You are on page 1of 5

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM JAYA GEMILANG DAN ANUGERAH

KO-KURIKULUM
Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat PN. HJH NORPIPAH BINTI ABDOL AHLI DEWAN
UNDANGAN NEGERI KAWASAN REMBIA MERANGKAP EXCO HAL EHWAL WANITA
PEMBANGUNAN KELURAGA DAN KESIHATAN dengan diiringi oleh Tuan Pengetua
SMTDSMZ.
Bismillah
Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera
Assalammualaikum salam sejahtera
Pembuka kata lidah bicara
Izinkan kami mulakan acara
Semoga majlis disambut ceria.
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara
Yang Berhormat PN. HJH NORPIPAH BINTI ABDOL AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI
KAWASAN REMBIA MERANGKAP EXCO HAL EHWAL WANITA PEMBANGUNAN
KELURAGA DAN KESIHATAN
Yang berusaha Pn Hjh Semah binti Mohd Noh, Pengetua SMTDSMZ
Yang Dihormati _______________________________
Pegawai Pendidikan Daerah Alor Gajah
Yang Berbahagia Pn.Hjh. Sermaini Pien, Pengerusi PIBG SMTDSMZ
Pengetua-pengetua dan wakil pengetua sekolah-sekolah kawasan Alor Gajah, ketua-ketua
jabatan ,Dif-dif jemputan, guru-guru seterusnya tuan-tuan dan puan-puan serta para pelajar
yang dihormati sekelian.
Pertamanya marilah kita memanjat kesyukuran ke hadrat ILLAHI kerana dengan keizinan
NYA dapatlah kita bersama sama berhimpun pada pagi yang indah dan bermakna ini untuk
bersama-sama di MAJLIS PERASMIAN PROGRAM JAYA GEMILANG DAN ANUGERAH
KO-KURIKULUM SMTDSMZ BAGI TAHUN 2008.
Terlebih dahulu bagi pihak majlis kami mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat PN. HJH
NORPIPAH BINTI ABDOL AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI KAWASAN REMBIA
MERANGKAP EXCO HAL EHWAL WANITA PEMBANGUNAN KELURAGA DAN
KESIHATAN
Semoga dengan kesudian Yang Berhormat PN. HJH NORPIPAH BINTI ABDOL AHLI
DEWAN UNDANGAN NEGERI KAWASAN REMBIA EXCO HAL EHWAL WANITA
PEMBANGUNAN KELURAGA DAN KESIHATAN serta hadirin sekelian meluangkan masa
pada hari ini akan menyeri dan menyemarak lagi majlis yang gilang-gemilang ini.
Acara dimulai dengan nyanyian Lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya dan lagu sekolah

Berbeza tetap bersatu.


Hadirin-hadirat diminta bersedia.
Nyanyian Lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya dan lagu sekolah
Majlis mempersilakan tetamu kehormat, Yang Berhormat PN. HJH NORPIPAH BINTI
ABDOL dan para tetamu untuk mengambil tempat yang telah disediakan
_____________________________________________________
Hadirin-hadirat yang dimuliakan,
Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dimulakan dengan bacaan doa oleh Tn Hj. Aziz
Mohamad . dipersilakan.
Bacaan Doa
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tn Hj. Aziz Mohama di di atas bacaan doa
itu tadi.
Hadirin hadirat warga dataran yang dimuliakan,
Hari Jaya Gemilang dan Anugerah Ko-kurikulum yang disambut pada hari ini merupakan
kesinambungan program Jaya Gemilang yang telah dimulakan sejak tahun 1998.
Ia merupakan program bersepadu diantara aktiviti kurikulum, ko-kurikulum dan kerohanian.
Ianya dirancang sebegitu rupa untuk menggabungkan penglibatan pelajar, guru, ibubapa,
masyarakat setempat dan badan-badan kerajaan mahupun swasta bertujuan mencapai
kejayaan yang lebih gemilang.
Antara matlamat program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan
pelajar dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum melalui pengiktirafan aktiviti bagi
mewujudkan insan yang seimbang, berketrampilan dan berilmu.
Manakala, objektif program ini pula ialah :
1. Memupuk semangat setiakawan, keyakinan dan disiplin pelajar.
2. meningkatkan tahap kecergasan pelajar
3. Menananpmkan sikap bertanggungjawabdalam tugas yang diberikan
4. memberi pengalaman yang menyeronokan kepada pelajar Dan ....
5. meningkatkan minat dan motivasi pelajar
Sidang hadirin yang dihormati,
Pelbagai aktiviti galakan, sokongan, motivasi dan bimbingan dijalankan bertujuan
meningkatkan kesedaran dan penghayatan terhadap kepentingan ilmu kearah membina
generasi maju yang berwawasan.
Diantara aktiviti tersebut ialah :
1. Ceramah agama
2. Pertandingan kawad kaki unit-unit beruniform
3. Hari Terbuka Akademik iaitu perjumpaan ibubapa bersama guru-guru bagi pelajar
tingkatan 5
4. Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik
5. Pameran Kerjaya & Ceramah dari IPTA dan IPTS

6. Pameran Buku & Agensi dari badan kerajaan & syarikat swasta
7. Pameran Sains dan teknologi yang dikendalikan oleh pelajar serta guru-guru.
8. Gerai jualan ria menjual makanan dan minuman yang diusahakan oleh warga SMTDSMZ

