You are on page 1of 42

HARYANI DALILLAH HUSSAIN M20121000072

SARJANA PENDIDIKAN (PENGURUSAN PENDIDIKAN)

PPP 6114
PENGURUSAN KEWANGAN PENTADBIR SEKOLAH

KAJIAN KES
BAGAIMANA SEKOLAH MENYEDIAKAN PENYATA TAHUNAN KEWANGAN SEKOLAH SEBELUM DIHANTAR KE UNIT AUDIT.

OBJEKTIF KAJIAN KES


Kefahaman

berkaitan konsep, sistem dan tatacara penyediaan Penyata Kewangan Tahunan Sekolah bagi tiap-tiap Kumpulan Wang.

Melihat kompetensi merancang, mengawal, menilai, dan pelaporan kedudukan kewangan dalam penyediaan Penyata Kewangan Tahunan Sekolah mengikut sistem ditetapkan.
akauntabiliti pengurusan sekolah terhadap penyediaan Penyata Kewangan

Melihat

BIDANG-BIDANG UTAMA PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH

PENGURUSAN BELANJAWAN PENGURUSAN PERAKAUNAN PENGURUSAN HASIL

PENGURUSAN KEWANGAN
PENGURUSAN BAYARAN PENGURUSAN ASET PENGURUSAN PEROLEHAN

KAWALAN PENGURUSAN

PENGENALAN

Penyata yang menunjukkan kedudukan kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember bagi kumpulan wang yang disenggarakan oleh sekolah.

Buku Tatacara Pengurusan Kewangan Dan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah

UNDANG-UNDANG YANG BERKUATKUASA


Akta Acara Kewangan 1957 (Disemak 1972) Akta Pendidikan 1996 [Peraturan Pendidikan (Akaun dan Audit) 2002] Arahan Perbendaharaan Pekeliling dan Surat Pekeliling Perbendaharaan Surat Pekeliling Bahagian Kewangan Pekeliling dan Surat Pekeliling JPN Buku Tatacara Pengurusan Kewangan Dan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah

Penghantaran Penyata Kewangan

PENYATA PERLU DIHANTAR TIDAK LEWAT DARI 31 MAC TAHUN YANG BERIKUTNYA.
Peraturan 6, Peraturan Pendidikan(Akaun dan Audit) 2002

Penghantaran Penyata Kewangan Pihak sekolah dikehendaki mengemukakan penyata kewangan tahunan sekolah pada atau sebelum 28/29 Februari tahun berikutnya kepada Pejabat Audit Sekolah supaya pihak sekolah mempunyai tempoh satu bulan iaitu sehingga 31 Mac untuk membuat pembetulan, dimana-mana yang perlu pada penyata tersebut.
Surat Pekeliling Kewangan 4/88

Penghantaran Penyata Kewangan

Penyata perlu dikemukakan kepada Pengarah Pelajaran Negeri yang kemudiannya hendaklah mengemukakan kepada Pejabat Audit Sekolah.

Mengikut Peraturan 6, PeraturanPendidikan (Akaun dan Audit) 2002

Pengurus Sekolah dikehendaki mengemukakan salinan asal Penyata Kewangan Tahunan Sekolah yang telah disahkan bersama dengan disket backup PATSKOM melalui Ketua PTJ masingmasing kepada Pejabat Audit Sekolah Negeri. SM.Teknik, SBP/SKecemerlangan dan SR/SM Pendidikan Khas, Penyata Kewangan perlu dikemukakan terus Kepada Pejabat Audit Sekolah Negeri dan sesalinan Kepada Ketua PTJ masingmasing. Pihak sekolah dikehendaki simpan satu

Penghantaran Penyata Kewangan

Sekolah hendaklah menyediakan Penyata Kewangan Tahunan Sekolah melalui aplikasi PATSKOM.

