatumasauntukamalidanduamasatambahan
dan satu masa amali untuk menengah atas untuk memantapkan dan mengukuhkan
penghayatandanpengamalanIslamdikalanganparapelajar.

Dapatlah dirumuskan bahawa surau sekolah mempunyai peranan yang sangat


penting khususnya di dalam proses pengajaran dan pengajaran Pendidikan Islam di
kalangan para pelajar. Surausurau sekolah ini juga boleh dijadikan pusat aktiviti atau
programkeagamaankhususnyayangberkaitandenganPendidikanIslam.Selainitu,ianya
boleh menjadi pusat kegiatan persatuan pelajarpelajar dan pusat hubungan masyarakat
sekolah (guruguru dan pelajarpelajar). Surausurau sekolah diharapkan menjadi pusat
pendidikandanpenyampaianilmukeagamaanbagimembentuksahsiahpelajarIslamyang
beriman,berilmu,berakhlakmulaidansentiasaberamalsalih.

SENARIOAMALANPENGGUNAANSURAUSEKOLAHDALAMPENGAJARAN
DANPEMBELAJARANPENDIDIKANISLAM

Kebanyakan sekolahsekolah bantuan kerajaan yang mempunyai pelajar beragama Islam


akanmewujudkansurausekolahdammusolladisekolahmasingmasing(Ab.Halimetal
2003).Mengikut Statistik Kementerian Pelajaran Malaysia bahawa data bilangan sekolah
sekolah di Malaysia sehingga 31 Januari 2010 ialah 9,922 iaitu meliputi sekolah rendah
berjumlah7,685dansekolahMenengahberjumlah2,237(KementerianPelajaranMalaysia,
2010). Dengan adanya surau ini telah memberikan kemudahan kepada pelajar untuk
mendirikansembahyangdankegiatandanaktivitikeagamaandisekolah.Pembinaansurau
di sekolah adalah berdasarkan kepada pekeliling Ikhtisas Bil 9A/1076 yang telah
dikeluarkanolehpihakKementerianPelajaranMalaysiayangtelahmemintapihaksekolah
menyediakan satu tempat khas bagi membolehkan pelajar mendirikan sembahyang di
sekolah.
Penubuhan surau sekolah adalah berlandaskan hasrat kerajaan dan ibubapa yang
murni untuk memberikan satu tempat bagi membolehkan pelajar menjalani ibadat
sembahyangkhususnyadanibadatibadatlainyangadahubungkaitnyadenganPendidikan
Islam. Surau sekolah boleh dijadikan tempat menjalankan kaedah amali atau simulasi.
Kaedah ini merangkumi kaedah eksperimen dan praktikal iaitu menyediakan pengajaran

382 / Bani Hidayat, Nor Hayati, Mohd Huzairi, Hajaratul Bahti, Nabiroh & Ab. Halim

