You are on page 1of 7

TAJUK 3:

PENYEDIAAN PERMINTAAN

Tarikh Dikemaskini: 12/03/2013

Manual Sebut Harga (Pembekalan-Pakej)


Pengguna PTJ

Tajuk 3:

PENYEDIAAN PERMINTAAN
Proses pertama dalam melaksanakan perolehan sebut harga pembekalan secara pakej
adalah Ciptaan Permintaan. Pengguna yang terlibat dalam menyediakan permintaan
sebut harga adalah urus setia perolehan dengan mengunci masuk kesemua maklumat
yang berkaitan dengan permintaan tersebut ke dalam sistem.
Setelah permintaan selesai disediakan, ianya perlu diserahkan kepada Pelulus yang telah
dilantik untuk kelulusan.

Tarikh Dikemaskini: 12/03/2013

Manual Sebut Harga (Pembekalan-Pakej)


Pengguna PTJ

3 .1

Peranan Urusetia: Penyediaan Permintaan Sebut Harga Pembekalan (Produk)


Langkah 1
Skrin Buletin Tindakan akan dipaparkan setelah berjaya log masuk ke dalam sistem.

ARAHAN:
1. Klik menu Kaedah Perolehan Sebutharga

Langkah 2
Skrin Buletin Tindakan dengan menu bagi perolehan secara sebut harga akan
dipaparkan.

ARAHAN:
1. Klik menu Tadbir Permintaan bagi Pembekalan

Tarikh Dikemaskini: 12/03/2013

Manual Sebut Harga (Pembekalan-Pakej)


Pengguna PTJ

Langkah 3
Skrin Ciptaan Permintaan untuk Pembekalan akan dipaparkan.

ARAHAN:
1. Masukkan Tajuk Permintaan
2. Masukkan Anggaran Harga (RM)
3. Masukkan Tempoh Penghantaran
4. Klik butang radio Ya atau Tidak bagi medan Barangan Tempatan
5. Masukkan Tarikh Penghantaran
6. Klik butang Tambah Bidang
NOTA:
1. Masukkan maklumat tambahan berikut sekiranya perlu:
a. No. Fail nombor rujukan fail yang diguna pakai apabila surat setuju terima
disediakan
b. Dokumen Sokongan dokumen/kertas kerja berkaitan yang menyokong
pelaksanaan perolehan
c. Panel ketetapan sekiranya perolehan tersebut dibuat melalui panel
pembekal yang telah dilantik oleh pihak Kerajaan
d. Kelulusan Khas ketetapan sekiranya perolehan tersebut dibuat dengan
kelulusan khas oleh pihak bertanggungjawab meluluskan perolehan tersebut
e. No. Rujukan Surat Kelulusan Khas/No. PKP nombor rujukan bagi
kelulusan yang telah diberikan ataupun No. PKP (Pekeliling Kontrak
Perbendaharaan) yang dirujuk untuk pelaksanaan perolehan tersebut.
Dokumen sokongan mestilah dimuat naik bagi menyokong perolehan yang
telah diluluskan. Contoh seperti perolehan melebihi RM50,000 yang
dilaksanakan secara sebut harga
2. Nombor Surat Kebenaran MITI dan dokumen sokongan kelulusan perlu dimuat
naik sekiranya perolehan barangan adalah bukan barangan tempatan

Tarikh Dikemaskini: 12/03/2013

Manual Sebut Harga (Pembekalan-Pakej)


Pengguna PTJ

Langkah 4
Skrin Pemilihan Kod Bidang akan dipaparkan.

ARAHAN:
1. Klik butang radio bagi Syarat Pilihan Kod Bidang
2. Klik butang radio bagi kaedah kemasukan kod bidang yang diperlukan sama ada
Masukkan Kod Bidang atau Pemilihan Kod Bidang yang menggunakan
senarai tarik bawah yang disediakan
3. Klik butang Tambah
4. Klik butang Teruskan
NOTA:
1. Ulangi arahan 2 3 untuk memasukkan lebih daripada satu kod bidang
2. Untuk menghapuskan kod-kod bidang yang tidak diperlukan, klik kotak semak
Pilih kod bidang yang berkenaan, kemudian klik butang Hapus

Tarikh Dikemaskini: 12/03/2013

Manual Sebut Harga (Pembekalan-Pakej)


Pengguna PTJ

Langkah 5
Skrin Ciptaan Permintaan untuk Pembekalan akan dipaparkan semula.

ARAHAN:
1. Masukkan Perihal Produk
2. Klik butang Teruskan
NOTA:
1. Masukkan Catatan sekiranya perlu

Tarikh Dikemaskini: 12/03/2013

Manual Sebut Harga (Pembekalan-Pakej)


Pengguna PTJ

Langkah 6
Skrin Penyerahan Permintaan Untuk Pembekalan akan dipaparkan.

ARAHAN:
1. Sila Pilih Pelulus daripada senarai tarik bawah yang disediakan
2. Klik butang Serah
NOTA:
1. Sekiranya ingin menyelenggara maklumat permintaan yang dipaparkan, klik
butang Kemaskini sebelum serahan permintaan dibuat. Penyelenggaraan adalah
sama seperti di langkah 3 5 yang telah diterangkan di atas

Langkah 7
Skrin Pemberitahuan/Pengesahan akan dipaparkan.

ARAHAN:
1. Klik menu Log Keluar

Tarikh Dikemaskini: 12/03/2013

You might also like