You are on page 1of 3

RANCANGAN MALAYSIA KEDUA (RMK-2)

Dalam Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2), sektor pendidikan hampir dipinggirkan


bagi memberi peluang kepada rancangan penstrukturan sosio-ekonomi negara. Walapun
begitu, terdapat beberapa usaha penting dalam pembangunan sektor pendidikan. Pada tahun
1970, bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perantaraan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dari peringkat rendah hingga ke pengajian tinggi
bagi menggantikan bahasa Inggeris. Peperiksaan kebangsaan yang sebelum ini berpandukan
peperiksaan di Britain digantikan dengan peperiksaan tempatan dan banyak buku teks dalam
bahasa Melayu telah diterbitkan. Menjelang tamatnya tempoh rancangan ini, hampir kesemua
sekolah aliran bahasa Inggeris telah diubahsuai untuk mengajar kurikulum berasaskan bahasa
Melayu.
Melalui dasar dan perancangan pendidikan, Akta Pelajaran 1961 adalah bermulanya
dasar pendemokrasian pendidikan, di mana pihak kerajaan memberi penekanan kepada
pendidikan percuma untuk semua pelajar. Selain itu, kenaikan darjah secara automatik dan
menaikkan had umur berhenti sekolah kepada umur 15 tahun serta penghapusan peperiksaan
pemilihan masuk ke sekolah menengah pada tahun 1964 telah diperkenalkan. Hal ini telah
menyebabkan kadar penyertaan pelajar ke sekolah menengah terus meningkat dan kerajaan
terpaksa membuat perancangan bagi membina lebih banyak sekolah-sekolah menengah di
bandar dan luar bandar.
Pada tahun 1973, Pusat Perkembangan Kurikulum telah ditubuhkan. Misi utama
pertubuhan pusat tersebut adalah menyelaraskan projek merombak kurikulum yang sebelum
ini dikendalikan oleh beberapa jabatan kerajaan. Pusat ini juga bertindak merombak
kurikulam sains dan matematik selain memulakan usaha baru meneliti kurikulum sains-sains
kemasyarakatan. RMK2 juga berharap untuk meningkatkan peluang pengajian dan latihan
dalam bidang vokasional dan teknikal. Walaupun ada beberapa percubaan, kemajuan dalam
usaha memperbaiki kurikulum hanyalah sedikit sahaja. Hal ini berlaku kerana penumpuan
lebih diberikan terhadap usaha memberikan peluang pendidikan umum yang langsung tidak
membuka ruang untuk latihan vokasioal dan teknikal. Namun begitu, beberapa sekolah teknik
dan vokasional telah didirikan sepanjang tempoh RMK2, tujuh daripadanya disiapkan pada
tahun 1975. Selain pembinaan politeknik, kerajaan turut membina beberapa universiti
tempatan bagi menampung peningkatan bilangan pelajar yang menyambung pengajian ke
tahap pengajian tinggi.

RANCANGAN MALAYSIA KETIGA


Di dalam Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980), matlamat utama kerajaan adalah
memberi penekanan terhadap:
merapatkan jurang perbezaan dalam peluang-peluang pendidikan antara yang kaya
dengan yang miskin serta antara wilayah dan antara kaum melalui pembahagian sumbersumber dan kemudahan-kemudahan negara dengan lebih saksama
(RMKe-3, 1976-1980)
Dengan itu, kerajaan cuba memupuk penyatuan dan perpaduan negara melalui
pelaksanaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di semua peringkat sekolah dan
merapatkan jurang perbezaan dan peluang2 pelajaran antara miskin dan kaya. Contohnya
Jurang antara bandar dan luar bandar merujuk kepada ketidaksamarataan daripada segi
penyediaan infrastruktur dan penempatan guru terutama di Sekolah Kurang Murid (SKM),
sekolah Orang Asli dan sekolah di pedalaman.
Pembahagian sumber dan kekayaan negara yang saksama antara wilayah iaitu bandar
dan luar bandar bagi menyeimbangan pertumbuhan ekonomi negara seperti rawatan kesihatan
pelajar, disiplin,kebajikan pelajar dan kemiskinan keluarga.
Selain itu, kerajaan juga menyatukan sistem pelajaran di Sabah dan Sarawak dengan
sistem pelajaran kebangsaan beransur-ansur, memperbaiki mutu pelajaran bagi mengurangkan
keciciran dan menambah kesannya kepada pembangunan negara serta menyesuaikan dan
memperluas sistem pelajaran dari latihan ke arah keperluan negara.
Dalam RMK3, kerajaan meneruskan dasar DEB dan dasar melaksanakan bahasa
Malaysia sebagai bahasa pengantar secara berperingkat-peringkat bermula di sekolah rendah,
diikuti sekolah menengah hinggalah ke peringkat universiti iaitu bermula pada 1982 di
Semenanjung Malaysia dan Sabah, manakala di Sarawak mulai pada tahun 1990.
RUJUKAN
Fatimah Mohd Arshad & Mad Nasir Shamsudin (1997), Rural Development Model In
Malaysia. Fakulti of Economics and Management, Universiti Putra Malaysia.
Nik Azis Nik Pa, & Noraini Idris. (2008). Perjuangan memperkasakan pendidikan di
Malaysia: Pengalaman 50 tahun merdeka. Kuala Lumpur: Utusan Pub. & Distributors.

You might also like