You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN NGAH IBRAHIM

JALAN MATANG,
34750 MATANG,
PERAK DARUL RIDZUAN
MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
KALI PERTAMA 2016
Tarikh
Hari
Masa
Tempat

: 31 Disember 2015
: Khamis
: 12.30 tengah hari
: Bilik Pusat Sumber Sekolah

KEHADIRAN:
1.
2.
3.
4.
5.
1.0

Nurliyana binti Rahmat


Maria binti Osman
Rozita binti Hasan
Nor Sapurah binti Mahfof
Rudzita binti Mohd Nor
UCAPAN ALUAN PENGERUSI
1.1
1.2

2.0

MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT


2.1

3.0

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab


Pengerusi mengucapkan terima kasih serta mengalu-alukan kehadiran
guru-guru pada mesyuarat kali ini.

Minit mesyuarat sebelum ni diterima dan disahkan dengan sebulat suara.

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1
Perkara 5.1
Pengerusi menyatakan bahawa semua guru PJK telah mendapat Sukatan
Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pengajaran Tahunan.
Tindakan: Makluman
3.2
Perkara 5.2
Pengerusi menerangkan dan menunjukkan sekali lagi cara membuat
Rancangan Pengajaran Harian dengan betul.
Tindakan: Makluman

3.3

4.0

Perkara 4.3
Ketua Panitia akan mencerap dan memantau guru-guru PJK dan guru
bukan opsyen semasa aktiviti PJK.
Tindakan: Ketua Panitia

AGENDA BARU
4.1

SUBJEK PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN


4.1.1
4.1.2
4.1.3
4.1.4

Subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah diasingkan


mengikut pecahan waktu yang telah ditetapkan.
Subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah dipisahkan
menjadi Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
Masa Pendidikan Jasmani tidak boleh ditukarkan kepada
Pendidikan Kesihatan dan tidak boleh digunakan untuk mengajar
subjek lain.
Guru-guru subjek Pendidikan Kesihatan boleh meminjam alat
bantu mengajar di bilik PJ dengan merekodkan dalam buku
pinjaman yang telah disediakan oleh Cik Nurliyana binti Rahmat
selaku Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
Tindakan: Semau guru PK

4.2

RANCANGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN


4.2.1 Cik Nurliyana binti Rahmat menerangkan tentang rancangan
pengajaran harian (RPH) yang perlu dibuat setiap guru. Cara
penulisan RPH KSSR perlulah selaras bagi tujuan penyelarasan
apabila dipantau pihak atasan.
4.2.2 Cik Nurliyana binti Rahmat juga menerangkan bahawa rancangan
pengajaran harian untuk KSSR mempunyai standart kandungan,
pembelajaran, elemen EMK dan refleksi hendaklah jelas serta teliti
dan beberapa penekanan elemen iaitu keusahwanan.
Tindakan: Semau guru PK

4.3

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH


4.3.1 Pentaksiran Berasaskan Sekolah untuk Subjek Pendidikan
Kesihatan masih diteruskan dan perlu diisi setiap kali pengajaran.
Tindakan: Makluman

4.4

BULAN KECERGASAN
4.4.1
4.4.2

4.5

Pengerusi memberitahu Bulan Kecergasan akan diadakan pada


bulan 10.
Semua guru PJK dan mengajar PJK perlu terlibat sepenuhnya
semasa Bulan Kecergasan dijalankan.

SEGAK
4.5.1
4.5.2
4.5.3
4.5.4

Borang SEGAK akan diedarkan kepada semua guru PJ.


Ujian SEGAK kali kedua boleh dijalankan iaitu pada bulan Mac
dan September.
SEGAK perlu dilaksanakan oleh guru PJ.
Modul SEGAK boleh dimuat turun di portal JPN Perak.
Tindakan: Ketua Panitia dan guru PJK Tahap 2

5.0

HAL-HAL LAIN
5.1
5.2
5.3
5.4

Bilik PJ perlulah dikunci sentiasa dan guru yang ingin menggunakan


alatan perlulah berjumpa dengan Ketua Panitia, Setiausaha Sukan atau
pihak pentadbiran.
Guru hendaklah mengiringi murid semasa mengambil dan menghantar
alatan PJ.
Pakaian bagi guru PJK perlulah berpakaian sukan sewaktu menjalani
aktiviti PJ sama ada guru lelaki atau guru perempuan.
Selesai sahaja aktiviti PJK, pastikan alatan PJ disusun kemas dan teratur.
Tindakan: Semua guru PJK

6.0

UCAPAN PENANGGUHAN
6.1

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang dengan bacaan surah AlAsr.

Disedia oleh

Disah oleh

...

..

(NURLIYANA BINTI RAHMAT)


Ketua Panitia PJ,
SK Ngah Ibrahim.

(PUAN NOR SAPURAH BINTI MAHFOF)


GPK Kokurikulum,
SK Ngah Ibrahim.

You might also like