You are on page 1of 36

NARATIF

KIT PENGOPERASIAN
PEMBUKAAN SEKOLAH
SESI AKADEMIK 2023/2024
Murid Ceria, Guru Bahagia,
Sekolah Bitara Dan Negara Sejahtera
A. KALENDAR AKADEMIK SESI 2023/2024
1. Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 akan bermula pada 19 Mac
2023 hingga 9 Mac 2024 bagi sekolah di negeri Kumpulan A
(Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) dan pada 20 Mac 2023
hingga 10 Mac 2024 bagi sekolah di negeri Kumpulan B (Melaka,
Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah,
Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah
Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya).

2. Hari Raya Aidilfitri (22 dan 23 April 2023): KPM memberikan


peruntukan satu (1) hari cuti tambahan sempena Hari Raya
Aidilfitri iaitu pada 20 April 2023 (Khamis) bagi Kumpulan A.
Manakala bagi Kumpulan B, sebanyak dua (2) hari peruntukan cuti
tambahan diberi iaitu pada 20 April (Khamis) dan 21 April 2023
(Jumaat).

Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2023 berada dalam Cuti


Pertengahan Penggal 1, Sesi 2023/2024 yang bermula dari 21
hingga 29 April 2023 bagi Kumpulan A dan 22 hingga 30 April
2023 bagi Kumpulan B.
3. Hari Raya Qurban (29 Jun 2023): KPM memberikan peruntukan
satu (1) hari cuti tambahan sempena Hari Raya Qurban iaitu pada
28 Jun 2023 (Rabu) bagi semua negeri dalam Kumpulan A.
Manakala bagi kumpulan B, sebanyak dua (2) hari peruntukan cuti
tambahan diberikan iaitu pada 28 Jun (Rabu) dan 30 Jun 2023
(Jumaat). Keputusan ini diambil oleh KPM setelah mengambil kira
pergerakan murid asrama dan guru pulang ke rumah masing-
masing bagi menyambut perayaan berkenaan dapat berjalan
dengan lancar.

4. Perayaan Deepavali (12 November 2023): KPM memberikan


peruntukan satu (1) hari cuti tambahan sempena sambutan
perayaan Deepavali kepada kedua-dua Kumpulan A dan B iaitu
pada 13 November 2023 (Isnin) untuk Kumpulan A dan 14
November 2023 (Selasa) untuk Kumpulan B kecuali negeri
Sarawak yang mendapat peruntukan cuti KPM pada 13 November
2023 (Isnin) sahaja. Negeri Sarawak tidak mengambil Perayaan
Deepavali sebagai hari kelepasan am seperti yang diperuntukkan
dalam Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri Tahun 2023.
Walau bagaimanapun, KPM memberikan peruntukan cuti satu (1)
hari kepada negeri Sarawak setelah mengambil kira jumlah guru
dan murid beragama Hindu yang menyambut perayaan
Deepavali.

5. Perayaan Tahun Baru Cina (10 dan 11 Februari 2024):


Perayaan Tahun Baru Cina berada dalam Cuti Akhir Persekolahan
Sesi 2023/2024. Tiada peruntukan cuti KPM yang diberikan
kepada Kumpulan A. Walau bagaimanapun, KPM memberikan
peruntukan cuti tambahan kepada Kumpulan B pada 9 Februari
2024 (Jumaat).

6. Cadangan mengembalikan permulaan sesi persekolahan


pada bulan Januari: Sekiranya permulaan sesi persekolahan
dikembalikan pada bulan Januari tahun berikutnya, terdapat
keperluan untuk KPM memendekkan cuti penggal/cuti akhir
persekolahan secara berperingkat bermula dari tahun 2024
sehingga 2025. Hal ini mematuhi Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Penggal, Hari dan Cuti Sekolah) 1998 (Pindaan) 2021
menetapkan bahawa jumlah hari persekolahan dalam kalendar
akademik hendaklah tidak kurang daripada 190 hari. KPM juga
perlu mengambil kira kebajikan para guru dan murid serta kesan
kepada ekonomi negara. Sehubungan dengan itu, KPM
mengambil keputusan untuk menangguhkan cadangan ini bagi
meminimumkan impak kepada pihak-pihak berkaitan. KPM
sentiasa prihatin terhadap keperluan dan kesesuaian penyediaan
kalendar akademik untuk tahun seterusnya bagi memastikan
proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara
optimum.
B. KONSEP PEMBUKAAN SEKOLAH
1. Pengurusan pembukaan sekolah KPM bagi setiap sesi akademik
sewajarnya berjalan dalam suasana ceria, mesra dan selamat.
Perkara ini selaras dengan hasrat KPM untuk melahirkan Anak
yang Baik lagi Cerdik (ABC) dan sekali gus mewujudkan suasana
"Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara
Sejahtera". Minggu pertama persekolahan seharusnya
dimanfaatkan dengan pelaksanaan program/aktiviti
menyeronokkan yang dapat menyokong murid dan guru bersedia
sepenuhnya dari aspek sosioemosi dan mental untuk
melaksanakan proses pendidikan formal.

