You are on page 1of 1

Kata- kata aluan

Pengetua SMK Paloh


Encik Fauzi Bin Yazid
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sehati Sejiwa.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Rabbul Izzati serta selawat dan salam
ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. Setinggi-tinggi tahniah dan
terima kasih kepada siding redaksi majalah GEMILANG edisi ke-10 atas kejayaan
menerbitkan majalah sekolah yang begitu bermakna ini.
Majalah sekolah ialah naskhah yang memaparkan kegiatan pendidikan dan
pencapaian pembelajaran yang terkini. Bagi warga sekolah, butiran dan gambar
yang dimuatkan bakal menjadi kenangan indah zaman persekolahan.
SMK Paloh menjelmakan segala dasar dan pendekatan bagi menambah
baik dan melestarikan sistem pendidikan kebangsaan pada tahun 2015 menerusi
semangat kerjasama dan kekitaan dalam kalangan seluruh warga sekolah
diperkukuh. Perubahan dan penambahbaikan dalam dasar pendidikan negara
seperti pentaksiran berasaskan sekolah (PBS), kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT) dan sarana sekolah yang menjadi inti pati pelaksanaan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 2025 menuntut warga
pendidikan berfikir di luar kotak, serta mengaplikasikan strategi lautan biru
supaya terus berdaya saing dan dihormati. Saya mengucapkan tahniah kerana
warga sekolah dan ibu bapa berjaya memanfaatkan pelbagai aplikasi atas talian
bagi melicinkan pengurusan sekolah dan maklumat pencapaian murid dengan
lebih berkesan dan cekap. Mudah-mudahan sumbangan ikhlas tuan puan bakal
memacu pendidikan di SMK Paloh ke persada kecemerlangan yang dihajati.
Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan tahniah kepada
jawatankuasa majalah dan sidang redaksi majalah GEMILANG SMK Paloh 2015.
Kepada pembaca majalah ini, semoga beroleh manfaat yang tidak terhingga,
Sekian, terima kasih.

(FAUZI BIN YAZID)


Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Paloh
18300 Gua Musang,
Kelantan.

You might also like