You are on page 1of 4

Rumusan Artikel : How School Staff Build Strong Relations With Community

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, sekolah-sekolah yang berprestasi tinggi


mempunyai ciri-ciri dan kualiti yang hamper sama iaitu :
1. Visi, misi, matlamat dan objektif sekolah yang dikongsi bersama seluruh warga sekolah.
2. Standard akademik yang tinggi dan diterjemahkan dengan jelas melalui pendekatan
apa murid mesti tahu dan mampu dibuat.
3. Kepimpinan berkesan yang sentiasa menyokong penuh matlamat dan jangkaan sekolah
dan harapan masyarakat.
4. Mempunyai prosedur yang lengkap dalam bidang pengumpulan dan penganalisaan data
murid, program dan guru.
5. Hubungan pemuafakatan yang kukuh dengan ibu bapa dan rakan kongsi komuniti.
Sebaliknya berlaku kepada sekolah-sekolah berprestasi sederhana, di mana pihak
kepimpinan hanya menumpukan empat kualiti yang pertama, dan mengetepikan faktor
hubungan pemuafakatan sekolah-komuniti dalam penambahbaikan sekolah. Hubungan
pemuafakatan yang boleh didefinisikan sebagai satu usaha saling membantu antara sekolah,
ibu bapa dan kouniti untuk menjayakan pendidikan, bukannya satu bidang yang senang untuk
dilaksanakan. Pemimpin sekolah perlu merancang dan merekabentuk program pemuafakatan
yang bersepadu dan berkesan jika berhasrat untuk menambahbaik aspek hubungan dengan
komuniti luar ini.
Langkah pertama yang perlu diambil dalam perancangan program pemuafakatan ialah
membangunkan hubungan bermakna antara ibu bapa dengan guru. Ia adalah satu usaha
secara sistematik melibatkan semua pihak berkepentingan dengan pendidikan murid di sekolah
dalam merancang, mengelola dan membuat keputusan bersama berkaitan pendidikan di
sekolah. Pemimpin sekolah harus memulakan usaha untuk membina hubungan pemuafakatan
yang berdasar saling percaya mempercayai antara guru dan ibu bapa untuk memenuhi
keperluan murid. Langkah ini telah terbukti Berjaya dilaksanakan oleh Ms. Lopez dan guru-guru
di sebuah sekolah di Amerika syarikat.
Ms. Lopez dan warga sekolah telah menganjurkan satu program di mana mereka
menjemput ibu bapa datang ke sekolah satu program tahunan. Melalui program ini, pihak
sekolah telah merancang pendekatan yang amat proaktif di mana ibu bapa dan guru dapat
berinteraksi dan bertukar maklumat berkaitan murid, hal ehwal sekolah, perkembangan
akademik, latar belakang dan pengalaman ibu bapa dan guru. Interaksi sosial di dalam program
ini menjadi medan permulaan untuk membentuk satu jalinan pemuafakatan yang lebih
bermakna di antara ibu bapa dan guru.
Pemimpin sekolah sepatutnya mempertimbangkan beberapa faktor yang mempengaruhi
keterlibatan ibu bapa semasa merancang program pemuafakatan di sekolah. Antaranya ialah :
1. Maksud dan peranan sebenar ibu bapa dalam pendidikan anak.
2. Pegangan atau kepercayaan yang sesuai dalam memelihara dan mendidik anak.
3. Keupayaan ibu bapa dari segi pengetahuan dan pengetahuan intelektual membantu
pendidikan anak dan akses kepada sumber luar untuk khidmat bantu.

Pemimpin sekolah juga perlu mengambil kira beberapa kriteria penting semasa merancang
program pemuafakatan ibu bapa-guru agar program yang dirancang dapat menyubur dan
mengukuhkan persepsi ibu bapa bahawa penglibatan dan
kerjasama penting dalam
kecemerlangan pendidikan murid. Kriteria tersebuat ialah:
1. Sekolah sentiasa membantu ibu bapa berasa selesa berinteraksi dengan guru dengan
cara mewujudkan budaya mengalukan kedatangan ibu bapa ke sekolah.
2. Membantu guru memahami manfaat pemuafakatan ibu bapa-guru.
3. Membantu guru memahami kepentingan perancangan yang teliti program pemuafakatan
4. Menerima dan bersiapsiaga dengan halangan yang bakal wujud dalam pemuafakatan
sekolah-komuniti.
Kesimpulannya, hubungan pemuafakatan sekolah-ibu bapa dan sekolah-komuniti
merupakan elemen penting kejayaan sesebuah sekolah. Peranan ibu bapa dan komuniti
sebagai rakan kongsi utama menjadi faktor penyumbang kepada kecemerlangan pendidikan
murid. Hubungan mesra yang terjalin antara ibu bapa, komuniti dan guru menjadi pemangkin di
dalam membantu pencapaian akademik murid dan kecemerlangan sekolah kea rah mencapai
misi, visi dan matlamat yang diimpikan.

Rakan Perbincangan
1. Mohd Paku Ruzi Bin Min
2. Mohd Rizal Bin Yusof
3. Anuar Bin Che Mat

pakuruzi69@yahoo.com
rizalyusof69@gmail.com
anuar1967@yahoo.com

Maklumat lanjut, layari :


http://www.sedl.org/connections/
http://www.nationalpirc.org/engagement_webinars/
http://www.sedl.org/afterschool/toolkits/video/

Antara program pemuafakatan sekolah-ibu bapa yang dijalankan

You might also like