You are on page 1of 9

HHC 9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL

SEMESTER 1 2014/2015
TAJUK PROJEK HHHC9501 BERKUMPULAN:
ISU SEMASA PENGANGKUTAN AWAM DI UKM DAN LANGKAH-LANGKAH
PENAMBAHBAIKAN KE ARAH MELESTARIKAN SISTEM PENGANGKUTAN AWAM DI
BANDAR BARU BANGI

DISEDIAKAN OLEH:
NURUL ASHIKIN BINTI MOHAMAD RAZAWI

A143234

NOOR SUHAILAH BINTI SELAMAT

A143128

ANIS NAJWA BINTI ABU BAKAR

A143335

NURFARIHAN BINTI ZAID

A143359

NUR IZZATI BINTI RADZUAN

A143511

DISEDIAKAN UNTUK:
ENCIK JUMAAT BIN ABD MOEN

ISI KANDUNGAN

BIL
1.0
2.0

3.0

4.0

5.0

6.0

PERKARA

MUKASURAT
3

Isu Utama
2.1 Harga tambang yang mahal
2.2 Sistem pengangkutan awam yang tidak cekap
Kebaikan Pengangkutan Awam Kepada Pelajar
3.1 Memberi kemudahan kepada pelajar untuk bergerak
3.2 Harga di caj berpatutan
Kelemahan Pengangkutan Bas Di UKM
4.1 Kekurangan Bas
4.2 Perkhidmatan bas yang disediakan tidak mesra
pelanggan
4.3 Perkhidmatan bas tidak mencukupi dan tidak
menepati masa
4.4 Keselamatan penumpang (pelajar) terancam
Langkah-Langkah Penambahbaikan Ke Arah Melestarikan
Pengangkutan Awam Di Sekitar Bandar Baru Bangi
5.1 Meningkatkan bilangan bas
5.2 Mengamalkan sikap mesra pelanggan
5.3 Menepati masa
5.4 Meningkatkan sistem keselamatan
Rumusan

4
4
4
5
5
5
6
6
6

Pengenalan

6
7
8
8
8
8
8
9

1.0 PENGENALAN
Secara umumnya, Malaysia sentiasa tidak lari dengan masalah pengangkutan. Ianya seolah-olah
sudah menjadi suatu kelaziman dan dipandang enteng oleh pihak berwajib. Secara khususnya,
lihat saja di Bandar Baru Bangi ini yang sedang pesat membangun. Terdapat beberapa sektor di
sekitar Bandar Baru Bangi antaranya sektor pendidikan dan juga sektor perkilangan. Majoriti
pengguna perkhidmatan awam adalah dari kalangan kedua-dua sektor ini.
Dalam kajian ini, kami akan membincangkan mengenai isu yang timbul berkaitan dengan
masalah pengangkutan awam di sekitar Bandar Baru Bangi, khususnya di Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM). Isu yang sering menjadi bebanan dan juga bualan bagi pelajar UKM ialah
kadar tambang yang mahal dan pengurusan pekhidmatan yang tidak cekap.Kami juga
menyediakan kelemahan, kebaikan dan juga langkah-langkah yang boleh diambil selepas
mengenalpasti permasalahan pengangkutan awam yang sedang berlaku.
Akhir kata, kami berharap kajian ini sedikit sebanyak mampu memberi manfaat dalam
menyelesaikan masalah pengangkutan awam yang dihadapi oleh penduduk Bandar Baru Bangi
umumnya. Ucapan terima kasih diberikan kepada penyelia projek kami ini kerana memberi kami
ruang untuk berfikiran kritis dalam membantu permasalahan ini.

2.0 ISU UTAMA


Rangkaian pengangkutan awam di Bandar Baru Bangi meliputi pengangkutan bas, teksi dan
KTM Komuter. Terdapat banyak kemudahaan pengangkutan awam yang boleh digunakan oleh
pelajar UKM untuk menuju ke sesuatu destinasi. Biasanya, pelajar yang tidak mempunyai
kenderaan sendiri, mereka akan kerap menggunakan pengangkutan awam. Namun, terdapat
beberapa isu berkaitan pengangkutan awam yang menjadi beban kepada pelajar UKM.
2.1 Harga tambang yang mahal
Isu utama yang dihadapi oleh pelajar terhadap sistem pengangkutan awam ialah harga
tambang yang mahal. Kadar tambang terutama teksi dan KTM Komuter dianggap
oleh pelajar sebagai mahal untuk mereka gunakan dengan kerap sistem pengangkutan
ini. Terdapat juga pemandu teksi yang tidak menggunakan meter dan mengambil
kesempatan untuk mengenakan tambang yang mahal kepada pelajar. Pelajar sudah
bijak untuk menguruskan perbelanjaan mereka tetapi kuasa pengguna pada masa kini
semakin rendah menjadikan ia beban bagi mereka. Dalam keterpaksaan, pelajar harus
mengeluarkan sejumlah wang yang banyak semata-mata untuk tambang sahaja,
walhal duit tambang tersebut boleh dijimatkan atau dibelanjakan terhadap keperluan
yang lain. Dalam masa yang sama, ia menekan kehidupan seharian mereka iaitu kos
sara hidup bagi pelajar juga semakin meningkat.
2.2 Sistem pengangkutan awam yang tidak cekap
Isu utama berkaitan pengangkutan awam yang menjadi beban kepada pelajar adalah
sistem pengangkutan awam yang tidak cekap. Pelajar menganggap sistem
pengangkutan awam terutama bas tidak cekap dari segi jadual perjalanannya yang
tidak teratur yang menyebabkan pelajar sukar untuk merancang perjalanan mereka
dengan baik. Tempoh menunggu bas biasanya terlalu lama dan sukar dijangkakan.
Kelewatan bas memberi kesan yang buruk kepada pengurusan masa pelajar. Hal ini
menyebabkan sistem pengangkutan awam yang tidak cekap menjadi beban kepada
pelajar.

