Professional Documents
Culture Documents
Butiran Mengenai Audit
Butiran Mengenai Audit
Assalamualaikum. Saya XXX dari YYY, ada membaca mengenai syarikat encik dalam laman
web. Saya juga berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai servis yang disedikan oleh
encik kerana syarikat saya tengah mencari setiausaha syarikat, akaun, audit dan tax baru untuk
melaksanakan akaun syarikat saya. Di sini ada beberapa soalan untuk ditanyakan:
1. Sekiranya syarikat ingin bertukar setiausaha syarikat, akaun, audit dan tax macam mana yer?
2. Anggaran fees akaun dan audit untuk setahun berapa sekiranya syarikat keluarkan invois
dalam RM1K++ dan penyata bank 2-3 muka surat sebulan?
3. Fees tax untuk tahun tersebut?
4. Fees untuk setiausaha syarikat? apa yang perlu dilakukan untuk tukar setiausaha syarikat baru?
Syarikat sangat berbesar hati sekiranya encik boleh menyediakan quotation untuk syarikat saya.
Terima kasih. JAWAPAN:- Waalaikummussalam. Terima kasih kerana mengunjungi website
kami. Berikut merupakan maklumbalas berhubung soalan yang XXX ajukan:- 1.
PERTUKARAN SETIAUSAHA SYARIKAT, AKAUN, AUDIT DAN CUKAI a) Setiausaha
Syarikat Dokumen yang perlu disediakan:- a) Resolusi Pengarah Pertukaran Setiausaha
Syarikat b) Resolusi Pengarah Pertukaran Alamat Berdaftar c) Borang 49 d) Borang 44
Anggaran kos pertukaran adalah berjumlah RM260. Sama ada proses pertukaran tersebut
dilakukan oleh pihak Setiausaha Syarikat lama atau Setiausaha Syarikat baru. Ianya bergantung
kepada persetujuan penyerahan dokumen oleh pihak Setiausaha Syarikat lama. Suka untuk
diingatkan bahawa sekiranya Syarikat Puan masih mempunyai bayaran tertunggak dengan
Syarikat Setiausaha Syarikat sebelum ini, maka bayaran tersebut perlulah dijelaskan terlebih
dahulu agar fail Syarikat dapat diserahkan kepada Setiausaha Syarikat yang baru. b) Akaun Dari
segi perakaunan, surat perlantikan sebagai Akauntan perlulah dibuat dan ditandatangani oleh
Pengarah Syarikat. c) Audit Untuk pertukaran Juruaudit Syarikat, surat perlantikan sebagai
Juruaudit perlulah dibuat dan ditandatangani oleh Pengarah Syarikat. Surat ini juga perlulah
dihantar kepada Setiausaha Syarikat untuk memaklumkan bahawa Syarikat telah melantik
Juruaudit yang baru. Sekiranya Syarikat Puan telah di audit sebelum ini, maka pihak Juruaudit
yang baru dilantik akan menghantar Professional Clearance Letter kepada Juruaudit
sebelumnya untuk memaklumkan bahawa pihak Syarikat telah melantik Juruaudit yang baru. d)
Percukaian Dari segi percukaian, surat perlantikan sebagai Agen Cukai Syarikt perlulah dibuat
dan ditandatangani oleh Pengarah Syarikat. Surat Professional Clearance Letter juga akan
dihantar kepada Agen Cukai sebelumnya (jika ada) untuk memaklumkan bahawa pihak Syarikat
telah melantik Agen Cukai yang baru. 2. ANGGARAN YURAN AKAUN DAN AUDIT a)
Akaun Anggaran yuran akaun untuk setahun adalah bermula serendah RM1,500 setahun tidak
termasuk perbelanjaan lain (disbursement) seperti belanja telefon, alat tulis, percetakan dan
sebagainya. Ianya juga bergantung kepada jangkamasa dan workloaded transaksi untuk
menyiapkan sesuatu perakaunan. b) Audit Anggaran yuran Audit adalah bergantung kepada garis
panduan yang telah diberikan oleh Malaysian Institute of Accountant (MIA). Yuran audit adalah
berdasarkan jumlah Pendapatan Kasar setahun atau jumlah Aset sesebuah Syarikat (yang mana
lebih tinggi). Dilampirkan jadual Audit untuk rujukan pihak Puan. Untuk Syarikat tidak aktif,
yuran Audit adalah serendah RM800 tidak termasuk perbelanjaan lain (disbursement) 3.
YURAN CUKAI Menurut Undang-undang Cukai di Malaysia, semua entiti yang menerima