2. Program dan aktiviti di sekolah pada minggu pertama sesi


persekolahan akan menjadi penentu kepada pembentukan adab,
akhlak dan motivasi dalam kalangan murid. Pihak sekolah
mempunyai ruang memupuk pelbagai nilai baik yang menjadi
teras kemenjadian murid dalam tempoh ini. Aktiviti dan amalan
baik yang menyeronokkan pada awal pembukaan sekolah akan
mempengaruhi pembentukan karamah insaniah dalam jangka
masa panjang.

3. Pihak pentadbir sekolah bertanggungjawab memupuk sikap


bekerjasama dan persefahaman yang erat antara murid, guru, ibu
bapa atau penjaga dan komuniti serta mewujudkan komunikasi
berkesan. Hal ini dapat mewujudkan hubungan mesra antara
murid dengan murid, murid dengan guru, guru dengan guru, guru
dengan ibu bapa dan sekolah dengan komuniti.

4. Konsep pengisian program/aktiviti minggu pertama pembukaan


sekolah adalah seperti yang berikut:
i. mewujudkan suasana ceria, selamat, bermakna dan
terancang;
ii. mempunyai nilai pendidikan dan berinformatif;
iii. merupakan sebahagian pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang dapat memupuk nilai;
iv. mewujudkan komunikasi berkesan melibatkan murid, guru, ibu
bapa atau penjaga dan komuniti;
v. memupuk sikap bekerjasama dan persefahaman yang erat
antara murid, guru, ibu bapa atau penjaga dan komuniti; dan
vi. memupuk perpaduan dalam kalangan murid pelbagai kaum
dan latar belakang sosioekonomi.
5. Program Transisi Tahun Satu 2.0 bagi murid Tahun 1 dan program
sekolah penyayang hendaklah diteruskan dan disesuaikan
dengan konsep seperti perkara 4. Program yang bersifat mendidik
berkaitan dengan budaya sekolah, kurikulum, hal ehwal murid dan
kokurikulum juga boleh dilaksanakan mengikut kesesuaian.
6. Konsep ini selaras dengan hasrat KPM untuk melahirkan murid
ceria, guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera.
C. PENGOPERASIAN PEMBUKAAN SEKOLAH

1. PENGURUSAN PENTADBIRAN
i. PERSEDIAAN FIZIKAL/PERSEKITARAN YANG KONDUSIF
DAN SELAMAT

Sekolah perlu berada dalam keadaan kondusif dan selamat


untuk beroperasi. Pihak pentadbir sekolah bertanggungjawab:

1. memastikan kawasan dan bangunan sekolah termasuk


semua bilik pengajaran dan pembelajaran (PdP)
dibersihkan dan mempunyai pengudaraan yang baik
sebelum sesi persekolahan bermula;

2. memastikan meja dan kerusi tidak berhabuk dan


selamat untuk digunakan pada hari pertama
persekolahan;

3. memastikan kemudahan fizikal mencukupi terutama


meja dan kerusi murid;
4. memastikan lampu dan kipas dapat berfungsi dengan
baik;

5. memastikan rumput di sekeliling kawasan sekolah


dipotong;

6. memastikan aktiviti pencegahan Denggi dilaksanakan


seperti membersihkan/memusnahkan tempat
pembiakan nyamuk Aedes, meletakkan bahan
pembunuh jentik-jentik di kawasan yang berisiko
pembiakan nyamuk aedes dan menyembur aerosol di
tempat penyembunyian nyamuk;

7. menyemak tempat berpotensi bagi memastikan tiada


binatang berbisa seperti ular dan lipan dalam kawasan
aktiviti murid;

8. memastikan najis haiwan di kawasan dan bangunan


sekolah termasuk semua bilik PdP dibersihkan;

9. memastikan murid, guru dan warga sekolah kerap


mencuci tangan dengan air dan sabun;