bersamasama objeknya secara langsung atau dengan menunjukkan cara bagaimana


melaksanakansesuatu.Kaedahinibanyakmelibatkanpemerhatiandanpenyertaanpelajar
secara langsung. Walau bagaimanapun guru perlu menyediakan isiisi pengajaran secara
lembaranuntukdibaca,difahamiolehpelajarterlebihdahulusebelummerekamemulakan
pengajaranberbentukamali.Kaedahinilahyangperludilaksanakankeranapengajarandan
pembelajaran Pendidikan Islam dapat disampaikan oleh guru dengan lebih praktikal,
seronokdanberkesankeranaiamelibatkanpelajarsecaraaktif.Namunbegitukebanyakan
sekolah tidak menyediakan kelengkapan yang lengkap di surau sekolah untuk tujuan
seumpamaini(Rusiah.2006)
AmalanpenghayatanIslamdisekolahbegitusinonimdenganperanandanperanan
surau sekolah sebagai makmal pendidikan rohani yang digariskan oleh Kementerian
PelajaranMalaysia.Aspekpengimarahansurausekolahamatpentingsupayakewujudannya
dikawasansekolahdimanfaatkansemaksimamungkinbukansahajadariaspekpengajaran
dan pembelajaran Pendidikan , malah aktivitiaktiviti keagamaan termasuk juga aspek
pembinaan sahsiah pelajar secara keseluruhannya. Surau sekolah adalah merupakan
institusi sosial di mana surau sekolah boleh berperanan dalam situasi seperti membantu
menyelesaikanmasalahpelajarIslamtermasuklahsalahlakupelajardalammasalahdisiplin,
perlakuannegatifdansebagainya.IajugaberperananmenjagakebajikanpelajarIslamyang
mengalamikesusahan,sakit,masalahkewangandansebagainya.Seringkalikelastambahan
menjadiagendaperancanganpihaksekolah,makasurausekolahbolehmengadakankelas
tambahan dan tuisyen bagi sasaran pelajar tertentu. Suasana dan persekitaran di surau
sekolah adalah medan yang amat praktikal untuk mengaplikasikan segala kefahaman
pelajartentanghukumhakamIslam.Olehitusurausekolahadalahtempatyangamatsesuai
untuk membiasakan pelajar dengan had dan batasan pergaulan antara lelaki dan
perempuan serta penjagaan aurat melalui pengasingan tempat wuduk dan tempat
sembahyang. Sekiranya amalan ini dapat direalisasikan di surau sekolah, maka kebiasaan
iniakanmemudahkanlagiuntukmerealisasikanhasratkearahmerealisasikaniklimdinike
sekolahsekolah.
Pembinaan surau sekolah bergantung sepenuhnya kepada budibicara dan
kesungguhan pentadbir sekolah dan sokongan Persatuan Ibubapa dan Guru. Masalah
kewangan adalah faktor utama yang menyebabkan kebanyakkan surausurau sekolah
berkenaantidaksempurnadankurangsesuaiuntukmenampungjumlahgurudanpelajar,
khususnya semasa menjalankan aktivitiaktiviti keagamaan. Dalam tahun 1989, Bahagian
Pendidikan Islam (BPI) telah mengemukakan kertas kerja pembinaan/pembesaran surau
surau sekolah menengah agama berasrama dan sekolah berasrama penuh Kementerian
Pendidikan. Kertas kerja ini telah mencadangkan saiz surau sekolah tersebut serta
keperluankeperluanasasyangdiperlukanbagisurausurautersebut.Namunbegitu,kajian
yang dijalankan oleh pihak Kementerian Pendidikan mendapati terdapat banyak sekolah
yang dibina sebelum RMK6 dan RMK7 yang masih belum mempunyai surau atau bilik
sembahyangyangtetapsertasesuaiuntukmenjalankankegiatanPendidikanIslamselaras
denganmatlamatdanobjektifyangditetapkan(Ab.Halimetal2003).
Rumusannyapenggunaansurausekolahadalahberkaitrapatdenganpelaksanaan
kurikulumdankokurikulumPendidikanIslam.Keberkesananpengajarandanpembelajaran
adalah bergantung sejauhmana peranan penggunaannya dan aspekaspek pengurusan,
penggunaanstrategipengajarandanpembelajaransertakemudahandisurausekolahyang
dapat membantu mencapai matlamat menjadi surau sekolah sebagai makmal pendidikan
rohaniakantercapai.

Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Kali Ke-4 / 383

PERANANPENGGUNAANSURAUSEKOLAHDALAMMENGUKUHKANPENGAJARAN
DANPEMBELAJARANPENDIDIKANISLAM

BidangUlumSyariah(PendidikanIbadat)
Pendidikan ibadah merupakan salah satu aspek dalam bidang Ulum Syariah Pendidikan
Islam.Pendidikanibadahialahprosespengajarandanpembelajaranyangbersifatfardhuain
dan fardu kifayah. Ia bertujuan untuk menjelmakan segala amalanamalan agama dalam
bentuk praktikal dan memperanankan segala anggota dan panca indera manusia
mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Jika akidah mendidik murid kepada mengenali Allah
s.w.t., pendidikan ibadah pula berperanan untuk mendidik murid tentang bagaimana
menyembah,mentaati,memohonpertolongandankeampunankepadaNya(Ghazali2001).
Justeru,keduaduanyaadalahsamapentinguntukdikuasaiolehmurid.

Pendidikan ibadah merupakan satu tuntutan penting bagi manusia merealisasikan


peranannya sebagai khalifah Allah s.w.t. yang diberi tanggungjawab menyempurnakan
segala tuntutan agama. Ibadah perlu difahami dalam konsep yang lebih luas, meliputi
ibadah khusus (fardu ain) seperti solat, zakat, puasa dan haji disamping tuntutan ibadah
umum (fardu kifayah) seperti kebajikan, pekerjaan, amalan sunat dan sebagainya.
SehubungandenganperkarainiAllahs.w.t.berfirman:
Terjemahan ; wahai sekalian manusia!. Beribadahlah kepada tuhan kamu
yang telah menciptakan kamu dan orang yang terdahulu daripada kamu ,
supayakamumenjadiorangyangbertaqwa.(AlBaqarah,2:21)

