You are on page 1of 2

Alamat sendiri

U/P: Unit Penajaan Program


Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA,
Tingkat 3 Ibu Pejabat MARA 21
Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur

12 JUN 2013

Tuan/Puan,
PERMOHONAN MELANJUTKAN PENGAJIAN DI UNIVERSITI SHEFFIELD, UK.
Merujuk perkara diatas, saya (nama sendiri), pemegang no.kad pengenalan xxxxx-xx-xxxx ingin
membuat permohonan melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di Universiti Sheffield, United
Kingdom.
2.
Untuk pengetahuan Tuan/Puan, saya telah ditawarkan bantuan pinjaman MARA bersyarat
bagi program Pasca Siswazah Luar Negara 2013. Walau bagaimanapun, saya difahamkan oleh
pihak MARA, universiti yang saya pohon iaitu Universiti Sheffield,tidak tersenarai di dalam
kedudukan 100 universiti teratas dunia.
3.
Sehubungan dengan itu, saya memohon pihak MARA menimbang tawaran bagi saya
melanjutkan pengajian di Universiti Sheffield ini kerana setelah disemak, saya dapati Universiti
Sheffield berada di kedudukan 66 mengikut kedudukan yang telah dibuat oleh QS World
University Rankings 2012. Kesahihan kedudukan ini juga diakui oleh pihak MARA. Bagi
memudahkan urusan semakan Tuan/Puan, saya sertakan alamat sesawang ke laman sesawang
tersebut (www.topuniversities.com/university-rankings/world-university-rankings/2012).
4.
Selain itu juga, saya telah menerima tawaran tanpa syarat bagi pengajian Master of
Science in Engineering Polymer and Polymer Composite di Universiti Sheffield. Saya juga
mengharapkan pihak MARA dapat mengeluarkan surat tawaran kepada saya kerana Universiti
Sheffield mengarahkan saya untuk menunjukkan surat tawaran dari penaja untuk mengecualikan
saya dari pembayaran yuran deposit sebelum 15 Jun 2013.

5.
Justeru itu, saya memohon pihak Tuan/Puan dapat mempertimbangkan permohonan saya
ini. Segala kerjasama dari pihak Tuan/Puan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Yang Benar,
.
(nama sendiri:)

You might also like