10. menggalakkan pemakaian pelitup muka pada setiap


masa; dan

11. memastikan komunikasi berkesan berlaku antara guru,


murid, ibu bapa dan komuniti.
Pentadbir sekolah boleh bekerjasama dengan Persatuan
Ibubapa dan Guru (PIBG) serta melibatkan pihak Ibu bapa,
Komuniti dan Swasta (PIBKS) bagi merealisasikan
tanggungjawab ini.
ii. WAKTU PERSEKOLAHAN
Pentadbir sekolah boleh menentukan waktu bagi sesi
persekolahan masing-masing dengan mengambil kira
pandangan PIBG. Namun, menjadi tanggungjawab setiap
pentadbir sekolah untuk memastikan semua waktu PdP bagi
setiap mata pelajaran yang ditetapkan oleh KPM mematuhi
Surat Pekeliling Ikhtisas dan Surat Siaran seperti berikut:

1. Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia


Bilangan 7/2016 : Pelaksanaan Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (KSPK) (Semakan 2017);
2. Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia
Bilangan 8/2016 - Pelaksanaan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (Semakan 2017) secara berperingkat-
peringkat mulai Tahun 2017;
3. Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia
9/2016 - Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah
Menengah Secara Berperingkat-peringkat Mulai Tahun
2017;
4. Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia
Bilangan 4 Tahun 2021 – Garis Panduan Tadbir Urus
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Kementerian
Pendidikan Malaysia: Malaysian School Governance
(MySG); dan
5. Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan
11 Tahun 2016 – Garis Panduan Pengurusan Tingkatan
Enam

Selain daripada itu, pentadbir sekolah juga perlu


memaklumkan kepada Pendaftar Negeri waktu
persekolahan yang dipilih.
iii. WAKTU PERSEKOLAHAN DALAM BULAN RAMADAN

KPM ingin memastikan pengoperasian sekolah dalam bulan


Ramadan berjalan dengan lancar dan dapat memberi ruang
kepada guru serta murid untuk pulang berbuka puasa dengan
selesa.

Sehubungan dengan itu, KPM mengguna pakai Surat


Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan
3 Tahun 2022: Pengoperasian Sekolah Dalam Bulan
Ramadhan Bagi Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan
Kerajaan Kementerian Pendidikan Malaysia menetapkan:

1. Sekolah sesi petang yang mempunyai murid dan guru


beragama Islam akan menamatkan sesi persekolahan
seawal jam 5.30 petang bagi negeri-negeri di
Semenanjung Malaysia manakala bagi negeri Sabah,
Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pada jam 5.00
petang; dan

2. Sekolah sesi pagi akan beroperasi seperti biasa.


iv. PENDEKATAN MENANGANI ISU BEG BERAT MURID
KPM telah melaksanakan penambahbaikan inisiatif bagi
menangani isu beg berat secara holistik. Oleh yang demikian,
KPM telah melaksanakan inisiatif seperti berikut:
1. Penyediaan Lokar Sekolah
Penyediaan Lokar Fasa 1 untuk murid Tahun 1 dan Tahun
2 di sekolah rendah yang beroperasi secara dua sesi telah
selesai dilaksanakan pada tahun 2022. Penyediaan lokar
tersebut adalah melibatkan sebanyak 249,646 unit lokar di
626 buah sekolah rendah dua sesi.
2. Penyusunan Semula Jadual Waktu
KPM telah melaksanakan penyusunan semula jadual
waktu pada peringkat sekolah melalui surat makluman
bertarikh 23 Mac 2022. KPM memutuskan jadual waktu
disusun antara tiga hingga empat mata pelajaran bagi
Tahap 1 dan lima hingga enam mata pelajaran bagi Tahap
2 dalam sehari. Penyusunan jadual waktu ini
membolehkan guru merancang pengajaran dan
pembelajaran (PdP) secara optimum dengan
memperuntukkan masa bagi melaksanakan pendekatan
modular dan bertema serta pembelajaran berasaskan
projek dan pendekatan lain yang bersesuaian agar
menjadikan pembelajaran murid lebih bermakna.
Penyusunan ini dibuat berdasarkan prinsip mengurangkan
bilangan mata pelajaran dalam jadual waktu sehari dengan
mengambil kira peruntukan minimum jam setahun.
3. Buku Latihan
Mengehadkan penggunaan bilangan buku latihan iaitu
tidak melebihi dua buah buku bagi setiap mata pelajaran
pada satu-satu masa. Setiap satu buku latihan hendaklah
tidak melebihi 80 muka surat.
4. Buku Aktiviti dan Buku Kerja
Murid hanya dibenarkan untuk menggunakan buku aktiviti
yang disediakan oleh KPM manakala buku kerja hanya
boleh digunakan sebagai bahan rujukan atau bahan ulang
kaji di luar waktu PdP. Sila rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas
Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 3 Tahun 2022:
Penggunaan Buku Aktiviti, Buku Kerja dan Buku Latihan di
Sekolah Rendah Selaras Dengan Pelaksanaan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017).
5. Buku Teks Digital
KPM menerbitkan buku teks dalam format digital secara
berterusan. Murid yang mempunyai peranti digital boleh
mengakses buku teks digital melalui pelantar Digital
Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa).
6. Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
Selaras dengan pelaksanaan KSSR (Semakan 2017),
KPM memberi autonomi kepada guru untuk menggunakan
pendekatan PdP yang bersesuaian dan berpusatkan murid
seperti yang terkandung dalam Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
7. Kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Agama Islam
Malaysia (JAKIM)
KPM bekerjasama dengan pihak JAKIM dari aspek
penyelarasan uniform agar murid diberi kelonggaran untuk
memakai uniform sekolah masing-masing semasa sesi
persekolahan KAFA. Pihak JAKIM juga telah
mengeluarkan surat makluman bertarikh 24 Mac 2022
kepada semua pihak berkuasa agama negeri yang
melaksanakan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di
sekolah kebangsaan. Murid yang mengikuti sesi
persekolahan KAFA di sekolah kebangsaan dibenarkan
untuk memakai pakaian seragam sekolah kebangsaan.
v. PENGOPERASIAN KANTIN

