You are on page 1of 6

Sinopsis/Ringkasan cerita

Hilmi berhijrah dari Kedah ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan. Dia
menumpang tinggal di rumah sepupu bapanya iaitu Datuk Johari. Walau
bagaimanapun, kehadiran Hilmi tidak disukai oleh Datin Salmah kerana Datin
Salmah memandang hina terhadap orang kampung yang miskin seperti Hilmi.
Datuk Johari menawarkan kerja kepada Hilmi iaitu sebagai tukang kebun di
rumahnya. Kerajinan dan sifat artistik yang dimiliki oleh Hilmi telah mengubah
lanskap di kawasan pekarangan rumah Datuk Johari hingga menjadi lebih cantik.

Hayati, anak Datuk Johari pula tertarik oleh kebolehan Hilmi bermain
piano. Hubungan Hayati dengan Hilmi yang semakin rapat menyebabkan Datin
Salmah bertekad untuk menghalau Hilmi dari rumahnya. Hilmi kemudiannya
meninggalkan rumah Datuk Johari dan belajar bermain alat muzik daripada Encik
Bakar. Seterusnya, Hilmi berjaya menjadi seorang pemain alat muzik dan
penggubah lagu yang terkenal. Sebelum berangkat ke London dengan suaminya,
Hayati datang berjumpa dengan Hilmi dan menyatakan perasaan cintanya
kepada Hilmi.

Orkestra Hilmi berjaya memenangi Festival Muzik di Jepun. Hilmi


berkahwin dengan Azizah tetapi Azizah meninggalkannya selepas mendapat
seorang anak. Hilmi terjatuh dan terlantar di hospital pada malam Pertunjukan
Orkes Perdana. Ketika itu, Hayati pulang dan mengambil alih tugas Hilmi
sebagai pemimpin orkestra pada malam Pertunjukan Orkes Perdana. Di
hospital pula, Pak Karim memberitahu Datuk Johari bahawa Hilmi sebenarnya
ialah anak Datuk Johari hasil perkahwinannya dengan isterinya yang pertama.
Sebagai kesannya, Datuk Johari dan Datin Salmah insaf akan perbuatan mereka
yang menyeksa Hilmi sebelum itu. Akhirnya, Datuk Johari meninggal dunia
secara mengejut selepas menerima berita kematian Hilmi.

Tema
Ketabahan seorang pemuda yang menghadapi cabaran dalam kehidupan hingga
mencapai kejayaan yang cemerlang.

Persoalan
i. Sikap masyarakat yang mementingkan pangkat dan kedudukan sehingga
sanggup menghina keluarga sendiri.
ii. Keikhlasan dalam memberikan pertolongan tanpa memikirkan balasannya.

iii. Kesanggupan berkorban demi menjaga kepentingan pihak lain.


iv. Kejayaan dalam bidang seni dicapai tanpa memerlukan pendidikan tinggi.
v. Keinsafan setelah melakukan sesuatu kesalahan.

Watak Utama
Hilmi
Perwatakan Hilmi
i. Pemuda kampung yang miskin dan berpendidikan sekolah Melayu hingga
darjah empat sahaja.
ii. Rajin bekerja dan mempunyai kemahiran artistik.
iii. Mempunyai bakat yang luar biasa dalam bidang muzik.
iv. Memiliki kegigihan dalam menghadapi dugaan.
v. Bersikap penyayang, bersopan, dan akur kepada nasihat orang tua.
vi. Taat kepada perintah Tuhan dengan menunaikan sembahyang.
vii. Bijak memanfaatkan kekecewaan untuk mencipta kejayaan.
viii. Pencipta dan penggubah lagu yang terkenal.
ix. Memenangi Festival Muzik di Tokyo dan pesta muzik tahunan RTM.
x. Meninggal dunia tanpa mengetahui bahawa dia ialah anak kandung Datuk
Johari.

Watak Sampingan
Hayati
i. Anak Datuk Johari dan Datin Salmah.
ii. Bersifat simpati dan belas kasihan kepada Hilmi.
iii. Gadis yang penyayang dan mencintai Hilmi.
iv. Sikapnya berubah selepas mencintai Hilmi, iaitu mulai sembahyang dan
membaca buku-buku agama.
v. Berkahwin dengan Mohsin kerana taat akan perintah ibu bapanya.
vi. Suka berterus terang dan jujur.

vii. Menjadi penyelamat pada malam pertunjukan Orkes Perdana dengan


menggantikan Hilmi sebagai peneraju orkestra itu.

Binaan Plot
Peristiwa disusun secara tidak kronologi kerana ada teknik imbas kembali.
i. Permulaan Kehadiran Hilmi di rumah Datuk Johari dan Datin Salmah.
ii. Perkembangan - Konflik berlaku antara Datin Salmah dengan Hilmi dan antara
Azizah dengan Hilmi.
iii. Perumitan - Pembaca tertanya-tanya tentang perkara yang mungkin berlaku
pada malam Pertunjukan Orkes Perdana kerana Hilmi sebagai teraju utama
sedang terlantar di hospital.
iv. Kemuncak cerita Pak Karim memberitahu Datuk Johari bahawa Hilmi ialah
anak Datuk Johari.
v. Peleraian Datuk Johari mati setelah beliau mendapat tahu bahawa Hilmi,
anak kandungnya itu meninggal dunia di hospital.