Ibadah solat contohnya ialah seutamautama ibadah yang wajib dikerjakan tanpa
sebarangalasan.PelaksanaannyaberbentukwajibinibagimendekatkandirikepadaAllah
yangMahapencipta.Olehituamalansolatperludiajardanditekankansemasakanakkanak
lagiagariamenjadisebatidalamjiwamerekasetelahmerekamenjadidewasakelak.Dalam
bidang ibadat pengajaran dan pembelajaran ibadah Pendidikan Islam ia boleh dijalankan
sama ada di bilik darjah atau di surau sekolah. Ini adalah kefahaman pelajar daripada
penerangan guru perlu diterjemahkan dan dipraktikkan di surau sekolah supaya
pemahaman dan penghayatan pelajar lebih mantap dan berkesan. Dalam bidang ibadah
pendidikan Islam tajuktajuk yang amat sesuai untuk dipraktikkan oleh guru dalam
pengajaran dan pembelajaran adalah berkaitan perkara fardua ain yang dapat dijalankan
secara penerangan melalui kaedah demontrasi dan disertakan dengan praktikal oleh
pelajar.Iniadalahkeranaaspekkefahamansecarateoridanpengukuhanmelaluipraktikal
amatlah sesuai dilakukan di surau sekolah .Menurut Bani Hidayat et. al (2010) surau
sekolah sebagai pusat ibadah dan pendidikan di kawasan sekolah yang amat sesuai
dijalankan pengajaran dan pembelajaran kerana aspekaspek keselesaan seperti ruang,
kemudahan dan alat bantu mengajar yang sesuai terdapat di surau dan ini perlu untuk
mendapat ketenangan dan kekusyukan beribadat dan menuntut ilmu Antara tajuktajuk
dalambidangibadahtingkatan1hingga3yangbolehdijalankandisurausekolahialah:
1.
Bersuci:
b. Konsepbersuci.
c. Bersucidaripadanajis,caradanhikmahnya.
d. Istinjadanhikmahnya.
e. Wudukdanhikmahnya.
f. Mandidanhikmahnya.
g. Tayammumdancaracarasertahikmahnya.

384 / Bani Hidayat, Nor Hayati, Mohd Huzairi, Hajaratul Bahti, Nabiroh & Ab. Halim

h. Sertu,samakdancaracaramelakukannyasertahikmahnya.
SolatFardu:
a. Solatfardu,dalilwajibdanhikmahnya.
b. Solatberjemaahdankepentingannya.
c. Caracarakhusyukdalamsolat.
3.
SolatJumaat:
a. KonsepSolatJumaat.
b. Syaratwajib,syaratsahdancara.
c. RukunKhutbahJumaatdancaramelaksanakannya.
d. Adabmakmum.
4.
SolatSunatRawatibdanTahiyyatulmasjidsertacaracaramengamalkannya.
5.
SolatJamakdanQasar:
a. KonsepSolatJamakdanQasar.
b. MemahamidanmenghargaiSolatJamakdanQasar.
c. Hikmah,syaratdankaifiatSolatJamakdanQasar.
6.
SolatHajat.
7.
SolatAidilFitridanAidilAdha.
8.
PenghayatanbulanRamadan:SolatTarawih.
9.
Solatketikasakitdancaracaranya
10.
SolatTahajjud.
11.
Pengurusanjenazahdancaracaranya.

Kesemua tajuktajuk di atas, perlu kepada perancangan yang sistematik oleh guru
sebelumdijalankandisurausekolah.Strategipengajarandanpembelajaranolehguruperlu
melibatkanmenggabungkanteknikpenerangandandemontrasidanpercontohanyangbetu
darigurukemudianbarulahdilakukanolehpelajarsecarapraktikaldenganbimbinganyang
betulolehguru.Jikapeneranganteoritelahdiajardikelas,guruperlumembawakesurau
sekolahuntukdilakukanamalitentangtajuktajuktersebutterutamapadamasaamalisolat
dan dua masa tambahan yang diperuntukkan dalam jadual pendidikan Islam bagi kelas
menengah rendah dan satu masa amali solat bagi kelas menengah atas. Kesimpulannya
bahawa tajuktajuk bidang ibadah dalam Ulum Syariah Pendidikan Islam mampu untuk
mengukuhkankefahamanteoripelajardanmemantapkanpraktikalpelajardalamfarduain
sekiranya penggunaan surau sekolah dan kedah yang digunakan oleh guru dilaksanakan
secara sistematik, menggunakan kaedah dan ABM menarik perhatian pelajar. Justeru
objektifpengajarandanpembelajaranibadatdalampendidikanIslamakantercapai.

