You are on page 1of 9

2.

0 Teori-teori pembelajaran
Terdapat lima jenis teori pembelajaran iaitu teori pembelajaran behaviorisme, teori
pembelajaran kognitivisme, teori pembelajaran konstruktivisme , teori pembelajaran sosial
dan teori humanistik.
2.1 Teori Pembelajaran Behaviorisme
Teori Pembelajaran Behaviorisme juga disebut teori rangsangan dan gerak balas.
2.1.1 Teori Pelaziman Klasik Pavlov
Menurut Mok Soon Sang, 2008 dalam Buku Psikologi Pendidikan bahawa Teori
Pelaziman Klasik juga dikenali sebagai pelaziman gantian, pelaziman pemindahan,
pelaziman bergerak balas/responden atau Teori R-G. Untuk mengesahkan hasil
pemerhatian fenomena tersebut, Pavlov menggunakan cahaya lampu dan bunyi loceng
sebagai rangsangan terlazim.Beliau menjalankan eksperimennya dengan menggunakan
seekor anjing.
Dalam kajian beliau terdapat lima fenomena iaitu fenomena generalisasi iaitu berupaya
mengkategorikan rangsangan-rangsangan yang serupa dengan melakukan gerak balas
yang sama, fenomena diskriminasi ialah berupaya memberi gerak balas yang berbeza
dengan rangsangan yang hampir sama, fenomena proses penghapusan jika gerak balas
terlazim beransur-ansur kurang dan akhirnya hapus sama sekali, fenomena pemulihan
spontan menunjukkan gerak balas terlazim sebenar tidak hilang selepas proses
penghapusan dan akan wujud semula apabila semua gangguan telah hilang selepas
tempoh masa rehat dan fenomena pelaziman tahap tinggi iaitu sesuatu gelak balas terlazim
yang baru dapat dibentuk daripada gerak balas terlazim yang sedia ada. ( Mok Soon Sang,
2008)
2.1.2 Teori Pelaziman J.B.Watson
Menurut Mok Soon Sang, Jun 2009 dalam Buku Murid dan Alam Belajar teori pelaziman
J.B.Watson juga dikenali sebagai teori pelaziman tingkah laku. Mengikut teori Watson,
tingkah laku manusia ialah sesuatu refleks terlazim (conditioned reflex). Dalam teori Watson
telah menjelaskan pembelajaran berkesan berdasarkan kepada dua prinsip yang utama,
iaitu prinsip kekerapan yang menyatakan bahawa lebih kerap gerak balas terhadap
rangsangan tertentu berlaku, lebih besar kemungkinan gerak balas yang sama akan berlaku
apabila rangsangan itu wujud semula pada masa kelak. Prinsip Tempoh Kebaruan
menyatakan bahawa semakin tempoh lebih baru kita menggunakan sesuatu gerak balas
terhadap sesuatu rangsangan, semakin lebih besar kemungkinan kita akan bergerak balas
secara serupa terhadap rangsangan itu, jika ia dimuncul lagi. ( Mok Soon Sang, Jun 2009)