1. Kantin sekolah hendaklah dibuka pada setiap hari sekolah


beroperasi termasuk dalam bulan Ramadan. Sebarang
perubahan pengoperasian kantin pada bulan Ramadan
hendaklah mendapat persetujuan bersama-sama pihak
sekolah, PIBG dan pengusaha kantin dan dimaklumkan
kepada ibu bapa dan murid.

2. Pengoperasian kantin sekolah hendaklah mematuhi Garis


Panduan Pengurusan Kantin Sekolah Sihat yang terkini
(tahun 2011) serta perjanjian penyewaan dan pengurusan
kantin sekolah.

3. Pihak sekolah bawah Jawatankuasa Hal Ehwal Murid (HEM)


hendaklah memantau pengoperasian kantin sekolah dengan
memastikan penjualan makanan yang berkualiti dan
bernutrisi. Makanan yang dijual juga hendaklah mencukupi.
4. Pengusaha kantin tidak boleh menjual makanan dan minuman
yang dilarang dijual berdasarkan senarai yang dikeluarkan
oleh KPM melalui surat bertarikh 15 Mac 2017.

5. Pihak pengusaha kantin hendaklah menjual makanan dan


minuman dengan harga yang berpatutan. Penjualan harga
makanan dan minuman mestilah berdasarkan harga yang
ditetapkan dalam sebut harga.

6. Sewaan kantin sekolah tahun 2023 dikecualikan sehingga


Mac 2023.

