AQAL
Oleh Permata Dalam Cahaya
Beraqal mengambarkan kecerdikan, kebijakkan dan kearifan seseorang. Perpatah
Melayu menyatakan, pemimpin arif pemimpin sejati, sempurna akal mulia
pekerti.
Hamka menyatakan, aqal ertinya ialah ikatan. Perpatah Melayu juga menyatakan
mengikat binatang dengan tali, mengikat manusia dengan aqalnya. Pada
istilahnya, aqal adalah pengetahuan akan perkara yang mesti diketahui.
Tuan Guru Salleh Musa dari Sik dalam syarah kitab Bakurah Amani menyatakan,
aqal ialah satu sifat yang Tuhan bubuh (letak) dalam hati sunubari dan
bersambung kepada otak kepala.
Hati sunubari Otak Kepala
Menurut Dr Syed Muhammad Naquib al Attas, aqal merujuk suatu kejadian yang
sedar lagi giat yang mengikat dan menahan perkara-perkara yang diketahui itu
dengan kata-kata atau bentuk-bentuk simbolik.
Menurut al Marbawi, aqal itu ialah memahami hakikat sesuatu. Dapat memahami
maksud. Pada pandangan Dr Muhammad Uthman el Muhammady, hakikat aqal
ialah merealisasikan atau menyedari sesungguhnya bahawa La ilaha illaLlah iaitu
mengetahui bahawa akhirnya Hakikat Yang Mutlak itu adalah Esa-Nya jua.
Menurut Buya Hamka, aqal terbahagi dua iaitu [1] didapatkan dengan
pancaindera dan [2] permulaannya dari dalam hati sendiri.
Bahagian hukum aqal boleh dilihat dalam jadual di bawah
Hukum Aqal
Wajib aqli
Penerangan
Penjelasan
Wajib aqli Dhohuri
Perkara yang tiada diterima aqal akan Menghukum sesuatu itu tetap
tiadanya, hakikatnya mesti menerima ada
adanya dengan tiada berkehendak
kepada bahasan dan mendirikan
kenyataan
1<2
Wajib Aqli Nazhori
Sesuatu perkara yang perlukan
seseorang itu untuk berfikir dan juga
memerlukan dalil seperti kewujudan
Allah SWT.
Mustahil aqli
Harus aqli
Seseorang perlu berfikir dengan aqal
serta mengemukakan perbahasanperbahasan yang kukuh bersertakan
dalil-dalilnya.
Mustahil Aqli Dhohuri
Perkara yang tiada diterima aqal akan Menghukum sesuatu tetap tiada
tiadanya, hakikatnya mesti tiada
dengan tiada berkehendak kepada
bahasan dan mendirikan dalil
2< 1
Mustahil Aqli Nazhori
Sesuatu perkara yang perlu difikirkan
dan mendirikan dalil-dalil
Harus Aqli Dhohuri
Perkara yang diterima aqal adanya dan Menghukum sesuatu boleh terima
tiadanya dengan jalan berganti-ganti, maka ada dan tiada secara berganti-ganti
hakikatnya boleh menerima ada dan tiada. dengan
tidak
berkehendakkan
bahasan dan mendirikan dalil
Harus Aqli Nazhori
Sesuatu perkara yang perlu difikirkan
dan mendirikan dalil
Aqal boleh menerima ilmu nazhariyyah yakni pengetahuan yang berkehendakkan
fikir dan boleh mentadbir segala pekerjaan/perbuatan dan menyelesaikan
persoalan/permasalahan pemikiran yang sukar dan terpancar pelbagai manfaat
dan bahagia kepada manusia.
Aqal tidak boleh bersendirian, jika tidak aqal sejahtera, aqal sihat dan aqal waras
tidak dapat dihasilkan. Aqal memerlukan undang-undang/peraturan syariat dan
syariat berhajat kepada aqal tetapi aqal itu sendiri tidak boleh mengatasi undangundang syariat dengan mengakuri dan mematuhinya.
Saluran ilmu Islam terbahagi 3 iaitu [1] pancaindera yang sejahtera, [2] khabar
yang benar dan [3] aqal yang sihat [ditambahi dengan waras dan sejahtera].