Kesimpulannya, isu utama berkaitan pengangkutan awam yang menjadi beban kepada pelajar
ialah harga tambang yang mahal dan sistem pengangkutan awam yang tidak cekap.3.0
KEBAIKAN PENGANGKUTAN AWAM KEPADA PELAJAR

Pengangkutan awam seperti bas rapid dan teksi sering digunakan oleh pelajar UKM jika
ingin ke tempat lain yang luar dari kawasan UKM. Permintaan terhadap pengangkutan awam
seperti ini amat tinggi terutamanya pada waktu puncak seperti musim perayaan, cuti semester
dan hujung minggu.
3.1 Memberi kemudahan kepada pelajar untuk bergerak
Pengangkutan awam ini telah memberi kemudahan kepada pelajar untuk bergerak
dari satu tempat ke tempat yang lain terutamanya bagi individu yang tidak
mempunyai kenderaan. Mereka mengharapkan sepenuhnya terhadap pengangkutan
awam ini. Untuk penggunaan teksi, pelajar boleh mendapatkan teksi dengan
menghubungi pemandu teksi terlebih dahulu. Jadual bas rapid pula ialah bagi setiap
satu jam, bas rapid akan sampai di UKM. Hanya sebuah bas disediakan untuk setiap
satu jam itu.
3.2 Harga di caj berpatutan
Selain itu, harga yang dicaj kepada adalah berpatutan dan bersesuaian dengan status
pengguna yang masih belajar yang belum mempunyai pendapatan sendiri. Sebagai
contoh, harga petrol yang tinggi dan juga bayaran parkir kenderaan pasti perlu
ditanggung jika kita menggunakan kenderaan persendirian ke tempat kerja. Namun
demikian, dengan kos yang rendah kita tidak perlu risau dengan kos petrol dan
bayaran parkir berkenaan apabila menaiki kenderaan awam. Wang lebihan berkenaan
boleh dibuat tabungan kerana sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Bas rapid
mengenakan caj sebanyak RM 1.00 kepada setiap penumpang bagi setiap perjalanan
yang bermula dari UKM, singgah sebentar di terminal bas kajang dan meneruskan
perjalanan hingga ke kawasan Bandar Kajang. Sekiranya pelajar ingin ke Bandar
Kajang, pelajar hanya perlu menaiki bas rapid yang sama dan jika ingin menukar
laluan perjalanan, boleh berhenti di terminal bas Kajang dan menaiki bas rapid yang
lain. Untuk penggunaan teksi pula, pihak teksi mengenakan caj berdasarkan
perorangan bergantung kepada tempat yang ingin dituju.
5

4.0 KELEMAHAN PERKHIDMATAN BAS DI UKM


4.1 Kekurangan Bas
Bahagian Pengurusan Kenderaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengakui
bahawa kekurangan bas telah menjadi punca utama kepada masalah perkhidmatan
pengangkutan pelajar di UKM. Hal ini telah dijelaskan oleh Penolong Pegawai Tadbir
Pengurusan Kenderaan UKM sendiri. Beliau menjelaskan hal ini terjadi kesan
daripada pengurusan syarikat bas yang telah mendapat tender baru. Mengikut terma
kontrak, sepatutnya syarikat bas menyediakan 15 buah bas terutamanya pada hari-hari
kuliah, namun didapati gagal dalam menyediakan bas secukupnya seterusnya
menimbulkan masalah kekurangan bas. Oleh itu, pihak Pengurusan Pengangkutan
terpaksa mengubah jadual bas supaya sentiasa ada bas di setiap laluan yang
ditetapkan. Kesannya, jadual bas yang menjadi kebiasaan kepada kebanyakan
golongan mahasiswa dan mahasiswi berubah. Jelasnya lagi, perkhidmatan bas yang
dimiliki oleh UKM sendiri sebenarnya diperuntukkan untuk program luar, namun
demi keselesaan para mahasiswa beliau tetap mengambil inisiatif mengerah bas-bas
tersebut dalam menangani masalah kekurangan bas ini.
4.2 Perkhidmatan bas yang disediakan tidak mesra pelanggan
Sesuatu pekerjaan akan menjadi lebih mudah sekiranya dapat bekerja dengan seronok
dan rela hati. Perkara mengenai ketidakmesraan pemandu bas terhadap pelajar sering
dipersoalkan. Dimana, pemandu bas sering bersikap dingin terhadap para pelajar.
Para pelajar sering dimarahi hanya kerana pelajar tersebut bertanya mengenai jalan di
UKM. Mereka juga seolah-olah tidak suka dengan pekerjaan yang mereka lakukan.
Ini menyebabkan para pelajar lebih memilih untuk berjalan kaki bagi pelajar yang
menetap di kolej yang berdekatan dengan fakulti.
4.3 Perkhidmatan bas tidak mencukupi dan tidak menepati masa
Terdapat juga responden yang menyatakan bahawa kemudahan pengangkutan
mengambil masa menunggu yang lama dan patut disingkatkan dari 30 minit kepada
20 minit dan terdapat bas yang tidak datang tepat pada waktu. Park and ride agak
membebankan kepada pelajar yang perlu bergerak antara kuliah di fakulti berlainan
dalam masa yang terhad dan harga barangan runcit yang dijual di kampus juga
dikatakan agak mahal.
4.4 Keselamatan penumpang (pelajar) terancam
Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pemandu bas boleh membawa padah
kepada penumpang. Penumpang merasa akan tidak selamat untuk menggunakan
6

