You are on page 1of 2

"FLIPPED CLASSROOM" KE ARAH KELAS ABAD 21....bersediakah kita???

Konsep Flipped Classroom


Flipped Classroom adalah kaedah PdP yang diterbalikkan daripada kaedah PdP biasa yang
melibatkan guru memberi penerangan dan maklumat di dalam kelas. Melalui flipped classroom
semua maklumat disampaikan di luar kelas secara atas talian(on-line), guru memberi tugasan untuk
dilaksanakan oleh murid dan murid membawa kerja rumahnya untuk dibincangkan di kelas.

Mengapa Perlu Flipped Classroom


Sikap dan pencapaian murid terhadap pelajaran dilihat semakin merosot dari semasa ke
semasa. Salah satu faktornya adalah kebanyakan murid dilekakan oleh gajet berteknologi dalam
kehidupan harian mereka. Ketersediaan video on-line dan peningkatan jumlah murid yang dapat
mengakses teknologi tidak patut disia-siakan dan keadaan ini dapat menurap laluan baru bagi kaedah
PdP sejajar dengan konsep kelas abad ke -21.
Melalui kaedah ini guru mempunyai lebih masa untuk memberi perhatian kepada murid yang
memerlukan peneguhan konsep dan mengulang pada topik-topik yang sukar difahami sahaja.
Masalah kekecewaan murid kerana tidak dapat memahami sesuatu topik dapat dikurangkan kerana
murid boleh mengulang tayang video atau maklumat sehingga betul-betul faham. Secara tidak
lansung, murid akan lebih bermotivasi dan masalah tidak menyiap kerja sekolah kerana tidak faham
dapat dielakkan. Ini kerana kerja rumah akan dibincangkan di dalam kelas dan murid dapat
melengkapkannya atau menyelesaikan masalah yang berkaitan bersama-sama dengan bimbingan
daripada guru matapelajaran.
Hasil penyelidikan mengatakan bahawa murid lebih suka melibatkan diri dalam aktiviti handson, daripada menghadiri kuliah. Apabila kuliah kelas digantikan dengan rakaman video dan bahanbahan lain atas talian, pelajar mempunyai tahap keyakinan yang lebih tinggi dalam kebolehan
menyelesaikan masalah di samping mempunyai kawalan yang lebih besar ke atas kadar dan kaedah
di mana pembelajaran berlaku.1
1.

Cara A. Marlowe. 2012. The Effect Of The Flipped Classroom On Student Achievement And Stress. Montana: Montana State University

Teori Rangka Kerja


Murid belajar di rumah melalui capaian maklumat atas talian yang boleh diakses melalui
internet dengan menggunakan gajet seperti komputer, komputer riba dan telefon pintar. Murid boleh
belajar berdasarkan kemampuan diri, dengan rakan sebaya dan guru melalui perbincangan atas
talian. Bagi murid yang tidak mempunyai talian atau gajet yang sesuai, mereka boleh mendapatkan
maklumat itu di Pusat Sumber Sekolah atau Pusat Siber Komuniti.
Teknologi pendidikan dan pembelajaran melalui aktiviti merupakan dua komponen yang
menjadi kunci kepada model flipped classroom yang akhirnya membentuk persekitaran
pembelajaran yang lebih positif
Langkah-langkah Pembelajaran Flipped Classroom
1. Sebelum berjumpa murid di kelas, murid diminta untuk belajar sendiri dengan menonton video
yang dihasilkan oleh guru atau yang telah dimuatnaik oleh sumber lain ke dalam talian. Guru akan

menghantar mesej melalui telefon murid mengenai konsep/perkara yang perlukan penekanan dalam
tajuk
2. Semasa pembelajaran di kelas, peserta / murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan ntuk
membincangkan tajuk itu dan menyelesaikan tugasan yang telah diberi. Perbincangan dalam bentuk
kumpulan tetapi tugasan secara individu.
3. Peranan guru ketika pembelajaran berlangsung adalah memudahkan berlangsungnya
perbincangan dengan kaedah pembelajaran kooperatif. Di samping itu, guru juga akan menanyakan
beberapa soalan dan penilaian akan digredkan (jika perlu) semasa aktiviti PdP berlansung.
4. Guru memberikan kuiz / ujian sehingga murid sedar bahawa aktiviti yang mereka lakukan bukan
hanya permainan, tetapi merupakan proses belajar, serta guru berperanan sebagai fasilitator dalam
membantu murid dalam pembelajaran dan menyelesaikan hal-hal yang berkaitan dengan isi pelajaran
itu sendiri.

You might also like