Nilai
i. Kasih sayang - contohnya Hilmi sayang akan Hayati hingga dia berasa cemburu
melihat Hayati berjalan dengan Mohsin.
ii. Simpati - contohnya, Hayati bersimpati kepada Hilmi yang tidak makan nasi
kerana dilarang oleh Datin Salmah.
iii. Tolong-menolong - contohnya, Mamat menolong Hilmi dengan cara
memperkenalkan Hilmi kepada Encik Bakar supaya Hilmi dapat mempalajari alat
muzik.
iv. Gigih - contohnya, Hilmi gigih berusaha tanpa mengenal jemu hingga berjaya
menjadi pemain muzik dan penggubah lagu yang terkenal.
v. Taat kepada ibu bapa contohnya, Hayati berkahwin dengan Mohsin kerana taat
kepada ibu bapanya walaupun Hayati mencintai Hilmi.
vi. Insaf - contohnya, Datuk Johari dan Datin Salmah insaf akan perbuatan kejam
mereka terhadap Hilmi selepas mengetahui bahawa Hilmi ialah anak Datuk
Johari sendiri.
vii. Nasihat-menasihati - contohnya Pak Amat menasihati Hilmi supaya berusaha
memajukan diri.
viii. Ikhlas - contohnya, Encik Bakar menolong Hilmi dengan ikhlas tanpa
mengharapkan sebarang balasan.

Pengajaran
i. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai cita-cita.
ii. Kita janganlah mementingkan darjat dan pangkat hingga sanggup menghina
orang lain.
iii. Kita perlulah menolong orang lain yang memerlukan pertolongan.
iv. Kita hendaklah insaf akan kesalahan yang telah dilakukan.
v. Kita janganlah mementingkan keseronokan hingga sanggup mengorbankan
rumah tangga sendiri.
vi. Kita perlulah mematuhi nasihat orang yang berpengalaman kerana banyak
manfaatnya.
vii. Kita haruslah sayang-menyayangi antara sesama insan.
viii. Kita janganlah terlalu gembira dengan kemewahan hidup hingga lupa akan
kampung halaman sendiri.

KUPASAN TEMA DAN PERSOALAN NOVEL KONSERTO TERAKHIR


Tema:
Kegigihan dan ketabahan seorang anak muda dalam menghadapi cabaran dalam
kehidupan sehingga berjaya mengecapai kejayaan yang gemilang sebagai
seorang seniman.

Persoalan:
1. Kepentingan Ilmu pengetahuan dalam kehidupan.
a) Hilmi tidak berjaya untuk mendapatkan pekerjaan yang baik walaupun cuba
dibantu oleh Datuk Johari kerana beliau tidak mempunyai pendidikan.

2. Kerajinan dan kegigihan dapat menjadikan diri seseorang berjaya.


a) Walaupun tidak berpendidikan dan miskin, Hilmi akhirnya berjaya menjadi
seorang seniman yang terkenal kerana usaha gigih beliau mempelajari ilmu
bermain alat muzik.

3. Sikap sesetengah masyarakat yang mementingkan pangkat dan memandang


rendah pada orang lain.
a) Datin Salmah memandang hina kepada Hilmi kerana beliau anak kampung
yang tidak berpendidikan dan miskin.
b) Datin Salmah menganggap kehadiran Hilmi ke rumah beliau hanya
menjejaskan status keluarganya. Hilmi juga dimarah apabila mengusik piano
anaknya Hayati.

4. Keikhlasan dalam memberikan pertolongan tanpa mengharapakan balasan.


a) Encik Bakar sanggup mengajar Hilmi bermain alat muzik dan mencipta lagu
sehingga Hilmi berjaya menjadi seorang seniman yang terkenal. Encik Bakar
tidak mengenakan apa-apa bayaran semasa mengajar Hilmi.

5. Berkorban demi kebahagiaan orang lain.


a) Hayati sanggup mengorbankan cintanya demi kebahagiaan ibu bapanya.
Hayati mencintai Hilmi tetapi berkahwin dengan Mohsin kerana memenuhi
kehendak Datuk Johari dan Datin Salmah.
b) Pak Karim berkorban untuk kebahagiaan Datuk Johari dan Datin Salmah. Pak
Karim sanggup merahsiakan Hilmi adalah anak Datuk Johari kerana takut
mengancam kebahagiaan rumah tangga Datuk Johari dan Datin Salmah.

6. Sifat bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu pekerjaan.


a) Hilmi menunaikan tanggungjawab dengan sebaiknya sebagai tukang kebun.
Hilmi menanam pelbagai sayur seperti bayam, petola, terung, kacang dan
mentimun. Hilmi menternak ayam dan hasilnya dapat dijadikan lauk pauk. Hilmi
dapat menjaga pokok bunga sehingga halaman rumah Datuk Johari sangat
cantik.
b) Hilmi bekerja keras untuk menjayakan Pertunjukan Orkestra Perdana kerana
tugas itu telah diamanahkan kepadanya oleh Ketua pengarah RTM.

7. Menyedari kesilapan yang pernah dilakukan.


a) Datuk Johari insaf akan perbuatannya yang kejam terhadap isteri pertamanya.
b) Datin Salmah menangis apabila mengetahui kisah sebenar Hilmi ketika Hilmi
sedang sakit.

c) Azizah menyesali kerana perbuatannya meninggalkan Helmi. Beliau datang ke


hospital memohon maaf daripada Pak Karim kerana berbuat salah terhadap
Hilmi.

You might also like