You are on page 1of 3

Catatan Tiga Halaman (Catihal) : Siapa Diri Kita, Walaun atau Maha Firaun?

Oleh Permata Dalam Cahaya

Ilmu Pemilihan Darjah Keyakinan/Keimanan Tindakan/Amalan/Akhlak

1. Ilmu
Kebenaran sumber ilmu sangat penting dalam menentukan pilihan yang kita buat.
Kebenaran sumber ilmu bergantung kepada
a) Sumber ilmu yang paling benar yakni al Quran dan al Sunnah
b) Kaedah-kaedah ilmu dalam mengambil hujah daripada sumber ilmu
c) Tujuan dan niat yang benar bukannya batil dan sesat.
d) Guru berwibawa iaitu beriman, pengetahuan tinggi, akhlak terpuji, ciri-ciri
seorang mujtahid, bersifat rabbani, mursyid dan murabbi
e) Ilmu pertama ialah ilmu tauhid. Ilmu mengenal Allah.
2. Pemilihan
Seorang manusia perlu membuat pilihan atau keputusan berdasarkan ilmu yang
benar. Keputusan dan pemilihan ini perlu bersifat adil. Keadilan terbahagi kepada
dua iaitu [a] keadilan yang benar di sisi Allah dan [2] keadilan yang baik disisi
manusia. Keadilan hendaklah mengikut neraca yang ditentukan oleh Allah
bukannya kehendak akal-nafsu semata-mata.
3. Darjah Keyakinan dan Keimanan
Pemilihan yang adil menentukan darjah keimanan/keyakinan kita terhadap
sesuatu perkara. Ia menentukan kekuatan dan keupayaan sebenar tahap
keimanan/keyakinan diri seseorang.

4. Tindakan/Amalan/Akhlak
Daripada darjah keimanan/keyakinan, kita dapat menentukan sejauhmanakah
tindakan/amalan/akhlak kita mengikuti ilmu yang benar? Dan sejauhmanakah
istiqamah kita?.
5. Pentafsiran Islam
Darjah keyakinan/keimanan menentukan tahap kefahaman seseorang manusia.
Kefahaman bukannya sahaja datang daripada ilmu dan pengalaman tetapi datang
daripada TAQWA. Taqwa adalah kesan daripada darjah keyakinan/keimanan yang
tinggi dibuktikan dengan amalan yang istiqamah.
Dalam perkara yang ranting atau boleh berubah-ubah, umat Islam dibenarkan
berbeza pendapat. Perkara ini adalah rahmat kerana setiap budaya, zaman dan
tempat mempunyai perbezaan. Dalam perkara yang tetap dan muktamad, ia
wajib dilakukan tanpa kompromi. Justeru, sesetengah pihak mengambil
kesempatan ke atas waqi dengan hujah maslahah, maqasid syariah dan kelainan
pendekatan untuk bertujuan batil iaitu menolak sebahagian daripada Islam.
Perkara ini bertambah rumit apabila kalangan mereka itu adalah para ulama dan
lulusan pengajian agama Islam.
Walaupun mereka kalangan ulama atau lulusan pengajian Islam, kita dapat
mengesan kebatilan mereka melalui beberapa ciri-ciri iaitu
a) Pengaulan mereka bersama-sama orang soleh atau tidak
b) Pengamalan Islam secara syumul atau sebahagian-sebahagian
c) Bertindak dalam keadaan merugikan perjuangan Islam dan umat Islam.
d) Beralasan dalam pelaksanaan Islam.
e) Menolak hukum syariat Islam dan Negara Islam
f) Membawa Islam mengikut kehendak Barat dan akal-nafsu mereka bukannya
berdasarkan al Quran dan al Sunnah.

g) Islam bertaraf teori dan wacana bukannya praktikal.


h) Terlarut dalam Sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme [SEPILIS] dalam
pengamalan, pemikiran dan penghujahan mereka secara lisan, amalan dan
penulisan.
i) Mencampur aduk antara kemungkaran dan kebenaran Islam.

Disiapkan pada 26/5/2016 jam 10.30 Malam.

You might also like