You are on page 1of 6

BAB 3

METODOLGI KAJIAN
3.1

Pendahuluan

Bahagian ini akan menjelaskan kaedah dan data yang digunakan oleh pengkaji untuk
memperoleh data kajian mengenai penukaran kod. Kemudian, pengkaji juga akan
menjelaskan cara pengkaji menganalisis data kajian.
3.2

Kaedah Penyelidikan

Pengkaji menjalankan beberapa kaedah dalam usaha mencari dan memperoleh data
kajian pengkaji mengenai penukaran kod dalam filem The Journey. Kaedah-kaedah
tersebut bermula daripada kajian kepustakaan, diikuti dengan pengenalpastian data
kajian, kaedah transkripsi dan kaedah menganalisis data. Berikut merupakan
penjelasan lanjut mengenai kaedah-kaedah penyelidikan tersebut.
3.2.1

Kajian Kepustakaan

Sebelum memperoleh data kajian, pengkaji melakukan kajian perpustakaan. Pengkaji


menjalankan kajian perpustakaan di Perpustakaan Pusat Pengajian Bahasa dan
Linguistik (PPPBL), Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL) dan Perpustakaan Alam dan
Tamadum Melayu (PATMA). Pengkaji memulakan kajian perpustakaan di PPPBL untuk
melihat tajuk-tajuk tesis yang berkaitan dengan penukaran kod yang pernah dilakukan
oleh pelajar-pelajar Linguistik. Pengkaji juga merujuk kepada sumber rujukan tesis
tersebut bagi membolehkan pengkaji mendapatkan sumber rujukan primer di PTSL dan
PATMA.
Kajian perpustakaan ini dibuat bagi membolehkan pengkaji memperoleh
maklumat yang berkaitan dengan penukaran kod. Kajian-kajian lepas yang berkaitan
dengan penukaran kod diperoleh dalam bentuk jurnal, buku, monograf, dan sebagainya.

Kajian-kajian ini dijadikan rujukan oleh pengkaji yang juga mengkaji penukaran kod
untuk mengetahui konsep, kaedah, sebab, dan pandangan pengkaji-pengkaji lepas
mengenai penukaran kod. Selain itu, kajian perpustakaan juga penting untuk
melengkapkan kosa ilmu. Dengan mengisi kosa ilmu, pengkaji dapat mengesan
kelompangan yang ada daripada kajian-kajian lepas mengenai penukaran kod.
3.2.2

Pengenalpastian Data Kajian

Setelah pengkaji mengetahui kelompangan yang dapat diisi, pengkaji menetapkan tajuk
kajian iaitu penukaran kod dalam filem The Journey. Filem ini dipilih kerana pengkaji
mendapati filem ini mempunyai banyak fenomena penukaran kod. Kepopularan filem ini
juga merupakan sebab pengkaji memilih filem ini sebagai data kajian. Filem The
Journey telah memperoleh keuntungan yang sangat tinggi pada tahun 2014 sehingga
mengalahkan pemegang keuntungan yang tertinggi iaitu KL Gangsters. Keuntungan
yang diperoleh melalui filem ini telah membuktikan bahawa filem ini sangat menarik
ramai orang untuk menonton filem ini. Semakin ramai orang menonton filem ini,
semakin luaslah penyebaran fenomena penukaran kod. Hal ini kerana masyarakat
mudah terpengaruh dengan perlakuan pelakon-pelakon. Jadi, sekiranya pelakonpelakon dalam filem The Journey melakukan penukaran kod, maka masyarakat akan
menganggap fenomena ini adalah satu amalan yang biasa. Kemungkinan juga mereka
akan melakukan penukaran kod dalam kehidupan mereka akibat pengaruh filem yang
popular ini.
Filem ini popular disebabkan jalan ceritanya yang menarik. Filem ini
mengisahkan percintaan seorang perempuan berketurunan Cina Malaysia dengan
seorang lelaki Barat. Percintaan mereka pada awalnya ditentang oleh ayah perempuan
tersebut yang bersifat konservatif. Ayahnya terpaksa menerima lelaki tersebut sebagai
anak mertuanya kerana lelaki Barat tersebut sudah bertunang dengan anak perempuan
dengan satu syarat iaitu maljis perkahwinan mestilah diadakan mengikut adat Cina.
Dalam proses mengedarkan kad jemputan kepada saudara-mara dan kawan-kawan,
ayah perempuan tersebut mula menerima anak mertuanya. Kesudahannya cerita
adalah kesudahannya yang baik dan mengharukan.
3.2.3