perkhidmatan bas. Sikap seperti ini juga boleh mengancam keselamatan pengguna
jalan raya yang lain.Sikap terlalu mementingkan diri pemandu bas dimana sering
bergegas untuk mengejar masa rehat mereka secara tak langsung telah mengabaikan
tanggungjawab mereka terhadap penumpang. Pemandu bas sering bertindak tergesagesa dan sering membawa bas dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan
penumpang, manakala bas yang dinaiki pelajar ini biasanya melebihi muatan.

5.0 LANGKAH-LANGKAH PENAMBAHBAIKAN KE ARAH MELESTARIKAN


PENGANGKUTAN AWAM DI SEKITAR BANDAR BARU BANGI
5.1 Meningkatkan bilangan bas
Bilangan pelajar yang semakin meningkat menyebabkan keperluan terhadap bas semakin
meningkat. Seharusnya, bilangan bas seharusnya dipertingkatkan untuk menampung
jumlah peningkatan pelajar ini. Bilangan bas seharusnya dipertingkatkan terutamanya
pada hujung minggu disebabkan pada waktu kemuncak tersebut kebanyakan pelajar akan
pulang berhujung minggu di rumah atau berjalan jalan.
5.2 Mengamalkan sikap mesra pelanggan
Seharusnya, pemandu bas mengamalkan sikap mesra dengan pelanggan walaupun
mereka berada dalam keadaan tidak sihat atau penat. Perkara ini seharusnya tidak
menjadi alasan disebabkan mereka dibayar untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada
para pelanggan. Pemandu bas tersebut hendaklah mengamalkan etika semasa berkerja
walaupun pelanggan mereka hanyalah seorang pelajar.
5.3 Menepati masa
Pihak yang bertanggungjawab seharusnya memastikan sistem perjalanan bas adalah
menepati masa mengikut jadual yang ditetapkan terutamanya bas yang digunakan untuk
mengambil pelajar di KTM. Tinjauan yang dilakukan mendapati bahawa kebanyakan
pelajar terpaksa menunggu lama sehingga melebihi 1 jam.
5.4 Meningkatkan sistem keselamatan
Pihak yang terlibat hendaklah menyediakan sistem aduan kepada para pelajar atau
penumpang agar sebarang perkara yang kurang memuaskan yang dilakukan pemandu bas
dapat dilaporkan. Seharusnya, mereka hendaklah segera mengambil tindakan untuk
mengatasi masalah yang timbul supaya kejadian yang tidak diingini tidak berlaku.

6.0 RUMUSAN
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kami dapat menyiapkan kajian ini dalam tempoh yang
diberikan. Dalam kajian ini kami telah membincangkan mengenai isu permasalahan
pengangkutan awam yang tidak pernah habis dibincangkan selagi tidak dikuatkuasakan oleh
pihak yang bertanggungjawab. Setiap dari kami telah membahagikan tugas masing-masing dan
bekerjasama dalam menyiapkan kajian ini. Kekangan masa tidak menjadi permasalahan bagi
kami dalam menyelesaikan kajian ini. Kami telah sedaya upaya memberikan persembahan kajian
yang terbaik dan juga meletakkan harapan yang tinggi dalam kajian ini. Harapan kami adalah
kajian ini dapat diterima oleh penyelia dan dapat memberi manfaat kepada semua.
Tidak lupa ucapan terima kasih kepada penyelia kajian kerana memberi ruang dan
peluang kepada kami untuk berfikiran kritis dan kreatif dalam melaksanakan tugas ini. Sekalung
perhargaan juga buat ahli kumpulan yang telah memberikan komitmen dengan baik dalam
menyiapkan kajian ini. Sekian itu sahaja dari kami dalam menyiapkan kajian ini. Terima kasih.

You might also like