You are on page 1of 1

1.

PUITIKA
Muhammad Hj Salleh, profesor di UKM
pelopor penerokaan teori sastera tempatan
Gagasan Puitika Sastera Melayu dalam buku Puitika Sastera Melayu: Satu Pertimbangan
disampaikan sempena syarahan pengukuhan Muhammad Haji Salleh sebagai profesor di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Puitika Sastera Melayu bertunjangkan kepada falsafah dan konsep keindahan dalam kesusasteraan Melayu tradisional.
penelitian yang bersifat analitis terhadap ribuan pantun Melayu,
Muhammad menemukan idealisme keindahan yang mengakar dalam teks-teks kesusasteraan Melayu tradisional itu, khususnya
pantun.
Bagi membina kerangka pemikirannya terhadap konsep puitika sastera Melayu, pandangan dan tulisan-tulisan Vladimir I. Braingsky
dan Eagleton sering dirujuk untuk memantap idealisme teoretikalnya.
Muhammad percaya, bahawa keindahan sastera Melayu mempunyai kaitan akrab dengan etos, budaya, pandangan hidup, sejarah,
alam sekitar dan lingkungannya (Sahlan Mohd Saman,1997:194).
Dengan kepercayaan ini, Muhammad membentang landasan penelitian teks sastera Melayu yang menyekalikan pandangan
Semiotik, Formalisme dan Historisisme Baru iaitu dengan memberi kepentingan terhadap semua aspek dalam dan luar teks serta
Strukturalismenya.
Puitika Sastera Melayu membuka jalan kepada pembaca bagi memahami fenomena keindahan dalam karya-karya kesusasteraan
Melayu bagi tujuan mengangkat nilai keindahan teks kesusasteraan Melayu tersebut,
di samping mencari makna di sebalik keindahan itu dengan hubungan-hubungan yang berada di luar teks seperti budaya, sikap,
pandangan hidup, sejarah dan alam sekitar masyarakat Melayu itu sendiri.
Puitika Sastera Melayu menjadi kunci untuk kita mencari jawapan sebenar kepada sifat dan ciri-ciri kesusasteraan Melayu yang
meliputi karyanya, pengarang, wadah, estetika, khalayak dan bangsa pemiliknya. Estetika (keindahan) menjadi induk yang
mendasar pemikiran Muhammad terhadap kesusasteraan Melayu. Keindahan yang ditonjol sebagai asas yang menteorikan
kesusasteraan Melayu itu digali daripada genre puisi dan prosa Melayu klasik. Salah satu kekuatan dan keunggulan kesusasteraan
Melayu klasik pada Muhammad ialah kerana nilai keindahan yang terpadu di dalam karya-karya kesusasteraanya. Mendekati teks
kesusasteraan berasaskan teori ini, bermakna pengkritik meletakkan diri mereka pada landasan puitika dengan hasrat untuk
membuktikan kehadiran ciri-ciri estetika yang membina makna teks. Muhammad menjelaskan secara terperinci ciri-ciri keindahan
yang menjadi teras puitika kesusasteraan Melayu, iaitu:- - keindahan dalam mengajar atau mendidik - keindahan dalam
pengungkapan kesedihan dan kesusahan - keindahan dalam penceritaan - keindahan dalam rasa - keindahan yang asli Ciri-ciri
keindahan yang ditemui oleh Muhammad kemudiannya mewajarkan hasil penerokaan oleh I.V.Braginsky yang menghalusi teks
kesusasteraan Melayu klasik pelbagai genre bagi mencari asas-asas untuk membina konsep keindahan dalam kesusasteraan
Melayu klasik.

You might also like