BidangPembelajaranAdabBerteraskanAkhlakIslamiah
BidangpembelajaranAdabberteraskanAkhlakIslamiahdiajarkhususdalambidangAkhlak
IslamiahdalamPendidikanIslam.Adabyangtelahdiperolehidandiamalkandiperingkat
sekolahrendahdipertingkatkanlagidisekolahmenengah.Adabiniberdasarkancarahidup
muslim dalam hubungannya dengan Allah s.w.t, diri sendiri, keluarga, alam sekitar,
masyarakat dan negara. Kandungan Kurikulum Pendidikan Islam ini digubal untuk
memenuhikeperluansetiapmuslimdarisegifarduKifayahbagimencapaikebahagiaandi
duniadanakhirat,bersesuaiandenganperingkatdankeupayaanpelajarsekolahmenengah.
Menurut Mursa (2001) ,tumpuan pengajaran dan pembelajaran pendidikan akhlak
Islamiah adalah supaya akhlak yang baik dan sempurna dapat ditanamkan dalam
pemikiran, hati, dan diri pelajar seterusnya menjauhkan mereka daripada akhlak yang
2.

Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Kali Ke-4 / 385

terkeji. Sekiranya dalam diri pelajar sudah mempunyai akhlak yang terkeji, maka tujuan
pengajaran dan pembelajaran akhlak pula adalah untuk mengeluarkan sifat yang terkeji
tersebutsertamenggantikannyadenganakhlakyangterpuji.

DidalampengajarandanpembelajaranAkhlakIslamiyyah,tajuktajukyangsesuai
diajardisurausekolahselaindaribilikdarjahialahkeranagurudapatmemberipenerangan
teorisecaraterperincidenganmenggunakankaedahyangsesuaidandiikutidengankaedah
tunjukcara yang dilakukan oleh guru dan dilakukan pula oleh para pelajar dalam suasana
surausekolahyangpenuhdenganketengandankeselesaankeranasebagaidisurausekolah
terdapat kemudahankemudahan seperti ruang untuk solat, naskhah alQuran untuk
melakukansolatdanmembacaalQuran.TajuktajukAkhlakIslamiyyahtingkatan1hingga
3yangbolehkandipraktikkanolehgurupendidikanIslamdisurausekolahantaranya:
1.
AdabDalamMenunaikanIbadat:
a. AdabmembacaalQuran.
b. Adabdimasjid/surau.
c. AdabterhadapalQuran.
d. Adabberdoa.
e. Adabberibadat.
2.
AdabMenuntutIlmu:Adabberpidato.

Dari aspek amalan penghayatan Islam berkaitan akhlak dan adab sangat sesuai
dipraktikkan di Surau sekolah . Antara latihan yang boleh diterapkan kepada pelajar
denganadabadabketikaberadadimasjidbagitajukadabdimasjiddansurauseperti:
1.
Masuk dengan kaki kanan, berselawat ke atas nabi dan membaca doa dan keluar
dengankakikiri.
2.
Mengambil wuduk sebagai amalan sunat sebelum memasuki masjid, memahami
bahawa makruh hukumnya memasuki masjid tanpa berwuduk dan
menggantikannyadenganbacaanempatkalitasbih.
3.
Menunaikan solat sunat dua rakaat sebelum duduk seolaholah menunaikan solat
tahiyatulmasjidkecualiadamajlisilmudanpengajianyangsedangberjalan.
4.
Berdiri ketika bilal membaca azan, menjawab azan tersebut da terus menunaikan
solatsunatrawatibsecararingkasselepasazan.
5.
Terus memasuki saf untuk menunaikan solat ketika bacaan iqamah dengan
memenuhi saf hadapan dahulu supaya memudahkan orang yang dating kemudian
mengambiltempatdanmemastikansafsafbetuldanrapatantarasatusamalain.
6.
Mengamalkan duduk dengan tertib, membaca alQuran, berzikir, bersalawat dan
sebagainya.
7.
Menjagakebersihantempatdarikekotorandannajis,mewujudkansuasanamasjid
yangindah,kemas,bersihyangbolehmenimbulkansuasanatenangdandamaiyang
mampu memberi kesedaran yang positif kepada para pelajar, dapat solat dengan
khusyuk dan menjadi gambaran bahawa ajaran Islam yang cintakan kebersihan,
keindahan,ketengandankedamaian.Kedudukantandassebelahkiri,belakangdan
lebih rendah dari lantai surau juga membawa kesan pengajaran kepada nilai
kebersihan.Merendahkan suara supaya tidak mengganggu orang lain yang sedang
bersembahyangdanberibadatterutamanyadenganceritaceritayanglagha
8.
Memakai pakaian yang bersih dan tidak memakai perhiasan dan baubauan bagi
perempuan.