7. Pihak sekolah perlu memastikan pengusaha kantin


melaksanakan penilaian kendiri kantin setiap hari kantin
beroperasi.
vi. BANTUAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)
1. Pelaksanaan bantuan Rancangan Makanan Tambahan
(RMT) hendaklah dilaksanakan bermula pada hari pertama
sesi persekolahan. Sekiranya terdapat isu yang
menyebabkan RMT tidak dapat dilaksanakan pada hari
pertama, sekolah perlu memaklumkan kepada pihak
PPD/JPN dengan kadar segera untuk tindakan
pembetulan serta merta.
2. Perkara yang perlu dilaksanakan sebelum sesi
persekolahan bermula adalah seperti berikut:
a. Senarai nama penerima RMT Tahun 2 hingga Tahun 6
yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Bantuan
Peringkat Sekolah (JBPS) berserta minit mesyuarat dan
borang permohonan PB1 yang ditandatangani oleh
Guru Besar atau GPK.
b. Terdapat dokumen penawaran membekal makanan
RMT kepada pengusaha kantin/PIBG/warga sekolah.
Surat setuju terima atau surat penolakan tawaran perlu
direkodkan.
c. Guru bertugas bagi program RMT telah lantik dan
senarai menu yang dipilih telah diluluskan.
d. Guru penyelaras/GPK HEM perlu memastikan pesanan
harian makanan RMT telah dibuat selewat-lewatnya 24
jam sebelum hari persekolahan pada 19/20 Mac 2023
bermula.
e. Kadar RMT telah dinaikkan sebanyak RM1.00 daripada
RM2.50 ke RM3.50 bagi semenanjung dan RM3.00 ke
RM4.00 bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah
Persekutuan Labuan untuk memastikan kualiti dan
kuantiti makanan yang disediakan adalah mengikut
standard minimum menu yang dibekalkan oleh KPM.
f. Borang permohonan bantuan RMT bagi murid Tahun 1
dan murid cicir perlu diuruskan dan dilengkapkan oleh
pihak sekolah supaya bantuan RMT dapat diberikan
selewat-lewatnya sebelum 19 April 2023.
g. Penerapan nilai murni dan amalan kebersihan
merupakan elemen yang penting dalam pengoperasian
program ini. Bagi tujuan tersebut perlu diterapkan
amalan seperti membasuh tangan, basuh/susun bekas
makanan yang telah digunakan, mengucapkan terima
kasih, berdoa/bersyukur sebelum makan dan
membersihkan tempat makan selepas selesai.
h. Elemen sentuhan jiwa oleh guru dan kebersamaan juga
hendaklah diterapkan oleh pihak sekolah dengan
menggalakkan guru/guru bertugas/ pentadbir untuk
makan bersama-sama murid penerima RMT.
i. Pihak sekolah melalui guru bertugas hendaklah
mengambil gambar suasana pelaksanaan RMT pada
hari pertama persekolahan dan mengemukakan kepada
PPD/JPN jika diperlukan.
vii. PENGURUSAN BANTUAN BUKU TEKS: PENGAGIHAN
BUKU TEKS
Pihak sekolah hendaklah memastikan setiap murid telah
dibekalkan buku teks selewat-lewatnya pada minggu pertama
sesi persekolahan bermula.
viii. PENGURUSAN BANTUAN BUKU TEKS: KEKURANGAN
BUKU TEKS
Langkah-langkah yang boleh diambil sekiranya berlaku
kekurangan buku teks untuk diagihkan kepada murid-murid:
1. Dapatkan buku dari Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS)
sekolah berdekatan sekiranya mereka mempunyai lebihan
stok.
2. Dapatkan buku dari Bilik Operasi SPBT Daerah (BOSD)
jika sekolah berdekatan tiada stok.
3. Memaklumkan kekurangan stok buku teks untuk diagihkan
kepada PPD atau JPN supaya tindakan dapat diambil
seperti mendapatkan stok dari daerah/negeri lain ataupun
membuat pesanan tambahan dengan segera.
4. Menggunakan Buku Teks Digital (BTD) yang dapat diakses
melalui pelantar DELIMa.
ix. PENGURUSAN BANTUAN BUKU TEKS: PERPINDAHAN
MURID
1. Bagi murid yang berpindah sekolah dan telah menerima
agihan buku teks dan buku aktiviti (untuk mata pelajaran
yang mempunyai buku aktiviti), pihak sekolah asal
hendaklah membenarkan murid tersebut membawa semua
buku teks dan buku aktiviti bersama-sama ke sekolah
baharu. Sekolah asal perlu mengemas kini maklumat stok
buku keluar manakala sekolah baharu perlu mengemas
kini stok buku masuk di dalam Buku Stok SPBT.
2. Bagi murid yang berpindah sekolah dan masih belum
terima agihan buku dari sekolah asal semasa berpindah,
sekolah baharu perlu menyediakan dan mengagihkan
buku teks dan buku aktiviti untuk murid tersebut.
3. Bagi murid yang berpindah masuk dari sekolah swasta
pula, sekolah baharu dikehendaki menyediakan semua
buku teks dan buku aktiviti yang berkaitan untuk murid
tersebut.
x. PENGURUSAN MURID ASRAMA SEKOLAH
1. Program orientasi asrama dilaksanakan dalam minggu pertama
pembukaan sekolah. Fokus program adalah untuk memberi
pendedahan kepada murid asrama terhadap kehidupan tinggal
di asrama. Murid asrama yang baharu akan diperkenalkan
dengan budaya asrama yang harmoni menerusi pengisian
aktiviti yang terancang dan bermakna.

2. Pendedahan turut diberikan berkenaan pengurusan kendiri


untuk membiasakan diri hidup berdikari dalam menjalani
kehidupan harian tinggal di asrama. Peraturan-peraturan
asrama juga diterangkan secara jelas agar setiap murid dapat
mematuhi, mengamal dan membudayakannya sepanjang
tinggal di asrama.

3. Aspek pembangunan sahsiah dan disiplin murid dititik berat


melalui aktiviti seperti kursus kepimpinan murid asrama, Sistem
Rumah, sambutan hari lahir dan lain-lain. Selain itu, peranan
guru bimbingan dan kaunseling dalam setiap program
intervensi di asrama dapat menjadikan murid lebih selesa dan
sejahtera tinggal di asrama.