manakala menurut Dr.Ragbir Kaur Joginder Singh, 2010 dalam Buku DPLI Psikologi bahawa
Selain daripada tingkah laku, Watson pula menjalankan kajian tentang pembelajaran emosi
manusia. Menurut beliau, menusia mewarisi tiga jenis emosi semula jadi, iaitu takut, marah
and kasih sayang. ( Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh, 2010)
2.1.3 Teori Pelaziman Operan Thorndike
Menurut Mok Soon Sang, 2008 dalam Buku Psikologi Pendidikan bahawa Teori
Pelaziman Operan Thorndike juga dikenali sebagai teori cuba-ralat.Teori ini dikemukakan
pada tahun 1911. Dalam kajiannya telah menghasilkan tiga hukum iaitu pertama, Hukum
Kesediaan merupakan keupayaan persiapan seseorang individu menyiapkan dirinya untuk
memulakan sesuatu aktiviti pembelajaran. Kedua, Hukum Latihan menyatakan bahawa
semakin banyak latihan tertentu dijalankan, semakin bertambah kukuh ikatan atau asosiasi
gerak balas. Ketiga, Hukum Kesan menyatakan bahawa ikatan rangsangan dengan gerak
balas akan bertambah kukuh sekiranya individu memperolehi kesan yang memuaskan
selepas gerak balasnya dihasilkan. ( Mok Soon Sang, 2008)
2.1.4 Teori Pelaziman Operan Skinner
Menurut Mok Soon Sang, ( 2008) bahawa dalam kajian B.F.Skinner peneguhan positif
ialah stimuli yang boleh menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku
operan, seperti memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya sebaik sahaja
tingkah laku operan yang sesuai itu berlaku. Peneguhan negatif ialah stimuli yang
dipindahkan atau dihapuskan dengan tujuan menguatkan tingkah laku positif supaya ia
dapat diteruskan. Sesuatu kemahiran yang telah dikuasai dan tidak dipraktikkan dalam satu
tempoh yang agak lama akan dilupakan. Terdapat dua cara yang biasa digunakan oleh
seseorang untuk mengelakkannya dari sebarang peneguhan negatif yang kurang seronok
ialah dengar cara pelepasan dan cara pengelakan. ( Mok Soon Sang, 2008)
2.1.5 Implikasi Teori Pembelajaran Behaviorisme terhadap Pengajaran dan
Pembelajaran
Guru hurus mengaitkan pengalaman positif dengan tugasan pembelajaran. Guru
haruslah memberi bimbing murid dengan menggunakan kemahiran untuk membuat
generasi dengan tepat. Semua tingkah laku boleh dipelajari melalui proses pelaziaman.
Oleh itu, murid hendaklah belajar perhubungan gerak balas secara sistematik. Untuk
mengukuhkan apa yang telah dipelajari dalam ingatan, latihan hendaklah dijalankan secara
kerap kali. Untuk meningkatkan tahap kesediaan belajar, guru harus menggunakan motivasi
yang sesuai. Selain itu guru haruslah memberi banyak latihan kepada murid agar dapat
mengukuhkan petalian antara rangsangan dan gerak balas murid. Sesuatu kemahiran atau

teknik yang baru dipelajari hendaklah diberi peneguhan secara berterusan dan diikuti secara
berkala supaya kemahiran atau teknik itu dapat dikukuh dan dikekalkan.
2.2 Teori Pembelajaran Kognitivisme
Menurut Mok Soon Sang, 2009 dalam Buku Murid dan Alam Sekitar ciri-ciri
pembelajaran kognitif seperti berikut:
1.Pembelajaran individu yang dilakukan adalah mengandungi motif atau objektif tertentu
dan bukan aktiviti atau proses cuba-ralat sahaja.
2.Pembelajaran ialah sesuatu pemerosesan maklumat di alam sekitar.
3.Pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada adalah amat penting untuk
pembelajaran.
4.Pembelajaran utama adalah berasaskan kepada struktur kognitif dan kesedarannya
terhadap kewujudan rangsangan-rangsangan baru.
(Mok Soon Sang, 2009)
2.2.1 Teori Pembelajaran Celik Akal: W.Kohler dan K.Koffka
Menurut Mok Soon Sang, 2008 dalam Buku Psikolgi Pendidikan bahawa dalam kajian
Wolfgang Kohler (1887-1967) dan rakannya Kuri Koffka (1886-1941) terdapat celik akal
merupakan kebolehan mental yang mendorongkan manusia mempersepsikan berkaitan
unsur-unsur dalam perkitaran secara tiba-tiba demi menolongmya menyelesaikan masalah
yang sedang dihadapi.( Mok Soon Sang, 2008)
2.2.2 Teori Pembelajaran Kognitif: Jean Piaget
Menurut Mok Soon Sang, 2009 dalam buku Murid dan Alam Sekitar bahawa Jean Piaget
terkandung huraian lima konsep yang asas, iaitu skema merupakan salah satu model
tingkah laku asas individu yang ditonjolkan semasa proses pengubahsuaian diri dalam alam
sekitar, adaptasi dan keseimbangan adalah saling berkait dan saling mempengaruhi satu
antara sama lain. Asimilasi dan akomodasisedia ada dalam pengalaman baru untuk
mengadaptasikan keperluan baru dalam situasi yang dihadapi dengan tujuan menggunakan
sesuatu bentuk yang dapat menerapkan pengalaman baru ke dalam pengalaman lamanya
yang berkaitan rapat dengan pembelajaran kognitif seseorang individu. (Mok Soon Sang,
2009)
2.2.3 Teori Pemprosesan Maklumat: R . M . Gagne
Menurut Mok Soon Sang, 2008 dalam Buku Psikologi bahwa rangsangan-rangsangan
dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia.
Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan

jangka panjang, dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui system saraf.
Terdapat lapan fasa daripada teori pempropesan maklumat R. M. Gagneiaitu Fasa Motivasi
Jangkaan ialah manusia belajar kerana didorong oleh motivasi tertentu, Fasa
Tanggapan(kefahaman)-Perhatian:Persepsi Terpilih ialah murid menumpukan perhatian
terhadap aktiviti pengajaran guru dan menolak gangguan yang lain, Fasa
Penyimpanan(Pemerolehan) Kod : Simpanan Awal ialah apabila seseorang telah berjaya
memilih rangsangan yang relevan dan mempersepsikannya dengan tepat, maka
rangsangan itu akan dibawa oleh sistem saraf ke dalam stor ingatan jangka pendek, Fasa
Penahanan Stor Ingatan ialah kod-kod yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang
akan ditransformasikan dan disusun semula dengan satu sistem yang lebih kekal dalam
ingatan dan lebih mudah dikeluarkan, Fasa Mengingat Kembali Mencari Fasa mengingat
kembali merupakan tindakan mencari maklumat atau pengalaman yang telah disimpan
dalam stor ingatan jangka panjang, Fasa Generalisasi Pindahan ialah Fasa generalisasi
ini merujuk kepada fasa pemindahan pembelajaran atau fasa aplikasi iaitu individu boleh
mengingat kembali maklumat dalam stor ingatan panjang dan menggunalkannya untuk
situasi yang serupa atau sama. Fasa Prestasi Gerak Balas ialah tindak balas daripada
murid dan Fasa Maklum Balas Peneguhan peneguhan positif akan meningkatkan
prestasinya.( Mok Soon Sang, 2008)
2.2.4 Teori Pembelajaran Jerome Bruner
Menurut Mok Soon Sang, 2009 dalam Buku Murid dan Alam Belajar bahawa terdapat
empat prinsip dalam teori pembelajaran Jerome Bruner iaitu prinsip motivasi- pembelajaran
mesti ada motivasi, Prinsip Struktur- struktur sebagai organisasi isi pelajaran, Prinsip
Sekuen ialah prinsip turutan, Prinsip Peneguhan ialah mencadangkan penggunaan kaedah
inkuiri-penemuan sebagai strategi pelajaran-pembelajaran untuk memberi kesempatan
kanak-kanak membuat kajian sendiri. (Mok Soon Sang, 2009)
2.2.5 Teori Pembelajaran Resepsi David P.Ausubel
Menurut Mok Soon Sang, 2008 dalam buku Psikologi Pendidikan terdapat dua prasyarat
bagi pembelajaran resepsi iaitu murid sendiri mesti mempunyai sikap dan tujuan yang positif
terhadap aktiviti pembelajaran.Dalam proses pembelajaran, pengetahuan yang sedia ada
dalam struktur kognitif murid harus digunakan untuk mengaitkan dengan pelajaran baru.
Menurut teori David bahawa Subsumption terbitan merupakan konsep sesuatu maklumat
baru diterbitkan daripada maklumat yang sedia ada dan diasimilasikan dalam struktur
kognitif orang. Manakala subsumption korelatif merupakan maklumat atau konsep baru
diterima melalui proses perkembangan maknanya dalam struktur kognitif murid. ( Mok Soon
Sang, 2008)

