You are on page 1of 7

(a) Refleksi kendiri

Teaching Children hygiene Using Problem Based Learning: The Story Telling to Games
Based Learning
Selepas perbincangan tajuk ini, dapat saya rumuskan bahawa Pembelajaran Berasaskan
Masalah (PBL) mula diperkenalkan dalam pembelajaran tradisional sekitar tahun 1960-an di
McMaster University, Canada (Barrow & Tamblyn, 1980). Pada mulanya, kaedah ini ditolak
oleh semua orang. Namun begitu, beliau menggunakan kaedah ini kepada pelajar perubatan
di bawah seliaannya dan mendapat reaksi yang positif di kalangan pelajar tersebut.
Pendekatan ini telah membuka mata dan menarik minat para pendidik yang lain untuk
menggunakannya. Kesannya, pendekatan ini telah digunapakai dalam pelbagai bidang
terutamanya dalam bilang kejuruteraan. Kini, Professor Barrow menjadi role model bagi PBL
dan Universiti McMaster menjadi perintis kepada PBL. Selain itu, Don Wood merupakan
bapa kepada PBL dalam bidang kimia. Beliau juga dari Universiti McMaster.
Apa yang saya lihat dalam perbincangan ini ialah definisi awal PBL memperkenalkan Model
Klasik oleh Barrow dan Tamblyn, 1980 yang dinyatakan dalam penulisan Baden dan Mojor
(2004) yang mempunyai ciri-ciri seperti:
a) Situasi masalah sebenar yang kompleks iaitu tidak mempunyai jawapan yang betul atau
salah,
b) Pelajar bekerja dalam kumpulan untuk menangani masalah, mengenalpasti jurang
pembelajaran dan mengembangkan pelbagai penyelesaian,
c) Pelajar memperolehi informasi baru melalui pembelajaran kendiri,
d) Pensyarah sebagai pembimbing,
e) Masalah akan memandu ke arah perkembangan keupayaan penyelesaian masalah ilmu
perubatan.

Berdasarkan Smith (1997) dan Edward dan Monika (1995) terdapat lima proses untuk
menyelesaikan masalah. Proses-proses tersebut ialah:
a) Mengenalpasti Masalah
Pada peringkat ini, pelajar akan diberikan masalah untuk diselesaikan. Tugas pelajar adalah
untuk mengenalpasti masalah yang diberi dan menjadikan masalah tersebut sebagai persoalan
yang perlu diselesaikan. Kemudian, pelajar perlu membuat rumusan berdasarkan objektif
masalah dan mengenalpasti sumber-sumber yang perlu digunakan untuk memperolehi
maklumat yang benar, relevan dan penting untuk menyelesaikan masalah tersebut. Selain itu,
pelajar perlu merancangan kaedah penyelesaian dari peringkat awal sehingga permasalahan
tersebut dapat diselesaikan dengan sempurna. Menurut Mohd Azhar Abdul Hamid (2003)
menyatakan, pada mulanya masalah dikenalpasti daripada segi struktur masalah dan dibuat
definisi. Definisi yang tepat membantu pemahaman bagi menyelesaikan masalah yang
dihadapi dan memilih alternatif penyelesaian masalah yang tepat.
b) Menganalisis Masalah dan Mengumpulkan data
Pelajar perlu mengumpul data dan membuat penganalisian terhadap maklumat yang
diperolehi. Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan terdapat pelbagai teknik pengumpulan
data. Contohnya, gambar rajah tulang (analysis: couse dan effect), carta pareto, carta pai,
carta aliran dan lain-lain.Proses menganalisis masalah ini diperlukan bagi mengembangkan
pemikiran dan mempertimbangkan semua kemungkinan. Objektif bagi peringkat ini adalah
mencari punca masalah tersebut berlaku. Menurut Kirby, Gary R, dan Goodpaster, Jeffery. R
(2002), sesuatu masalah itu tidak dapat diselesaikan sehinggalah punca masalah tersebut
ditemui. Beberapa persoalan perlu ditanya sama ada apa, di mana, bila, siapa dan bagaimana
masalah itu berlaku. Masalah dianalisis daripada pelbagai sudut seperti ataupun kepentingan
masalah, pengalaman diri, tindak balas pihak lain, kos masalah, lokasi berlaku masalah,
perbandingan dengan masalah lain dan sebagainya ( Mohd Azhar Abdul Hamid, 2003).Pada
peringkat ini, pelajar boleh mengesahkan kesahihan maklumat yang diperolehi dan mampu
mengenalpasti penyarah yang boleh dirujuk untuk menyelesaikan masalah tersebut. Selain
itu, pelajar mampu mencari punca utama masalah tersebut. Pelajar juga perlu berbincang dan