Aqal mempunyai dua fungsi atau peranan yang boleh bertindak sebagai [1]
sumber ilmu dan [2] alat berfikir. Para ulama mengunakan aqal dalam sumber
perundangan Islam setelah tiada nas dalam perkara yang ingin diselesaikan
Antara sumber ilmu dan perundangan Islam berdasarkan aqal ini dikenali sebagai
Qiyas dan al Masalih al Mursalah.
Dalam Islam, tiga perkara yang sangat penting sebelum ada taklif bagi para
mukallaf iaitu [1] niat, [2] baligh dan [3] beraqal. Tiga syarat inilah mengabsahkan
setiap amalan orang beriman.
Aqal sebagai alat ilmu atau alat berfikir. Buya Hamka menyatakan, aqallah alat
untuk berfikir, dialah hulu hikmat. Lantaran aqal, datanglah taklif perintah
agama.
Aqal adalah alat untuk mengenal Tuhan. Aqal juga membolehkan kita mengenalbezakan perkara yang baik dan buruk, iman dan kufur. Aqal juga digunakan untuk
manusia mengkaji kejadian alam [untuk mengenal Allah melalui kebesaran
kejadian alam milik Allah] dan meningkatkan pembangunan tamadun dan
kesejahteraan manusia.
Ada sesetengah manusia menyalah-gunakan aqal. Dalam faham Islam, istilah aqal
itu membawa diri seseorang itu beriman dengan mengikat diri orang tersebut
dengan iman dan Islam. Muhammad Uthman el Muhammady menyatakan Al
Quran memanggil orang sesat dalam Islam sebagai orang yang tidak dapat
mengunakan aqal: la yaqilun iaitu mereka yang tidak dapat mengunakan aqal
dengan cara yang sebenarnya. Dengan ini, manusia yang beraqal ialah manusia
yang mengikat diri mereka dengan simpulan tali iman dengan kemas.
Kebudayaan Barat mengunakan istilah bahasa yang berasal daripada bahasa
Latin. Istilah bahasa mempengaruhi corak kefahaman dalam pandangan alam
seseorang yang menganuti Kebudayaan Barat atau mendapat pendidikan Barat.
Antara perkataan itu ialah intellectus (intelligence) dan ratio (reason). Intellectus
berfungsi merenung hakikat rohani manakala ratio adalah alat memahami dan
menguasai alam zahir-tabii.
Berlaku pertembungan antara intellectus telah menindas ratio berlaku pada abad
ke 4 hingga 13 Masihi ekoran ajaran Augustine yang terpengaruh dengan
pemikiran Plato. Selepas abad ke 13, Aquinas telah memasukkan pemikiran
Aristotle dan pandangan alam Romawi ke dalam pandangan alam Kristian. Ratio
lebih kedepan dan diutamakan berbanding intellectus.
Apabila mereka melakukan penduaanmemisahkan dua hakikat dan kebenaran
terhadap alam tabii dan alam rohani. Daya kebolehan intellectus dan ratio
disangsikan. Akhirnya mereka menerima dorongan daya-kasih atau love sebagai
dasar kepercayaan.
Selepas abad ke 13 Masihi, penggunaan ratio memberi cabaran besar apabila
muncul kelompok mencabar aqidah agama Kristian dengan memutuskan
hubungan dengan hakikat kerohanian termasuk mempersoalkan kewujudan
Tuhan. Faham ini dikenali rationalisme. Kemudian muncul naturalisme atau
faham alam tabiie ke dalam pandangan alam Kristian mengakibatkan keruntuhan
agama Kristian Lama ekoran kemaraan Falsafah Sains dan kelompok sekular
sehingga mewujudkan agama Kristian Baru.
Sumber
Ismail Bin Abdul Qadir, Bakurah Amani
Abdul Ghani Yahya & Umar Yusuf, Risalah at Tauhid
Syed Muhammad Naquib al Attas, Risalah Untuk Kaum Muslimin
Muhammad Uthman el Muhammady, Peradaban Dalam Islam
Mohd Zaidi Ismail, Aqal Dalam Islam
Hamka, Falsafah Hidup
Tenas Effendy, Pemimpin Dalam Ungkapan Melayu