You are on page 1of 1

LAPORAN JURUAUDIT DALAMAN

Penyata kewangan ini adalah mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Bahagian
Kewangan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kami telah mengaudit semua transaksi kewangan dan laporan kewangan persatuan yang
berakhir pada 31 Disember 2012. Kami telah menjalankan proses audit selaras dengan
keperluan standard perakaunan mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Bahagian
Kewangan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Setelah meneliti dan menyemak semua transaksi kewangan persatuan ,pada pandangan
dan pendapat kami:
(a)
(b)

Maklumat di dalam Penyata Kewangan yang dinyatakan telah menunjukkan


kedudukan kewangan tahunan sebenar Persatuan pada tarikh berakhir 31
Disember 2012 , selaras dengan Perlembagaan Persatuan.
Segala transaksi perakaunan dan kewangan telah direkod dengan lengkap
berdasarkan Perlembagaan Persatuan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh
ahli jawatankuasa persatuan.

Oleh yang demikian, kami dengan ini mengesahkan bahawa laporan kewangan Persatuan
Ibu Bapa-Guru Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn (2) yang berakhir 31
Disember 2012 adalah benar dan tanpa sebarang keraguan.

....
(En. Harold Kefli Bin Mohamed Sohor)
Juruaudit Dalaman
PIBG SKBTHO (2), 2012

(Pn. Rose Halina Bt Abdul Halim)


Juruaudit Dalaman
PIBG SKBTHO (2), 2012

You might also like