2.2.6 Implikasi Teori-Teori Pembelajaran Pembelajaran Kognitivisme terhadap


Pengajaran dan Pembelajaran
Guru perlu mengalakkan murid agar menggunakan celik akalnya untuk menyelesaikan
masalah pelajaran.selain itu, selalu membimbing murid menggunakan persepsinya untuk
menghubungkait unsur-unsur dalam persekitaran. Guru digalakkan memberi situasi
pelajaran yang mencabar kepada murid. Guru haruslah selalu menimbulkan dan
menggerakkan tidak balas murid dengan sengaja memberi idea yang bertentangan untuk
memerhati tindak balas. guru haruslah mengajar sesuatu kemahiran mengikut
urutan.Tambahan pula, guru haruslah membimbing murid membezakan ciri-ciri penting dan
juga mengenal pasti ciri-ciri khusus untuk membina konsep dan hukum. Guru haruslah
membangkitkan naluri ingin tahu murid dengan kaedah inkuiri-penemuan dan kaedah
induktif. Menggunakan pembelajaran resepsi yang bermakna dengan menyusun isi
pelajaran secara sistematik dan berperingkat supaya murid dapat mengikutinya secara
berkesan serta menggunakan contoh-contoh khusus. Guru berperanan sebagai rakan untuk
membolehkan murid-murid membina makna mereka sendiri.
2.3 Teori Pembelajaran Konstruktivisme
Menurut Akhiar Pardi Shamsina Bt Shamsuddin, 2009 dalam Buku Rancangan
Pengajaran Harian dalam Pengajaran dan Pembelajaran bahawa Teori Konstruktivisme
berlandaskan bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda tetapi dibina dalam
minda berdasarkan pengalaman sebenar. (Akhiar Pardi Shamsina Bt Shamsuddin, 2009)
2.3.1 Teori Pembelajaran Von Glaserfeld
Menurut Mok Soon Sang, 2009 dalam Buku Murid Dan Alam Belajar bahawa Idea
konstruktivisme berasal daripada teori perkembangan kognitif Piaget dan teori zon
perkembangan prokimal (Zone of Prokimal Development, ZPD) Vygotsky. Idea zon
perkembangan prokimal (ZPD) ialah prestasi murid, pretasi murid adalah di bawah bantuan
orang dewasa atau kerjasama rakannya. Perbezaan perkembangan peringkat potensi
individu adalah di dalam lingkungan zon perkembangan prokimal (ZPD) tersebut.( Mok Soon
Sang, 2009)
2.3.2 Teori Metakognisi
Menurut Mok Soon Sang, 2008 dalam Buku Psikologi dalam Pendidikan bahawa proses
pemikiranmerupakan aktiviti mental dalam otak manusia. Terdapat dua kemahiran berfikir
iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikiran secara kreatif. Kemahiran
berfikir secara kritis ialah kebolehan membuat, mentafsir dan menilai data, idea dan