berkongsi maklumat dangan ahli kumpulan yang lain serta perlu memastikan sama ada
maklumat yang dikumpulkan mencukupi ataupun tidak.
c) Membuat Keputusan
Pelajar perlu membuat pemilihan penyelesaian masalah dengan tepat dan pastikan
penyelesaian yang dibuat merupakan penyelesaian yang terbaik. Disamping itu, pelajar perlu
mempunyai alasan yang kukuh untuk menyokong penyelesaian yang diambil. Pemilihan
penyelesaian ini dijana dengan menggunakan pelbagai kaedah bagi memastikan idea yang
diperolehi berkualiti. Menurut Mohd Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan bahawa salah
satu kaedah mencari penyelesaian adalah brainstorming. De Janasz, et al (2002), kaedah ini
mengundang banyak ideea untuk menyelesaikan masalah kerana kaedah ini merupakan salah
satu teknik di mana ramai orang dari satu kumpulan berkongsi idea terhadap suatu perkara
tanpa mengkritik. Ini adalah supaya perbincangan terbuka di dalam kumpulan tersebut
digalakkan bagi menghasilkan idea kreatif. Kaedah ini sesuai digunakan bagi masalah
kumpulan.
d) Mengenalpasti Penyelesaian yang Terbaik
Kini, pemusatan pemikiran diperlukan bagi menilai, membanding dan menjalankan
percubaan melaksanakan jalan penyelesaian (Mohd Azhar Abdul Hamid, 2003). Pada
peringkat ini, pelajar perlu merancang bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut
dengan sewajarnya. Ini kerana, faktor paling penting dalam penilaian adalah kesan kepada
jalan penyelesaian. Kesan ini terdiri daripada kesan posivif dan negatif. Oleh itu,
pertimbangan yang teliti amat diperlukan bagi memastikan keputusan yang dipilih
mempunyai kelebihan dan memberi manfaat kepada ahli kumpulan yang lain. Selain itu,
pelajar seharusnya mampu untuk memastikan keputusan yang dipilih boleh mengembangkan
atau menghadkan penyelesaian masalah serta keputusan yang dipilih merupakan alternatif
yang terbaik.

e) Melaksanakan Keputusan
Mohd Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan bahawa keempat-empat peringkat di atas
hanya terkandung dalam peringkat perancangan. Selepas penentuan alternatif jalan
penyelesaian, ianya perlu dilaksanakan dengan teknik yang betul dan tepat. Ini juga
membantu penyelesaian masalah bagi mengorganisasikan proses pelaksanaan dan menguji
sama ada hasil yang dijangka dapat dijana atau tidak.

Di dalam artikel ini juga saya dapati, ia membincangkan tentang rekabentuk dan pelaksanaan
berdasarkan permainan(e-Bug Detectives) yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran
tentang kebersihan kepada para pelajar yang berumur antara 13 hingga 15 tahun. Antara
kaedah pedagogi yang diimplementasikan ialah kaedah penyelesaian masalah (Problem
Based Learning).Kaedah ini menggunakan lima tahap pelaksanaan PBL di dalam pengajaran
dan pembelajaran.

Pada pandangan saya, antara kelebihan utama PBL berbanding strategi pembelajaran lain
yang dicadangkan oleh teori konstruktivisme ialah rangsangan atau stimulasi yang berjaya
dihasilkan olehnya dalam membentuk kognitif pelajar agar lebih bersifat ingin tahu. Ini
seterusnya menurut mereka berjaya meningkatkan minat atau motivasi pelajar untuk terus
belajar. Masalah yang menyerupai masalah dunia sebenar yang digunakan pula membolehkan
pelajar mencuba pelbagai jalan penyelesaian dalam persekitaran pembelajaran yang lebih
selamat (Jamalludin Harun, et al, 2005).
Ia jelas membuktikan bahawa Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) mampu untuk
melahirkan dan mendidik pelajar menjadi seorang pemimpin yang mempunyai kemahiran
menyelesaikan masalah. Selain itu, pelajar dapat meningkatkan minat dan motivasi untuk
terus belajar, membina kemahiran pemikiran kritis dan kreatif, menganalisis dan
menyelesaikan masalah. Oleh hal demikian, pelajar dapat meningkatkan pemahaman dan
pengetahuan isi pelajaran bagi sesuatu matapelajaran dengan mudah dan mendalam. Secara
tidak langsung dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar tersebut. Penyataan ini
disokong dengan kajian yang dilakukan oleh Ward dan Lee (2004) menyatakan bahawa
pelajar yang mengikuti kaedah PBL dapat memahami isi pelajaran dengan lebih mendalam

bagi matapelajaran Teknologi Makanan dan Nutrisi.


Kesimpulannya, kaedah PBL banyak menekankan dan menitikberatkan cara pelajar
menganalisis masalah dan menyelesaikannya. Kemahiran ini adalah penting bagi melahirkan
dan mendidik bakal-bakal pemimpin yang bertanggungjawab dan berkeyakinan dalam
menyelesaikan masalah dan mampu untuk membuat keputusan yang tepat dan adil. Secara
amnya, kaedah PBL boleh dijadikan salah satu pendekatan dan latihan yang berkesan untuk
melahirkan pemimpin-pemimpin yang mempunyai jati diri yang kuat, berwawasan tinggi,
mengamalkan cara komunikasi yang betul, dan berkemahiran membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah dengan tepat. Ciri-ciri tersebut merupakan ciri-ciri yang perlu ada
dalam diri seseorang pemimpin yang disenangi dan disukai oleh pengikut-pengikutnya. Oleh
hal yang demikian, orang-orang yang dipimpin akan lebih menghormati dan berasa selamat
di bawah jagaannya

Rujukan
Dr. Ee Ah Meng (2003) Ilmu Pendidikan Pengetahuan dan Ketrampilan Ikhtisas (Semester
1):Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd
Jamalludin Harun, et al, 2005) Ilmu Pendidikan, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd
Kirby, Gary R, dan Goodpaster, Jeffery. R (2002 ) Foundations of Problem-based
Learning :Society for Research into Hagher Education & Open University Press
Mohd Azhar Abdul Hamid (2003) Nota Pengurusan Pengajaran-Pembelajaran: Mutimedia-ES
ResourcesSdn Bhd
Ward dan Lee (2004) (2003) Problem-based Learning Using Problems to Power Learning in the21th
century:Thomson Asia Pte Ltd .

You might also like