Kaedah Transkripsi

Untuk mendapatkan data kajian, pengkaji membeli video cakera padat (VCD) The
Journey. Kemudian, pengkaji menonton filem ini sambil mengesan penukaran kod yang
berlaku dari awal hingga akhir cerita. Selepas habis menonton filem ini, pengkaji
menonton lagi buat kali kedua. Hal ini kerana pengkaji ingin memungut data penukaran
kod yang berlaku. Pemungutan data ini dilakukan sambil mengulangi bahagian yang
mempunyai unsur penukaran kod untuk memastikan data yang dikumpulkan adalah
tepat dan betul. Data dipungut dengan menggunakan kaedah transkripsi.
Kaedah transkripsi dilakukan dengan mengumpulkan data-data penukaran kod
yang didapati dalam filem The Journey dengan memindahkan bunyi bahasa kepada
bentuk tulisan. Disebabkan filem ini merupakan filem Cina, kebanyakan bahasa yang
terlibat dalam penukaran kod ialah bahasa Cina dan variasinya serta bahasa lain
seperti bahasa Melayu dan Inggeris. Bahasa Cina akan ditranskripsi mengikuti
sistem pinyin dan variasinya akan ditranskripsi mengikut sistem ejaan bahasa Melayu.
Setelah data penukaran kod ditranskripsikan, pengkaji juga akan menterjemahkan
perkataan bahasa Cina dan variasinya serta bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu.
Penterjemahan ini memudahkan pembaca lebih memahami kajian yang dibuat oleh
pengkaji.
3.2.4

Kaedah Analisis Data

Hasil data yang diperoleh melalui kaedah transkripsi akan dicerakinkan mengikut skop
kajian pengkaji. Skop kajian pengkaji ialah tahap penukaran kod dan faktor berlakunya
penukaran kod dalam filem The Journey.
Pada tahap-tahap penukaran kod, data dicerakinkan kepada empat iaitu
penukaran kod dalam perkataan, penukaran kod tempelan, penukaran kod dalam ayat
dan penukaran kod antara ayat. Tahap penukaran kod dalam perkataan adalah
penukaran dari satu bahasa kepada satu bahasa lain yang berlaku dalam perkataan.
Contoh data tahap penukaran kod ini ialah you dont knowlah (kamu tidak
tahulah). Penukaran kod tempelan adalah penggunaan perkataan atau frasa tertentu
daripada bahasa lain semasa bertutur menggunakan bahasa itu. Perkataan atau frasa
tertentu hadir sama ada pada awal ataupun akhir sesuatu ayat. Contoh data bagi
penukaran kod tempelan ialah Excuse me, yau sek shi gan dou (minta maaf, waktu

rehat sudah sampai). Penukaran kod dalam ayat pula berlaku apabila wujudnya
pengalihan daripada satu bahasa kepada bahasa lain dalam satu ungkapan yang sama.
Contoh data bagi penukaran kod dalam ayat ialah jin tian wo zhen de bu ke yi
tahan liao (Hari ini saya memang tidak boleh tahan lagi). Manakala penukaran kod
antara ayat ialah penukaran dari satu bahasa kepada satu bahasa lain yang berlaku
antara ayat. Contoh data bagi penukaran kod antara ayat ialah I would like to go with
you. Lei dang dang ngo (Saya mahu pergi dengan kamu. Kamu tunggu saya).
Pengkaji juga akan mengkaji aspek semantik penukaran kod berdasarkan
pemerhatian pengkaji terhadap jalan cerita filem The Journey. Pengkaji mendapati
bahawa perkataan atau frasa tertentu dalam penukaran kod mempunyai lebih daripada
satu makna. Contohnya, Hai, ani hao, my name is Benji (Hai, apa khabar? Nama
saya Benji). Frasa ni hao adalah dalam bahasa Cina. Frasa tersebut sekiranya
diterjemahkan

terus

mengikut

perkataan

bermaksudkamu

Perkataan ni bermaksud kamu manakala hao bermaksud baik.

Frasa ni

baik.
hao yang

bermaksud kamu baik merupakan ayat pernyataan. Walau bagaimanapun, frasa ni


hao juga boleh digunakan sebagai ayat tanya. Hal ini kerana frasa ni hao juga
bermaksud apa khabar. Penutur Cina biasanya akan menggunakan frasa ni
hao untuk menanyakan khabar orang lain.
3.3

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, pengkaji telah menjelaskan kaedah-kaedah penyelidikan yang


pengkaji gunakan dalam mengkaji penukaran kod dalam filem The Journey. Selain itu,
pengkaji juga telah menjelaskan kaedah menganalisis data kajian berdasarkan skop
kajian pengkaji. Kaedah kajian yang dilakukan oleh pengkaji akan menghuraikan skop
kajian pengkaji dengan jelas dan teliti.

You might also like