maklumat untuk mencari makna atau menyelesaikan masalah. Kemahiran berfikiran secara
kreatif merupakan kebolehan memperluas dan mengembangkan daya imaginasi, kreativiti
dan inovasi. (Mok Soon Sang, 2009)
2.3.3 Teori Kemahiran Berfikir Roger Sperry
Menurut menurut Mok Soon Sang, 2008 dalam Buku Psikologi dalam Pendidikan
bahawa Teori Roger Sperry menghuraikan otak manusia yang menggunakan bahagian
kirinya berfikir secara kritis dan bahagian kanannya berfikir secara kreatif. Mengikut kajian
Roger Sperry bahawa Otak kiri mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa logik,
analitis, urutan atau susunan, bahasa, fakta, matematik dan ingatan.Manakala ,otak kanan
mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa kreatif, sintesis, warna, reka bentuk
seperti corak, pola, ruang, lukisan, gambar, di samping perasaan, irama, muzik, imaginasi.
(Mok Soon Sang, 2008)
2.3.4 Implikasi Teori-Teori Pembelajaran Pembelajaran Konstruktivisme terhadap
Pengajaran dan Pembelajaran
Untuk membolehkan pembelajaran koperatif berjalan dengan lancar,guru dan pihak
sekolah perlu mewujudkan suasana persekitaran yang membolehkan murid memainkan
peranan yang aktif dalam proses pembelajaran mereka.Guru tidak seharuskan berperanan
untuk menyusun ayat bagi menjelaskan makna dan kefahaman sesutu idea atau konsep
baru untuk kemudiannya dihafal. Melatih murid menggunakan pemikiran kritis, teknik
menganalisis dan mentafsir maklumat daripada data. Guru digalakkan menggunakan
kaedah dan teknik mengajar sumbangsara, perbincangan dan penyelesaian masalah.
2.4 Teori Pembelajaran Sosialis
Menurut Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh, 2012 dalam Buku DPLI Psikologi bahawa Teori
sosial adalah pengabungan mazhab behavioris dan mazhab kognitif dengan pengabungan
kedua-keduanya dikenali teori pelakuan model. Albert Bandura telah menjelaskan secara
dalam mengenali konsep ini.
2.4.1 Teori Pembelajaran Albert Bandura
Teori pembelajaran Albert Bandura juga dikenali sebagai teori peniruan. Terdapat empat
unsur utama dalam proses pembelajaran Bandura melalui pemerhatian atau permodelan,
iaitu perhatian (attention) bermakna pembelajaran hanya berlaku jika ada tumpuan
perhatian , mengingat (retention) bermakna pemerhati harus berupaya mengekalkan tingkah
laku yang diperhatikan dalam ingatan, reproduksi (reproduction) bermakna pemerhati harus
berupaya melakukan semula tingkah laku yang ditirunya, dan peneguhan

(reinforcement)/motivasi (motivation) bermakna pemerhati mungkin tidak akan melakukan


semula tingkah laku sekiranya didenda atau ditegur . (Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh, 2012)
2.3.4 Implikasi Teori-Teori Pembelajaran Pembelajaran Sosialis terhadap
Pengajaran dan Pembelajaran
Guru haruslah mengguna kaedah demonstrasi dengan contoh-contoh yang sesuai.
Selain itu, guru haruslah menyediakan situasi pembelajaran tanpa gangguan. Guru haruslah
menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif untuk menarik perhatian pelajar
dengan motivasi yang sesuai. Mengekalkan ingatan pelajar dengan mendemonstrasikan
langkah-langkah secara sistematik. Akhirnya,memberi peneguhan yang positif selepas
reproduksi.
2.5 Teori Pembelajaran Humanistik
Menurut Mok Soon Sang , 2008 dalam Buku Murid dan Alam belajar bahawa mengikut
pandangan ahli psikologi mazhab humanis bahawa fitrah manusia pada dasarnya, adalah
mulia dan baik. Individu akan berkembang secara semula jadi sekiranya kehidupan
persekitaran mereka adalah sesuai. Oleh itu, guru harus mengikut keperluan murid,
membantu mereka mempelajari ilmu pengetahuan yang mereka suka dan dianggap
bermakna.Carl Rogers, Maslow dan Neil telah menerang teori pembelajaran secara
humanistik. (Mok Soon Sang , 2008)
2.5.1 Teori Pembelajaran Carl Rogers
Teori pembelajaran yang disarankan oleh Carl Rogers mengandungi beberapa ciri yang
utama seperti berikut:pengalaman setiap individu adalah fenomena-logikal, iaitu
pengalamannya hanya dialami dan difahami oleh individu itu sendiri. Setiap individu
mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai kesempurnaan kendiri.
Setiap individu membentuk konsep kendiri yang unik melalui sistem nilai dan kepercayaan
diri yang berbeza dengan individu yang lain. Tingkah laku yang ditonjolkan oleh individu
adalah selaras dengan konsep kendiri dan kepercayaannya.Kefahaman tingkah laku
individu hanya dapat diperolehi melalui proses komunikasi.( Mok Soon Sang , 2008)
2.5.2 Teori Keperluan Maslow
Menurut teori keperluan Maslow dalam buku Mok Soon Sang bahawa keperluan ialah
kehendak manusia untuik mempersempurnakan keadaan kekurangan, gangguan dan
ketidakseimbangan dalam dirinya. Secara umumnya, keperluan manusia boleh
diklasifikasikan kepada keperluan fisiologi dan keperluan psikologi. Teori Keperluan Maslow
kepada tiga konsep asas seperti berikut: Motivasi yang disebutkan dalam Teori Keperluan