4. Pemantapan insaniah dan perpaduan murid asrama amalan


seperti solat secara berjemaah, puasa sunat, kuliah agama dan
lain-lain turut diberi perhatian khusus. Selain itu, kelas
pengajian al-quran dan hafazan dilaksanakan kepada murid
asrama untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan
rohani. Murid asrama turut diberi pendedahan dalam
menaikkan semangat jati diri, patriotik dan perpaduan melalui
sambutan hari perayaan setiap kaum serta sambutan bulan
kemerdekaan.

5. Memberi fokus terhadap akademik dengan menyediakan kelas


persediaan akademik siang dan malam kepada murid asrama.

6. Program sukan dan kebudayaan juga ditekankan kepada murid


asrama bagi mencungkil bakat dan potensi untuk
diketengahkan hingga ke peringkat kebangsaan dan
antarabangsa. Selain itu, murid asrama turut diberi peluang
dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan melalui aktiviti seperti
gotong-royong, lawatan ke rumah orang tuan, anak-anak yatim
dan lain-lain. Pendekatan ini dapat menjadikan murid asrama
menjadi warga yang prihatin dan penyayang.

7. Pihak sekolah boleh berkerjasama dan berkolaboratif dengan


komuniti serta agensi berkaitan seperti PDRM, AADK, Bomba
dan KKM sebagai salah satu strategi yang berkesan untuk
meningkatkan hubungan yang erat dalam membantu
kemenjadian murid asrama.
xi. PERSEDIAAN MURID KE SEKOLAH : KETRAMPILAN DAN
PEMAKAIAN PADA MINGGU PERTAMA PEMBUKAAN
SEKOLAH
1. Pengisian program minggu pertama pembukaan sekolah
adalah seperti aktiviti yang bersifat ceria, menyeronokkan,
terancang dan bermakna dalam suasana santai. Aktiviti
yang boleh dilaksanakan adalah seperti aktiviti permainan,
riadah, senamrobik, kecergasan, sukaneka atau sukan.

2. Sepanjang minggu tersebut murid perlu sentiasa


berpakaian kemas dan sopan serta mengikut kesesuaian
aktiviti yang telah disusun oleh pihak sekolah. Walau
bagaimanapun, murid terkesan banjir diberi kelonggaran
memakai pakaian biasa yang bersesuaian semasa hadir ke
sekolah. (Surat Makluman KPM Peringatan Berhubung
Persediaan Menghadapi Bencana Banjir di Peringkat
Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah
dan Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun
2021/2022)

3. Pemilihan kesesuaian jenis pakaian iaitu uniform sekolah,


pakaian sukan dan pakaian unit uniform perlulah mengikut
SPI dan surat makluman yang sedang berkuat kuasa:
a. SPI 3/1983: Pakaian Seragam Murid-murid sekolah.
b. SPI Bil.8/2007: Garis Panduan Pemakaian Pakaian
Kokurikulum Di Hari Persekolahan Dan Perhimpunan
Bulanan Kokurikulum.
c. Surat Pemakluman KP/KPPM/5 (49) bertarikh 26 Julai
2010: Kebenaran Khas Kepada Guru-Guru Dan Murid-
Murid Yang Melaksanakan Mata Pelajaran Pendidikan
Jasmani Dan Kesihatan (PJK) Memakai Pakaian Rasmi
Sukan Sepanjang Hari Berkenaan.

4. Walau bagaimanapun, bagi murid/keluarga/penjaga yang


terkesan banjir atau tidak dapat menyediakan pakaian
sekolah, mereka boleh hadir ke sekolah dengan pakaian
harian biasa yang kemas dan sopan.
D. PROGRAM HARI/MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN
CONTOH PELAKSANAAN PROGRAM/AKTIVITI MINGGU
PERTAMA PEMBUKAAN SEKOLAH

Pihak sekolah diberi keluwesan untuk melaksanakan program/aktiviti


minggu pertama pembukaan sekolah berdasarkan konsep yang
dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan
Malaysia Bilangan 5 Tahun 2023 Pengurusan Minggu Pertama
Persekolahan Mulai Sesi Akademik Tahun 2023/2024 Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Aktiviti : Jom Ceria Bersama-sama!