Hadirin-hadirat yang dimuliakan,


Bagi meneruskan majlis pada pagi ini, dipersilakan Yang Berusaha Pn Hjh Semah binti
Mohd Noh , Pengetua SMTDSMZ untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Ucapan Tuan pengetua
Demikianlah tadi ucapan alu-aluan yang telah disampaikan oleh Tuan Pengetua SMTDSMZ.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Pn Hjh Semah Binti Mohd Noh.
Hadirin-hadirat yang dikasihi,
Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan , iaitu ucapan perasmian tetamu kehormat kita, Yang
Berhormat PN. HJH NORPIPAH BINTI ABDOL AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI
KAWASAN REMBIA MERANGKAP EXCO HAL EHWAL WANITA PEMBANGUNAN
KELUARGA DAN KESIHATAN
seterusnya merasmikan Program Jaya Gemilang SMTDSMZ bagi tahun 2008.
Majlis dengan penuh rasa takzim mempersilakan Yg berhormat .
Ucapan Tetamu Kehormat
Alhamdullillah, rasmilah sudah Program jaya Gemilang SMTDSMZ bagi tahun 2008 yang
telah disempurnakan oleh tetamu kehormat kita. Majlis merakamkan jutaan terima kasih
kepada Yang Berhormat PN. HJH NORPIPAH BINTI ABDOL AHLI DEWAN UNDANGAN
NEGERI KAWASAN REMBIA MERANGKAP EXCO HAL EHWAL WANITA PEMBANGUNAN
KELURAGA DAN KESIHATAN di atas ucapan dan perasmian Program Jaya Gemilang itu
tadi.
Hadirin-hadirat warga dataran yang dihormati,
Buat pengetahuan hadirin semua, anugerah jaya gemilang di bahagikan kepada tiga
kategori iaitu anugerah emas, anugerah perak dan anugerah gangsa. Setiap anugerah
dibahagikan kepada pelajar atau pasukan pelajar dan guru.
Bagi anugerah emas, bentuk anugerah adalah
1. wang tunai RM 50 bagi pelajar/ pasukan dan RM 30 bagi guru
2. Cenderamata
3. sijil
Bagi anugerah perak pula, bentuk anugerah adalah
1. wang tunai RM 40 bagi pelajar/ pasukan dan RM 20 bagi guru
2. Cenderamata
3. sijil
Bagi anugerah gangsa pula, bentuk anugerah adalah
1. wang tunai RM 30 bagi pelajar/ pasukan dan RM 15 bagi guru
2. Cenderamata

3. sijil
Hadirin-hadirat yang dimuliakan,
kini tibalah masanya untuk majlis penyampaian anugerah , hadiah dan sijil penghargaan.
Maka dengan ini majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yg. berusaha Tuan
Pengetua untuk menjemput dan mengiringi Yang Berhormat PN. HJH NORPIPAH BINTI
ABDOL AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI KAWASAN REMBIA MERANGKAP EXCO
HAL EHWAL WANITA PEMBANGUNAN KELURAGA DAN KESIHATAN untuk tampil ke
hadapan menyampaikan anugerah, hadiah dan sijil penghargaan., dipersilakan.
Teks Penerima Anugerah
Emas Pelajar
- guru
Hadirin-hadirat yang dimuliakan,
untuk menghargai kesudian tetamu kehormat yang telah sudi meluangkan masa bersamasama dengan kita untuk majlis pada pagi ini.Dengan itu dijemput Tuan Pengetua untuk
menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Yang Berhormat PN. HJH
NORPIPAH BINTI ABDOL AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI KAWASAN REMBIA
MERANGKAP EXCO HAL EHWAL WANITA PEMBANGUNAN KELURAGA DAN
KESIHATAN
Tenang-tenang air di laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi sedikit rasa nak junjung.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat PN. HJH NORPIPAH BINTI
ABDOL AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI KAWASAN REMBIA MERANGKAP EXCO
HAL EHWAL WANITA PEMBANGUNAN KELURAGA DAN KESIHATAN
dan Tuan pengetua yang telah sudi menyampaikan anugerah, hadiah, sijil dan cenderamata
itu tadi.
Seterusnya, anugerah perak dan gangsa bagi pelajar
Jesteru itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput YDP PIBG Pn HJh Sermaini Bt
Pien bagi mengiringi Yang Di hormati En Abd Razak Mohd Ali selaku wakil rasmi Pegawai
Pelajaran daerah Alor Gajah.
Majlis Mempersilakan...
Teks anugerah.....
Gangsa pelajar
Perak pelajar
Gangsa Guru
Perak Guru
Anugerah Jurulatih
Anugerah Bacathon

Seterusnya, Pihak majlis ingin memberikan cenderahati tanda kenangan kepada Yang di
hormati En Abd Razak Mohd Ali. Jesteru itu, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Yang Di pertua PiBG SMT DSMZ selaku wakil sekolah untuk memnerikan
cenderahati kepada Em Abd Razak Mohd ali, majlis mempersilakan.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas kesudian Yang dihormati En Abd Razak
Mohd Ali di atas penyampaian anugerah itu tadi..
Demikianlah tadi majlis penyampaian anugerah, hadiah serta sijil penghargaan.
Perbarisan keluar padang
Hadirin yang dimuliakan,
seterusnya marilah kita sama-sama meyaksikan persembahan pelajar
1. Pasukan Kadet Kawad kaki KRS (P),
2. Pasukan Kadet Polis (P) dan diikuti
3. persembahan taek kwan do.
4. Pelancaran roket
Majlis mempersilakan
Demikian tadi persembahan daripada para pelajar SMT DSMZ
Majlis merakamkan jutaan terima kasih.
Seterusnya majlis mempersilakan Tuan Pengetua untuk mengiringi tetamu kehormat dan
dif-dif jemputan melawat ke tempat-tempat pameran dan akhirnya menikmati jamuan ringan,
dipersilakan.
Dengan itu kami sudahi dengan wabillah. w.b.t. dan terima kasih.

You might also like