386 / Bani Hidayat, Nor Hayati, Mohd Huzairi, Hajaratul Bahti, Nabiroh & Ab. Halim

KESIMPULAN

Surau sekolah mempunyai peranan yang sangat penting khususnya di dalam proses
pengajarandanpembelajaranPendidikanIslamkhususnyadalamaspekibadahdanakhlak
Islamiah. Ia dapat memantapkan dan mengukuhkan lagi pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam . Amalan penggunaan Surau sekolah di sekolahsekolah
yang sistematik dan menarik boleh memberi impak terhadap penghayatan Islam di
sekolah kerana ia merupakan nadi dan jantung kepada keberkesanan Pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan islam dan program keagamaan khususnya yang berkaitan
denganPendidikanIslam.Diharapkanjugasurausekolahbolehberperanansebagaipusat
pendidikandanpenyampaianilmukeagamaanbagimembentuksahsiahpelajarIslamyang
beriman,berilmu,berakhlakmulaidansentiasaberamalsalih.

RUJUKAN

Ab Halim Tamuri, Shahrin Awaluddin dan Tajul Ariffin Nordin. (2003). Fungsi surau dan
keberkesanannyadalampengajarandanpembelajaranPendidikanIslam:Satukajian
di sekolahsekolah menengah di negeri Selangor . Kajian penyelidikan Fakulti
PendidikanUniversitiKebangsaanMalaysia.
Bani Hidayat, Nor Hayati Fatmi dan Ab. Halim Tamuri (2010).Ke arah keperluan
kemudahankemudahan yang selesa dan ergonomik untuk pengajaran dan
pembelajaran di masjid. Satu tinjauan awal. Kertas kerja dibentangkan di Seminar
Kebangsaan Pengajaran dan Pembelajaran di masjid bertempat di Masjid Sultan
SalehuddinShahAlampada1819Feb2010.
Bahagian Pendidikan Islam.(1998). Aktiviti Ko Kurikulum Pendidikan Islam dalam KBSM.
KualaLumpur:KementerianPendidikanMalaysia.
GhazaliDarusalam.(2001).PedagogiPendidikanIslam.KualaLumpur:UtusanPublication&
DistributorSdn.Bhd.
KamarulAzmiJasmidanAb.HalimTamuri.(2007).PendidikanIslamkaedahpengajarandan
pembelajaran.Skudai.penerbitUniversitiTeknologiMalaysia.
KamusDewanBahasa.(2002).KualaLumpur:DewanBahasadanPustaka.
KementerianPendidikanMalaysia.1998.SukatanPelajaranSekolahMenengahPendidikan
Islam.KualaLumpur:DewanBahasadanPustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2010. Statistik bilangan sekolah. Portal rasmi KPM .
http://www.moe.gov.my/
Kementerian Pelajaran Malaysia.2005. Panduan perlaksanaan amali Pendidikan Islam.
Putrajaya:KementerianPelajaranMalaysia
Mohd Mahzan Awang, Sayuti Abd Ghani, Chee Pee Saad, Md. Sabri Adnan. 2006.Surau
sebagai institusi Sosial ke arah pembangunan Insan : Satu kajian kes di Institusi
pengajian tinggi. Dlm prosiding Wacana pendidikan Islam ke6. Bangi : Fakulti
pendidikan.UKM
Mohammad Tajuddin Mohamad Rasdi .1998. The mosque as a community development
centre : programme and architectural design guidelines for contemporary muslim
societies.Skudai:UniversitiTeknologiMalaysia
Mursa,MuhammadSaid.2001.FantarbiyyahalAuladfialislam.Juz1.AlQahirah;Daral
TauziwaalNasralIslamiyyah
Muhd.FadliIsmail,(2003),PerananMasjid.DarulNuman,KualaLumpur

Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Kali Ke-4 / 387

RusiahSaad.(2006).Surausekolahsebagaiwadahpendidikan.TesissarjanapengajianIslam,
JabatanUsuluddindanFalsafah,UniversitiKebangsaanMalaysia.
Samsu Adabi Mamat.(2006).Kesan Sejarah Islam di kemboja : Analisis dari aspek sejarah,
nilai dan penggunaan peralatan keagamaan di masjid dan surau.Tesis Dr. Fal.
UniversitiKebangsaanMalaysia.
Pekeliling/Surat rasmi.Bahagian Pendidikan Islam, KP.5206 /12/5/ (17), 2 Mac 1989.
PejabatKetuaPengarahPendidikanMalaysia,SuratPekelilingIkhtisasBil14/1998

You might also like