Murid dapat:
1. menggunakan daya pemikiran kritis dalam menyelesaikan
masalah
2. membina personaliti yang mempunyai sikap yang positif
terhadap persekitaran
3. menghargai diri dan menghormati orang lain

Lokasi : Bilik darjah/dewan/kawasan lapang/tempat sesuai


Bahan Bantu Belajar:
Kad arahan berwarna untuk setiap ‘check point’/stesen, kertas
edaran permainan minda, kertas A4, kertas pelekat (sticky notes)
pensil/pen, wisel, tanah liat (play doh)

Masa : 1 jam 30 minit

Langkah-langkah pelaksanaan:
1. Murid membentuk 5 kumpulan kecil dengan jumlah ahli
kumpulan yang sama banyak.
2. Murid diberi pilihan untuk memilih kad warna untuk ke stesen
yang ditentukan.
3. Murid akan melaksanakan arahan yang terdapat kad arahan di
setiap stesen.
4. Murid bergerak ke setiap stesen selepas wisel dibunyikan (
setiap 15 minit).
5. Guru berperanan sebagai fasilitator dalam membimbing murid.

Stesen 1 : Eksplorasi Ceria (Permainan Minda dan


Penyelesaian Masalah)

1. Setiap murid mendapat kertas edaran permainan minda


Eksplosi Ceria.
2. Murid melengkapkan tugasan permainan minda
3. Murid berkongsi cabaran dan perasaan semasa
melaksanakan tugasan dengan rakan.

Stesen 2 : Aksi Ceria (Kreativiti dan Kolaboratif)

1. Murid secara berkumpulan mencipta motto/tagline kumpulan


2. Murid membuat sorakan semangat dengan aksi ceria dengan
menggunakan motto/tagline yang dihasilkan bersama-sama
rakan.
3. Murid mempersembahkan sorakan semangat dengan aksi,
gaya dan semangat yang paling ceria.
4. Murid membuat rumusan kebaikan aktiviti yang dijalankan.
Stesen 3 : Inspirasi Ceria (Sokongan, Semangat dan Motivasi)

1. Murid secara individu menulis kata-kata semangat/pesanan


positif kepada rakan salah seorang rakan dengan cara paling
kreatif.
2. Murid menyerahkan hasil tulisan kepada rakan.
3. Murid membaca kata-kata semangat/pesanan positif yang
ditulis rakan.
4. Murid membuat rumusan kebaikan aktiviti yang dijalankan.

Stesen 4 : Refleksi Ceria (Nilai syukur, menghargai diri dan


sekolah)

1. Murid diberikan kertas pelekat (sticky notes)


2. Murid menyenaraikan perkara-perkara berikut yang ditulis
pada kad arahan:
i. 5 perkara yang menggembirakan di sekolah
ii. 4 orang untuk diucap terima kasih
iii. 3 perkara yang disyukuri
iv. 2 perkara yang rasa dihargai
v. 1 kenangan yang indah

3. Murid membaca tulisan pada kad pelekat rakan-rakan yang


dilekatkan di dinding.
4. Murid membuat rumusan kebaikan aktiviti yang dijalankan.

Stesen 5 : Reka Cipta Ceria (Kreativiti dan Ekspresi diri)

1. Murid diberikan tanah liat (play doh).


2. Murid membaca arahan pada kad arahan untuk mereka
bentuk objek yang disukai dan terlintas di fikiran
menggunakan tanah liat.
3. Murid membentangkan hasil rekaan masing-masing dalam
kumpulan dan makna setiap rekaan objek pada diri murid.
4. Murid membuat rumusan kebaikan aktiviti yang dijalankan.
Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru:

1. Adakah aktiviti yang dijalankan memberikan kepuasan dan


keseronokan kepada anda?
2. Adakah anda memerlukan orang lain untuk mewarnai
kehidupan anda?
3. Adakah anda berasa selesa menjalankan kehidupan di bawah
tekanan?

Refleksi :
Murid diberi peluang untuk menjelaskan refelksi emosi mereka
semasa melakukan aktiviti.
E. PELAKSANAAN UJIAN PENGESANAN LITERASI BAHASA
MELAYU DI SEKOLAH MENENGAH YANG ADA KELAS
PERALIHAN.
i. Murid Tahun 6 SJK yang mencapai Tahap Penguasaan (TP) 3
hingga TP6 dalam Ujian Akhir Sesi Akademik. bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu ditempatkan di Tingkatan 1. Manakala murid yang
mencapai TP1 hingga TP2 ditempatkan di kelas peralihan. Murid
yang mencapai TP1 dan TP2 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
diberi peluang untuk membuat rayuan supaya ditempatkan di
Tingkatan 1 seperti surat pemakluman bertarikh 3 Mac 2023
dengan menduduki Ujian Pengesanan Literasi Bahasa Melayu
(UPLBM). UPLBM akan dilaksanakan pada 22 Mac 2023, pukul
10.00 pagi di sekolah menengah murid ditempatkan.
ii. Instrumen UPLBM disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP)
untuk mengesahkan tahap penguasaan mereka dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu.
iii. Murid yang lulus dalam UPLBM akan ditempatkan di Tingkatan 1.
Murid yang tidak lulus pula akan kekal ditempatkan di kelas
peralihan.
F. PROGRAM/AKTIVITI MINGGU PERTAMA BERSAMA-SAMA
AGENSI LUAR SELAIN KPM:
Program Hari Pertama di Sekolah (First Day At School) Bersama-
sama PDRM

