You are on page 1of 4

LAPORAN PROGRAM MAKAN BERSIH, MINDA SIHAT

Tarikh
Tempat
Sasaran

: 3HB 30 APRIL 2014


: SEK. REN.ISLAM NURUL HIDAYAH PENGHULU ELANG (SABK)
: SEMUA WARGA SEKOLAH

Pada 3 April 2014 majlis perasmian telah diadakan dan dirasmikan oleh Puan
Guru Besar iaitu Pn Fauziah Bt Ismail. Setelah selesai majlis peramian, sesi taklimat
kepada semua guru yang terlibat telah disampaikan oleh Puan Norsham Bt Awang
selaku pengerusi Program Makan Bersih, Minda Sihat. Beliau juga turut mengucapkan
terima kasih kepada semua para guru. Sesi taklimat ringkas ini adalah berkaitan
dengan perjalanan program tersebut. Ini adalah bagi memastikan ia berjalan dengan
lancar dan jayanya. Seterusnya, pada pukul 10.00 pagi aktiviti gotong royong
mengikut perancangan telah dijalankan. Kawasan yang terlibat dalam program ini
adalah kantin dan juga kawasan belakang kantin. Ini adalah kerana kawasan kantin
merupakan tempat utama tumpuan warga sekolah untuk makan. Maka bersesuaianlah
aktiviti gotong royong ini ditumpukan di kawasan kantin sekolah. Aktiviti ini berakhir
pada pukul 1.00 petang.
Selepas itu, pada 4 April 2014 ceramah untuk pekerja kantin sekolah telah
diadakan di Bilik seminar. Ceramah ini telah disampaikan oleh Tn Hj. Abdullah Bin
Sidek selaku Ketua Unit di Pejabat Kesihatan Daerah Kulim. Beliau juga turut
menekankan faktor kebersihan ketika menyediakan makanan kepada murid sekolah.
Mereka juga disarankan mengikuti kursus kesihatan penyediaan makanan yang
dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan.
Seterusnya, 5 - 6 April 2014 ceramah berkaitan kebersiahan makanan untuk
murid telah diadakan di dewan sekolah. Ceramah kebersihan makanan ini telah
disampaikan oleh Pn Nor Hayati Bt Omar dari Pejabat Kesihatan Daerah Kulim. Beliau
turut mengada aktiviti berkumpulan kepada murid berkaitan kebersihan makanan.
Ceramah ini sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada semua warga sekolah
bertapa pentingnya menjaga kebersihan makanan kita. Malahan beliau turut
menceritakan kesan yang buruk sekiranya makanan yang diambil oleh kita tidak bersih.
Ceramah ini berakhir pada pukul 10.00 pagi.
Pada 7 April 2014 pertandingan mewarna bagi tahap 1 telah dijalankan. Tema
bagi pertandingan mewarna ini adalah berkaitan dengan makan yang bersih. Aktiviti ini
dijalankan bagi memberi kesedaran secara tidak langsung kepada murid berkaitan
kepentingan menjaga kebersihan makan dari segi rohani dan jasmani. Penjagaan
makan dari segi rohani juga diterapkan kepada murid dengan setiap guru memberi
bimbingan secra tidak langsung seperti sebelum keluar makan, murid diminta
18

membaca doa makan. Pada keesokannya pula, aktiviti melukis dan mewarna poster
diteruskan oleh murid tahap 2. Dlam aktiviti ini seorang pemenang bagi tahap 1 iaitu
adik Siti Nur Hashimah Bt Mohd Jamil dinobatkan sebagai pemenang. Bagi tahap 2
pula, dimenangi oleh adik Saifullah Bt Johari.
Selama seminggu program ini dijalankan, warga sekolah telah mula
menampakkan kesedaran dalam penjagaan kebersihan makan. Program Makan Bersih,
Minda Cerdas ini terus berlangsung sehingga penghujung bulan April. Ini adalah dengan
harapan ia akan menjadi satu tabiat baik yang akan dipupuk dikalangan warga sekolah.

Laporan disediakan oleh,

(MASHITAH BT SHAARI)
Setiausaha Program Makan Bersih,
Minda Cergas.
Sek. Ren. Islam Nurul Hidayah.

19

LAPORAN BERGAMBAR SEPANJANG PROGRAM MAKANAN BERSIH,MINDA


CERGAS SEK. REN ISLAM NURUL HIDAYAH

Majlis Perasmian program dan taklimat program kepada guru guru

Gotong royong kantin sekolah

Sesi makan cara sunnah

20

Murid makan dikantin selepas sesi gotong royong

21

You might also like