sebenarnya ialah motivasi intrinsik. Motivasi intrinsik ini merupakan kuasa dalaman yang
berada dalam perkembangan fisiologikal dan psikologikal manusia.Teori Keperluan pula
menghuraikan berkaitan motivasi di antara hierarki keperluan. Apabila individu telah
mendapat kepuasan dalam sesuatu hierarki, keperluan dalam hierarki yang lebih tnggi akan
berlaku secara semula jadi.Keperluan manusia dalam hierarki yang semakin rendah, ciri
persamaannya semakin besar, fleksibilitinya semakin kecil, dan perbezaan di antara individu
pula semakin kurang. Misalnya, keperluan makanan, minuman, oksigen, seks dan keperluan
asas yang lain bagi setiap orang adalah keperluan yang tidak dapat ditinggalkan.( Mok Soon
Sang , 2008)
2.5.3 Model Pendidikan terbuka: Neil
Menurut Mok Soon Sang, 2009 bahawa Sekolah Summerhill merupakan model
pendidikan terbuka yang dibina oleh Neil. Ia mula beroperasi pada tahun 1924. Aspirasi
sekolah ialah bebas, demokratik dan penyayang. Moto sekolah ialah kejujuran,
keseimbangan dan berkumpulan. Tujuan Neil membina Sekolah Summerhill ialah
membekalkan sesuatu alam belajar yang bebas, demoktratik dan penyayang untuk kanakkanak bermain dan belajar. Bukunya tentang cara-cara mendidik kanak-kanak di Sekolah
Summerhill yang diterbitkan pada tahun 1960 telah menjadi rujukan utama kira-kira 600
fakulti pendidikan di university-universiti Amerika Syarikat.
Dalam sekolah ini guru hanya mengajar murid mereka dengan kemahiran, teknik dan
cara belajar, memberi bimbingan yang sewajarnya apabila mereka menghadapi masalah
pembelajaran. Guru pula diberi autonomi menentukan sendiri cara membimbing kanakkanak belajar.
Di sekolah Summerhill, tiada ujian atau peperiksaan dan tiada kerja rumah diberikan.
Sekiranya murid ingin menduduki peperiksaan awam, bimbingan akan diberikan untuk
membantu mereka lulus peperiksaan tersebut.( Mok Soon Sang, 2009)
2.5.1 Implikasi Teori-Teori Pembelajaran Humanis terhadap Pengajaran dan
Pembelajaran
Dalam teori ini mengutamakan strategi berpusatan pelajar dan kaedah individu. Guru
bertanggungjawab membentuk iklim bilik darjah yang kondusif dan tanpa ancaman. Selain
itu, guru haruslah memastikan keperluan asas pelajar telah dipenuhi. Guru perlu bersifat
penyayang dan memupuk nilai kendiri positif di kalangan murid.
3.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, terdapat pendapat yang berbeza tentang makna pembelajaran
di kalangan behaviorismen, konstruktivis , kognitif, humanis dan sosialis.
Behaviorismenganggap pembelajaran sebagai perubahan dalam tingkah laku.Manakala

konstruktivis menganggap bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda tetapi
dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Tambahan pula kognitif
menganggap pembelajaran sebagai satu proses dalaman yang tidak dipehatikan secara
langsung. Humanis pula, menekankan perbezaan individu dan kehendak sikap dalam
pembelajaran. Akhirnya, sosial mengaanggap pembelajaran meliputi aspek yang lebih
daripada tingkahlaku yang nyata.

You might also like