You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN UNIVERSITI

43300 SERI KEMBANGAN SELANGOR


GARIS PANDUAN KEPADA SEMUA GURU KELAS DAN GURU GANTI SEMASA
PENYERAHAN
REKOD PKSR KEPADA IBUBAPA/PENJAGA
TARIKH:
20 JUN 2014
12.10 PAGI (SESI PAGI)

MASA: 8.30 PAGI


: 1.45 TGH 6.00 PTG(SESI

PETANG)
TEMPAT:

BILIK DARJAH

Semasa berkomunikasi pastikan keadaan bilik darjah bersih, kemas dan ceria.
Harap kedatangan ibubapa/penjaga murid dilayan dengan senyuman.
Sentiasa gunakan perkataan yang positif semasa berkomunikasi dengan
mereka.
Dengar dengan ikhlas apa yang diperkatakan oleh ibubapa mengenai anakanak mereka.
Jelaskan prestasi akademik anak-anak jagaan mereka dalam peperiksaan
semester 1 2013.
Jelaskan masalah disiplin anak-anak jagaan mereka semasa disekolah (jika
ada). JANGAN melabel anak-anak jagaan mereka.
Tingkah laku yang baik anak-anak jagaan mereka semasa di sekolah
hendaklah ditonjolkan dan diberi pujian.
Memberi cadangan, pandangan dan langkah-langkah kepada mereka untuk
membantu anak-anak jagaan mereka supaya belajar di rumah.
Tunjukkan sikap guru yang berusaha membantu anak-anak jagaan mereka
dalam pelajaran.
Elakkan bercakap perkara-perkara yang tiada kaitan dengan akademik anakanak jagaan mereka.
Perbincangan hendaklah ringkas dan menepati makluman kehadiran
ibubapa/penjaga murid.
Nama ibubapa/penjaga murid yang hadir hendaklah direkodkan dan diminta
mereka menurunkan tandatangan diruangan yang disediakan.
Untuk murid yang ibubapa/penjaga mereka tidak hadir hendaklah diserahkan
slip peperiksaan kepada murid berkenaan.
Elakkan daripada meninggalkan bilik darjah sebelum tempoh kedatangan
ibubapa/penjaga tamat.

Sebarang masalah yang timbul semasa sesi perbincangan dengan


ibubapa/penjaga murid yang tidak dapat diatasi atau diselesaikan oleh guruguru sila rujuk kepada GURU BESAR dan PENOLONG-PENOLONG KANAN.

You might also like