You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SELEKOH

36200 SELEKOH, PERAK

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI PERTAMA 2013


Tarikh
Masa
Tempat

:
:
:

19.4.2013
1.30 petang
Bilik Sains

Kehadiran :
1.
En Khairussalleh Bin Abd Halim
2.
En Nanda Kishore a/l Applanaidu (Ketua Panitia)
3.
En. Reza Bin Zainuddin
4.
En Aziz Bin Yusof
Agenda 1 Ucapan Pengerusi
1.1
1.2
1.3

Ketua PanitiaEn Nanda Kishore mengucapkan terima kasih atas


kehadiran guru-guru ke mesyuarat panitia sains kali pertama.
Beliau memaklumkan keputusan mata pelajaran Sains bagi UPSR 2012
dimana ada peningkatan daripada tahun sebelumnya.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan
berharap usaha boleh ditingkatkan lagi pada tahun ini.

Agenda 2 Analisis dan Post Mortem Peperiksaan UPSR dan Ujian


Pengesanan Akhir Tahun 2010
2.1
Peratus Sains UPSR 2012 adalah 100%, meningkat 2.3%
berbanding tahun 2011.
2.2

Peratus yang menguasai Ujian Akhir Tahun juga meningkat

2.3

Cadangan strategi meningkatkan lagi prestasi:

2.4
2.4.1 Dedahkan murid teknik menjawab soalan bahagian B daripada
Tahun 4.
2.4.2 Latih tubi format soalan bahagian B.
2.4.3 Kenal pasti murid cemerlang, sederhana dan galus supaya guru
dapat memberi bimbingan dengan kaedah yang berbeza atau
latihan mengikut kemampuan murid.
2.4.4 Menggalakkan murid lebih banyak bertanya supaya dapat
merangsang aktiviti P&P yang lebih berkesan.
Agenda 3 Perancangan Panitia Kurikulum dan Anggaran Perbelanjaan 2013
3.1

Aktiviti Panitia
Pengerusi memaklumkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada
tahun 2013.
3.1.1
3.1.2
3.1.3
3.1.4

Persembahan Magic sains panitia sains di Perhimpunan pagi


Membuat Buku Skrap secara kumpulan atau individu
Aktiviti mingguan Pusat Sumber Sekolah bersama Panitia Sains
Menjalankan Bengkel Teknik Menjawab UPSR bagi murid Tahun 5 dan
Tahun 6.
3.1.5 Menjalankan aktiviti PEKA dan mengemaskini data dan maklumat
murid Tahun 6.
3.1.6 Kuiz Sains iaitu aktiviti selepas UPSR.
3.1.7 Minggu Matematik dan Sains.
3.2
Anggaran Perbelanjaan 2013
3.2.1 Anggaran keseluruhan yang diperuntukkan adalah lebih kurang
RM 632.00 setahun.
3.2.2 Perbelanjaan membeli bahan bantu mengajar diutamakan.
3.2.3 Setiap guru hendaklah menyenaraikan bahan yang diperlukan
sepanjang tahun 2013 supaya ketua panitia dapat membuat
perancangan yang teliti.
Agenda 4 PPSMI
4.1
Mesyuarat memutuskan supaya semua P&P hendaklah
dijalankan dalam Bahasa Melayu

Agenda 5 Pemantauan Kurikulum


5.1
Pencerapan akan dibuat mengikut jadual yang akan dikeluarkan.
5.2
Buku nota dan latihan murid akan disemak oleh pencerap dan
akan disahkan oleh Guru Besar.
Agenda 6 Hal-hal Lain
6.1
Pelarasan buku rancangan mengajar.
6.1.1 Kelas, waktu, mata pelajaran, tema, tajuk, hasil pembelajaran,
aktiviti dan refleksi.
6.1.2 Rancangan tahunan dan huraian sukatan pelajaran hendaklah
dilengkapkan selewat-lewatnya pada hujung bulan Januari.
6.2
Masalah Bilik Sains
6.2.1 LCD masih belum diletakkan dalam Bilik Sains walaupun telah
dibaiki. Ketua panitia akan mengambil tindakan agar masalah ini
dapat diselesaikan.Pekerja juga jarang membersihakan bilik sains
6.3
Setiap guru hendaklah membuat head count bagi kelas yang
diajar dan sasaran yang ingin dicapai pada tahun 2013.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang
Disediakan oleh,

Disemak oleh,

___________________________
(En Aziz Bin Yusof)
Seiausaha Panitia Sains
Sekolah Kebangsaan Selekoh

_______________________
(En Nanda Kishore a/Applanaidu)
Ketua Panitia Sains
Sekolah Kebangsaan Selekoh
Disahkan oleh :

En Khairussalleh bin Abd Halim

You might also like