You are on page 1of 4

KATA SENDI NAMA.

Kata sendi nama ialah kata yang digunakan untuk merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa lain.
Kata sendi memerlukan frasa nama sebagai objek untuk membentuk frasa sendi.
Contoh:
Surat ini ditujukan kepada Ahmad.
Penjelasan:
Dalam ayat ini, kepada ialah kata sendi manakala Ahmad ialah objek bagi kata sendi tersebut.
Kata Sendi Nama : Jenis-jenis.

~KE~
1.

Tempat

2.

Benda konkrit (tak bernyawa)

3.

Masa

contoh:
1.

Saya pergi ke Pahang.

2.

Bola itu dicampak ke dinding.

3.

Dia belum pulang hingga ke hari ini.

~KEPADA~
1.

benda konkrit(bernyawa)

2.

benda abstrak(kecuali masa)

contoh:
1. Buku itu diserahkan kepada Ali.
2. Penyakit itu membawa kepada penderitaan.
~DARI~
1.

arah

2. tempat
2.

masa

contoh:
1. Ali muncul tiba-tiba dari belakang Abu.
2. Pemain itu berasal dari Kelantan.
3.` Dari pukul lapan pagi lagi, latihan sudah dijalankan.

~DARIPADA~
Umum
1.

Orang

2.

asal kejadian

3.

perbandingan

Contoh:
1. Bunga itu hadiah daripada guru.
2. Kerusi dibuat daripada kayu.
3. Aisyah lebih cantik daripada Swee Lan.
~DI~
1.

tempat (sahaja, selain daripada itu, tidak dikira sebagai kata sendi, sebalik imbuhan di-)

Contoh
1. Saya tinggal di Jalan Utara.
~PADA~
1. masa
2. orang
3. benda abstrak
contoh :
1. Pada zaman ini,komputer adalah penting.
2. Buku itu aada pada Ali.
3. Pada pendapat saya,ayat
itu salah.

Lengkapkan petikan di bawah ini dengan kata sendi yang sesuai.


Media massa ialah alat komunikasi yang penting dalam sesebuah negara. Oleh sebab
itu, media massa harus memainkan peranan yang penting dalam usaha mewujudkan
masyarakat berpengetahuan. Setiap hari pelbagai maklumat penting disebarkan
________ media massa ____________ rakyat. Secara tidak langsung, sebilangan
besar rakyat negara ini didedahkan ___________ maklumat-maklumat terkini. Hal
ini amat penting dalam usaha kerajaan ingin mewujudkan masyarakat berpengetahuan
___________mencapai Wawasan 2020. Oleh sebab itu, media massa mestilah
sanggup mengetepikan soal keuntungan ____________ menjayakan usaha ini. Selain
itu, media massa mestilah menyampaikan maklumat yang tepat, padat, dan berasas
_____________ pemikiran masyarakat _____________ negara kita tidak
terpesong ___________ landasan kebenaran.

Soalan 1 hingga Soalan 3


Sebahagian daripada ayat-ayat di bawah ini telah digarisi. Bahagian
yang bergaris itumungkin mempunyai kesalahan dalam penggunaan bahasa
atau mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa bahasa pada
bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A,
B, atau C sebagai jawapan pilihan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D.

1.

2.

3.

Pejabat Encik Daud yang terletak bersebelahan Kompleks Daya


Sari telah dimasuki pencuri semalam.
A.
Pejabat Encik Daud terletak bersebelahan Kompleks
Daya Sari
B.
Pejabat Encik Daud yang terletak sebelah Kompleks Daya
Sari
C.
Pejabat Encik Daud yang terletak bersebelahan dengan
Kompleks Daya Sari
D.
Pejabat Encik Daud yang terletak bersebelahan Kompleks
Daya Sari
Sebaik saja saya tiba ke sana, saya telah diberitahu bahawa
mesyuarat yang dijadualkan berlangsung pada hari tersebut telah
dibatalkan.
A.
Sebaik saja saya tiba di sana, saya telah diberitahu bahawa
mesyuarat
B.
Sebaik saja saya tiba sana, saya telah diberitahu bahawa
mesyuarat
C.
Sebaik saja tiba, saya ke sana saya telah diberitahu
bahawa mesyuarat
D.
Sebaik saja saja tiba ke sana, saya telah diberitahu bahawa
mesyuarat
Saya sukar membezakan antara Talib dan kembarnya kerana
wajahkedua-dua mereka serupa.
A.
Saya sukar membezakan antara Talib dengan kembarnya
kerana wajah
B.
Saya sukar membezakan antara Talib daripada kembarnya
kerana wajah
C.
Saya sukar membezakan di antara Talib dan kembarnya
kerana wajah
D.
Saya sukar membezakan antara Talib dan kembarnya
kerana wajah

Soalan 4 dan Soalan 5


Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih
jawapan cadangan yang paling sesuai.

4.

10.

Oleh kerana demam, Hasni tidak pergi ke sekolah.

II

Hadiah ini akan diberikan kepada pemenang pertandingan itu.

III

Acara yang gilang-gemilang itu berlangsung hingga petang.

IV

Kursus yang ditawarkan bersesuaian minat saya.

A.

I dan II sahaja

B.

II dan III sahaja

C.

II, III, dan IV sahaja

D.

I, II, III, dan IV

Saleh dan rakan-rakannya sedang berbincang tentang pelajaran mereka.

II

Bas itu akan bertolak dari sini pada pukul 10.00 malam.

III

Beg tangan itu mahal kerana dibuat daripada kulit buaya.

IV

Ayah pergi pejabat dengan menumpang kereta Encik Maniam.

A.

I dan III sahaja

B.

II dan III sahaja

C.

I, II, dan III sahaja

D.

I, II, III, dan IV

You might also like