Surat siaran Bahagian Kewangan KPM KPM Bil KP 1602/900/D/Jld.VI (71)KP 1602/900/D/Jld.VI (71) bertarikh26 Januari2000

Penalti
Seseorang yang melanggar peraturanperaturan ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.
Peraturan 13, Peraturan Pendidikan (Akaun dan Audit) 2002

PENYEDIAAN PENYATA KEWANGAN TAHUNAN SEKOLAH

Kandungan

Kunci

Kira-Kira. Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan. Penyata Penerimaan dan Pembayaran. Nota Akaun dan Penyata lain berkaitan.

Persiapan Awal

Penyata

Kewangan Sekolah tahun lepas yang telah diaudit / belum diaudit untuk mendapatkan baki dibawa kehadapan. Buku Tunai setiap kumpulan wang yang telah dikemaskini. Rekod-rekod ABT dan ABB tahun semasa. Format kertas kerja penghitungan. Format penyata kewangan tahunan sekolah.

1. PENYATA PENERIMAAN & PEMBAYARAN

Penyata yang menunjukkan jumlah terimaan sebenarnya telah diterima dan juga jumlah bayaran sebenarnya telah dibayar dalam tempoh tahun kewangan berkenaan serta kedudukan baki wang yang ada dalam bank pada akhir tahun.

TATACARA PENYEDIAAN PENYATA PENERIMAAN & PEMBAYARAN

Butir-butir penerimaan dan pembayaran diambil terus dari buku tunai yang telah dikemaskini bagi tempoh penyata itu dibuat.

DEFINISI PENERIMAAN

Amaun sebenar yang diterima sebagaimana yang tercatat dalam buku tunai.

DEFINISI PEMBAYARAN

Jumlah sebenar yang dibayar sebagaimana yang tercatat dalam buku tunai.

2. PENYATA PENDAPATAN & PERBELANJAAN

Penyata yang menunjukkan jumlah penerimaan yang sepatutnya diterima dan jumlah pembayaran yang sepatutnya dibayar pada tahun berkenaan serta menunjukkan Kelebihan (Kekurangan) pendapatan atas perbelanjaan bagi tahun berkenaan.

DEFINISI PENDAPATAN

Amaun sepatutnya diterima sesuatu tahun, termasuk amaun yang masih belum diterima.

PERBEZAAN ANTARA PENERIMAAN DENGAN PENDAPATAN

PENERIMAAN
Amaun sebenar yang diterima sebagaimana yang tercatat dalam buku tunai.

PENDAPATAN
Amaun sepatutnya diterima sesuatu tahun, termasuk amaun yang masih belum diterima.

DEFINISI PERBELANJAAN

Amaun sepatutnya dibayar dalam sesuatu tahun, termasuk amaun yang masih belum dibayar.

PERBEZAAN ANTARA PEMBAYARAN DENGAN PERBELANJAAN

PEMBAYARAN

Jumlah sebenar yang dibayar sebagaimana yang tercatat dalam buku tunai.

PERBELANJAAN

Amaun sepatutnya dibayar di dalam sesuatu tahun, termasuk amaun yang masih belum dibayar

3. KUNCI KIRA-KIRA Penyata kedudukan kewangan sesebuah sekolah pada satu tempoh kewangan. Penyata menunjukkan jumlah Aset, Liabiliti dan Baki Kumpulan Wang Terkumpul pada 31 Disember tahun yang dilapor.

ASET
Segala hak atau kepunyaan sekolah. Sebagai contoh: Wang dalam bank, Wang dalam tangan, Akaun Belum Terima(ABT), Bayaran Terdahulu, Simpanan Tetap, Cagaran, Setem.

ASET

Baki Wang Di dalam Bank


Baki di Buku Tunai pada 31 Disember. Penerimaan tolak Pembayaran.

ASET

Akaun Belum Terima (ABT)


Wang yang belum diterima daripada pihak lain selepas tahun kewangan ditutup pada 31 Disember tahun berkenaan. Perbezaan antara jumlah yang sepatut diterima dengan jumlah yang sebenar diterima.