i. Program Hari Pertama di Sekolah (First Day At School) Bersama-


sama PDRM adalah inisiatif yang dilaksanakan secara kolektif
antara PDRM dan KPM pada hari pertama sesi persekolahan
dibuka setiap tahun. Walau bagaimanapun bagi sesi akademik
2023/2024 program ini boleh dilaksanakan dalam minggu pertama
persekolahan mengikut kesesuaian sekolah.
ii. Tujuan program adalah untuk meningkatkan keyakinan pihak
sekolah bahawa PDRM komited dalam memastikan keselamatan
warga sekolah. Program tersebut dapat mewujudkan hubungan
mesra dan kolaboratif yang lebih mantap antara sekolah dan
PDRM melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS).
MAKLUMAT TAMBAHAN

KONSEP PROGRAM MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN

1. Program minggu pertama pembukaan sekolah KPM dilaksanakan


dalam tempoh minggu pertama pada setiap sesi akademik yang
baharu bermula sesi akademik tahun 2023/2024.

2. Pengisian program minggu pertama pembukaan sekolah adalah


seperti aktiviti yang bersifat ceria, menyeronokkan, terancang dan
bermakna dalam suasana santai. Aktiviti yang boleh dilaksanakan
adalah seperti aktiviti permainan, riadah, senamrobik, kecergasan,
sukaneka atau sukan.

3. Di samping itu, aktiviti yang dilaksanakan mempunyai nilai


pendidikan dan berinfomatif. Melalui aktiviti ini murid dapat belajar,
memperoleh maklumat dan berkongsi pengetahuan baharu. Aktiviti
yang boleh dilaksanakan adalah seperti aktiviti projek, penyelesaian
masalah, penerapan nilai dan pembangunan sahsiah.

4. Aktiviti yang dilaksanakan juga merupakan sebahagian pendekatan


pengajaran dan pembelajaran (PdP). Aktiviti yang dilaksanakan
dapat memberi nilai tambah kepada proses pengajaran dan
pembelajaran kepada murid. Aktiviti berbentuk permainan minda,
reka cipta, pembelajaran bertema, pembelajaran berasaskan
pengalaman dapat membantu meningkatkan pemahaman murid
berkaitan sesuatu konsep.

5. Selain itu, aktiviti yang dilaksanakan turut melibatkan murid, guru,


ibu bapa atau penjaga dan komuniti. Kerjasama secara kolaboratif
antara semua pihak dapat meningkatkan rasa kebersamaan,
hormat-menghormati, tolong-menolong dan empati. Oleh itu, aktiviti
bersama-sama ahli keluarga, membersihkan kawasan sekolah,
menceriakan bilik darjah dan kemasyarakatan melibatkan komuniti
boleh dilaksanakan.

6. Pelaksanaan aktiviti ini secara tidak langsung dapat memupuk sikap


berkerjasama dan persefahaman yang erat antara murid, guru, ibu
bapa atau penjaga dan komuniti serta mewujudkan komunikasi
berkesan. Pelaksanaan aktiviti berkumpulan, Serlahkan Bakat atau
Potensi dan Ekspresi Seni Kreatif selaras dengan hasrat ini. Melalui
aktiviti yang dilaksanakan dapat mengeratkan hubungan, membina
persefahaman, mengukuhkan semangat toleransi, menyerlahkan
bakat dan meningkatkan keyakinan diri murid.

7. Pengisian program yang dilaksanakan seharusnya melibatkan


semua murid pelbagai kaum dan latar belakang sosio ekonomi.
Oleh itu, aktiviti yang mempunyai elemen integrasi perpaduan,
persembahan citra budaya dan keusahawanan (Projek Kitar
Semula) dapat meningkatkan pelibatan murid secara menyeluruh.

8. Setiap aktiviti yang dirancang untuk dilaksanakan adalah


berdasarkan kesesuaian enrolmen, kemudahan, keperluan dan
lokaliti sekolah. Pihak sekolah hendaklah mengadakan
perbincangan dengan semua pihak berkepentingan dan merancang
kaedah yang bersesuaian bagi melaksana program minggu
pertama persekolahan.

You might also like