You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN LANAI,

09100 BALING,
KEDAH DARUL AMAN
Tel : 04-4761325
______________________________________________________________________________________________
Rujukan Tuan : skl.50/001/7 jld.2
Rujukan Kami : skl.50/001/7 jld. 2
Tarikh
: 12 JANUARI 2016

Guru Besar
SK Lanai,
09200 Kupang,Baling,Kedah.
Tuan,
PENERIMAAN PELANTIKAN SEBAGAI GURU PENASIHAT PENGAKAP
Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas berasaskan surat tuan
skl.50/001/7 jld.2 (46) bertarikh 12 JANUARI 2016.
2.
Terlebih dahulu saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas
kepercayaan dan keyakinan tuan melantik saya sebagai Guru Penasihat Pengakap SK Lanai
berkuatkuasa mulai 12 Januari 2016.
3.
Sehubungan itu, saya dengan sepenuh hati menerima pelantikan tersebut sebagai sebahagian
daripada tugas, kuasa dan tanggungjawab profesion saya, dan berikrar akan menumpukan segala
upaya dan segenap tenaga untuk menunaikan dan melaksanakannya.
4.
Saya faham bahawa sekiranya saya lali, alpa dan ingkar dalam melaksanakan tugas, kuasa
dan tanggungjawab yang diamanahkan ini, maka saya boleh dikenakan tindakan mengikut
Subseksyen 135(1) dan 135(2) Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan 4 dalam Bahagian II Peraturanperaturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA


Saya yang menurut perintah,
.........................................................
(AZMAN BIN NANYAN)
Guru Penasihat Pengakap,
SK Lanai, 09200 Kupang,
Kedah.
s.k.

1.
2.

Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah.


GPK Kokurikulum.

You might also like