You are on page 1of 1

Terdapat banyak unsur yang membentuk bahan-bahan lain di bumi.

Ada unsur logam seperti


aluminium, besi, timah dan zink. Dan ada juga unsur bukan logam seperti oksigen, sulfur, hidrogen
dan nitrogen. Unsur-unsur ini boleh bertindakbalas antara satu sama lain, bagi membentuk sebatian
lain. Jom kita tengok lagi, apa nama sebatian yang terhasil bila unsur logam bertindakbalas dengan
unsur bukan logam.

Sebagai contohnya, tindakbalas antara Aluminium (logam) dengan oksigen (bukan logam) akan
menghasilkan sebatian yang diberi nama aluminium oksida. Nama bagi unsur logam iaitu
'Aluminium' diletakkan di hadapan nama sebatian tersebut. Manakala, unsur bukan logam, iaitu
'oksigen' diletakkan di belakang nama sebatian tersebut dan ditukar dengan 'oksida'. Begitu juga
dengan unsur bukan logam 'sulfur' yang ditukar kepada 'sulfida' jika diletakkan di belakang.

Selamat mencuba!

You might also like