ASET

Wang Dalam Tangan


Wang yang telah dikutip dan belum diambil kira ke dalam akaun bank pada 31 Disember. Merupakan baki wang PWR dan setem.

LIABILITI

Jumlah hutang yang perlu dijelaskan. Wujud kerana bekalan / perkhidmatan telah diterima tetapi bayaran belum dijelaskan. Contoh: Akaun belum Bayar, Pertaruhan dan Terimaan Terdahulu.

LIABILITI

Akaun Belum Bayar (ABB)

Segala hutang yang masih belum dibayar kepada pihak yang berkenaan sehingga akhir tahun kewangan pada 31 Disember tahun berkenaan.

LIABILITI

Pertaruhan
Wang yang diterima oleh pihak sekolah sebagai pegangan dan dikembalikan kepada pembayar selepas perkhidmatan sempurna diterima. Contoh : Pertaruhan kantin (Bukan pendapatan)

LIABILITI

Terimaan Terdahulu
Terimaan yang sepatutnya diterima bagi tahun berikutnya tetapi telah diterima pada tahun yang dilaporkan. Contoh: Bayaran-bayaran lain yang diterima pada tahun semasa untuk tahun berikutnya.

KUMPULAN WANG TERKUMPUL (KWT)


Merupakan kelebihan atau kekurangan pendapatan atas perbelanjaan yang berlaku semenjak akaun sekolah bermula hingga ke tahun semasa. Jumlah perbezaan antara pendapatan dengan perbelanjaan terkumpul bagi tiaptiap butiran dari tarikh permulaan sekolah beroperasi sehingga 31 Disember tahun semasa.

4. NOTA-NOTA KEPADA AKAUN

Merupakan sebahagian daripada akaun yang perlu dibaca bersama Penyata Kewangan Tahunan Sekolah. Membantu memahami kandungan Penyata Kewangan. Menerangkan jumlah dalam KKK & Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan. Memperincikan butiran peruntukan dalam Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan yang memerlukan Akaun Subsidiari. Memperincikan amaun dalam KKK.

NOTA-NOTA KEPADA AKAUN (1) DASAR PERAKAUNAN


(a) Asas Perakaunan Akaun ini disediakan mengikut konvensyen kos sejarah. (b) Pendapatan dan Perbelanjaan Pendapatan dan perbelanjaan diperakaunkan menurut konsep akru.

KOS SEJARAH

Ambil kira kos asal iaitu kos mula-mula dibeli / diterima. Bukan kos semasa (dikira susut nilai)

KONSEP AKRU
Segala penerimaan yang sepatutnya diterima tetapi masih belum diterima (ABT) Segala bayaran yang sepatutnya dibayar tetapi masih belum dibayar (ABB) Segala penerimaan yang tidak patut diterima tetapi telah diterima (Terimaan Terdahulu) Segala pembayaran yang tidak patut dibayar tetapi telah dibayar (Bayaran Terdahulu)

Perlu diambil kira pada akhir tahun

Tidak perlu tunjuk dalam PPP

NOTA-NOTA KEPADA AKAUN


(2) Perkara-Perkara Lain Panjar Wang Runcit (PWR). (3) Kumpulan Wang Terkumpul (4) Pendapatan : Teras (5) Pendapatan : Pelbagai (6) Perbelanjaan : Teras (7) Perbelanjaan : Pelbagai (8) Daftar murid tahun berkenaan (9) Peruntukan Bantuan Pelajaran

5. PENYATA-PENYATA LAIN

Penyata Penyesuaian Bank Kumpulan Wang Kerajaan KumpulanWang SUWA

SISTEM KAWALAN

Melalui:

Penyeliaan Penyemakan Pengauditan Dalaman

RUMUSAN
Perlu ada: Kefahaman, kompetensi dan berakauntibiliti. Oleh itu;

Rekod asas mesti disediakan dengan sempurna,

Urusniaga direkodkan dengan segera,


Penyata akaun segera disediakan

Terima kasih.

You might also like